Saya percaya ada dalam kalangan penyelidik yang baru berjinak dalam dunia penyelidikan akan mendapati bahawa membuat tinjauan literatur adalah merupakan satu masalah namun tak kurang juga yang hanya membuat duplikasi daripada kajian lalu tanpa memikirkan etika dalam penyelidikan di mana sumber sekunder telah dijadikan sebagai sumber primer dengan alasan jangan kita masih terkial-kial (dgn mengambil kira prinsip penyelidikan dan etika) sedangkan rakan-rakan lain sedang menunggu giliran untuk menerima skrol daripada Canselor ataupun Naib Canselor.
Perkongsian di bawah mungkin akan membantu sesiapa sahaja yang malas untuk membuat rujukan berbanding merujuk tesis yang tidak diterbitkan ( di perpustakaan ) untuk mencari literatur kajian.
Perenggan 1 - cari kajian yang berkaitan untuk mendokumentasikan kepentingan kajian ini dibuat.
Perenggan 2 - menerangkan model yang ada dalam kajian lalu yang mungkin menerangkan tujuan kajian yang kita ingin lakukan - contoh ; model hallinger & Murphy utk kepimpinan pengajaran. Nyatakan seterusnya persoalan kajian yang dikemukan oleh penyelidik berkaitan dengan model yang dibentangkan. Contohnya .. (rujuk H&M). Kita perlu melihat bagaimana penyelidik itu mengenal pasti (pada awalnya) faktor yang menjadi fokus dalam kajian mereka.
Perenggan 3-10 - hanya meringkaskan faktor2 yang digunakan oleh penyelidik.
Perenggan 3 - mulakan dengan satu sinopsis banyak2 faktor mungkin menjadi penyebab kepada permasalahan kajian kita.
perenggan (4 - 8 ) kalau ada (4) faktor- buat tinjauan literatur yang berkaitan dengan faktor2 yang terdapat dalam model yang dikemukakan.
perenggan 9 - kaitkan kepentingan setiap faktor bila diukur bersama
perenggan 10 - perkenalkan tentang idea variabel seterusnya akan mempengaruhi variabel bersandar
bla bla bla bla bla
akhirnya perenggan terakhir akan menunjukkan tujuan kajian yang lebih jelas kepada pembaca bahawa variabel 2 yang digunakan adalah mempunyai kepentingan kepada kajian kita.
paling akhir- rujuk kepada dapatan kajian mereka, dan bandingkan dengan dapatan kajian yang dinyatakan dalam literatur dan juga teori melalui model yang dikemukakan pada awalnya.
Ringkasnya :
1. dokumenkan kepentingan masalah kajian pada awal kajian
2. sediakan bukti komponen penting dalam model yang hendak dikaji
3. sediakan bukti daripada persoalan kajian
4. sediakan penerangan kepada hasil akhir kajian bersandarkan kepada petikan kajian lain dan merujuk kepada teori yang asal
SELAMAT MENCUBA - SETIAP PERKONGSIAN YANG KURANG TEPAT MENJADIKAN SENTIASA ADA PIHAK YANG CUBA UNTUK MEMBUKTIKAN SEBALIKNYA.ITULAH YANG MENYEBABKAN DUNIA PENYELIDIKAN TIDAK BERAKHIR KERANA KRISIS INI HANYA BERLAKU DI DUNIA SAHAJA. DI AKHIRAT NANTI , ADA SYURGA UNTUK ORANG YANG BERIMAN YANG HIDUP SELAMA-LAMANYA TANPA KRISIS DAN NERAKA BAGI ORANG YANG TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH, SELAMA-LAMANYA DISIKSA DALAM API NERAKA (NAUZUBILLAH) JUGA TANPA ADANYA KRISIS. kALAU KRISIS BN-PR ADALAH MENUNJUKKAN KITA MASIH DI ALAM DUNIA.
No comments:
Post a Comment