Setelah bertungkus lumus memikirkan tentang kajian yang hendak dilakukan maka aku teringat ketika mula-mula kembali bertugas di daerah kelahiran. Pada masa itu , Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) sedang memulakan semakan terhadap kurikulum KBSM dan KBSR yang menfokuskan kepada model pengajaran. Aku sangat bersetuju kerana sejak dahulu lagi , chalk and talk , suara guru yang kuat dan jelas, bercakap tak berhenti-henti menjadi sebagai satu panduan menentukan keberkesanan P&P. Kalau guru berada di kelas tanpa bersuara, pelajar bising semasa pengajaran sering ditunjukkan sebagai kegagalan, maka yang akan nampak hebat adalah seorang guru bukannya pelajar di dalam kelas.
Sayangnya, apa yang dianggap hebat hanyalah komunikasi sehala yang tidak menjanjikan keberkesanannya terhadap pelajar. Oleh itu, adalah amat wajar jika PPK pada masa itu menyemak semula kurikulum dengan menyediakan model pengajaran KBSM/KBSR yang berbentuk dua hala dan berpusatkan pelajar.
Selepas 2004, semua guru telah mendapat pendedahan tentang model tersebut. Sekarang, 2009 telah masuk ke bulan kedua. Adakah jutaan ringgit yang digunakan untuk mendedahkan guru dengan model pengajaran ini, maka proses p&p telah berubah ?
Latar belakang kajian adalah berfokus kepada peranan pengetua terhadap pelaksanaan model tersebut di sekolah kerana apa yang saya percaya, kebanyakan sekolah menganggap apa sahaja inovasi kurikulum sekadar angin yang berlalu. Oleh itu, adalah wajar jika kajian dijalankan di sekolah untuk memastikan setiap wang kerajaan /wang rakyat walaupun satu sen adalah kembali kepada manfaat rakyat semula.
No comments:
Post a Comment