Tahukah kita bahawa apabila kita belajar secara formal mengikut sesuatu kurikulum seperti di universiti ataupun apa sahaja institusi maka jarang ada orang yang mengambil tahu mengapa mereka perlu melalui proses pembelajaran di dalam kelas atau mengapa mereka diajar dengan pelbagai perkara dan yang paling akhir pula adalah mengapa kita diuji dan diberikan satu nilai yang berbentuk huruf seperti A, B dan sebagainya. Oleh kerana kurangnya maklumat dan kefahaman tentang kurikulum maka ia menyebabkan ada ahli yang berada di dalam sesuatu bidang pelajaran mengambil jalan yang berbeza , ada yang tidak merangkak tetapi terus berlari. Ini semua adalah berpunca daripada pengalaman yang dibentuk sejak dari kecil yang mendorong untuk manusia bertindak secara demikian. Apa kata ibu bapa atau guru semasa mengajar kita di waktu persekolahan dulu, 'awak belajar rajin-rajin nanti boleh jadi pegawai, boleh jadi cikgu dsb'. Apa kata pelajar, ;macammana nak jadi pegawai?' Jawab guru, 'Bila periksa, biar dapat banyak A dan boleh masuk Universiti dan selepas itu dapat A lagi di sana lalu awak akan keluar sebagai pegawai.'
Jika kita lihat kepada maksud kurikulum oleh Ralph W. Tyler sejak tahun 1949 lagi bahawa kurikulum adalah menjawab kepada 4 persoalan asas iaitu apakah matlamat pendidikan yang hendak dicapai, apakah pengalaman pembelajaran yang hendak diberikan, bagaimana pengalaman pembelajaran boleh diberikan dengan efektif dan bagaimana hendak menentukan bahawa pelajar telahpun memahami apa yang diberikan kepada mereka. Dari sini kita dapat memahami bahawa sesuatu kurikulum itu mestilah merangkumi objektif, kandungan (syllabus), pedagogi (kaedah) dan pentaksiran yang akan melengkapkan proses yang berlaku dalam sesebuah kurikulum.
Persoalannya adalah mengapa menjadi pegawai itu terlalu ditekankan berbanding menjadi manusia yang seimbang jika kita melihat kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagaimana kesimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek dapat dibina jarang diambil perhatian oleh pihak pendidik berbanding kejayaan mendapat A. "Actual Result" adalah mendapat keseronokan dan ilmu setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dan nilai 'A' adalah "actual indicator" untuk menunjukkan tahap penguasaan ilmu tersebut, jika ada yang mengambil langkah ekspress dgn latih tubi soalan peperiksaan maka dia sendiri lah yang tahu dan membuat pentaksiran sebagai pembelajaran. Sekolah Sangar Budaya akan melahirkan hanya seorang budayawan jika tujuan sebenarnya adalah untuk melihat siapa yang terbaik tetapi sekolah pondok melahirkan ramai manusia berilmu kerana pembelajaran dianggap satu proses berterusan sehingga mereka sentiasa mencari ilmu berbanding sistem yang hanya menjadikan manusia malas kerana menganggap tugas sebagai pelajar adalah selesai.
No comments:
Post a Comment