When we decide to climb a mountain, make sure we have a mountain bike because we don't have much time to depend on our feet. Your time duration will be shorter and you will reach the top not just on time but it can be in time.
Sunday, August 30, 2009
Bila kita akan merdeka......
Sudah beberapa tahun, sejak timbul semangat patritosme tinggi dalam kalangan beberapa orang yang penting di jabatan maka sekolah seakan dipaksa untuk menyambut ambang merdeka dengan mengumpulkan murid-murid beserta guru di sekolah sambil menjalankan program sehingga detik 12 malam. Sudah beberapa tahun keluarga guru-guru terlibat tidak berkesempatan untuk menyambut kemerdekaan di lokasi pilihan mereka. Mereka akur dan turut sama memeriahkan ambang merdeka. Amalan akan menjadi budaya setelah beberapa ketika.. itulah resamnya. Tahun ini tidak pula kedengaran program ambang merdeka ini diadakan. Apakah sebabnya ? H1N1 yang menjadi penghalang ataupun ramadhan ? Semangat cintakan negara sebenarnya masih boleh disambut pada malam ini dengan cara yang lebih baik. Kumpulkan pelajar asrama seperti biasa dan mulakan dengan majlis berbuka puasa di mana tahlil boleh di adakan untuk para pejuang yang telah pergi meninggalkan kita. Solat terawih diteruskan dan dijemput seorang penceramah yang akan bercakap tentang pentingnya kemerdekaan dalam konteks islam. Kemudian, para pelajar akan tidur sekejap di antara pukul 10-11.30 malam. Selepas itu, detik 12 malam akan disambut diiringi oleh qiamullail sehingga pukul 2.00 pagi. Pukul 4.30 mereka akan bangun bersahur dan besoknya mereka akan tidur nyenyak kerana sekolah cuti dan pastinya pelajar islam akan berbangga kerana cakna kemerdekaan tetap diteruskan tanpa arahan atau surat jabatan. Apa kata deme ? Kita masih belum merdeka dari segi pemikiran untuk merancang sesuatu yang baik sehingga semuanya perlu datang daripada atas ( up-bottom ). Kalaulah dilihat bengisnya arahan untuk bersama menyambut ambang merdeka di tahun-tahun yang lalu... tidak patut rasanya ia tiada pada tahun ini seperti tiadanta Ustaz Asri Rabbani pada tahun ini namun kita masih bersyukur kerana Ustaz Ismail Kamus masih ada untuk dilantik sebagai Pengerusi IKIM suatu masa nanti Insyaallah sesuai dengan bekas pengarah pusat islam yang disandangnya sebelum ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
selamat berpuasa & selamat menyambut kemerdekaan ke 52
jgn lupa naikkan jalur gemilang tengah mlm ni
Sambutan merdeka dibuat ala kadar sahaja tahun ini kerana menghormati bulan ramadhan. Adakah bulan lain tak perlu dihormati?
ambo sokong dan berkenan sgt dgn cadangan pelaksanaan sambutan ambang kemerdekaan tuan hamba..Semoga Allah Taala dgn rahmatnya merdekakan kita semua drp api neraka Na'u zubillah.
Post a Comment