Wednesday, January 9, 2019

PERMULAAN TAHUN BAHARU 2019

Alhamdulillah ! Kita banyak merancang tetapi Allah yang menentukan apa yang akan terjadi dan tindakan kita akan seiring tanpa gagal dengan perancanganNya.

Berkisar kepada minggu pertama awal tahun 2019, kita dikejutkan dengan isu-isu yang kadang kala lebih bersifat memusnahkan berbanding membina tamaddun.

Seperti biasanya , setiap awal tahun kami bercuti sehari sebagai sesi menutup tirai sebelum kembali dengan tugas masing-masing. Tahun ini, dek kerana terlalu banyak pergerakan  keluar samada ke Kedah atau Kelantan maka acara tahunan ditangguhkan pada kali ini.

Kebetulan juga , Satu Pertandingan Golf Silaturrahim turut diadakan di Kota Seriemas maka cuti awal tahun diraikan bersama rakan-rakan golfer. Permainan ini adalah TOV golf 2019 dan tentunya sangat mencabar dalam usaha untuk konsisten dibawah skor 90.

Kejutan juga berlaku di dalam organisasi , Pengarah yang baru 3 bulan bersama, tiba-tiba bertukar. Banyak perancangan yang dibincang untuk dijalankan tetapi apakan daya tentu ada hikmah disebalik perpisahan ini.

Kedatangan Pengarah baharu turut merancakkan awal tahun baharu dengan beberapa perubahan yang dibuat terutama melibatakan bidang tugas kami.

Semua aktiviti diluluskan turut ditangguh untuk memastikan selari dengan pandangan dan buah fikiran beliau.

Peluang untuk merasakan top 10 golf course di Malaysia juga dapat dirasai apabila diajak oleh Dato S. Peluang yang tidak disangka-sangka juga diterima apabila Dato J memilihku untuk bertugas dalam satu program pada bulan ini di borneo.

Tugas baharu disamping hakiki juga ku terima kali ini. Membangunkan sukan golf dalam kalangan pegawai. Langkah pertama ialah menganjurkan sesi pemilihan pasukan untuk ke kejohanan jabatan. 92 is not a good score but it is was a good start.

Dalam tugas, ada beberapa tugasan yang perlu diselesaika awal kerana boss akan bersara seawal Februari dan beliau mahukan semua yang penting diselesaikan secepat mungkin. Semoga kami akan lebih cemerlang dengan adanya pengalaman bertugas dengan beberapa pengarah yang tentunya mempunyai pendekatan yag berbeza.

Memilih untuk membaca buku.. how to win friends adalah untuk membantu diri agar mampu menggunakan EQ sebaiknya.


No comments: