Thursday, December 11, 2008

The Loneliness of the Long Distance Runner


Jika anda pernah berjogging setiap petang sejauh 5-7 km sejak beberapa tahun dan anda sentiasa suka melakukannya, apakah perasaan anda jika anda tidak dapat lagi meneruskan aktiviti ini kerana cuaca tidak mengizinkan? Bagaimanapun anda masih boleh meneruskan larian jika anda memilih untuk ke gymnasium sekitar penempatan untuk berlari di atas treadmill yang juga sebahagian daripada senaman untuk kardiovaskular. Ini bermakna cuaca bukan halangan untuk kekal aktif dan kasut anda akan sentiasa memberikan khidmat bakti kepada tuannya.
Jika kasut anda telah lama digunakan dan tidak lagi membantu mengekalkan kestabilan dan mengurangkan impak terhadap kaki anda maka anda boleh memilih untuk membeli kasut baru seperti di atas dengan harga yang sederhana, rm >100 jenama Kronos untuk larian 5-7 km adalah masih berbaloi dan anda masih boleh 'keep running' untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk badan.
Namun, apa perasaan anda jika cuaca yang mengizinkan, treadmill yang boleh menggantikan trek biasa anda dan kasut yang telah baru tetapi anda telah dihalang untuk berlari kerana terasa kesakitan kepada bahagian dada dan tengkok serta di dalam telinga walaupun hanya untuk sejauh 200 meter. Adakah ada alternatif lain yang boleh diganti untuk memastikan perut anda sentiasa 'flat' dan saiz pinggang seluar anda kekal pada 30 inci.? Inilah kebosanan seorang pelari jarak jauh yang terpaksa menggantungkan kasut jogging tanpa ada jaminan masa bahawa dia akan dapat berlari semula........ Alahai

3 comments:

ARIN said...

cadangan ambo agar berlari di atas treadmill depan dr sapawi utk mengenalpasti punca kesakitan dada, tgkok dan telinga.

Jubah hitam said...

Demo kena jumpa bomoh yang berwibawa
sempena cuti ini dan cuba dapatkan juga pandangan pakar perubatan agar masalah anda dapat diselesaikan secepat mungkin. Kawe berharap kita dapat joging bersama untuk jarak 8km sekurang2nya seminggu sekali apabila kembali ke Putramas nanti

Pakwar said...

Apo nak di kato