Setelah beberapa hari dikampung halaman, sejak 2 hari yang lepas warga kota kembali meneruskan hidup di tempat kerja masing-masing. Pelbagai kenangan di bawa bersama dengan 1 atau 2 kilogram pertambahan berat badan. Seronok dan gembiranya beraya menghilangkan keletihan dan cabaran di kota sejak syawal di tahun yang lalu. Kini , mereka terbang lagi bagaikan burung untuk mencari makanan sebelum kembali semula. Ibu bapa yang semakin tua ditinggalkan dan berharap agar berlaku lagi pertemuan pada hari raya 1431 hijrah. Begitulah cabaran mencari rezeki di kota.
Selamat jalan warga kota. Jadilah Sitenggang yang pulang dengan ilmu dan pengalaman yang mengajar kepentingan mengenal siapa kita sebenarnya. Bawalah pulang gadis kota namun jangan dipinggirkan ibu tersayang di kampung kerana sesungguhnya "Syurga di bawah telapak kaki ibu". Para menantu tersayang, jagalah suamimu dan ketahuilah bahawa tanggungjawab anak lelaki adalah terhadap kedua ibubapa mereka. Dan tanggungjawab anda adalah terhadap suamimu. Insyallah, kebahgiaan di dunia membawa kepada kenikmatan di syurga. Jangan sampai kepada keluarnya kata-kata begini daripada seorang mertua. " Carilah isteri lain yang tahu menghormati suami dan mertua". (memetik kata-kata seorang wanita tua yang terkilan dengan sikap menantu di hari raya.)
4 comments:
Teringat semasa menjadi perantau 2 tahun yang lalu, tak puas beraya dah terpaksa ke kota untuk menimba ilmu
Hai, lain macam saja coretan kali ni...
itula fenomena yang berlaku ke atas masyarakat kita hari ini. Bukan sahaja isteri bandar yang tidak tahu menghormati mertua...isteri orang kampung pun dah tak reti nak hormat mertua...dan tak nak balik rumah mertua
adik lelaki saya yang belum kahwin risau nak cari isteri kut sama macam yang lain bila tengok kerenah menantu yang tak ngam dengan mak mertua...
Kena ada give and take! Lelaki yang pengecut saja yang sanggup biarkan ibunya dibuat begitu. Tapi kalau sokmo dok rumah mertua, raya seminggu rumah mertua n puasa sebulan dirumah mertua kira ok gak kan!? Mana mau cari......
Post a Comment