Kisah sebuah keluarga di sebuah daerah di mana mereka mempunyai seorang anak perempuan manakala anak-anak yang lain telah berhijrah ke kota untuk mencari rezeki.
Anak perempuan ini sangat suka bersembang dengan kawan-kawan melalui telefon rumah. Bapanya sangat risau kerana terpaksa membayar bil yang tinggi kerana budak perempuan ini kalau bercakap di talian kadang-kadang sampai 5 jam. Oleh kerana tidak tahan lagi dengan kerenah anaknya, maka si bapa telah meminta supaya masa percakapan telefon dikurangkan. Maka si anak inipun bersetuju untuk membantu meringankan beban ayahnya.
pada suatu malam, kring! kring! telefon berbunyi pada pukul 9 mlm. Lalu si anak menjawab panggilan tersebut. Si bapa cuba memerhatikan samada anak perempuan mereka boleh berpegang kepada janji untuk mengurangkan masa bercakap. Selepas 3 jam, barulah perbualan ditamatkan. Si ayah berasa lega dan bertanya , siapa yang telefon awak ? maka jawab si anak , salah nombor , dengan selamba.
No comments:
Post a Comment