When we decide to climb a mountain, make sure we have a mountain bike because we don't have much time to depend on our feet. Your time duration will be shorter and you will reach the top not just on time but it can be in time.
Thursday, December 19, 2019
SEBIRU KASIHMU
Saturday, December 14, 2019
Terengganu detik permulaan
Thursday, December 12, 2019
Rompin Beach Resort
Wednesday, November 27, 2019
Parlimen 2019
Tuesday, November 26, 2019
Tembok Bisu
Dinding bisu yang tiada indahnya
Wajah insan dalam kebingungan
Bagai tiada esok yang sejahtera
Air yang mengalir deras di pipi
Merindui saat untuk bersama
Wajah anak-anak bermain di mata
Isteri berpenat sebatang kara
Hidup penuh dengan penyesalan
Fatamorgana dunia hanya sementara
Kini berduka melihat segala angkara
Teman ketawa entah di mana
Rupanya hidup penuh hikmahnya
Minda ku kina terbuka hijabnya
Penyesalan bertukar kepada doa
Semoga Dia memberikan rahmat Nya
* Sungai Udang 25/11/19 di Blok Pemulihan
Moga Kembali
Kau hadir semula dalam hidup ku
Puas ku cuba menghalangnya
Semakin mekar ia menghampiri
Pertemuan yang tidak disangka
Datang ketika rintik hujan
Menerbitkan pelangi yang indah
Hampir tanganku menggapainya
Sekian lama daun yang telah carik
Seakan tidak akan bercantum semula
Namun takdir tuhan tiada siapa yang tahu
Kerana esok mentari pasti akan terbit pagi
Hanya pada Mu jua aku mengadu
Kenangan bersama tidak dapat ku lupa
Dalam angan ku sering meminta
Kau hadir semula membawa cinta
* Sungai Udang 25/11/19 di Blok Pemulihan
Sunday, November 24, 2019
Mimpi Dan Kenangan
adakah aku orang seni
Saturday, November 23, 2019
Prison Reform
Thursday, November 21, 2019
A SMALL VICTORY IS A VICTORY
Tuesday, November 19, 2019
Harapan kami di SHGTM
Sunday, November 17, 2019
BUCC Trophy Challenge 2019
Thursday, November 14, 2019
Raikan Perbezaan ; Itu kehendak Nya
Hitam putih merah jingga
Kurniaan Tuhan kepada dunia
Tiada yang dapat meminta
Terimalah segala terdaya untuk kita
Tangisan si kecil nadanya sama
Anak belum bernama disambut mesra
Tidak dikira siapa ibu dan bapanya
Kerana kita adalah sama
Riang ria bermain bersama
Meraikan perbezaan berbilang bangsa
Kerana itu memang ketentuanNya
Agar dapat mengenali sesama
Indahnya hidup dalam negara
Setiap bangsa juga agama
Menghormati pada Rukun Negara
Agar negara terus maju jaya
Ayuh raikan perbezaan kita
Saling mencukupi apa yang ada
demi negara yang tercinta
Kerana kita serumpun sekata
Tuesday, November 12, 2019
Ceramah Minda Dan Jiwa
Monday, November 11, 2019
Golf Silaturrahim MKKI2
Saturday, November 9, 2019
Thursday, November 7, 2019
Mengukur produktiviti
Wednesday, November 6, 2019
Integriti Jati Diri
Tuesday, October 15, 2019
CABARAN DUNIA ... DISEBALIK TIRAI PENJARA SUNGAI UDANG
Setelah tiba di lokasi. ku lihat wajah-wajah mereka yang sedang menunggu sinar untuk kembali bebas dan ingin berjuang untuk sebuah kebebasan. Bebas untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna. Adakah mereka mampu? Siapa yang akan membantu mereka? Hakikatnya , mereka perlu menjadi lebih kuat kerana musim akan terus silih berganti dan roda masa terus berputar.
Ku titipkan karya ini untuk 71 orang penghuni yang sedang berada di balik tirai besi di Penjara Sungai Udang.
Ku memandang jauh ke hadapan
Ada sinar cahaya yang terang
Bintang yang berkerdipan di waktu malam
Angin lembut menyejukkan tubuh lesu ku
Sedang asyik memandang langit biru
Tanpa ku sedari awak berarak mendung
Insan yang lalai ini tidak menyedari
Ujian mendatang saban harinya
*chorus
Musim silih berganti tidak berhenti
Ibarat roda yang berputar di paksinya
Sukarnya bertani di kala kemarau
Penatnya membanting di kala tengkujuh
Kita perlu menjadi lebih kuat
Demi kelangsungan hidup masa kini
Bayangan silam sekadar impian
Dunia realiti mesti digenggam
*
"Keindahan adalah apabila berjalan membawa putter di Par 3 dari tee box"
Thursday, August 8, 2019
LDK kepimpinan
Aku bukan kaunselor tapi aku tahu ada satu bimbingan yang boleh dilakukan iaitu Bimbingan kelompok. Hari ini ketika rakan kaunselor menjalankan Kaunseling kelompok, aku pula mengadakan bimbingan kelompok.
Perkara pertama yang aku sentuh ialah kegunaan environmental scanning ketika menjalankan fungsi di sekolah. Peserta yang ada dalam kumpulan ku adalah pengawas sekolah.
Aku meminta mereka menggunakan neraca dalam menjalankan setiap tugas yang diamanahkan.
Perkara seterusnya adalah berkaitan perbezaan antara mengurus dan memimpin.
Aku just gunakan perbezaan melalui frasa do the right things or do the things right. Tak perlu lah pakai teori sangat. Bukannya kuliah kepimpinan.
Selepas itu, keluarlah pula POLC dalam Pengurusan. Planning, organising,leading dan controlling. Sambil itu, dapatkan pandangan mereka
Tiba pula giliran berkaitan kuasa. Mereka adalah pengawas sekolah. Dapat pula watikah pelantikan tu. Tentu diberi kuasa ke atas pelajar lain. Maka , bincanglah pula 5 jenis kuasa iaitu sah, ganjaran, desakan, rujukan dan kepakaran.
Akhirnya , aku bandingkan antara anggur dan kismis. Pemimpin ibarat anggur dan pengurus adalah kismis. Kenapa ye?
Keduanya mempunyai nutrien yang sama tetapi anggur lebih menggiurkan.
Itulah saya di Bimbingan Kelompok.
Monday, August 5, 2019
BUILD YOUR LEGACY
Semalam sekali lagi perkataan ini menjadi perhatianku. Kedua-duanya digambarkan sebagai satu kekuatan diri yang ingin mencipta sesuatu yang akan mengalir untuk manfaat makhluk ciptaan Ilahi.
Legacy adalah aktiviti hari ini untuk masa depan. Ini bukan definisi daripada mereka tetapi oleh aku sendiri. Masa depan siapa yang kita hendakkan? Orang lain sahaja atau kita juga? Akhirnya timbul lah istilah redha dan keikhlasan yang paling tinggi. Aku juga suka kaitkan legacy ini dengan self actualization.
BYL seperti yang tertera adalah program yang dicetuskan oleh mereka yang mengkaji dan mencari. Kita sekarang banyak mendengar dan menerima. Mana yang hebat?
Daripada yang didengar, peserta diminta merujuk kepada Surah Al baqarah. Al Quran yang menjadi petunjuk. Legacy memang perlukan petunjuk supaya aktiviti kita hari ini adalah syurga pada masa depan.
Jawapan kepada soalan di atas adalah kita perlu mencari petunjuk. Impian tidak akan menjadi realiti tanpa kita bersedia mencari petunjuk yang telah Allah sediakan.
Marilah kita mula mengkaji kehebatan kehidupan yang sedang kita alami. Terlalu luas ilmu yang Allah sediakan tetapi ia milik siapa?
Mulai hari ini , kurangkan mendengar dan lebihkan mengkaji.
Inilah antara peserta BYL yang telah menyumbang Al Quran kepada banduan. Mereka in sha Allah akan membina legacy sehingga cahaya menampakkan sinar di dunia hingga ke akhirat
Friday, August 2, 2019
HKL .....part 2
Isteriku terus menyuruh aku bertukar ke belakang tempat duduk kereta. Aku meminta anak ku mengurut tangan ku yang ku rasa sangat pelik. Dalam hatiku, aku tahu aku telah diserang angin ahmar. Ya Allah! Aku pasrah. Isteriku terus memecut ke tempat yang aku tidak tahu. Cuma aku semacam terdengar beliau berkata " abang , kita terus ke IJN". Jarak dari tempat kami bertukar memandu ke IJN adalah lebih kurang 24 km.
Sambil memandu dia terus meminta anak-anak ku mengurut tangan dan aku tidak mampu bercakap. Setibanya di IJN, aku didudukkan ke kerusi roda dan apabila masuk sahaja ke ruang kecemasan, terdengar pembantu disitu memberitahu yang aku telah terkena stroke dan perlu dihantar ke HKL.
Pihak IJN telah membawa aku dengan ambulans ke HKL. Beberapa orang doktor mendatangiku dan cuba melihat tahap kesihatan ku. Mereka bertanya beberapa soalan asas seperti nama, kerja dan sebagainya. Aku hanya mampu menjawab Aahan, aahan. Itu je yang keluar dari mulutku ini. Oh Tuhanku! Aku diuji lagi dan dalam beberapa ketika aku masih tidak mampu berkata-kata dengan jelas. Aku dipindahkan ke katil lain dan aku perasan yang aku agak mampu untuk bangkit bergerak ke katil sebelah. Tangan kanan ku agak lemah dan selepas 3 jam, baru aku ditolak ke bilik untuk menjalani ujian ct scan di kepala. Aku dimaklumkan bahawa tiada darah beku di kepala.
Selepas itu, aku dimasukkan ke wad 5 yang menempatkan pesakit neurologi. Bangun dari tidur keesokan hari, aku telah mula dapat menyebut beberapa perkataan dengan lebih baik. Aku teringat ibu ku yang pernah diserang stroke ringan pada sekitar 1994 dan ayah ku yang terkena stroke pada ramadan tahun lepas.
Thursday, August 1, 2019
HKL ... part 1
Pagi itu aku telah menghantar kereta Avanza ke Kedai Cermin untuk menukarkan cermin kereta yang telah retak. Setelah sampai di Salak Selatan , proses untuk menguruskan tuntutan insuran diselesaikan sebelum aku bergerak balik ke rumah.
Lebih kurang 3 minit daripada kedai tersebut, terdapat stesen LRT yang akan membawa aku untuk ke Kajang. Dari situ, aku telah menaiki LRT ke stesen pertukaran untuk menaiki MRT yang akan terus membawa aku ke Stesen MRT Bukit Dukung.
Setibanya di situ, aku telah menaiki GRAB car untuk ke Mines di mana terletaknya pejabat PTPTN untuk menguruskan wang yang diperolehi setelah dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Petang itu, dalam pukul 5.30 aku dan keluarga telah menaiki grab untuk ke tempat aku menukarkan cermin kereta dan kami berhajat untuk terus mencari kedai makan untuk berbuka puasa.
Selepas mendapatkan kereta, kami terus ke kawasan Kampung Baru kerana di situ tentulah terdapat banyak kedai makan yang akan menyediakan juadah berbuka. Akhirnya kami telah menempah meja di Juara Tomyam yang telah lama tidak disinggahi.
Setelah azan maghrib berkumandang, kami semua menikmati hidangan yang aku kira tidaklah terlalu membuka selera namun sesuailah dengan harga yang dibayar. Syukur dengan nikmat yang dikurniakan.
Solat maghrib di mana? Kami sempat bergambar di kawasan kedai yang berlatar belakang KLCC sambil menuju ke kereta. Dengan menggunakan waze, kami dijangka akan tiba di rumah pada pukul 8.11 malam.
Aku memandu kereta dengan agak laju sambil mata melirik handphone dengan mengharapkan agar kami akan lebih cepat sampai supaya kami dapat menunaikan solat lebih awal.
Seperti dijangkakan, trafik lancar dan masa perjalanan semakin pendek.
Wednesday, July 31, 2019
BERKALI -KALI
Perkara yang sering cuba dimulakan oleh setiap individu adalah untuk sihat. Dengan kata lainnya ialah untuk berusaha supaya jasmani ini sentiasa kekal muda dan cergas. Cergas boleh ditafsirkan dalam pelbagai definisi mengikut apa yang dirasakan. Ada orang yang mengatakan cergas ini adalah bila dia boleh keluar jogging atau ada yang anggap dirinya cergas bila selalu bermain badminton.
Definisi cergas yang seringkasnya ialah seseorang yang boleh melakukan aktiviti rutin tanpa berasa penat dan pada masa yang sama boleh mengelakkan diri atau meyelamatkan diri dikala berlaku kecemasan.
Keazaman kini bagi diri ini ialah untuk mendapat kesihatan yang optima sesuai dengan usia dan jangkauan kesihatan diri. Mungkin bagi orang yang sedang menikmati kayuhan mingguan 100 km atau larian pagi 10 km di hari minggu mempunyai impian yang berbeza dengan diriku.
Seusai CABG sejak 2017, aku begitu yakin dengan usaha untuk meningkatkan kesihatan dengan melakukan aktiviti fizikal tetapi di saat aku diserang angin ahmar yang minor, aku mula menyedari bahawa kita terlalu lemah tetapi pada masa yang sama aku perlu sedar bahawa kita tidak boleh hanya berpeluk tubuh sahaja.
Berkali-kali aku memikirkan apa yang patut aku lakukan pada masa ini. Akhirnya aku memilih untuk mengubahsuai rutin kecergasan ku. Sebelum ini, setiap hari aku melakukan senaman dengan bermain golf sambil berjalan sejauh 3 km sehari. Kali ini aku ingin kan kelainan.
Bukannya aku tidak biasa tetapi berkali-kali itu juga aku akan memulakan tetapi sentiasa berakhir dalam masa yang singkat.
Aku memilih untuk kembali ke gym. Aku perlu kembali mengangkat besi-besi itu demi diri ini yang masih ingin melangkah jauh. Bayaran bulan ini telah dijelaskan dan aku akan bertahan dulu untuk 30 hari.
Good luck Azhan.
Saturday, July 27, 2019
Final Piala Fa Shopee
Perlawanan sedang berlangsung di masa tambahan. Kedudukan masih terikat tanpa gol di mana seorang pemain Perak telah dilayangkan kad merah.
Pada minit ke 105 ,Kedah telah berjaya menjaringkan gol untuk mendahului dengan 1- 0
Kedah muncul juara kali 5
Friday, July 26, 2019
RODA YANG BERPUTAR
Aku yang aku lakukan semalam hingga ia menerjah fikiranku. Semalam aku mendengar penerangan berkaitan SSPN plus oleh PTPTN. Adakah ia berkait dengan dengan kelangsungan hidup orang yang ditimpa atau diuji oleh Allah seperti kemalangan atau kematian?
Perkara ini aku tidak pernah berpeluang mendalaminya samada ada hubungan antara aktiviti dengan fikiran yang tiba-tiba datang selepas bangun dari tidur yang nyenyak.
Apa yang boleh aku katakan ialah aku teringat tentang masa depan. Aku terinagt tentang pendidikan korektif. Aku teringat tentang betul atau tidak pekerjaan ku ini.
Aku bayang kan ia bermula dari pilihan. Kita biasa sejak kecil lagi dipilih. Kadang-kadang dipilih oleh ibu dan bapa berbanding adik beradik lain untuk bersama mereka kemana-mana. Selepas kita bersekolah , kita dipilih pula untuk jadi ketua darjah atau tidak.
Selepas mendapat keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima, kita dipilih pula untuk mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh atau mungkin ke Kelas Khas di sekolah menengah. Dalam aktiviti sukan, kita juga dipilih atau mungkin tidak dipilih untuk mewakili sekolah, daerah, negeri atau mungkin negara.
Tidak semua orang dipilih kerana tempatnya terhad. Pasukan bola sepak hanya ada 18 orang sahaja. Berapa ramai yang bermain bola sepak tetapi tidak terpilih?
Selepas peperiksaan SPM maka selagi lagi kita dipilih. Ada temuduga dan ada permohonan yang berbagai-bagai tetapi bukan semua yang dipilih. Maka, akan ada yang terpinggir dalam aspek melanjutkan pengajian. Sekagi lagi konsep memilih dan dipilih berlaku dalam masyarakat.
Ada orang teringin untuk belajar di luar negara tetapi dia tidak terpilih maka dia akur dan meneruskan proses menuntut ilmu dalam negara.
Ada juga yang ingin ke universiti tetapi tidak terpilih maka dia sekarang telahpun bersara sebagai bekas tentera.
Hakikatnya hidup ini penuh dengan pilihan tetapi manusia yang menentukan lriteria pemilihan. Dari sinilah bermulanya you know what dan you know who.
Adakah boleh kita sediakan equality kepada semua atau kita perlu memahami maksud equti dengan sebenarnya. Kita biasa dikisahkan oleh ulama dengan hadis yang menrangkan tentang pahala berganda dengan sesuatu amalan. Ia adalah ibarat short cut tetapi sebenarnya itulah equti. Umat akhir zaman yang pendek umurnya dikhasiatkan dengan amalan yang sama banyak pahalanya dengan amalan umat zaman dahulu,
Berbalik kepada fikir ku, apa yang berlaku dalam pekerjaan ku ialah menyediakan dan mencari peluang kepada penghuni untuk mendapat laluan kerjaya dan kehidupan setelah dibebaskan. Betulkah tugas ku ini dengan konsep pilihan. Berapa ramai yang telah kita perhatikan manusia yang sentiasa ditolak permohonan mereka atau dinafikan peluang kerana bukan semua orang akan dapat apa yang mereka inginkan.
Bila terbaca tentang graduan B40 yang tidak mendapat pekerjaan maka bagaimana golongan ini ingin keluar dari aras kemiskinan?
Cuba bayangkan seramai 400,000 calon SPM 2019 yang akan keluar dari sekolah di seluruh negara, Bagaimana ekuiti dan equality hendak kita terjemahkan?
Anda yang sudah bergaji dan akan berpencen mungkin sudah lepas separuh masalah kehidupan. Apakah nasib mereka yang sedang bertungkus lumus belajar sekarang untuk kehidupan mereka 10 20 tahun lagi.
Islam menggunakan konsep zakat sebagai jalan penyelesaian ditambah dengan sedekah dan apakah peranan kerajaan pula untuk menyamaratakan secara adil. Sesungguhnya ekuiti dan equality adalah bersekali bukannya berasingan. RODA AKAN SENTIASA BERPUTAR KERANA MASA YANG MEMUTARKANNYA
Thursday, July 25, 2019
Wednesday, January 23, 2019
Lirik lagu Indah
Cahaya matahari telah bersinar
Setiap insan sedang bergembira
Hari yang ditunggu telah tiba
Semua bertepuk riang ria
Setelah sebulan kita bersama
Menempuh ujian tidak terkira
Salam bersambut dibalik gundah gulana
Setiap detik menjadi hitungan
Kini kau akan melangkah pergi
Bahagia yang kau cari tentu mendapat
Kerana hidup adalah indah
Hanya pada kita mengukir cara
Tinggallah yang ada bersisa
Dugaan datang menghempas diri
Kini kembali ke lautan dalam
Rupanya ditakdirkan bersua jua
Monday, January 21, 2019
Salah satu
Kebanyakan kita punyai impian dan ingin jadi terkenal. Dengan impian itu kita akan cuba jadikan sebagai hobi sebelum diteruskan sehingga kita mahir dan mungkin terkenal.
Impian ku dulu ada 2. Salah satunya adalah menjadi pelukis terkenal. Ia perlu kan bakat untuk pergi sejauh itu. Bagaimana seorang budak yang hanya pandai melukis ayam togel akan menjadi terkenal?
Sejak itu, ketika darjah 1 aku anggap itu hanya impian yang tidak kesampaian.
Beberapa hari lepas, ketika di Klia, aku membeli sebuah buku bertajuk How I learnt to play.. By Andrea Tan.. My adventures in writing and drawing.
Aku beli buku ini kerana ia akan hubungkan aku dengan impian ku.
Kursus Kecergasan
Ke Sarawak untuk kursus. Berikut jadual nya
Hari 1- perjalanan seawal 6.30 pagi ke Klia. Latihan pertama ialah kecergasan bermula dengan bangun pagi. Lepas tu makan pagi di cafe airport untuk pastikan cukup kalori yang diambil. Di dalam kapal terbang,menonton cerita yang bermotivasi adalah untuk meningkatkan kekuatan dalaman. Memilih cerita secret superstar arahan Amir khan sangat menarik.
Kalau ada masa, tidur juga sebentar untuk dapatkan tenaga.
Sampai di Kuching, semua pergerakan mesti sistemarik supaya kita sentiasa mengatur baik aktiviti kecergasan. Sesi pertama adalah brisk walking. 10k langkah perlu dicapai untuk hari 1. Kali ini, sukan golf kita pilih untuk tema kecergasan. Visualisasi adalah penting kerana kita dapat menyusun otak, otot, sendi kita supaya konsisten dalam melakukan pergerakan.
Pengurusan tersangat penting kerana setiap lakuan tiada jalan ulangan.
Penyejukan badan wajib untuk elakkan daripada kelesuan akibat asid laktik berkumpul dalam otot.
Malam, relaksasi adalah aktiviti yang baik. Boleh pilih cara masing masing untuk relaks.
Hari 2.
Keselesaan adalah elemen penting dalam kecergasan. Setiap individu mesti mencari keselesaan sendiri. Bermula daripada pemilihan pakaian, alatan dan rakan sparing.
Ketahanan dan kekuatan sangat perlu kepada setiap atlet. Bermain sukan seperti golf memerlukan 4 jam keyakinan,tumpuan,kesabaran,ketenangan dan ketepatan.
Fokus adalah ciri penting untuk kecergasan pemain. Fokus kepada yang kecil dan besar.
Setiap kesilapan perlu diatasi selepas setiap lakuan. Menggunakan analisis video atau foto adalah Wajib.
Kita perlu peka kepada peraturan kejohanan untuk memudahkan persiapan. Lantik Pengurus yang berwibawa untuk bantu.
Begitu juga Jurulatih. Pastikan jurulatih tahu bagaimana kita boleh dimantapkan prestasi.
Rehat dan pulih tiada kompromi. Cuba tidur awal untuk pulihkan otot yang telah digunakan.
Hari 3
D day. Awal ke tempat kejohanan. Dapatkan rasa dan bau supaya semua jadi serasi dan satu. Hanya jauhari yang kenal manikam.
Setiap tekanan perlu diserap dan gantikan dengan semangat.
Main ikut kemampuan diri. Jangan cuba paksa diri dan jangan ubah gaya kerana kemahiran tertutup tidak perlu kepada respon semasa. Ia hanya ulangan kepada kemahiran yang dilatih berulang ulang.
Sudah ulang 10000 kali?
Tamat pertandingan, jadikan ia tov untuk seterusnya hingga kita dapat capai matlamat sebenar.
Tahniah perlu diberikan kepada pemenang dan ucapkan I'll be back to beat you.
Dalam perjalanan balik, jangan sombong dengan peminat.
Enjoy your day and after 3 days, we start again. Never surrender .....
Tuesday, January 15, 2019
Waktu dan masa
Aku cuba hitung dan catat apa yang dilakukan semasa kerja setiap hari.
Dari pukul 8 hingga rehat Kemudian sambung lagi 3 jam
Dengan memberikan 3 sahaja catatan pun Kadang kala kita tidak mampu menulis dengan baik. Belum lagi dikira dengan nisbah 8 jam.
Kalau nasib baik ada meeting, dapatlah 2 jam.
Mulai esok aku perlu lebih memberi nilai kepada kerja ku
Kesilapan kita
Satu pengajaran untuk diri kita. Jangan cepat menyebut sesuatu kerana disitulah ada doa.
Apa yang akan ditempuhi tetap berlaku dengan izinNya.
Hanya perlu berdoa agar Allah tunjukkan jalan terbaik
Kita silap bila memohon dijauhkan dari sesuatu perkara sedangkan kita tidak pasti samada ia baik atau tidak.
Setiap yang terjadi pasti ada hikmah nya
Sunday, January 13, 2019
Semoga diampuni
Jumaat bermula dengan terhinjut, aduhla macam mana ni. Semuanya tak selasa, sakit tak terkira dibelakang lutut. Sapu ubat, urut, semuanya dibantu oleh teman sepejabat.
Isteri datang, bawa ke klinik, satu suntikan dengan harapan pulih.
Sambung kerja, lutut semakin bengkak. Sabtu dan Ahad, ku jadi bagai ratu lebah.
Demam dan terbatas segala pergerakan. Semoga aku diampuni.
Thursday, January 10, 2019
Aku dan badminton
Setiap kali pulang ke kampung, ada satu tempat yang sudah menjadi kenangan iaitu sebuah Dewan Majlis Daerah yang sudah tiada.
Disitulah bakat ku bermain badminton mula diasuh setiap kali aku ikut ayah bermain bersama kawan.
Apabila aku terpilih untuk mewakili negeri semasa darjah 6, rupanya Itulah saat kegemilangan dalam sukan ini.
Selepas itu, ia hanyalah sekadar riadah.
Wednesday, January 9, 2019
Didikbetul
Di awal usia kau perlu bermain
Maka untuk membina peradaban mu
Sebahagian besar adalah bermain, sebahagian kecil adalah didikan
Less play makes me a dull boy
Bila remaja mu adik, Kau benar benar perlu didikan
More play makes you sit behind
Kau perlukan orang dewasa tunjuklah jalannya
Dihujung remaja mu kawan
Kau perlukan sahabat, bukannya dari luar rumah mu
Tetapi ayah dan ibumu sendiri
Kerana selepas itu kau akan dewasa dengan acuan keluarga kita
Namun, Setiap nya pasti ada pencong
Disini kau berada dalam dakapan
Hiburan hanya lah sekadar penutup luka
Didik untuk biasakan yang betul dan betulkan yang biasa
Dari Didikhibur ke didikbetul agar kau jadi orang berguna masa depan
Aku hanya satu episod dalam hidup kalian
PERMULAAN TAHUN BAHARU 2019
Berkisar kepada minggu pertama awal tahun 2019, kita dikejutkan dengan isu-isu yang kadang kala lebih bersifat memusnahkan berbanding membina tamaddun.
Seperti biasanya , setiap awal tahun kami bercuti sehari sebagai sesi menutup tirai sebelum kembali dengan tugas masing-masing. Tahun ini, dek kerana terlalu banyak pergerakan keluar samada ke Kedah atau Kelantan maka acara tahunan ditangguhkan pada kali ini.
Kebetulan juga , Satu Pertandingan Golf Silaturrahim turut diadakan di Kota Seriemas maka cuti awal tahun diraikan bersama rakan-rakan golfer. Permainan ini adalah TOV golf 2019 dan tentunya sangat mencabar dalam usaha untuk konsisten dibawah skor 90.
Kejutan juga berlaku di dalam organisasi , Pengarah yang baru 3 bulan bersama, tiba-tiba bertukar. Banyak perancangan yang dibincang untuk dijalankan tetapi apakan daya tentu ada hikmah disebalik perpisahan ini.
Kedatangan Pengarah baharu turut merancakkan awal tahun baharu dengan beberapa perubahan yang dibuat terutama melibatakan bidang tugas kami.
Semua aktiviti diluluskan turut ditangguh untuk memastikan selari dengan pandangan dan buah fikiran beliau.
Peluang untuk merasakan top 10 golf course di Malaysia juga dapat dirasai apabila diajak oleh Dato S. Peluang yang tidak disangka-sangka juga diterima apabila Dato J memilihku untuk bertugas dalam satu program pada bulan ini di borneo.
Tugas baharu disamping hakiki juga ku terima kali ini. Membangunkan sukan golf dalam kalangan pegawai. Langkah pertama ialah menganjurkan sesi pemilihan pasukan untuk ke kejohanan jabatan. 92 is not a good score but it is was a good start.
Dalam tugas, ada beberapa tugasan yang perlu diselesaika awal kerana boss akan bersara seawal Februari dan beliau mahukan semua yang penting diselesaikan secepat mungkin. Semoga kami akan lebih cemerlang dengan adanya pengalaman bertugas dengan beberapa pengarah yang tentunya mempunyai pendekatan yag berbeza.
Memilih untuk membaca buku.. how to win friends adalah untuk membantu diri agar mampu menggunakan EQ sebaiknya.