When we decide to climb a mountain, make sure we have a mountain bike because we don't have much time to depend on our feet. Your time duration will be shorter and you will reach the top not just on time but it can be in time.
Tuesday, December 30, 2008
Selamat Kembali ke IPK
Tugasan pertama sudah datang pada hari ini, dan tidak akan berhenti sehingga penghujung Jun nanti. Ya Allah, berikan kekuatan kepada hamba2 MU dalam menempuh kehidupan sebagai pelajar.
Langkah pertama adalah memulakan sesi dengan rambut baru ..... mesin nombor 1
Monday, December 22, 2008
Universiti Penuh Manusia (UPM)
Piala Emas Raja-Raja
Kelantan telah menjuarai Piala Emas Raja-Raja yang menjadi kebanggaan Ketuanan Melayu apabila mengalahkan Pulau Pinang 4-0 di Kota Bharu dalam perlawanan yang dikuasai sepenuhnya oleh Tuan Rumah. Seramai 15,000 (Sinar Harian) penyokong telah membanjiri stadium untuk menyaksikan kehebatan tuan rumah dengan gabungan pemain lama seperti halim napi, seh bucit, zainuddin ariffin dan zul ehsan serta pemain baru seperti latif dan badri sangat menghiburkan terutama pada separuh masa pertama. Dalam separuh masa kedua ternampak betapa tidak 'fit'nya pemain bola di Malaysia kerana penonton sudah mula mem'boo' pemain sendiri kerana hanya berjalan di atas padang.
-berita kelantan sana sini-
Friday, December 19, 2008
Korban atau Terkorban di P36
Majlis Korban yang diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang telah dihadiri oleh penduduk tempatan tanpa mengira parti. Semua yang hadir memberikan kerjasama dan akhirnya daging korban telah dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan. Tahniah kepada semua yang hadir dan semoga YB Tengku Hassan akan meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat tanpa mengira parti.
Thursday, December 18, 2008
Lebuh Raya PLUS (++++)
Berada di lebuh raya plus (tambah) bermaksud anda kena tambah kelajuan daripada 110km/j kepada yang bertambah baik setiap hari. Dengan kenderaan 2000cc, cuaca baik, kenderaan bergerak laju maka anda akan boleh mencuba sekali sekala sesuai dengan usia anda.
'Wheekeng' yang popular suatu ketika dulu dan kalau melihat kpd gelagat mat motor hari ini..wow lagi dahsyat.
Selekoh 'rothmans' di pasir puteh yang menjadi tempat belajar suatu ketika dulu. Jika teringat ,,blehlah menonton remp-it dan segala kenangan akan kembali menjelma.
Wednesday, December 17, 2008
Alfatihah Untuk Wan Zuhari
Monday, December 15, 2008
Bulan Muhasabah
Tinggal 15 hari lagi sebelum berakhirnya tahun 2008 maka tibalah masa untuk bermuhasabah bagi pengurusan tertinggi KPM (seperti tertera) tentang sejauh mana keputusan demi keputusan yang mereka buat samada melalui cadangan, bengkel, resolusi dan apa sahaja yang berkaitan dengan pendidikan rakyat negara ini bermula dengan pra sekolah. Mereka ini semua adalah gabungan orang politik yang sedikit sebanyak ingin terus berkuasa, PTD yang mempunyai wawasan tersendiri dalam kerjaya dan juga guru yang memegang jawatan tertinggi sebagai Turus.
Apa harapan rakyat pada mereka ? Jangan korbankan jutaan murid sekolah dengan keputusan yang bersifat kepentingan peribadi melebihi kelebihan rakyat terbanyak. Libatkan ahli akademik dalam setiap keputusan yang dibuat kerana 2 otak lebih baik daripada 1.
Sunday, December 14, 2008
PDRM (Polis dan Rakyat Marhaien)
Melihat cara mereka meletakkan kereta dan 4wd mengelilingi kontena dan mengawalnya sudah pasti sesuatu yang sangat bernilai sedang dibawa. Syabas PDRM kerana begitu amanah dengan tugas menjaga keselamatan hak negara yang sudah pasti hak rakyat. Hak kita semua.
Nasib baik ada seorang sarjan adalah 'statemate' dan jenis peramah berbanding anggota lain maka sempatlah jawapan diperolehi; kontena berisi wang syiling bernilai jutaan RM sedang dalam perjalanan ke Bank Negara cawangan Pulau Pinang. Tahniah Pak Polisi. Sesuai dengan slogan 'Saya Anti Rasuah' anda semua layak untuk memikul amanah daripada rakyat dan jangan terlalu akur dengan arahan mana mana pemimpin secara membabi buta kerana kita semua sedang diperhatikan di kanan dan kiri kita.
Rakyat Marhaein amat memerlukan ketegasan polis dalam menjaga keamanan negara. Pemimpin adalah sebahagian daripada undang-undang dan tiada siapa yang harus bebas untuk menjaga kepentingan masing-masing dengan menggunakan anggota polis.
Saturday, December 13, 2008
Pesanan Adik Mat
Dalam khutbah Jumaat semalam , adik Mat Imam Muda telah menyampaikan khutbah Jumaat yang bertemakan keluarga Islam. Bermula daripada memilih calon isteri hinggalah kepada bagaimana watak yang seharusnya dimainkan oleh para suami di rumah masing-masing. Sesuai dengan musim cuti sekolah ini dan musim orang naik pelamin maka tema khutbah ini amat relevan dengan makmum yang hadir walaupun mungkin tidak dianggap utama oleh Pandikar Amin Mulia selaku speaker dewan rakyat.
Ada dua perkara yang sempat diingati dalam khutbah itu iaitu dalam hidup berumah tangga hendaklah ada mawaddah (kecintaan) di mana saling ada rasa cinta dan kasih sayang di antara suami isteri dan anak-anak. Bapa hendaklah menunjukkan kasih sayang kepada isteri dan anak2 kerana Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling baik terhadap isteri2 Baginda. Anak2 hendaklah menjaga maruah ibubapa dgn tidak memalukan mereka dalam masyarakat dengan melakukan perkara yang buruk seperti menghisap dadah dan sebagainya.
Friday, December 12, 2008
Tetamu Istimewa 1373 (2)
Akhirnya Zahar menjadi tetamu terakhir housemate condo putramas slps yein dan arman. Selamat bercuti di Kelantan dan jangan segan lagi untuk ke rumah kami.
Ya Ustaz Harun AlLabisi! Terima kasih di atas kedatangan sekeluarga ke rumah kami. Semoga dapat kembali bertugas di Terengganu Darul Iman pada tahun 2009. Pada masa itu barulah boleh ditukar gelaran ALPayungi. Tentu K. Parthiban akan merintih di atas kehilangan anda di Munshi Ibrahim.
Thursday, December 11, 2008
The Loneliness of the Long Distance Runner
Jika anda pernah berjogging setiap petang sejauh 5-7 km sejak beberapa tahun dan anda sentiasa suka melakukannya, apakah perasaan anda jika anda tidak dapat lagi meneruskan aktiviti ini kerana cuaca tidak mengizinkan? Bagaimanapun anda masih boleh meneruskan larian jika anda memilih untuk ke gymnasium sekitar penempatan untuk berlari di atas treadmill yang juga sebahagian daripada senaman untuk kardiovaskular. Ini bermakna cuaca bukan halangan untuk kekal aktif dan kasut anda akan sentiasa memberikan khidmat bakti kepada tuannya.
Jika kasut anda telah lama digunakan dan tidak lagi membantu mengekalkan kestabilan dan mengurangkan impak terhadap kaki anda maka anda boleh memilih untuk membeli kasut baru seperti di atas dengan harga yang sederhana, rm >100 jenama Kronos untuk larian 5-7 km adalah masih berbaloi dan anda masih boleh 'keep running' untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk badan.
Namun, apa perasaan anda jika cuaca yang mengizinkan, treadmill yang boleh menggantikan trek biasa anda dan kasut yang telah baru tetapi anda telah dihalang untuk berlari kerana terasa kesakitan kepada bahagian dada dan tengkok serta di dalam telinga walaupun hanya untuk sejauh 200 meter. Adakah ada alternatif lain yang boleh diganti untuk memastikan perut anda sentiasa 'flat' dan saiz pinggang seluar anda kekal pada 30 inci.? Inilah kebosanan seorang pelari jarak jauh yang terpaksa menggantungkan kasut jogging tanpa ada jaminan masa bahawa dia akan dapat berlari semula........ Alahai
Wednesday, December 10, 2008
Lautan Biru Yang Tenang
Tuesday, December 9, 2008
Bukit Antarabangsa:Apa Khabar ?
Apabila runtuhnya HIghland Towers maka kajian mendapati bahawa tanah tersebut disepanjang kawasan Ulu Kelang adalah jenis yang tidak sesuai untuk pembinaan kawasan perumahan kerana dari segi geologi ia merupakan kawasan yang tidak selamat tetapi mengapa saban tahun taman-taman perumahan tetap tumbuh bak cendawan. Adakah kajian hanyalah untuk mencari jawapan dan bukan tindakan yang diingini ataupun ada unsur rasuah dalam meluluskan projek-projek ini. Wallahua'lam
Monday, December 8, 2008
Selamat hari raya aidiladha
Tuesday, December 2, 2008
Satu Peringatan Terhadap Diri
Takziah di atas pemergian Pek Tam @ Pak Ud - rakan mesjid dan kedai tok wan yang telah pergi menghadap Ilahi semalam dan semoga ruh beliau dicucuri rahmat. Al Fatihah
Wassalam.
Ronda-Ronda (Alor Setar)
Apabila ternampak kambing ini bermakna aku telah tiba di kg pondok tasak, langgar. Aku mungkin akan bermalam beberapa hari di sini sebelum balik berhari raya di Kelantan. Pada masa ini kami berada di IPDA untuk mendapatkan sijil kursus 14 minggu di Jitra dan terima kasih kepada HSDPA Jitra yang menjadikan broadband ambo berfungsi dengan maksima. BERBALOI!!!!!
Monday, December 1, 2008
Ikhlas Tapi Jauh
Saya tertarik untuk membicarakan tentang penyokong wadah perjuangan Islam melalui Pakatan Rakyat perlu melakukan sesuatu yang ‘beyond expectation’ atau ‘out of the box’. Setelah 9 bulan menguasai lima buah negeri melalui Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 maka kita telah dapat melihat lebih ramai rakyat yang mula menunjukkan sokongan yang lebih terbuka kepada parti-parti di bawah pakatan rakyat terutama PAS terutama dalam kalangan golongan muda yang boleh dilihat melalui sambutan pada setiap ceramah ataupun program anjuran parti. Mungkin mereka ini bukanlah pekerja parti ataupun ahli tetapi mereka sanggup dan dengan bangganya memakai baju atau apa sahaja yang melambangkan parti yang disukai masing-masing.
Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh mereka yang bukan ahli parti untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat kerana mereka yakin bahawa perjuangan parti PAS adalah berteraskan kepada Islam dan akan mendapat keredhaan sehingga sanggup menderma dan berkorban untuk perjuangan menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua. Kita boleh fahami bahawa mereka yang aktif di dalam parti akan sentiasa terlibat dengan program parti secara langsung tetapi bagaimana golongan yang bukan ahli parti boleh memberikan sumbangan selain daripada berduyun-duyun ke pentas ceramah dan sesekali memberikan undi di dalam pilihanraya yang diadakan setiap 5 tahun. Inilah memerlukan pemikiran ‘beyond expectation’ atau ‘out of the box’ anggota parti yang aktif samada di cawangan atau kawasan supaya sejumlah penyokong bukan ahli parti ini dapat sama-sama berganding bahu dalam menjalankan kerja kemasyarakatan yang akan menjamin dua perkara besar iaitu mengekal atau mendapatkan kemenangan dalam pilihan raya dan mendapat pahala yang berkekalan di atas khidmat kepada parti yang menjadikan islam sebagai wadah perjuangan. Cuma yang tidak ada pada mereka adalah peluang untuk berbuat demikian kerana kurangnya penerangan dan jemputan secara rasmi atau terbuka kepada mereka. Kita tidak berapa mengenali tetapi banyak cara yang boleh difikirkan dan digunakan untuk mendapatkan khidmat golongan ini.
Pakatan Rakyat (PR) hendaklah menyedari bahawa ruang yang ada untuk berkhidmat kepada rakyat hendaklah dilakukan secara berbeza daripada Barisan Nasional (BN). Jika PR menganggap apa yang dilakukan oleh BN adalah bersifat politik sempit semata-mata maka tidak perlulah konsep yang sama diteruskan oleh parti gabungan PR dalam memberikan khidmat kepada rakyat. Percayalah bahawa Parti PAS telah menarik sokongan ramai golongan muda yang beragama islam kerana mereka yakin bahawa menyokong parti ini adalah selaras dengan perjuangan yang benar yang di bawa melalui kepimpinan ulamak. Hanya dengan sedikit usaha ke arah mengajak mereka untuk bersama dalam aktiviti kemasyarakatan sudah tentu akan disambut dengan tangan terbuka tanpa menggunakan lambang parti. Apa yang mereka mahu adalah kerja yang akan dilakukan akan mendapat pahala dan menjamin kuasa ‘ketuanan rakyat’ akan terus kukuh berbanding ‘ketuanan melayu ciptaan UMNO’ yang telah jelas hanya untuk pemimpin mereka semata-mata.
Golongan muda ini pada dasarnya tidak mempunyai daya kepimpinan untuk ke depan dan masih terikat dengan akta-akta tertentu jika mereka terdiri daripada kakitangan kerajaan ataupun pelajar institusi pendidikan tinggi maka kreativiti dan tindakan daripada pihak parti adalah amat diperlukan untuk menjadi penggerak kepada khidmat untuk masyarakat di setiap pelusuk daerah dan kampung tanpa mengira ideologi mereka. Jika ahli jawatankuasa parti di setiap kawasan tidak membincangkan kehadiran penyokong ini maka apa yang dikhuatirkan ialah mereka mula menganggap PR dan BN adalah sama yang menyebabkan mereka akan mengundurkan diri daripada perjuangan dan secara tidak langsung akan mengurang peratus pengundi PR pada pilhan raya yang akan datang. Mereka mungkin tidak akan memberikan undi untuk BN tetapi memilih untuk berada di mesjid-mesjid dan surau demi mencari pahala bekalan untuk alam yang akan datang. Akhir kata 'Lu fikirla sendiri'
Sunday, November 30, 2008
Seruan Haji
Semoga mendapat haji mabrur dan doakan pemergian kami pula untuk menunai rukun kelima. Amiiin Ya Allah. Suara Nazrey bersama raihan kedengaran mengiringi suasana yang semakin pilu apabila masa untuk berangkat telah tiba. Selamat jalan.
Saturday, November 29, 2008
Ronda-Ronda Hari 4 (JB-Rompin)
Sepetang di Danga Bay + makan buah langsat JB he he dan pekena spa ikan di Rumah Limas Danga Bay, geli geleman tapi lama2 orait juga. Siapa yg belum cuba boleh la ikut serta. Sesat dibuetnya JB pada hari ini, dulu lain;sekarang lain. Jalan bersimpang siur sana sini. Nasib baik ambil hotel dekat pusat bandar so banyak sign board.
Babak 2
Makan malam kat Jalan Kg Chat, best juga masakan; ikan jenahak masak tiga rasa dgn sup sayur. Lepas makan kami terus ke Johor City Square dan 'Beast Stalker' menjadi hiburan kami di Cathay. Cerita yang sungguh menyentuh emosi kami berdua. Tahniah Nicholas tse dan kawan2 yg berjaya membawa watak dgn sungguh berkesan termasuk stuntmen.
Babak 3
Bertolak ke Mersing via Kota Tinggi, singgah makan pagi di Kedai Makan Fateha di Kota Tinggi. Masak asam pedas kepala ikan koci begitu enak sehingga kami membungkus untuk makan tgh hari nanti. Nasib baik tak disaman di Mersing kerana menggunakan kupon parking A yg hanya utk JB, Batu PAhat,Muar shj. Rayuan kami diterima dan pelik sungguh. Apasal tak leh guna kupon A , membazir pulak rasanya tak guna lebihan kupon.
Babak 4
Sekarang kami berada di Hotel Seri Malaysia Rompin (Tg Gemuk) sambil ngeteh dan mengingat kembali kenangan minum teh dangdut ketika jadi JU semasa kursus semakan semula KBSM. Rupanya tukang tarik dah takder so minum jer apa ada dan yg penting blog ini diupdatekan sekerap mungkin.
sehingga laporan seterusnya.. bye ( foto tak dapat diupload kerana masalah teknikal..sekadar gprs)
Rintihan Jemaah Tabligh
......... sambungan buah fikiran hamba
Nabi dulupun berdakwah juga
mengapa berperang kalau setakat nak berdakwah
Mengapa ada negara islam madinah kalau setakat nak berdakwah
Jom join Parti dan kita boleh laksanakan Islam kerana kita ada negara macam nabi kita ada
Friday, November 28, 2008
Takziah
Sebagai umat islam dan warga pendidik, kami merakamkan takziah di atas pemergian Allahyarham dan kehilangan ini merupakan sesuatu yang besar kepada pendidikan di Malaysia kerana namun jasa Allahyarham selama ini mohon diberkati dan mendapat pahala yang berkekalan.
Ronda-Ronda Hari 3 (Muar-Tg Piai)
Dari Muar menghala ke Pontian memberikan satu pengalaman baru. Baru mendapat jawapan kenapa PAS boleh menang dua kerusi di Muar. PASTI berada dalam lingkungan lima minit perjalanan yang menjanjikan generasi muda yang akan menyokong kuat perjuangan Islam.
Singgah solat jumaat di Rengit dan tiba di Ayer Baloi, Pontian. Teringan kawan lama di SMACH , Hassan Mazelan, budak Ayer Baloi yang katanya sekarang menjadi SU Politik Menteri.
Tanjung Piai, siapa sangka akhirnya aku berada di sini di Restoran Alif bersebelahan Hotel Pontian. Di depan, laut membiru indah dan damai sebelum perjalanan ke JB diteruskan. Kukup sudah tidak jauh daripada sini, terfikir pula projek Tanjung Balai yang belum menjadi kenyataan.
Ronda-Ronda Hari 2
Mesyuarat berlangsung 4 jam dgn pelbagai perbincangan untuk memastikan semua berjalan lancar menjelang Seminar pada Mac 2009. Hujan lebat di KL bermula pukul 5.30 menyebabkan jalan sesak dan kami mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke Tol Sungai Besi untuk meneruskan perjalanan ke selatan. Semenanjung Hujan adalah sesuai dinamakan kerana hujan mencurah-curah daripada KL hingga ke Ayer Keroh.
Singgah menikmati ikan jenahak bakar dan ketam goreng berlada di Umbai adalah antara agenda ronda-ronda kali ini. Akhirnya RM 53 terbang masuk perut kekenyangan. Pukul 12 tgh malam, perjalanan berhenti di Muar Riverview Hotel tapi sayang kemudahan wifi yang ada tidak dapat digunakan buat sementara waktu. Pagi ini kami akan mencari mee bandung muar yang dikatakan tersohor.
Thursday, November 27, 2008
Ronda-Ronda Hari 1
Tuesday, November 25, 2008
Tetamu Istimewa 1373
Selamat berangkat pulang ke Shah Alam dan berhati-hati di jalan raya. Besok, Satria Neo akan sekali lagi mengahla ke KL untuk Mesyuarat Seminar kebangsaan.
Monday, November 24, 2008
Summer Camp Darul Atiq 2008
Dengan RM 300 anak anda akan dilatih secara individu untuk menjadi seorang Hafiz dengan memulakan juz amma sebagai sasaran dan akan ditingkatkan mengikut kebolehan masing-masing dan sememangnya program ini adalah bersifat pembelajaran 'authentic' yang mana setiap kanak-kanak lulusan Darul Atiq selama sebulan akan menerima pendidikan yang bermakna untuk diri mereka, agama, bangsa dan keluarga, bak kata ustaz , jika mereka boleh mengetuai tahlil pada Januari 2009 bermakna mereka adalah lebih baik daripada apa yang ada pada diri mereka pada hari ini. Jika mereka akan membaca juz amma dengan baik dan menghafalnya pada Januari 2009, orang yang paling berbangga adalah ibubapa mereka sendiri.
Setelah dua hari, mereka kelihatan begitu yakin dengan program dan kita semua berdoa agar manfaat semaksima mungkin dapat diperolehi oleh Along dan Angah. Jangan putus asa dalam menghafal dan setiap ilmu yangdiperolehi tidak mungkin akan mensia-siakan hidup anda berdua nanti. TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR! ALLAHUAKHBAR.
Sunday, November 23, 2008
Apa Cikgu Buat?
Lalu cikgu bertanya kepada anak muridnya, ada apa-apa pertanyaan sebelum kita semua beredar dan berjumpa semula pada tahun depan? Seorang pelajar bangun dan bertanya, cikgu A, apa cikgu buat untuk persiapan mengajar kami pada tahun depan ?
1. Adakah cikgu akan membaca buku setiap hari untuk memastikan apa yang hendak dikongsi dengan kami adalah ilmu yang mutakhir;
2. Adakah cikgu akan menghabiskan masa cuti ini dengan memikirkan kajian-kajian tindakan untuk membaiki kelemahan berdasarkan kepada apa yang telah dikenalpasti sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun ini supaya kami semua dapat meningkatkan kemahiran kami;
3. Adakah cikgu akan melakukan senaman 3 kali seminggu supaya badan cikgu sentiasa sihat dan tidak memerlukan cuti sakit pada tahun depan;
4. Adakah cikgu akan meluangkan masa memikirkan setiap orang daripada kami dan bagaimana kaedah-kaedah sesuai untuk digunakan supaya kami dapat belajar dengan lebih baik;
5. Adakah cikgu akan meningkatkan keimanan dan ketakwaan supaya kami akan dididik mengikut acuan yang sepatutnya kerana kami akan bersama cikgu selama 8 jam setiap hari.
atau
1. Tidak ada walau sebuah bukupun yang cikgu baca kerana cikgu akan mengulang balik apa yang telah dilakukan sejak tahun pertama mengajar dulu kerana cikgu sangat berpengalaman dan ilmu tidak lagi bertambah
2. cikgu menganggap yamg bodoh tetap bodoh dan yang pandai akan lebih pandai walaupun dengan adanya cikgu di dalam kelas
3. cikgu menganggap bersenam adalah untuk remaja dan cikgu akan menggunakan masa petang dengan bersembang di kedai kopi bersama rakan guru yang lain
4. cikgu menganggap hubungan guru-murid hanya di waktu persekolahan dan menutup buku itu ketika cuti
Cikgu..... renungkanlah sejenak dan ingatlah bahwa kami semua ingin berjaya cuma didikan kami berbeza di rumah masing-masing. Jika cikgu sudah menganggap kami tidak boleh berjaya maka siapa lagi yang akan memberikan inspirasi kepada kami semua.
Saturday, November 22, 2008
Kemubu... Satu Ratapan
Berkenalan dengan Pak Su Mat yang mesra dengan panggilan Abe Mat Majlis minggu lalu rupanya kali pertama dan terakhir. Semalam, di dalam solat Asar ketika sujud, itulah solat terakhir buatnya dan telah menghembuskan nafas terakhir setelah dikatakan menghidap kayap sejak beberapa hari yang lepas. Mengapa begitu istimewa Allahyarham Abe Mat bagi penduduk Kemubu? Sepanjang hayatnya beliau telah menabur bakti yang besar bagi mereka yang tinggal di sekitar rumahnya. Menurut khabar dari anak Allahyarham lalu dicoretkan ke dalam blog ini supaya dapat diingati bahawa Allahyarham pernah bersama kami buat beberapa ketika semasa hayatnya.
Jasa yang paling besar adalah menjadi Imam di Mesjid yang berhampiran rumahnya dan sudah tentu jemaah akan terasa kehilangan walaupun patah tumbuh hilang berganti. Yang kedua, Allahyarham adalah merupakan bekas pegawai Majlis Agama Islam Kelantan yang sudah berkhidmat sejak sebelum merdeka dan pernah berbasikal hingga ke Jeli untuk menjalankan tugas dan beliau begitu sihat tanpa penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dsb mungkin kerana begitu aktif dengan senaman kayuhan basikal yang menjadi amalan. Ketiga, menurut anak-anaknya, Allahyarham paling suka dijemput untuk menjadi jurucakap bagi majlis peminangan kerana beliau suka membantu orang lain dan sememangnya cara beliau mengendalikan majlis amat saya gemari dan sukar diganti. Keempat, beliau semasa hayatnya suka mencurahkan ilmu kepada orang lain, menggunakan ilmu dengan mengamalkannya, beliau akan menggunakan masa untuk mengajar kanak-kanak mengaji quran dan yang paling hebatnya ialah Rm1 akan diberikan kepada pelajar dan RM10 untuk khatam akan beralih tangan kerana bagi beliau ilmu itu mesti disampaikan. Kelima, beliau akan mengadakan majlis tahlil di mesjid kerana menurutnya, orang yang baru selesai solat di mesjid adalah sesuai untuk bertahlil kerana mereka baru sahaja selesai menghadap Ilahi dan beliau akan menyampaikan tazkirah kepada semua yang hadir. Setiap kali beliau menumpang kereta orang termasuk anaknya Rm 30 akan diberikan kerana bagi beliau sejumlah Rm 30000 perlu dikeluarkan jika hendak memiliki kereta sendiri. Yang terakhir ialah di depan rumah beliau dan didepan mesjid terpampang gambar Tuan Guru YAB Nik Aziz Nik Mat menunjukkan bahawa beliau sangat mementingkan kepimpinan ulama dan sentiasa mengambil buah fikiran Tuan Guru dalam kehidupan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Allahyarham dan menggantikan peranan yang dimainkan oleh beliau semasa hayatnya supaya kejiranan Kemubu akan sentiasa mendapat manfaat sepanjang masa. Bagaimana dengan Pasir Puteh ?
Friday, November 21, 2008
Selamat Pengantin Baru
Rakan-rakan sekelas yang sentiasa sudi untuk berkongsi keriangan dan kesusahan pada bila-bila masa dan mengharapkan keikhlasan daripada semua.
Thursday, November 20, 2008
Parcel E Putrajaya
Tapi sayang seribu kali sayang, apabila berada di kampung, menjadi guru sudah menjadi sebahagian kecil daripada kehidupan kerana terlampau banyak aktiviti lain yang sudah diutamakan kerana ini kampungku, aku tahu apa yang baik dan buruk, anak murid aku semua bukan boleh dibentuk, semuanya malas, itulah alasan guru kerana setiap muka di dalam kelas sudah diketahui nasab keturunan sehingga si anak murid tidak boleh berubah lagi. Itulah guru kita, mengajar sudah menjadi makan gaji, bukan lagi mendidik kerana banyak hal lain yang perlu diselesaikan. Usah disuruh lagi aku untuk berada di sekolah pada waktu petang kerana aku sibuk.
Masa dulu selalu ada kata-kata begini, kalau mengajar kat kampung sendiri lebih baik sebab anak kampung semua saudara mara tapi bila dah berada di kampung, bermacam bisnes dan kerja lain yang difikirkan kerana kerja rajin pun bukan tambah gaji, itulah luahan mereka.
Apa-apa pun, selamat pulang guru perantauan jika anda boleh bertukar dan jangan abaikan anak kampung kita sendiri yang memerlukan guru anak kampung sendiri untuk membantu mereka untuk berjaya.
Wednesday, November 19, 2008
Rahmat Ilahi Rezeki Meluas
Salam Bahagia,
Malam tadi kami sekeluarga telah berada di Tok Bali untuk menikmati rezeki Allah yang diberikan kepada sang nelayan dan Raja Ikan Bakar serta akhirnya menjadi rezeki kami. Ikan mandi abu, ikan merah, ikan kerisi raksasa dan ikan tanda yang sukar di perolehi di pasar basah begitu enak rasanya. Dagingnya manis sekali dan kami 16 orang termasuk lima kanak2 amat berpuas hati walaupun terpaksa membayar RM 120 sebagai penguat tali silaturahim.
Petang ini kami akan ke KL untuk ke KPM bagi urusan pertukaran kerabat dari Johor ke Terengganu.
Tuesday, November 18, 2008
Selamat bercuti warga pendidikan
Monday, November 17, 2008
Juara Tasik Kenyir
Siapa sangka percutian ini menjadi milik Pak Nasir, seekor kelah merah menjadi bukti walaupun di dalam keriuhan kanak-kanak namun masih ada kelah yang ingin meragut buah kelapa sawit yang menobatkan sang juara. Tahniah !
Sunday, November 16, 2008
Tasik Kenyir 1
Bersama Abg Jan untuk membelah Tasik Kenyir bagi menikmati kedamaian Tasik Kenyir
3 hari sebagai blogger tanpa berita terasa begitu lama namun ketenangan selama 3 hari tanpa komunikasi kotak kecil (hand phone) dan keindahan Tasik Kenyir menjadikan percutian ini sangat berbaloi dan menjadi kenangan yang sangat bermakna. Gambar foto menceritakan kepada pembaca kerana 'picture speaks thousand words'