Monday, December 22, 2008

Piala Emas Raja-Raja



Kelantan telah menjuarai Piala Emas Raja-Raja yang menjadi kebanggaan Ketuanan Melayu apabila mengalahkan Pulau Pinang 4-0 di Kota Bharu dalam perlawanan yang dikuasai sepenuhnya oleh Tuan Rumah. Seramai 15,000 (Sinar Harian) penyokong telah membanjiri stadium untuk menyaksikan kehebatan tuan rumah dengan gabungan pemain lama seperti halim napi, seh bucit, zainuddin ariffin dan zul ehsan serta pemain baru seperti latif dan badri sangat menghiburkan terutama pada separuh masa pertama. Dalam separuh masa kedua ternampak betapa tidak 'fit'nya pemain bola di Malaysia kerana penonton sudah mula mem'boo' pemain sendiri kerana hanya berjalan di atas padang.
-berita kelantan sana sini-

1 comment:

Jubah hitam said...

Masalahnya bila berlawan sama sendiri hebat tetapi apabila bermain di "luar tempurung", contohnya dengan Nepal, keputusannya sungguh memalukan. Mungkin guru PJK ada resipi terbaru untuk menyelesaikannya diperingkat akar umbi.Pastikan ketuanan terus gemilang hatta diluar tempurung sekalipun