Jika Raihan pernah mengeluarkan filem Syukur 21 maka blog ini terpampang Syukur 4.17. Apa sebenarnya nilai 4.17 itu ? Semalam Farmasi Medica telah menjadi sasaran untuk aku menguji tahap kolestrol dengan menggunakan alt ukur daripada Braun (kalau tak silap ingatan). Alhamdulillah, alat yang sama yang pernah mencatat balik meta (bacaan melebihi had ) iaitu 8.0 tetapi telah menunjukkan bacaan 4.17 mm/l. Agak kurang pasti dengan keputusan kerana darah yang diambil adalah daripada hujung jari maka hari ini aku ke hospital untuk mendapatkan ujian kali kedua supaya ada perakuan bahawa catatan itu ada kesahan dan kebolehpercayaan.
Jika benar, ada sebab lain untuk aku berhadapan dengan dilemma. Apakah yang menyebabkan bacaan itu turun ke paras normal ? Aku mengambil pil minyak kelapa dara (VCO) daripada HPA selama beberapa bulan, aku juga menghabiskan sebotol khal tamar plus keluaran Alqurba dan sedang menghabiskan botol pertama pil habatussauda.
Kata orang, Yang mana satu? Apa2 pun Syukur Alhamdulillah jika bacaan kedua nanti menunjukkan paras kolestrol yang normal..
1 comment:
Anda perlu pastikan badan anda berpeluh sekurang2nya 2 kali seminggu agar nikmat itu sentiasa berterusan.
Post a Comment