Ada juga penulisan ringkas yang menyokong apa yang aku fikirkan
When we decide to climb a mountain, make sure we have a mountain bike because we don't have much time to depend on our feet. Your time duration will be shorter and you will reach the top not just on time but it can be in time.
Saturday, August 18, 2018
Friday, August 17, 2018
Thursday, August 16, 2018
Sampaikan walau sebaris ayat
Selalu kita dengar tentang Hadis sampaikan walau sebaris ayat.
Bila ada peluang, jika ada ruang untuk berkata maka beritahulah dunia, anak2 muda kita ada di dalam. Mereka perlu perhatian guru.
Jauh di sudut hati, saya menyesal dengan perbuatan saya tetapi apakan daya kerana sudah berada di dalam.
Datanglah ke sini, bawa berita gembira tentang hari esok saya.
Usah bercakap tentang GPS sahaja, bincangkan juga cara tangani kami yang storm n stress ini. Bila kami sudah di dalam, kami tanggung derita yang sangat sakit. Rindu yang keterlaluan, saat yang terlalu lambat dan jiwa yang kusut.
Saya telah sampaikan kepada anda semua. Terpulanglah....
Wednesday, August 15, 2018
Apa fikirku 12
Permata adalah tetap permata..
Dalam kehidupan ini, kita tidak perlu sentiasa menunjukkan kehebatan dengan menonjolkan diri sendiri. Biar orang di sekeliling yang mengangkat darjat kita sesuai dengan ilmu yang ada pada diri mereka.
Jika kita cuba untuk lakukan sesuatu kerana untuk nampak hebat maka kita tidak akan berjaya.
Orang yang hebat ditentukan oleh mereka yang berurusan dengan kita
Oleh Itu, kekalkan gaya anda dan biar mereka tentukan nilai anda
Monday, August 13, 2018
Sahabat sekampung
Dua tetamu yang datang ke bilik operasi Sektor Pendidikan adalah dari bandar kelahiran ku. Kedua duanya anak jati Pasir Puteh atas sebab dibesarkan di situ.
Ku nukilkan sebuah lirik lagu untuk bandar kelahiran ku
Pasir yang putih di pantai yang indah
Daun nyior melambai memanggil pulang
Sang nelayan yang jauh dari kuala
Dek rindu yang tidak terkira
Sejarah yang lalu kekal dikenang
Bekalan segar sarat muatan
Rezeki yang datang penuh keberkatan
Hanya syukur pada Tuhan tanda orang beriman
Ulama silam gagah perkasa
Membela bangsa dan agama
Ancaman melanda gegak gempita
Ku rela berkorban jiwa dan raga
Di tanah putih ini tidak pernah sepi
Warisan kepahlawanan tetap terpelihara
Selagi ombak membelah pantai
Semangat Tok Janggut kebanggaan ibu pertiwi
Tanah ini akan jadi saksi
Tidak sekali kami akan lari
Tiang agama sentiasa berdiri
Demi untuk syurga menanti
Mesyuarat Muzikal Muhibbah
Diminta hadir ke MMM di Bilik Mesyuarat 1 IPPM.
Sebelum ke mesyuarat, saya pasangkan dan dengar beberapa lagu supaya idea dapat hadir bersama.
Konsep psikodrama yang bertemakan kasih sayang, penderitaan atau apa saja yang sesuai.
Jalan cerita perlu kemas agar matlamat dapat dicapai.
Mana tau, suatu masa akan tercipta satu drama yang boleh dikembangkan.
Sunday, August 12, 2018
Kuala Pangsun
Hujung minggu digunakan sebaik mungkin. Hari Sabtu menyertai kejohanan Golf BUCC Merdeka Raya dan Hari Ahad bersama famili ke Kuala Pangsun Bt 18 Hulu Langat.
Alhamdulillah, syukur dengan nikmatnya
Saturday, August 11, 2018
91
First time I played golf in BUCC with a score of 91. I got a birdie and 4 pars.
I should have won a prize but 2 triple bogeys spoiled my game. Any way, I learnt something today. Play to your own game. Keep playing on the fair way although the distance is slower compared to you friends.
Wednesday, August 8, 2018
Renew
Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun, tentu ada yang perlu di renew.
Solat fardhu, solat Jumaat, wudhu, lesen dan sebagainya perlu diperbaharui.
Kita biasa nya akan semakin lemah berkadar langsung dengan masa. Sukar untuk mempertahankannya. Apabila telah lama, kita akan bersama bosan tidak kira apa pun yang kita lakukan.
Seperti juga kawasan kerja yang lama mungkin mendorong kita untuk mencari yang baru. Apabila disediakan tempat baru, semangat kerja akan datang kembali.
Fail yang lama dan tidak perlu lagi, kita perlu hapuskan supaya semua tersusun tapi.
Kita boleh bina perkara baru seperti sudut kesejahteraan hidup supaya ada manfaat kepada bilik kita yang agak Luas.
Pendek kata, we are the architect of our own destiny
Saturday, August 4, 2018
Kotak kehidupan
Bila memakai baju kotak tiba tiba datang satu idea penulisan. Kehidupan kita adakah seperti kotak? Ada sisi yang menjaga agar tidak keluar dari landasan yang disediakan. Ada penutup untuk menandakan tamatnya kehidupan. Walau kemana kita bergerak, kita tahu bahawa ia akan terhenti di satu titik yang jelas. Jika kita naik ke atas, kita masih perlu alat untuk bergantung.
Tiada istilah bebas di dalam kotak, yang ada hanyalah ruang.
Oleh Itu, gunakan setiap ruang yang ada selagi kita belum sampai ke mana mana dinding.
Friday, July 27, 2018
The touch of change
Life is a journey for a far away destination
We may mistakenly do wrong during our journey
We must have someone to help
To find again the best route to our destination
Touch my heart so that I am feeling good
Torch my path so that I know where am I going
Transform my spirit as a champion of my own self
Together we belong....
Ooo please show me the way
Don't let me be in dismay
I'm like you still finding the way
To the route of glory ....
Comes what may
Tuesday, July 24, 2018
Intermittent diet
Semalam adalah hari pertama dengan bermodalkan 83 kg. Bahana makan sedap sejak Syawal, hilang kehenseman 3 kg. Last makan pada 9 malam dan sedapnya menikmati lunch pada pukul 1 tengah hari.
Malam tadi, last makan pukul 8 dan siang hari tadi, makan nasi lemak pada pukul 1 pm.
Projek 16 jam : 8 jam akan cuba diamalkan.
Kurangkan gula dan kita tengok hasil pertama isnin nanti pada 30 julai
Monday, June 18, 2018
Thursday, June 14, 2018
Desa Nan Indah
Jauh kutinggalkan Kota Raya
Hiruk pikuk tiada terkira
Menuju desa indah permai
Di setiap raya yang menjelma
Dengan lambaian daun kelapa
Suasana hening dan damai
Friday, April 27, 2018
Sunday, April 1, 2018
Apa Fikir Ku 8
Bila menulis kita berfikir, bila berfikir kita gerakkan sel otak, bila sel otak bekerja maka kita bersyukur dengan nikmat Nya
Semangat Hari Penjara 228- Satu Kupasan Peribadi
Tanggal 31 Mac 2018 saya mendengar ucapan YB TPM dalam upacara perasmian. Bercakap tentang penjara sebagai tempat pemulihan bukan semata mata dirotan dan dihukum.
Orang ramai ada yang kurang faham tentang bagaimana ukuran kepada program pemulihan yang dijalankan. Ucapan TPM menyatakan ia diukur berdasarkak kadar residivis yang bermaksud ulangan kesalahan dan kembali ke penjara.
Pegawai yang bertugas di penjara kena faham tugas dan peranan masing masing bagi memastikan kejayaan ini. Berapakah banduan yang ada sekarang sedang menjalani hukuman kali kedua atau lebih. Kadarnya di negara ini sangat kecil peratusnya.
Kita perlu mengorak langkah yang lebih proaktif dalam hal menobatkan jabatan penjara. Program pemulihan telah berjaya adalah benar atau sebaliknya. Satu data siapa residivis dan berapa tempoh hukuman sebelumnya serta kategori kesalahan dapat memberikan data yang mudah untuk diambil tindakan bagi menjamin zero residivis.
Adakah hukuman singkat menyebabkan mereka datang lagi ke penjara atau kategori jenayah mereka yang sukar untuk dihentikan menyebabkan mereka datang bertamu. Mereka selalu menyanyikan lagu rindu bertandang lagi .
Mereka sebenarnya berada di penjara luar dan dalam. Berada di luar pun mereka rasa terkurung dek stigma dan kewangan serta masalah iman. Tiada kebebasan di luar beerti sama saja berada dibalik empat penjuru bisu.
Program pemulihan adalah memerlukan pemikiran ke arah 3 perkara ini.
Pertamanya, stigma masyarakat yang perlu ditangani segera. Berapa ramai daripada kita tahu yang Allah menerima taubat hambanya selagi nyawa tidak sampai ke kerongkong. Iklan kepenjaraan yang biasa kita lihat di kaca television adalah hukuman penjara atas pelbagai kesalahan. Banduan adalah sebahagian daripada masyarakat. Siren daripada motorsikal jabatan mengiringi banduan reman ke mahkamah menunjukkan bahawa setiap aktiviti penjara adalah turut menjadi milik masyarakat.
Iklan kepenjaraan dalam konteks pemulihan perlu sekerap mungkin supaya masyarakat sentiasa memberikan perhatian kepada isu pemulihan untuk banduan. Pegawai penjara bergraduat dalam bidang yang pelbagai tetapi dipaksa berfikir untuk memulihkan banduan. Tidak ada salahnya ilmu yang dipelajari tetapi ada anggota masyarakat yang perlu libatkan diri dalam perkara ini.
Perkara kedua ialah kewangan. Mereka yang dipenjara kewangan akan melakukan apa sahaja untuk bebas. Bebas mungkin sekadar dapat menjamah nasi 3 kali sehari. Bukan semua orang akan dapat bekerja dan bukan semua orang dapat berniaga tetapi setiap orang perlu memenuhi keperluan fisiologi.
Apa erti berada di luar tembok jika masalah kewangan tidak selesai. Jika masih tergolong dalam kategori fakir dan miskin maka mereka memerlukan bantuan. Pemulihan adalah pemuliham tetapi sesuap nasi perlu gerenti. Mana orang kampung , mana warga daerah , mana PBT dan mana kerajaan negeri. Ini ada anak mukim yang akan bebas, jangan caci mereka dan cela mereka. Elok bagi makan dengan kutipan jumaat supaya dia akan beramal dengan amalan ahli syurga.
Yang ketiga, pemulihan keimanan. Seorang tidak mencuri jika mereka beriman sebagaimana sabda Rasul. Kenapa peratus orang islam tinggi? Kita telah lupakan 1 & ingat 1. Kita ingat ajak orang buat perkara makruf tetapi lupa untuk ajak orang elak munkar.
Senario ini semakin menjadi di luar tembok. Media sosial sangat luas pengaruhnya. Keimanan akan terhakis sedikit demi sedikit. Akhirnya manusia mudah terjebak dengan perkara sia sia yang boleh menyebabkan mereka dipenjarakan.
Apa peranan pegawai di penjara ialah kembalikan kekuatan iman mereka. Tidak merompak orang yang ketika itu mempunyai iman di hati.
Pengajaran di tempat orang bukan muslim lebih baik kerana barang tertinggal tidak dicuri. Bukan kita salahkan agama tetapi mungkin keperluan asas untuk hidup mereka telah dipenuhi.
Pemulihan untuk kurangkan residivis akan tercapai dengan tansformasi yang dilaksanakan bersama tetapi ucapan TPM adalah melampaui residivis.
Ia ibarat rumah yang usang dicuci.dan dicat serta dimasukkan perabot untuk dijadikan homestay.
Banduan hukuman singkat perlu ada jaminan kelangsungan hidup daripada ahli masyarakat, jaminan kelangsungan mengatasi kefakiran dan jaminan amalan ahli syurga.
Banduan hukuman lama perlu ada peluang berbakti kepada masyarakat dalam konteks lebih luas seperti pekerjaan berkemahiran, perlu ada bekalan kewangan yang mencukupi hasil apa yang dikerjakan di dalam penjara dan telah sedia beramal sebagai.amalan ahli syurga di hari pembebasan.
"penulisan ini adalah pandangan penulis semata mata dan tanpa ada niat yang boleh menjejaskan imej jabatan."
Saturday, March 31, 2018
Apa Fikir Ku 7
Penilaian holistik akan mampu menerjah potensi individu kerana setiap insan ada hari masing masing
Thursday, March 29, 2018
Keseimbangan dan Keadilan
Seimbang sama tak dengan adil? Macam mana nak bezakannya. Adakah seimbang bermakna sudah adil. Adakah adil bermakna seimbang.
Dalam islam, adil bermaksud kena pada tempatnya. Seimbang pula boleh jadi sama rata.
Kalau kita laksanakan pertandingan, adakah adil dan seimbang boleh berfungsi ?
Bila kita buat pertandingan, ia mesti adil sebagai asas utama. Maksud adil disini kita berikan peluang kepada semua yang terlibat untuk menyertainya. Memberikan hadiah kepada yang tidak sepatutya maka ia sudah jadi tidak adil. Ia bergantung kepada apa yang dimatlamatkan.
Kalau ekspektasi tinggi, maka berikan pada yang rendah adalah tidak adil.
Kalau ada nombor satu, dua dan tiga, maka berikan sama rata juga tidak adil.
Seimbang pula , kita nak semua pihak merasa. Ia mungkin tidak adil tetapi sesuai jika ia bukan pertandingan.
Hari ini katakan kita anjurkan pertandingan memancing, adillah kita jika semua orang berpeluang untuk menyertai pertandingan. Adil lah jika ikan besar dapat hadiah lebih lumayan. Ia juga seimbang sekiranya ada pelbagai peluang untuk menang.
Akhirnya adil dan seimbang adalah milik yang berjaya manakala yang gagal atau kurang berjaya akan rasa tidak adil dan tidak seimbang.
Wednesday, March 28, 2018
Apa Fikir Ku 6
Bezakan minat dan kebolehan. Ramai orang gagal kembangkan minat tetapi kebolehan boleh bawa kejayaan.
Tuesday, March 27, 2018
Apa Fikir Ku 5
Kehebatan datang dengan sinergi setiap ruas sendi dan diliputi kekenyalan otot yang dikawal oleh minda yang kuat
Monday, March 26, 2018
Apa Fikir Ku 4
Kesederhanaan tidak akan menjadikan seseorang itu penting untuk sesiapapun melainkan sekadar pencukup kepada nafsu orang lain semata-mata.
Sunday, March 25, 2018
Apa ada pada tembikai
Suka buah tembikai? Pernahkan berfikir dan membina skema sendiri tentang buah tembikai.
Warna di luar adalah hijau yang melambangkan kesegaran pada mata. Mata yang dilatih melihat hijau akan sentiasa sihat kerana tiada tekanan padanya semasa memandang setiap kehijauan.
Bentuk asalnya bujur dan bulat membawa kepada maksud permuafakatan dalam setiap kerja dan perkongsian. Semua akan dapat merasakan sesuatu yang sama.
Isinya lembut dan berair kerana kita datang begitu atas kehendak pencipta. Walau macam mana kuat dan mantap diri kita, kita masih ada kelembutan. Jangan sia siakan airnya yang menambah nikmat kehidupan.
Namun begitu, biji yang keras adalah abstinence yang patut ada pada diri kita. Kebolehan menolak adalah penting supaya kita tidak jadi munafik. Berjanji dengan banyak orang pada masa yang sama bermakna akan ada yang akan dimungkiri. Kita dah jadi munafik.
Akhirnya segelas air tembikai adalah nikmat di waktu panas dan kering.
Saturday, March 24, 2018
Set pink naik LRT
Nak ke Shah Alam tapi dengan pengangkutan awam. Yang paling dekat ialah dengan MRT kerana stesennya hanya 1/2 km daripada rumah.
Bayaran RM 4 untuk seorang sehingga ke stesen muzium negara. Cadangannya nak naik ktm sambung ke shah alam. Bila dah turun kat muzium langsung mencari jalan keluar. Pening juga bila tiada teksi macam tempat berhenti yang biasa. Alahai lintas ke st regis, bunyi macam kat London pula ye.
Try la guna uber, perghh kesilapan semalam masa booked untuk my wife masih terhutang. Allah Maha Kaya, ada seorang jejaka hensem bantu kami dengan gunakan grab.
Saya bangga kerana masih ada insan yang membantu ketika aku dalam kesusahan. Syukurnya Ya Allah dan Terima Kasih ku ucapakan pada Mu.
Sekarang, kami dalam perjalanan dengan Grab yang dipandu oleh Shanti, pemandu wanita yang tenang dan mungkin atau pastinya tidak mengetahui apa yang sedang bermain di dalam dadaku.
Pengalaman ini aku pelajari dan fahami, ia bukan sesuatu yang sia-sia asal saja kita lapangkan dada untuk mengambil pengajaran.
Friday, March 23, 2018
Thursday, March 22, 2018
Dentuman Malam
Malam itu kami ke Wakaf Che Yeh pada tanggal Ahad 19 Mac. Susah betul nak dapat parking memandangkan musim cuti sekolah.
Tak beli apa pun kerana rasa pening dengan ramainya orang dan kami baru sampai dari KL.
Dalam perjalanan balik, kereta dipandu perlahan sambil menikmati lagu daripada klasik fm.
Ada seekor anak lembu bermain tepi jalan dan tidak mengerti tentang peraturan di atas jalan raya.
Ia melompat dan menerpa ke arah ku dan kereta tidak dapat dielak lagi. Dum! Dentuman malam.
Saturday, March 17, 2018
Malam
Malam yang panjang adalah untuk kita
Bukan untuk sesiapa tetapi untuk kita
Detik yang sama namun rasanya berbeza
Kerana setiap insan ada caranya
Malam yang indah tidak bersuara
Walau di kala itu terpejam setiap mata
Mengejutkan setiap diri yang terlena
Untuk bangun dan sujud kepada yang Esa
Gelap gelita menjadikan tidak terperi
Hanya insan terpilih dapat mengerti
Malam yang indah untuk diisi
Rintihan dan taubat kepada Ilahi
Inilah kisah kehidupan malam
Yang indah akan berakhir dengan salam
Agar diterima Sang Pencipta Alam
Munajat ku di sepertiga malam
Friday, March 16, 2018
Golden Opportunity
Semalam kami menganalisa keputusan SPM 2017 bagi sekolah dalam kawalan Jabatan Penjara Malaysia. Seramai 144 /156 akan bebas nanti dengan memiliki sijil SPM. In sha Allah akan ada ruang untuk mereka memohon pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka.
Walaupun begitu, ada juga yang gagal tetapi mereka telah kami bantu dengan program pemulihan yang menyediakan mereka sebagai bakal ahli jannah.
Ada juga yang mengikuti program kemahiran yang bersijil dan lebih penting bagaimana mereka akan survive nanti di luar tembok besi.
Paling tidak, mereka telah bebas dadah, jenayah dan kesalahan dalam konteks negara kerana berada dalam kawasan yang terkawal rapi.
Bagi saya, mereka bukan saja mendapat peluang kedua tetapi sebenarnya peluang keemasan yang menagih komitmen kewangan yang agak besar sekiranya mereka berada di luar sebagai remaja.
Tuesday, March 13, 2018
Keluk Taburan normal
Perbincangan ini bukan subjek statistik tetapi tentang nasib dan masa depan. Taburan normal bermakna akan ada di golongan yang berkumpul bersama menunggu keputusan hakim yang maha adil. Bagaimana hendak dikaitkan dengan kehidupan kita di dunia. Gambarannya ada di dalam surah al waqiah. Allah SWT telah memberitahu kepada kita semua bahawa terdapat 3 golongan manusia di akhirat nanti. Golongan dekat, golongan kanan dan golongan kiri. Taburannya ialah sedikit pada golongan dekat untuk umat akhir tetapi ramai daripada umat terdahulu, golongan kanan ramai daripada kedua dua zaman. Yang mesti dielakkan ialah menjadi golongan kiri. Itulah keluk taburan normal. Yang ramai di tengah, yang ekstrim tidak ramai tetapi ada.
Sebagai pemimpin, kita tidak patut sediakan keluk taburan normal dan masukkan subordinat untuk mengisi ruang dalam keluk. Sudah tentu ada yang ekstrim di bahagian kiri yang perlu dipancung.
Keluk taburan normal ini hanya dijadikan tov untuk tingkatkan prestasi mereka. Cara penyeliaan perlu berbeza untuk setiap individu dalam taburan yang berlainan.
Kita mahu semua orang berjaya di dunia hingga ke syurga melalui rahmat Allah.
Monday, March 12, 2018
Kejiranan
OLain padang lain belalang, lain kejiranan lain cara rutin harian. Apabila kita tinggal di kejiranan rumah teres, maka ada beberapa perkara yang kena perlu ingat dan lakukan. Yang pertama, kita berkongsi dinding rumah. Jangan syok sendiri nak ketuk dinding tanpa mengira masa kerana itu juga dinding jiran kita. Yang kedua, haiwan peliharaan kita hendaklah tidak menyusahkan jiran seperti kencing dan berak dalam kawasan rumah jiran.
Yang ketiga, tempat parking diluar rumah mungkin perlu dikongsi bersama. Jadi, hidup berjiran boleh bawa dosa dan pahala. Ini belum lagi tugas dan hak jiran kepada jiran lain mengikut islam.
Biarlah berabis sikit asalkan kita tidak menyusahkan jiran.
Friday, March 9, 2018
Tazkirah Jumaat
*Tazkirah Hari Ini
.
Jangan kamu berasa hasad kepada seseorang atas nikmat yang dia perolehi, sesungguhnya kamu tidak tahu, apa nikmat yg bakal Allah ambil darinya.
.
Jangan kamu rasa sedih atas musibah yang menimpa kamu, sesungguhnya kamu tidak tahu apakah yg bakal diganti oleh Allah atas musibah tersebut.
.
*(Syeikh Mutawalli Al Sya'rawi)*
Terima kasih sahabat Abang Jan atas peringatan ini. Semoga aku tergolong dalam kumpulan orang yang sibuk mengerjakan kebaikan
Thursday, March 8, 2018
Merdu Suara di Waktu Dhuha
Terdengar kicauan burung di pagi hari
Di kala terbitnya mentari pagi
Sedang manusia berpergian kesana dan ke sini
Demi mencari rezeki sesuap nasi
Sang mentari menyinari bumi
Tidak sesekali ia berhenti
Kerana ada makhluk ciptaan Ilahi
Sedang menanti janji yang pasti
Oh tuhan di waktu dhuha ini
Aku bersujud memohon dari hati
Limpahilah diri kami ini
Dengan rezeki yang mencukupi
Setiap hari burung tetap menyanyi
Kerana percaya akan rezeki diri
Terbang bebas di bawah sinar mentari
Di waktu pagi yang indah ini
Wednesday, March 7, 2018
Pengajaran Ola Bola
Terima kasih JKKN yang memberikan tiket untuk menonton teater muzikal ola bola di Istana Budaya.
Banyak pengajaran yang aku dapati dalam masa 2 jam 45 minit.
1. Sinergi terbentuk apabila I cover u u cover me.
2. Usaha tangga kejayaan tetapi tanpa ibu bapa sokongan akan membawa rebah
3. Seluar dalam tanpa lubang memang tak boleh pakai walau depan atau belakang bermaksud kelemahan bukan segalanya
4. Irama dan lagu berpisah tiada walau dalam sukan. Irama yang merdu dan lagu menyentuh jiwa akan mewarnai kehidupan yang indah
5. Di sebalik kejayaan lelaki ada wanita yang sentiasa teguh menyokong
6. Orang yang senang semasa kecil adalah drama yang sukar dicipta kerana kejayaan sepatutnya milik mereka bukannya mimpi kelkatu ke bulan.
Monday, March 5, 2018
Tarik khalayak
Apakah amalan yang anda rasakan terbaik di pejabat untuk berjimat cermat. Di sesetengah tempat kita dapati mereka akan menutup lampu pada waktu rehat tengahari.
Bagaimana pula dengan program yang kita rancang? Ada kalanya ditolak kerana kurang bajet atau program hanya mendapat peruntukan yang maha sedikit. Itulah lumrah dalam organisasi. Peruntukan yang diberikan adalah berdasarkan kepada penting atau tidak kepada samada kedudukan ketua ataupun khalayak.
Bila hampir dengan pilihanraya, banyak program yang mudah diluluskan apabila ada kaitan dengan wakil rakyat.
Bagaimana kita ingin ketelusan dalam hal ini? Sebagai ketua, wakil rakyat atau pemimpin, apa kita nak katakan kepada kelulusan peruntukan begini.
Menarik khalayak dengan wang dan peruntukan besar akan nampak mudah kerjanya.
Saya terfikir juga , kalau wang atau harta adalah untuk menarik khalayak maka Rasul senanglah ada khalayak dengan kaedah wang dan harta benda. Tetapi tidak begitu.
Oleh itu, jangan guna wang untuk dapat pengikut kerana ia bukan amalan Rasul.
Friday, March 2, 2018
Adakah sekali lagi
Pengalaman kerja sejak 1998 ingin dikongsikan pada hari ini. Skop perbincangan adalah tentang peluang yang tidak menjadi. Peluang apakah yang ingin dikongsikan. Peluang yang dilepaskan kerana tiada rezeki untuk ku. Mula-mula aku berkhidmat di satu lokasi kerja yang pada masa itu hampir siap bangunannya. Apabila dah siap, aku berpeluang untuk mempunyai bilik sendiri tetapi akhirnya aku berpindah.
Selepas itu, aku sekali lagi berada dalam situasi pembinaan bangunan baharu. Kali ini aku turut berpeluang memainkan peranan dalam konsep organisasi yang dalam pembinaan. Bermula dengan pecah tanah hingga lah doa selamat masuk pejabat aku ada di situ tetapi aku juga tidak sempat merasakan berada dan bekerja di bangunan baharu itu kerana berpindah ke tempat baharu.
Sekarang aku ada lagi peluang untuk merasakan bangunan baharu yang akan digunakan bermula seawal April atau Mei. Adakah aku akan merasakannya? Hanya Allah yang tahu
Thursday, March 1, 2018
1 Mac 2018
Dah seminggu tak update blog dan rupanya dah masuk bulan Mac. Seminggu yang berlalu begitu cepat dirasakan kerana ibu bapa ku datang ke KL untuk beberapa acara. Hari Sabtu mereka sampai dan kami ke majlis bacaan yasin dan tahlil di rumah sepupu yang kehilangan suami.
Hari Ahad pula secara kebetulan ada kenduri cucu saudara ayah. Bahgianya ku melihat ayah dapat berjumpa kakak dan sepupu serta anak saudara yang semua jarang berjumpa satu sama lain.
Hari Isnin aku bawa mereka ke Pusat Rawatan Islam di Kampung Bharu temujanji dengan Datuk Dr Shahadan pakar Rheumatoid. Aku juga tumpang sekaki dan rupanya berita kurang baik aku terima selepas xray pinggul ku. Ia dipanggil apa ye.. lupa pula.
Dr cadangkan aku buat operation tukar sendi lesung dengan artificial. Wow, tak tahu apa nak dikato.
Ibu pula ada saraf terkepit dan ayah kena makan ubat.
Hari Selasa hingga khamis ada banyak hal yang aku kena uruskan di pejabat sehingga aku rasa setiap detik amat penting dan seperti biasa golf selepas kerja untuk kesihatan.