Monday, November 24, 2008

Summer Camp Darul Atiq 2008

Wajah 2 Along dan Angah semasa perjalanan untuk ke Darul Atiq selama sebulan bagi mengikuti program yang dianjurkan oleh pengurusan Darul Atiq. Insyallah dengan keberkatan dan kemahuan yang kuat, mereka akan membesar dengan penuh minat untuk menjadi 'good muslim' dan sokongan keluarga adalah amat diperlukan.

Dengan RM 300 anak anda akan dilatih secara individu untuk menjadi seorang Hafiz dengan memulakan juz amma sebagai sasaran dan akan ditingkatkan mengikut kebolehan masing-masing dan sememangnya program ini adalah bersifat pembelajaran 'authentic' yang mana setiap kanak-kanak lulusan Darul Atiq selama sebulan akan menerima pendidikan yang bermakna untuk diri mereka, agama, bangsa dan keluarga, bak kata ustaz , jika mereka boleh mengetuai tahlil pada Januari 2009 bermakna mereka adalah lebih baik daripada apa yang ada pada diri mereka pada hari ini. Jika mereka akan membaca juz amma dengan baik dan menghafalnya pada Januari 2009, orang yang paling berbangga adalah ibubapa mereka sendiri.

Setelah dua hari, mereka kelihatan begitu yakin dengan program dan kita semua berdoa agar manfaat semaksima mungkin dapat diperolehi oleh Along dan Angah. Jangan putus asa dalam menghafal dan setiap ilmu yangdiperolehi tidak mungkin akan mensia-siakan hidup anda berdua nanti. TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR! ALLAHUAKHBAR.

3 comments:

Jubah hitam said...

Melentur buluh bermula dari rebungnya- syabas!!
Takbir ok dah lagu mano dgn "Hidup Melayau"?

Pakwar said...

Hidup Melayau dok rok nanang , kena tanya tukartiub

ARIN said...

pemantapan akidah bermula disini,melahirkan pelajar yg mempunyai sahsiah cemerlang dan akademik yg terbilang insya Allah,eh mana cik rossa manja x mengomen ni?