Ada sebuah keluarga yang menetap di Lorong budiman sejak tahun 80-an. Si suami berasal daripada Pulau Pinang manakala isterinya pula dari Alor Setar. Mereka mempunyai lima orang anak yang bersaiz besar. Keluarga ini hanya mempunyai sebuah kereta berjenama Kancil. Semasa cuti hari raya lalu, mereka berhajat untuk pulang ke kampung di utara bagi menziarahi keluarga yang telah lama tidak ditemui.
Masalah yang mereka hadapi ialah semua anak-anak ingin turut serta dan menjadikan tujuh orang terpaksa dimuatkan ke dalam sebuah kancil yang sempit. Mendapatkan tiket bas adalah perkara yang tidak mungkin dapat dilakukan pada masa itu kerana semua orang ingin pulang ke kampung masing-masing. Berbagai-bagai buah fikiran dilontarkan oleh semua ahli keluarga supaya dapat bersama-sama menyambut hari raya di kampung. Ruang yang sempit tidak mungkin dapat diisi oleh lima orang anak di bahagian penumpang belakang. Tiba-tiba, salah seorang anak mereka bersuara, 'Kita cari seorang lagi penumpang. Bila jadi LAPANG, boleh la kita balik.'
* disimpan sebagai koleksi cerita rakyat
2 comments:
Lape pun buleh jugo
kah kah kah,berase supe cang..hak cipta terpelihara,tapi yg pasti keluarga tersebut tidak ada kena mengena dgn encik jubah hitam kerana TAH **** sentiasa menjadi pilihan untuk pemanduan yg lebih lancar.
Post a Comment