When we decide to climb a mountain, make sure we have a mountain bike because we don't have much time to depend on our feet. Your time duration will be shorter and you will reach the top not just on time but it can be in time.
Saturday, October 10, 2009
Kegembiraan Kanak-kanak
Tuesday, October 6, 2009
Viva pula.....
Monday, October 5, 2009
Pakwar keluar 3 hari.....
Kali pertama juga rasanya pakwar bergerak jauh tanpa membawa laptop kerana memikirkan kesukaran penjagaannya selama 3 hari ini. Kenduri kahwin sepupu belah isteri juga telah selesai dengan jayanya walaupun lebih kurang 4000 jemputan yang hadir.
Dari Kedah, kami terus ke Shah Alam untuk menghantar sang kancil dan terus balik dari Shah Alam dengan bas. Rupanya Seksyen 17 telah banyak benar berubah sejak ditinggalkan 20 tahun yang lalu. Cuma yang masih setia ialah BSN yang saban bulan menjanjikan elaun makan dan belajar pada ketika itu. Kedai gambar Foto zzoo0m juga tidak kelihatan lagi. Insyallah pakwar akan mencari ruang untuk melihat seksyen 17 lagi terutama di waktu siang. Dalam masa 3 hari ini, banyak peristiwa yang berlaku yang akan diceritakan nanti, Insyallah.
Mari kita Puasa Enam !
Wednesday, September 30, 2009
RALEIGH DIABLO MOUNTAIN BIKE
Nasib baik Satria Neo mampu membawa bersama Raleigh Diablo ke rumah. Insyallah! Sasaran 50 km akan dapat dicapai tidak lama lagi.
Tuesday, September 29, 2009
Cuti-cuti ke Sungai Kolok
Monday, September 28, 2009
Hari Raya Aidil Fitri 1430
Alhamdulillah!
Saturday, September 26, 2009
Selamat jalan warga kota
Selamat jalan warga kota. Jadilah Sitenggang yang pulang dengan ilmu dan pengalaman yang mengajar kepentingan mengenal siapa kita sebenarnya. Bawalah pulang gadis kota namun jangan dipinggirkan ibu tersayang di kampung kerana sesungguhnya "Syurga di bawah telapak kaki ibu". Para menantu tersayang, jagalah suamimu dan ketahuilah bahawa tanggungjawab anak lelaki adalah terhadap kedua ibubapa mereka. Dan tanggungjawab anda adalah terhadap suamimu. Insyallah, kebahgiaan di dunia membawa kepada kenikmatan di syurga. Jangan sampai kepada keluarnya kata-kata begini daripada seorang mertua. " Carilah isteri lain yang tahu menghormati suami dan mertua". (memetik kata-kata seorang wanita tua yang terkilan dengan sikap menantu di hari raya.)
Tuesday, September 22, 2009
Selamat Hari Raya
Blog ini telah berehat untuk beberapa hari bagi menumpukan fokus kepada akhir ramadan dan seterusnya menyambut hari raya dengan kunjungan ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.
Insyallah, selepas 1 Syawal, tiada lain impian setia warga muslim adalah untuk berpuasa 6 hari agar sempurna ibadat yang pincang di kala ramadhan.
Insyallah
Thursday, September 17, 2009
Menjelang akhir Ramadhan
Saya juga tidak ketinggalan mengambil kelebihan bulan yang mulia ini dengan menjaga adab ketika makan setakat yang termampu. Setelah 26 hari berpuasa, berat badan juga telah berkurang sebanyak lebih kurang 4 kg.
Bukan niat berpuasa itu untuk menguruskan badan tetapi hikmah ramadhan begitu besar kepada umat islam termasuklah mengecilkan saiz pinggang , insyallah.
Wednesday, September 16, 2009
Ingatan Allah melalui Al Quran
Oleh itu, marilah kita semua tinggalkan konsep beribadah seorang diri tetapi makan angin beramai-ramai, makan beramai-ramai, bergembira beramai-ramai kerana itu tidak menjadi satu perancangan untuk kita semua berjumpa lagi sebagai keluarga di syurga.
Sayu memikirkan seandainya , kita dicari-cari oleh mereka tetapi kita tiada di situ...
Ya Allah! Berikanlah petunjuk kepada kami semua semoga kami akan bersama lagi di syurga Mu.
Amiin.
Sunday, September 13, 2009
Lailatul Qadar
Bermula lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan adalah satu perbandingan pahala jihad umat di zaman Nabi Musa yang memegang pedang selama 80 tahun berjihad menegakkan agama Allah. Lantas para sahabat merasakan mereka tidak akan mampu untuk mendapatkan pahala sedemikian kerana umur umat Nabi Muhammad SAW sekadar 60-70 tahun. Maka turunlah ayat yang menjanjikan pahala melebihi 80 tahun bagi sesiapa yang beribadat pada malam lailatul qadar.
Apa yang nabi buat di 10 malam terakhir ...
1. Bangun sembahyang malam
2. Mengejutkan ahli keluarga yang lain
3. Menghindari hubungan kelamin
Apa yang tinggal adalah 6 malam bagi kita semoga kita beroleh ketakwaan.....
Wednesday, September 9, 2009
Asian Food Channel
Tuesday, September 8, 2009
Singgang tulang untuk berbuka
Bila dah masuk minggu ketiga biasanya makin susah untuk mendapatkan makanan yang membuka selera. Pembaca tranungkite telah bermurah hati menyediakan resepi ini. Terima kasih dan selamat mencuba.
Bahan-bahannya:
* sebatang tulang rusuk lembu
* bawang merah satu labu besar
* bawang putih 3 ulas
* halia 1 setengah inci
* sedikit lengkuas
* 3/4 tangkai cili kering direndam dan dibasuh bersih
* rempah biji/ketumbar 2 sudu besar
* 10 biji lada hitam
* asam keping
* garam
* secubit gula *berfungsi ganti ajinomoto*
Cara-caranya:
1. Tulang direbus hingga empuk
2. Tumbuk ketumbar kasar2 kemudian masukkan cili kering. Tumbuk kasar2. Ketepikan.
3. Bawang merah, bawang puteh, halia dan lengkuas di mayang.
4. Sesudah itu masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk rebusan tulang. Masak lah dengan api yang sederhana.
5. Tambahkan lada hitam, asam keping, garam dan gula.
6. Masak lagi hingga 'rasa pallut' *sebati rasa kesemuanya*, baru ditutup api.
7. Sedia untuk dihidangkan.
Monday, September 7, 2009
Cuti Nuzul Quran
17 Ramadhan kadang-kadang membawa berita sedih. Bukan apa, ketika umat islam sedang mula memasang gear untuk menempuh 10 malam terakhir yang lebih baik daripada 1000 bulan pada salah satu malamnya yang sepatutnya bergegar di sleuruh media samada media bergambar atau bercetak tentang cita-cita besar individu muslim.
Semacam ada yang tidak kena sejak berzaman apabila radio sudah mula memainkan lagu-lagu raya dan sedar tak kita bahawa sesiapa yang membesarkan raya ketika belum masanya seakan melakukan 2 pengkhianatan besar kepada rakan seislam mereka. Pertamanya, mereka membesarkan raya sehingga umat islam lupa cita-cita besar yang wajib dikejar iaitu pembebasan daripada api neraka. Kedua, mereka menjaja raya selama sebulan yang menyebabkan umat islam meninggalkan satu lagi syiar islam iaitu berpuasa enam hari di bulan syawal.
Oleh itu, blog ini mengambil sedikit peranan untuk mengajak umat islam kembali kepada sunnah dengan memperbanyakkan ibadat di sepuluh malam terakhir supaya takbir dan tahmid kita lebih lazat pada malam 1 syawal. INSYALLAH!
Sunday, September 6, 2009
Majlis Iftar Jamei di Mesjid Permatang Sungkai
Cikgu Din YB Limbongan turut hadir sama untuk memeriahkan lagi majlis. Semoga kerja buat YB akan diredhai oleh Allah kerana menjadi pemimpin bermakna kita menambah beban ke atas diri kita sendiri.
Lauk berbuka yang menyelerakan terutama singgang campur dan sambal. Tips untuk berbuka secara hidangan. Cari regu yang agak berumur kerana mereka kurang makan lauk hehehe
Saturday, September 5, 2009
Calon BN untuk PRK Bagan Pinang
Negeri Sembilan
Telok Kemang
Bagan Pinang
Si Rusa
PUSASDA KEM SI RUSA
1323107405
1,903 pengundi
Negeri Sembilan
Telok Kemang
Bagan Pinang
Taman Eastern
2 KAD KEM SUNGGALA
1323105400
1,130 pengundi
Negeri Sembilan
Telok Kemang
Bagan Pinang
Si Rusa
IJED KEM KG SAWAH
1323107411
847 pegundi
Negeri Sembilan
Telok Kemang
Bagan Pinang
Si Rusa
IPDA PORT DICKSON
1323107406
407 pengundi
Negeri Sembilan
Telok Kemang
Bagan Pinang
Si Rusa
1 KOMPENI KPD KEM SI RUSA
1323107403
265 pengundi
Negeri Sembilan
Telok Kemang
Bagan Pinang
Si Rusa
1 WKSP BGD KEM KG SAWAH
1323107410
165 pengundi
Negeri Sembilan
Telok Kemang
Bagan Pinang
Si Rusa
SEKOLAH PERTUKANGAN PERINTIS
1323107407
105 pengundi
Negeri Sembilan
Telok Kemang
Bagan Pinang
Taman Eastern
ILMI PORT DICKSON
1323105402
103 pengundi
Friday, September 4, 2009
Pilihan Raya Kecil lagi ????
Kita mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.
Bila membaca surah Toha , ayat 1xx , Allah berfirman bahawa ada manusia yang akan dibangkitkan dalam keadaan buta kerana di dunia mereka tidak memperdulikan ayat-ayat Allah.
Semoga kita diselamatkan daripada menjadi buta di akhirat dengan mengamalkan segala yang disuruh dan meninggalkan larangan Allah semasa didunia ini melalui kitabullah. Insyallah.
Thursday, September 3, 2009
Si Tenggang's Homecoming
Kelemahan sajak ini adalah terlalu panjang bagi pelajar yang sederhana lalu mereka kurang memberikan perhatian untuk memahami dan menghayati bahawa sajak ini begitu relevan dengan kehidupan seorang melayu.
'Jauh perjalanan banyak pengalaman' yang menjadi peribahasa orang melayu digunakan sebaik mungkin oleh penyajak.
Tema pencarian mengenali diri dan kepentingan memahami asal usul kita adalah menjadi panduan kepada kita semua supaya kita tidak tersasar dalam perjalanan hidup kita di dunia yang sementara sebelum kita akan dipindahkan ke alam kehidupan yang kekal selama-lamanya.
Jika sitenggang dianggap menderhaka kerana bercakap kasar dengan ibu dan nenek, maka ingatlah keredhaan Allah terhadap kita adalah dengan keredhaan ibubapa kita juga.
Kisah cerita orang melayu selalu bersifat negatif seperti pak kaduk, pak pandir, lebai malang dan seumpamanya yang menjadikan kita sukar untuk berubah dan beranjak walaupun seluruh dunia telah meninggalkan kita.
Jika sitenggang pulang dengan muatan yang sarat dengan bahan terpilih , itu adalah yang dirasakan baik kerana kita tidak suka menunjukkan apa yang baik tetapi masing-masing mencari setitik kelemahan daripada seluas lautan.
Kita tidak pernah menghargai sesama kita dan sifat ini akan menjelmakan sebuah kehancuran
Wallahua'lam
Wednesday, September 2, 2009
Kewajiban Insyallah
Begitu juga aku, yang lebih rajin sejak 1 ramadhan, alhamdulillah.
Bila menonton Qamar Bani Hasyim beberapa hari yang lalu, telah mengingatkan aku kepada sepotong ayat daripada sebuah surah ( kalau tidak silap; Al Israq). Di dalam filem tersebut, pihak quraisy telah mendapat pandangan daripada paderi yahudi tentang cara untuk menentukan kebenaran Nabi Muhammad SAW. Mereka telah bertanyakan 3 soalan iaitu tentang pemuda Al Kahfi, kisah Zulkarnain dan tentang ruh. Nabi SAW telah menyatakan bahawa baginda akan menjawab pada keesokan harinya. Malangnya, setelah 15 hari barulah Malikat Jibril datang membawa jawapan daripada Wahyu Allah.
Lalu turunlah ayat menyuruh nabi jangan berkata akan melakukan sesuatu melainkan dengan perkataan INSYAALLAH.
Kepada kita semua, selalunya kita seakan yakin dengan janji kita untuk melakukan sesuatu dengan ucapan beres! demo caya la! wajik eh kawe maghi! Ini semua adalah berlawanan dengan apa yang diajar kepada rasul kita.
Marilah kita mengubah sikap kita kerana ramai orang menggunakan INSYALLAH ini apabila mereka tidak ingin melakukan sesuatu tetapi tidak ingin menghampakan orang yang menjemput. Ini semualah yang menjadikan kita semakin lemah dari sehari ke sehari.
Insyallah kita akan berubah !
Sama atau Serupa ? Uji daya penglihatan anda
Tuesday, September 1, 2009
SPR putuskan tiada kekosongan
Jika di sekolah, murid yang tidak hadir tiga hari berturut-turut akan diberikan amaran pertama.
Tentunya tidak boleh dibuat perbandingan kerana sekolah adalah institusi yang berbeza dengan Dewan Undangan Negeri. Cuma adalah wajar bagi guru-guru dan murid-murid mengetahui peraturan sekolah serta pekeliling perkhidmatan awam supaya tindakan yang dilakukan ada kewajarannya.
Monday, August 31, 2009
Blog Rasul Melayu
Marilah kita mendalami ajaran agama Islam supaya kita akan sentiasa berada di jalan yang benar. Jangan kita lupa berdoa agar kita sentiasa dilindungi daripada syirik kepada ALLAH. Amiiin.
Sunday, August 30, 2009
Bila kita akan merdeka......
Saturday, August 29, 2009
Senaman dan Puasa
PUASA memberi kesan yang baik terhadap keseluruhan sistem badan manusia terutama sistem penghadaman. Secara amnya, berpuasa dapat memberi kesan terhadap sistem tubuh badan, minda serta psikologi dan rohani.
Tubuh badan kita sentiasa terdedah kepada bahaya toksin atau radikal bebas yang menjadi faktor kepada jangkitan penyakit atau kecederaan.
Tabiat pemakanan yang tidak berkhasiat, pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam menjalani kehidupan seharian menyebabkan banyak toksin berkumpul di dalam badan. Justeru itu, dengan berpuasa dapat merehatkan sistem organ dalaman, mengekalkan serta menyeimbangkan sistem hormon, metabolisma dan sistem saraf.
Menurut kajian, dengan berpuasa otak akan mengeluarkan bahan yang berbentuk opioids yang terdiri daripada enkephalins dan endorfin. Bahan kimia ini akan menghasilkan ketenangan sepanjang menjalani ibadah berpuasa. Secara tidak langsung psikologi kita akan lebih tenang dan lebih rasional untuk bertindakbalas terhadap rangsangan yang tidak diingini seperti tidak cepat marah dan lebih bersabar apabila ditimpa musibah.
Senaman dan berpuasa
Adakah senaman selamat untuk diamalkan semasa berpuasa? Persoalan ini selalu bermain di minda kita terutama jika kita seorang yang aktif bersenam atau beriadah. Pengkaji-pengkaji Barat telah membuktikan bahawa aktiviti bersukan, bersenam dan beriadah adalah selamat semasa berpuasa.
Secara asasnya, sistem badan yang terlibat semasa bersenam meliputi sistem jantung, paru-paru dan peredaran darah, sistem otot dan tulang, sistem limfa serta sistem badan yang lain. Bersenam semasa berpuasa boleh meningkatkan fungsi sistem-sistem ini menyingkirkan hasil perkumuhan badan dan toksin yang menjadi faktor berlakunya penyakit keluar daripada badan.
Kajian di dalam Jurnal Aplikasi Fisiologi membuktikan bahawa bersenam sebelum, semasa dan selepas berbuka puasa boleh mengurangkan kehilangan glikogen di dalam sistem otot dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga daripada lemak untuk bersenam. Ini sekali gus dapat mengurangkan kandungan lemak di dalam badan kita dan dapat mengurangkan masalah berat badan.
Kajian di dalam Jurnal Nutrisi juga membuktikan bahawa orang yang bersenam semasa berpuasa akan mengurangkan berat badan dengan cepat daripada orang yang bersenam tetapi tidak berpuasa.
Manakala Dohm dan rakan-rakan (2008), dalam kajiannya membuktikan bahawa kandungan glukos dalam darah dapat dikekalkan walaupun kita bersenam sambil berpuasa. Jadi puasa bukanlah menjadi alasan kita untuk tidak bersenam.
Malah kita juga digalakkan untuk bersenam selepas berbuka puasa seperti melakukan sembahyang Terawih dimana sembahyang juga adalah salah satu bentuk senaman yang baik untuk diamalkan. Jadi janganlah risau anda akan kehilangan tenaga apabila melakukan bersenam kerana sumber tenaga untuk bersenam bukan hanya diperoleh daripada sumber makanan yang kita makan tetapi tenaga juga diperoleh daripada simpanan lemak yang dihasilkan daripada aktiviti penghadaman selama sebelas bulan kita tidak berpuasa.
Kajian juga mengatakan bahawa aktiviti pencernaan makanan memerlukan 14 jam untuk disempurnakan sehingga ke usus besar selepas pengambilan makanan bagi menghasilkan tenaga dan zat-zat yang diperlukan badan untuk berfungsi normal.
Biasanya puasa mengambil masa kurang daripada 14 jam dimana tempoh ini dipanggil tempoh normal badan bagi mengekalkan aktiviti fisiologinya. Ini membuktikan ibadah puasa tidak akan memudaratkan sistem-sistem sedia ada pada badan walaupun semasa berpuasa kecuali jika kita mengalami masalah penyakit-penyakit kronik.
Kajian Karli dan rakan-rakan (2007) di dalam Jurnal Sains Sukan dan Perubatan juga menyatakan bahawa puasa tidak akan memberi kesan negatif terhadap jumlah cecair badan, komposisi badan, kapasiti dan kuasa otot serta metabolisme asid laktik iaitu hasil perkumuhan otot dan penggunaan tenaga selepas senaman di kalangan atlet-atlet yang melakukan senaman rintangan tinggi.
Langkah-langkah berikut perlu diambil jika sekiranya anda ingin bersenam pada bulan puasa:
lKenali keupayaan diri anda sebelum melakukan senaman melalui sejarah perubatan atau penyakit terdahulu.
lDapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi tentang jenis senaman yang sesuai.
lMemikirkan faktor-faktor dalaman atau luaran yang boleh menyebabkan kecederaan seperti kandungan air badan, cuaca atau peralatan sukan yang digunakan.
lMulakan senaman dengan aktiviti memanaskan badan dan melenturkan tisu badan dan otot dan mengakhiri senaman dengan aktiviti menyejukkan badan dalam jangka masa sekurang-kurangnya 5 - 10 minit untuk keseluruhan senaman ini.
lLakukan senaman pilihan anda sama ada senaman untuk menguatkan otot, meningkatkan ketahanan jantung atau paru-paru dengan aerobik atau sukan lain seperti badminton dan sebagainya. Jangkamasa, bebanan atau kekerapan ulangan memainkan peranan penting bagi menentukan intensiti senaman. Mulakan dengan intensiti yang rendah di awal Ramadan dan boleh ditingkatkan 10 -15 peratus senaman setiap minggu mengikut keupayaan dan tujuan anda bersenam.
Anda tahu keupayaan diri anda, elakkan bersenam jika sekiranya badan anda tidak berupaya melakukan senaman seperti demam, kekurangan cecair badan atau mengalami komplikasi penyakit terdahulu seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.
Persediaan secara psikologi juga memain kejayaan aktiviti senaman pada bulan puasa ini seperti mengetahui fisiologi badan semasa berpuasa, tenang, minat dan mengetahui tujuan serta aktiviti senaman yang akan dilakukan.
Walaubagaimanapun, anda perlulah mendapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi jika sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau jantung. Dengan bersenam juga dapat meningkatkan fizikal dan rohani anda bagi menghadapi cabaran-cabaran pada bulan Ramadan seperti bertarawih sepanjang malam yang memerlukan ketahanan minda dan kekuatan otot terutama pada bahagian kaki.
Oleh Hamid Ahmad
Friday, August 28, 2009
Hukum Sebat : Antara dua wajah
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.
SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.
Thursday, August 27, 2009
Tazkirah Ramadhan di Pekan Langgar
Wednesday, August 26, 2009
Jangan tak peduli...
Tuesday, August 25, 2009
Sepanjang jalan ke utara
Teringat kisah sepasang India di Kuala Ketil yang mengambil air di kolah masjid ketika PRU12 kerana kemenangan PR di Kedah. Itulah hebatnya politik di Malaysia.
Berita di TV telah menayangkan pengumuman kemenangan ustaz Salleh Man maka perjalanan terpaksa diubah. Tidak berpeluang ke Permatang Pauh maka perancangan seterusnya adalah untuk berterawih. Apabila azan isyak berkumandang, kami sudah di perkarangan masjid taman ria, sungai petani. Aircond la mesjid zaman sekarang.
Sekitar pukul 10 tadi, kami singgah pekena air kickapoo di RnR Gurun sebelum tiba di Langgar kira-kira pukul 11. Alhamdulillan perjalanan selamat ke utara dan buat Ustaz Salleh Man, tahniah kerana terpilih menjadi YB setelah 6 kali mencuba sebelum ini. Teruskan khidmat kepada rakyat dan insyallah, kemenangan ini menjadi titik tolak kepada gerakan dakwah di muka bumi Malaysia.
Hari peperiksaan
PRK Permatang Pasir
Hari ini, rakyat Permatang Pasir akan keluar mengundi untuk memilih calon yang terbaik untuk menjadi wakil rakyat mereka setelah pemergian YB Datuk Hamdan ke rahmatullah. Beliau menjadi ADUN Permatang Pasir sejak 1999.
Sebagai pemerhati, saya mendapati bahawa kempen kali ini banyak berkisar kepada wibawa calon untuk menjadi wakil kepada rakyat kawasan tersebut dan jelas sekali, 80 % daripada masa kempen BN adalah untuk menjawab dan menjelaskan kenyataan dari pihak PAS tentang kredibilti calon mereka.
Memilih pemimpin adalah penting kerana pemimpin yang adil akan mendapat naungan Allah di hari kiamat nanti. Tersilap memilih bermakna kita akan menurut jejak mereka ke dalam siksaan Allah kerana kita membiarkan pemimpin kita yang dipilih oleh kita melakukan amal munkar dan maksiat kepada Allah.
Bagi pengundi PRK Permatang Pauh, Selamat mengundi dan pilihlah pemimpin yang mampu membawa kita ke arah keberkatan dan keamanan untuk kehidupan yang baik di dunia sehingga ke alam akhirat. Wallahua'lam.
Monday, August 24, 2009
Rezeki masing-masing
Besok juga menentukan rezeki masing-masing apabila kebanyakan pemegang DG akan menghadapi peperiksaan PTK dan jelas sekali, keputusan yang baik akan melonjakkan lagi pendapatan bulanan dan ia tidak mengira siapa anda semasa bekerja, walaupun anda besok demam dan pening kepala. Jika baik anda menjawab anda akan dikira hebat dan layak untuk mendapat kenaikan. Bak kata; rezeki masing-masing.
Malam ini juga menjadi rezeki masing-masing sejak azan maghrib sehingga solat terawih. Ada yang mendapat laba besar dengan memberi makan orang berpuasa, solat maghrib berjemaah, solat isyak berjemaah, solat terawih 2o rakaat, witir 3 rakaat dan bertadarus. Hebat rezeki mereka. Ada yang kecil sahaja rezeki, berbuka puasa, solat seorang diri maghrib dan isyak, tidak berterawih dan witir dan bersenbang kosong di kedai kopi. Itulah rezeki masing-masing.
Sunday, August 23, 2009
Bicara Ramadhan 1
Beliau mengkhabarkan tentang persiapan orang beriman dalam bulan ramadhan supaya jika bulan ramadhan ini sebagai yang terakhir, ia merupakan ramadhan yang terbaik. Jika kita menghitung perbelanjaan untuk anak-anak sebelum sekolah dibuka untuk persiapan mereka, mengapa kita tidak menghitung perbelanjaan yang akan kita gunakan untuk mendapat keberkatan ramadhan. Berapa rm yang akan kita keluarkan setiap hari di dalam bulan ramadhan untuk memberi makan orang yang berpuasa. Adakah kita sudah berkira-kira bagaimana akan kita gunakan sepuluh hari terakhir ramadhan yang mana kita akan dianugerahkan dengan lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan.
Terpaku mendengar syarahan ustaz tersebut.
Saturday, August 22, 2009
Kewajipan berpuasa vs kewajipan qisas
Marilah kita sama-sama mencari jawapan kepada ayat mewajibkan puasa dan ayat mewajibkan hukuman qisas kerana arahan Allah itu adalah sama iaitu; Wahai orang yang beriman, telah diwajibkan kepadakamu untuk berpuasa manakala dalam ayat lain pula ialah; Wahai orang yang beriman, telah diwajibkan kamu untuk menjalankan hukum Qisas. Dengan tidak adanya bantuan Syaitan di bulan ini akan memberikan ruang untuk kita mengubah diri melalui anjakan paradigma dengan melihat kehidupan orang yang beriman akan tentunya berbeza dengan cara hidup rekaan manusia sesat daripada barat. Tepuk dada tanyalah iman.
Thursday, August 20, 2009
Luahan Akhir Syaaban
Wednesday, August 19, 2009
Aktiviti hari ini...
Tuesday, August 18, 2009
Berita malam ini...
Berita juga dibacakan tentang kenyataan TG Nik Aziz tentang UMNO dan islam. Pendapat peribadi saya yang juga diambil daripada tok -tok guru adalah bahawa apabila kita berada di padang mahsyar, perlembagaan yang digunakan adalah perlembagaan quran dan hadis. Jika kita melakukan amalan yang sama dengan suruhan Allah melalui RasulNya maka kita akan selamat ke syurga.
Berita juga memuatkan tentang inkues Teoh dan juga kes Gobala (MP Padang Serai). Perkara berlaku akan sukar apabila ada pihak ingin menyukarkannya tetapi jalan penyelesaian akan diperolehi dengan lebih mudah apabila tidak melibatkan orang politik.
Sunday, August 16, 2009
Peperiksaan Percubaan PMR 2009
Saturday, August 15, 2009
My first night class
I stepped into the class and saw the pupils who were sitting in a proper manner waiting for the teacher. They were quite surprised to see another person to come into the class. Most of them were girls and only 6 boys sitting in a row at the back of the class. Pity them and at least they were the chosen one.
I was sitting in front of the class on the teacher's chair when I started the conversation. I asked them a few questions about the weekend and then the idea came. I asked them to write a paragraph starting with .. I was alone at home. I asked them to continue writing in a piece of paper. By then, I would know the level of the students. After 20 minutes, they stopped writing and while marking, I asked them to do exercises on MCQs'. One by one, slowly and carefully I read their piece of writing. I started to feel confident to be with them by the way they presented their parapraph. Most of them were making major mistakes such as tenses and spelling. I underlined the mistakes and trying to help by rewriting the correct sentences.
The best student were given marks under U1 - 15 because of the major mistakes and quite a few students were below 7, meaning that they were in Uiii level. They were satisfied to see the teacher discussed with them and improving their writing.
I hope that they got something for their command of english and it was a good start for me after two years.
Friday, August 14, 2009
Konvokesyen Universiti Malaya 2009
Kami bersedia ! Putramas Jalan Kuching akan sunyi tanpa kami yang saban hari keluar masuk untuk mencapai kejayaan ini. Sahabat, jika ingin bermimpi yang indah, kenangkan saat kita bersama selama setahun dengan pelbagai ragam yang mendewasakan kita semua. Halalkan segala tindakan yang dilakukan semoga kita tidak berhutang sesama kita nanti. See you at the top.
Sunday, August 9, 2009
Usaha,, doa , tawakkal
Saturday, August 8, 2009
Lumba Kuda tanpa judi
Jika kita mendengar perkataan Turf Club maka kita akan merasa resah dek ramainya penjudi-penjudi kuda termasuk mesin lumba kuda yang telah menghabiskan banyak duit-duit peminat. Jangan kita keliru dengan pihak munafik yang suka memberikan alasan yang sama untuk menghalalkan tindakan mereka. Jika anda minat dengan kuda, anda dijemput ke Pasir Puteh dan mari kita mulakan dengan kuda padi sebelum kita mendapatkan belima. Ayuh!
Friday, August 7, 2009
aku demam...
Tuesday, August 4, 2009
The first speech
Saturday, August 1, 2009
Demonstrasi anti ISA
Mendapat panggilan telefon daripada seorang kawan yang dalam perjalanan pulang setelah pertama kali menyertai puluhan ribu rakyat yang membantah akta ISA yang dianggap tidak mengikut mana-mana lunas samada demokrasi mahupun Islam. Demonstrasi kali ini adalah dikira agak besar selepas PPSMI. Jangan kita cepat menuding kepada mana-mana pihak sebaliknya marilah kita sama-sama berfikir tentang keperluan ISA di negara ini pada masa kini. Jika dirasakan perlu tetapi bersalahan dengan kehendak agama maka wajib kita menyokong tindakan mereka ini. Kita tunggu apa fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan....
