Sunday, November 2, 2008

Selamat Menjawab Peperiksaan

Hari ini berakhirlah 'study week' dan besok semua pelajar berkenaan akan berada di dalam dewan peperiksaan sekali lagi setelah berehat panjang sejak zaman 'under graduate'. Perasaaan bercampur baur di antara keseronokan dan kerisauan menjelang detik bermulanya 'exam week'. Keseronokan kerana peperiksaan ini memberikan peluang untuk kita mengupas apa yang dipelajari selama 14 minggu untuk menghasilkan sesuatu yang tulin berbanding cara menjawab dua dekad yang lalu yang hanya meminta dikeluarkan apa yang dihafal semata-mata. Apa yang keluar dan menjadi jawapan nanti tentunya adalah buah fikiran yang datang dari pengalaman yang dicantumkan dengan konsep yang dipelajari. Mengapa adanya kerisauan pula kerana sejak kecil kita sentiasa menjawab soalan yang betul atau salah. Oleh yang demikian, kita selalu merasakan mungkin apa yang kita jawab adalah betul atau salah. Apa yang perlu diubah adalah kita seharusnya diminta menyatakan sesuatu dari perspektif kita secara bebas tanpa skema yang menganggu keseronokan pemeriksa untuk membaca jawapan yang tertulis. Bukankah sesuatu hasil timbul dari omongan , idea atau pandangan yang karut pada mulanya kerana orang tidak pernah memikirkannya sebelum daripada itu. Sudah banyak kehebatan di dunia ini yang bermula daripada idea kosong tetapi akhirnya dikagumi oleh semua manusia. Siapa Bill Gates dan siapa Steve Jobs kepada seluruh dunia hari ini.

Buat diri dan rakan2, teruskan perjuangan dan perjuangan adalah perlaksanaan kata kata.

2 comments:

ARIN said...

Gud luck utk En. Ajehe,exam yg bakal diduduki utk menguji sejauh mana pengorbanan students IPK yg terpaksa mengorbankan segalanya,berjauhan dgn suami/isteri serta keluarga, masa dihabiskan dlm pejalanan ulang alik, meninggalkan anak didik di sekolah, kehilangan laptops, kereta@ bas rosak di jalanan serta banyak lg yg x dpt saya huraikan satu persatu.
Pesanan BLOGREADER "Jgn takut berdepan dgn exam kerana tanpa anda exam bermula bsok hari MUSTAHIL akan wujud"..Malaysia Boleh Islam lagi Boleh

Unknown said...

good luck en ejehe