Friday, November 7, 2008

YXGA 6105



Selamat menjawab bagi semua rakan yang akan mengambil subjek YXGA 6105 pada hari ini yang mungkin akan turut menjadi satu lagi grand prix marathon 3 jam. Jika pencerapan klinikal hanyalah sebahagian kecil daripada penyeliaan pengajaran maka peperiksaan hari ini juga hanya sebahagian kecil daripada proses pembelajaran YXGA 6105. Pembelajaran yang telah berlaku selama 14 minggu telah dibincangkan di dalam FGD menjadikan kita lebih memahami ilmu yang sedang kita pelajari. Perbetulkan niat utama perbincangan supaya kita akan menyediakan mental kita untuk memahami ilmu untuk jangkamasa yang lama (long-term memory). Peperiksaan hari ini adalah untuk mentaksir setakat mana kita telah masak dengan ilmu tentang penyeliaan. Kita letakkan diri kita kepada 2 watak yang sedang berbincang untuk melihat di mana kita pada masa ini dalam konteks penyeliaan pendidikan dengan membuat pentaksiran dan selepas ini kita akan merancang bagaimana ilmu ini boleh digunakan apabila kita keluar nanti. Bukankah pada masa itu barulah apa yang dipelajari ini akan menjadi lebih authentik? Atau adakah kita muntahkan balik apa yang ada pada hari ini dan memberikan kepada badang yang telah sedia kuat (Datin), ingatlah, ini bukan kisah badang dengan hantu.

Selamat berjaya kawan.

2 comments:

Jubah hitam said...

Hasil perbincangan FGD tersebut banyak membantu saya menghadapi Exam 6105. Tq kpd Mr. Glickman kelate kerana banyak menerang dan memahamkan saya berkenaan konsep penyeliaan termasuk di saat2 akhir. Kelah demo!

Pakwar said...

jubah hitam telah ambo masukkan sebagai orang penting dalam pertimbangan ambo setakat hari ini. Janganglah deme jual pulok kawang deme budak kelatang ni hehe muakakaka