Malam yang panjang adalah untuk kita
Bukan untuk sesiapa tetapi untuk kita
Detik yang sama namun rasanya berbeza
Kerana setiap insan ada caranya
Malam yang indah tidak bersuara
Walau di kala itu terpejam setiap mata
Mengejutkan setiap diri yang terlena
Untuk bangun dan sujud kepada yang Esa
Gelap gelita menjadikan tidak terperi
Hanya insan terpilih dapat mengerti
Malam yang indah untuk diisi
Rintihan dan taubat kepada Ilahi
Inilah kisah kehidupan malam
Yang indah akan berakhir dengan salam
Agar diterima Sang Pencipta Alam
Munajat ku di sepertiga malam
No comments:
Post a Comment