Jika anda pelajar tingkatan lima di dalam era 2000-an, tentunya anda telah biasa dengan sajak ini kerana ia merupakan salah satu komponen kesusasteraan dalam subjek bahasa inggeris yang diajar semasa tingkatan empat.
Kelemahan sajak ini adalah terlalu panjang bagi pelajar yang sederhana lalu mereka kurang memberikan perhatian untuk memahami dan menghayati bahawa sajak ini begitu relevan dengan kehidupan seorang melayu.
'Jauh perjalanan banyak pengalaman' yang menjadi peribahasa orang melayu digunakan sebaik mungkin oleh penyajak.
Tema pencarian mengenali diri dan kepentingan memahami asal usul kita adalah menjadi panduan kepada kita semua supaya kita tidak tersasar dalam perjalanan hidup kita di dunia yang sementara sebelum kita akan dipindahkan ke alam kehidupan yang kekal selama-lamanya.
Jika sitenggang dianggap menderhaka kerana bercakap kasar dengan ibu dan nenek, maka ingatlah keredhaan Allah terhadap kita adalah dengan keredhaan ibubapa kita juga.
Kisah cerita orang melayu selalu bersifat negatif seperti pak kaduk, pak pandir, lebai malang dan seumpamanya yang menjadikan kita sukar untuk berubah dan beranjak walaupun seluruh dunia telah meninggalkan kita.
Jika sitenggang pulang dengan muatan yang sarat dengan bahan terpilih , itu adalah yang dirasakan baik kerana kita tidak suka menunjukkan apa yang baik tetapi masing-masing mencari setitik kelemahan daripada seluas lautan.
Kita tidak pernah menghargai sesama kita dan sifat ini akan menjelmakan sebuah kehancuran
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment