Babak 1
Sepetang di Danga Bay + makan buah langsat JB he he dan pekena spa ikan di Rumah Limas Danga Bay, geli geleman tapi lama2 orait juga. Siapa yg belum cuba boleh la ikut serta. Sesat dibuetnya JB pada hari ini, dulu lain;sekarang lain. Jalan bersimpang siur sana sini. Nasib baik ambil hotel dekat pusat bandar so banyak sign board.
Babak 2
Makan malam kat Jalan Kg Chat, best juga masakan; ikan jenahak masak tiga rasa dgn sup sayur. Lepas makan kami terus ke Johor City Square dan 'Beast Stalker' menjadi hiburan kami di Cathay. Cerita yang sungguh menyentuh emosi kami berdua. Tahniah Nicholas tse dan kawan2 yg berjaya membawa watak dgn sungguh berkesan termasuk stuntmen.
Babak 3
Bertolak ke Mersing via Kota Tinggi, singgah makan pagi di Kedai Makan Fateha di Kota Tinggi. Masak asam pedas kepala ikan koci begitu enak sehingga kami membungkus untuk makan tgh hari nanti. Nasib baik tak disaman di Mersing kerana menggunakan kupon parking A yg hanya utk JB, Batu PAhat,Muar shj. Rayuan kami diterima dan pelik sungguh. Apasal tak leh guna kupon A , membazir pulak rasanya tak guna lebihan kupon.
Babak 4
Sekarang kami berada di Hotel Seri Malaysia Rompin (Tg Gemuk) sambil ngeteh dan mengingat kembali kenangan minum teh dangdut ketika jadi JU semasa kursus semakan semula KBSM. Rupanya tukang tarik dah takder so minum jer apa ada dan yg penting blog ini diupdatekan sekerap mungkin.
sehingga laporan seterusnya.. bye ( foto tak dapat diupload kerana masalah teknikal..sekadar gprs)
1 comment:
nampaknya en ajehe begitu teruja dgn episod ronda-ronda kali ini,semoga paparan seterusnya ronda2 di negeri2 pakatan rakyat juga akan "menerujakan" en ajehe..selamat meronda.
Post a Comment