Friday, November 28, 2008

Ronda-Ronda Hari 2

Sehari di Kotaraya KL terasa amat singkat dengan kenderaan yang bersimpang-siur. Menikmati Nasi Beriani di Restoran Insaf masih mempunyai 'kick' walaupun harga sudah meningkat kepada RM12 sepinggan. Apo nak dikato. Sepanjang jalan TAR dipenuhi oleh peniaga berbangsa India baik di kedai Karpet, kedai Kain dan Kedai Buku. Majalah 'off the edge' yang bercoverkan TG Nik Aziz telah habis di bbrp kedai, sangat hebat sambutannya

Mesyuarat berlangsung 4 jam dgn pelbagai perbincangan untuk memastikan semua berjalan lancar menjelang Seminar pada Mac 2009. Hujan lebat di KL bermula pukul 5.30 menyebabkan jalan sesak dan kami mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke Tol Sungai Besi untuk meneruskan perjalanan ke selatan. Semenanjung Hujan adalah sesuai dinamakan kerana hujan mencurah-curah daripada KL hingga ke Ayer Keroh.




Singgah menikmati ikan jenahak bakar dan ketam goreng berlada di Umbai adalah antara agenda ronda-ronda kali ini. Akhirnya RM 53 terbang masuk perut kekenyangan. Pukul 12 tgh malam, perjalanan berhenti di Muar Riverview Hotel tapi sayang kemudahan wifi yang ada tidak dapat digunakan buat sementara waktu. Pagi ini kami akan mencari mee bandung muar yang dikatakan tersohor.

2 comments:

ARIN said...

di harap agar en ajehe dpt utarakan cadangan agar tok bali didirikan medan ikan bakar seakan-akan dataran Umbai kpd ADUN Semerak Yb Wan Hassan..Nanti bole ajak en jubah hitam makan ikan bakor tok bali,ke gane gamok en jubah hitam?

Jubah hitam said...

Jubah Hitam sudah merasa ikan bakar Tok Bali nampaknya tak boleh lawan ikan bakar Bukit Tunggal n Tanjung Lumpur. Mungkin satu hari nanti kita berkesempatan makan ikan bakar Bukit Tunggal.