Mahsuri dijatuhkah hukuman
When we decide to climb a mountain, make sure we have a mountain bike because we don't have much time to depend on our feet. Your time duration will be shorter and you will reach the top not just on time but it can be in time.
Thursday, April 23, 2009
Promosi Teater Mahsuri- Ayuh ke sana
Mahsuri dijatuhkah hukuman
Wednesday, April 22, 2009
Promosi Gratis - ada teringin
| |
-BILIK TIDUR : 6 KATIL
-BILIK AIR & TANDAS
-KAWASAN BERISTIREHAT
-KAWASAN MEMANCING
-DAPUR & BARBIQUE BURNER
-JAKET KESELAMATAN
MASA SEWA YANG DITAWARKAN:
- 3HARI 2 MALAM ATAU
- 2HARI 1MALAM
SKILL: Jigging/Popping/Drifting/bottom/trolling
DESTINASI JETI KAMI DI SEKINCHAN.
UNTUK KETERANGAN LANJUT HUBUNGI KAMI:
017-3030860 (MR.Nazry)
019-3339250
Menyelinap ke Dewan Exam
Tuesday, April 21, 2009
FGD YXGA 6107
FGD kali ini memerlukan masa yang lebih kerana ia bergantung kepada ketebalan buku Gelagat Organisasi yang diterjemahkan melalui buku "Organizational Behaviour" oleh Stephen P. Robbins. Setiap inci ketebalan buku Robbins memerlukan 3 jam kerana setiap jam akan membincangkan tentang individu, kumpulan dan sistem yang menjadi asas kepada teori GSMOP (Gelagat Sumber Manusia dalam Organisasi Pendidikan).
Pengurus Sumber Manusia memerlukan 3 kemahiran iaitu kemahiran teknikal , kemahiran manusia dan kemahiran konsepsi supaya organisasi akan bergerak pantas menuju matlamat. Kemahiran manusia ini bermaksud Pengurus Sumber Manusia (PSM) perlu menguasai kemahiran untuk menguruskan manusia yang menjadi individu dalam organisasi. Kemahiran manusia inilah ditukarkan kepada gelagat organisasi (OB) oleh Robbins.
Monday, April 20, 2009
For leaders and mnagers
- Inspire trust: You do this by modelling, by being a person of high character who can be personally trusted. You also inspire trust by trusting associates in the organisation, empowering them with opportunities to be engaged, to make decisions, to contribute their best thinking or talents. You will find that you will be much better at finding creative solutions, especially in tough times.
- Clarify purpose: Share a clear vision with your organisation and teams. Your vision needs to be tied to the needs of all your most important stakeholders who are your associates, clients, board members, etc. Everyone needs to understand the most important goals for them to focus and execute on.
- Align systems: To achieve your vision and your goals, you must align your systems, structures and processes to enable results. So often goals are simply not met because of misalignment. The end result is often mediocre if not altogether poor performance. This can be especially demoralising to people who want to produce but find themselves constrained.
- Unleash talent: Great leadership doesn't come from the top-down. You have to get the best from everyone by developing their capabilities and capacities for self-leadership. Empower people, co-develop goals and jobs-to-be-done with them and set up accountability and rewards.
By
tq fudzail .. saya hanya menyebarkannya.....
Rakyat belum buta sejarah
bila ADUN BN dan Ahli Parlimen BN di Selangor suatu ketika dulu sama-sama letak jawatan untuk bertukar-tukar suka sama suka , adakah SPR rasakan ia tidak membazirkan duit rakyat
On the mark..get set,,,go
Sunday, April 19, 2009
Kumpulan FGD Macaroni dan rendang
FGD utk YXGA 6111 (Kumpulan Makaroni)
Saturday, April 18, 2009
The more you learn, the better you are
In simple words; you must be well prepared to do better in everything. If you are a teacher, you must know your subject well and up-to-date to make sure you will deliver a good lesson. It is your task to be well-prepared. People can measure your preparation by reading, listening and observing you.
If you are a leader to be, please make sure you get all the knowledge from the theories in the book and learn from the experience from others at the field and combine the scientific approach and humanistic approach.
Always remember that we are dealing with humans and they are different from each others. They need different ways of advices and it is hard to change other people becos we know how difficult to change ourselves
Jogja dan Solo : Persediaan awal
Friday, April 17, 2009
Handset letak jawatan
Ada pihak yang menyatakan tindakan ini membazirkan wang rakyat namun seingat-ingat golongan usia saya ini, kes macam ini bermula ketika pertukaran MB Selangir kepada Abu Hassan beberapa tahun yang lalu. Ada kebenarannya jika SPR mengatakan ia akan melibatkan kos yang tinggi. Cuba bandingkan dengan kos yang digunakan oleh PNSB semasa melawat Disneyland sehingga mencecah 900 ribu dengan menggunakan wang rakyat Selangor adalah lebih menyedihkan...
Wednesday, April 15, 2009
Setakat ni jer
* jgn lupa utk gunakan lewin - unfreeze, change,refreeze ( betul ke ni) dan rogers (innovator, early adopters, early majority, late majority dan laggards) untuk mana-mana soalan yang sesuai.
Tuesday, April 14, 2009
Kumpulan Rojak Buah
Monday, April 13, 2009
Rakan Sedondon
Hikmah ilahi dalam pengulangan warna hijau dalam al-Quran
Kata hijau dalam al-Quran berulang-ulang disebutkan. Kata-kata hijau untuk menjelaskan sifat-sifat surga. Allah berfirman: “Mereka bertelekan pada bantal- bantal yang hijau dan permadani- permadani yang indah” (Rahman: 76).
Dalam surat Insan ayat 21 disebutkan: “Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih”.
Salah seorang ahli psikologi menyebutkan bahwa warna punya pengaruh dalam kehidupan manusia. Warna memberikan pengaruh atas sifat-sifat manusia. Warna dapat membuat manusia menjadi riang, sebagaimana dapat membuat manusia sedih.
Menurut penelitian yang telah dilakukan, warna kuning membuat orang menjadi riang. Warna biru membuat manusia menjadi dingin dan tenang. Sementara itu, warna hijau membuat manusia merasa senang dan cinta terhadap kehidupannya. Itulah mengapa di dalam ruang operasi, warna yang dipakai adalah warna hijau.
Sistem Zon untuk Johor Bharu
Itu penting tetapi adalah lebih penting jika JB sendiri mempunyai Zon untuk bandaraya yang begitu pesat membangun. Bagaimana jika zon warna digunakan untuk seluruh JB. 4 warna bagi empat kawasan akan membantu pelancong macam saya yang sedekad sekali ke JB. Kawasan Skudai dan Tampoi ditandakan dengan warna hijau bagi papan tanda, pembahagi jalan dan sebagainya. Jika ia bertukar warna maka saya tahu saya telah berada di luar zon, kan senang gitu bah. Cuma lampu isyarat jangan dtukarlah.
Sunday, April 12, 2009
Parit Sonto : Satu Nostalgia
Masjid Jamek yang menjadi tempat anak mukim beribadat , di tahun 1960-an di sinilah juga niat iktikaf diterima
Josiah (Jo) bersama Azhani dan Bonda. Beliau merupakan pengasuh kepada Azlinda ketika berumur sebulan di tahun 1968-69
Rumah asal telah tiada namun di sinilah tempatnya Azlainda dilahirkan pada 21 September 1968. Sekarang rumah ini telah diduduki oleh Cikgu Kamal yang sama mengajar bersama Ayahanda
Saturday, April 11, 2009
The Magic of Thinking Big
Pernah tak anda membaca buku 'The Magic of Thinking Big' ? Penulis memberikan satu pandangan tentang bagaimana dengan pemikiran yang berbeza kita dapat menghasilkan sesuatu yang berbeza. 'Freedom' yang terkenal dengan penyanyinya Allahyarhamah Seha juga telah mendendangkan lagu 'Kau Boleh' yang meniti dibibir peminat suatu ketika dulu adalah merupakan satu motivasi kepada kita untuk bertindak berdasarkan idea yang besar. Seorang sahabat lama, Puan Latifah telah juga memberikan secebis potongan kertas yang tertulis mengenai bagaimana orang hebat membicarakan sesuatu yang besar. Di mana kita harus bermula ?
Jika ia bermula dengan sperma yang berenang menuju telur bukanlah jawapannya kerana ia tidak berkait dengan penggunaan akal dan pemikiran. Semasa kecil , perasan tak kita bahawa ada orang yang mempunyai keberanian untuk menangis, bercakap, menyanyi tetapi sebahagian yang lain hanya mampu berada diribaan sahaja. Adakah di situ bermulanya pemikiran yang besar ? Tentunya tidak kerana pemikiran kanak-kanak yang belum mumaiyyiz tidak dikira. Di mana bermula pemikiran yang besar ini?
Di sekolah ? Mengapa ada pelajar yang begitu yakin dengan penampilan mereka dan sentiasa mampu untuk menonjolkan kemampuan diri masing-masing sedangkan yang lainnya hanya sekadar mampu untuk berbisik-bisik sahaja.
Menjadi orang yang berfikiran besar (translation) adalah milik semua insan. Bermula daripada Perdana Menteri hingga ke seorang buruh kasar sebenarnya kita memerlukan pemikiran besar mereka. Kita berada di lapang sasar yang berbeza dan kita mempunyai kelebihan sendiri. Kita bukan dibelenggu dengan permainan angka, kita dikelilingi oleh idea dan setiap idea adalah hak seseorang untuk meluahkan.
Mari kita mulakan, dengan langkah yang paling penting iaitu menjadi orang yang berilmu. Jika kita berkehendakkan dunia, hendaklah kita berilmu, jika kita hendakkan akhirat, hendaklah kita berilmu dan jika kita inginkan kedua-duanya maka hendaklah kita berilmu (Hadis). Dengan ilmu, kita akan menjadi orang yang berfikiran besar.
Selamat Menimba Ilmu walau di mana berada
Friday, April 10, 2009
Insan Biasa
Melihat seorang kakak dari Indonesia yang saban hari mengutip sampah di kawasan sekitar seharusnya dipandang sebagai seorang yang gagal dalam hidup kerana melakukan kerja yang tidak berkait dengan pemikiran aras tinggi namun kita silap kerana seekor burung yang cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim melalui air di paruh tidak boleh diibaratkan melakukan kerja sia-sia.
Kohort 11 IAB dan Kohort 9 IPK hanyalah nama yang sama dengan kumpulan manusia yang lain tetapi apabila rantaian ini dilepaskan nanti maka timbullah erti kerinduan kepada senda gurau pahit manis kerana inilah yang membawa kelainan kerana Kohort 119 dipenuhi warna warni berwatak. Pulanglah membawa seribu kenangan dan tinggalkan tapak kaki dan cap jari di IPK supaya kita boleh berbangga bahawa jika ada sesuatu yang patut dibanggakan , mereka itu adalah kita yang sentiasa kembali bertaut selepas biduk berlalu...... terima kasih Yati atas undangan dan maafkan aku kawan; aku sekadar insan biasa.
Thursday, April 9, 2009
Kalau dah rezeki Pn Yati
Ajal maut , jodoh dan rezeki bukan ketentuan kita. Usahalah sebanyak mana namun jika bukan rezeki maka nasi di mulut akan tumpah kembali ke dalam pinggan. Itulah hebatnya perkataan rezeki. Siapa tahu, sudah menjadi rezeki Pn Yati apabila one drop parfum yang dibawanya telah dibeli pada pagi semalam. Bukannya aku tak pernah cium wangian itu di tempat lain, bukannya aku tak pernah membeleknya buat seketika di gerai-gerai namun tidak gatal tangan untuk menarik dompet bagi mengeluarkan RM 45 untuk mendapatkan wangian Beckham dan sebagainya.
Itulah rezeki yang menjadi permohonan setiap doa insan. Jarang yang meminta untuk hidup miskin walaupun kayanya tanpa sedekah kepada jiran tetangga. Tidak ramai yang mendoakan untuk rezeki orang lain dulu sebelum dirinya kerana tingginya sifat keakuan mereka. Ayat-ayat cinta rezeki dibaca dalam doa, dalam solat meminta jangan sedikitpun dikurangkan. Yang ada di lautan minta di naikkan, yang ada di langit minta di turunkan, yang ada jauh minta diperdekatkan dan yang sedia dekat minta disampaikan. Indahnya bait-bait itu kerana kehadirab akan membaw akepada ketengangan.
ehem! Jodoh juga begitu.......
Wednesday, April 8, 2009
cerita bergambar
Penonton bola merusuh di Kota Bharu
KOTA BHARU - Berlaku kekecohan di sini malam tadi selepas berakhirnya perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dengan Negeri Sembilan.
Semuanya gara-gara sikap penonton yang gagal mengawal emosi.
Pada perlawanan di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV Kota Bharu itu, Kelantan tewas 0-1.
Kekecohan berpunca daripada insiden yang berlaku di tengah padang apabila menyaksikan penjaga gol tuan rumah, Halim Napi 'membelasah' pertahanan lawan, Aidil Zafuan Abd Radzak.
Insiden itu berlaku apabila Halim menyerang Aidil selepas wisel penamat ditiupkan, sekali gus mencetuskan suasana tegang di kalangan pemain kedua-dua pasukan.
Situasi panas berlarutan di luar stadium apabila pihak keselamatan 'bertempur' dengan penyokong tuan rumah.
Insiden dikatakan bermula selepas beberapa penyokong tuan rumah ditahan ekoran berkelakuan ganas. Tindakan itu menyebabkan sebahagian penyokong cuba menyerang pihak polis dan bertindak membakar trak polis serta lima buah kereta orang awam.
Pihak polis berjaya mengawal keadaan daripada bertukar menjadi lebih teruk dengan menggunakan penyembur pemedih mata.
Mana janji DS Anwar Ibrahim ?
Kami sedang menunggu dan menunggu
Bola Sepak Kelantan Tercemar
Penyokong yang fanatik sanggup melakukan apa sahaja asalkan kemenangan berpihak kepada pasukan red warrior.
Wow! siapa yang dimarahkan oleh penyokong ini, kenapa Tan Sri Anuar Musa yang menjadi mangsa ? Kenapa kereta diterbalikkan ?
Semua memerlukan DS Najib fikirkan kerana dia adalah PM kita
Tuesday, April 7, 2009
Tahniah Pemenang PRK
Peringkat seterusnya adalah bekerja untuk kesejahteraan rakyat
Selamat Mengundi 7 April 2009
Selamat Mengundi kepada semua pengundi di Bukit Selambau, Batang Ai dan Bukit Gantang.Kempen yang bermula sejak 29 Mac dan berakhir pukul 12 malam tadi adalah proses sebuah pilhan raya. Di tangan anda semua letaknya harapan rakyat Malaysia untuk melihat demokrasi (bukan diamahukerusi) terus subur kerana kita telah sepakat untuk menggunakannya.
Jangan keliru bila berada di kotak mengundi kerana kita hanya mempunyai dua pilihan, meneruskan kuasa kepada rakyat atau memilih untuk menjadi tukang angguk yang redha segalanya
Jujurlah dalam membuat keputusan kerana Allah melihat tangan-tangan lemah anda, walau sedetik nadi pun adalah tanda kekuasaan Nya.
Ayuh ! Usah bingung lagi. Tetapkan pilihan ANDA .
ALLAHUAKHBAR ! Terima kasih
ALHAMDULILLAH ! Telah subur demokrasi
SUBHANALLAH ! Pilihan anda adalah tepat
Inilah barisan kita
yang ikhlas berjuang
siap sedia berkorban
tinggalkan anak bini
Sebelum kami berjaya
Tengoklah culaan semasa
Jika ada peluang kali ini
pakat tunggu sampai malam
Dari Perlis sampailah ke Sabah
Semua sedang berdoa
Pahit getir dicaci dihina
diganti kejayaan kami
Monday, April 6, 2009
Mengetahui masa subur isteri
Bukit Gantang P056
Apa lagi, hari ini 2 tayar baru dgn kos rm 500++ menjadikan aku lebih bersemangat untuk meneruskan perjalanan ke Bukit Gantang.
Kesesakan Bukit Gantang begitu terasa sebaik melepasi tol changkat jering. Aku terpaksa meneruskan perjalanan ke Trong kerana tiada ruang untuk berpatah balik pada saat itu. Singgah di kawasan yang akhir dlm parlimen bukit gantang untuk berjemaah maghrib. Nasib ku baik kerana di situ, Datuk Dr Hassan Ali, Exco Selangor turut sama berjemaah.
Mendapat sms dari rakan yang menyatakan PAS sedang mendahului dengan 3000 undi, apa pun 7 april menjadi penentu.
Trong-Bruas-Kg Koh-Setiawan-Lekir-Sg Perak-Bagan Datoh-Sabak Bernam-Sungai Besar-Tanjung Karang-UNISEL-Bestari Jaya-Ijok-Sungai Buloh-Kepong-Puduraya-chowkit menjadi laluan bermula jam 8 mlm hingga blog ini ditulis di Villa Putra.
Sunday, April 5, 2009
Taman Ria, PRK Bukit Selambau
Hajat di hati ingin menjelajah ke kawasan yang lebih luas namun sayang berukband kurang memusakan dan menhambil masa yang lama untuk di uploadkan foto-foto, syabas Celcom.
Bukit Selambau : Janji Anwar
Suasana malam tadi di Dewan begitu menakjubkan dengan kehadiran rakyat pelbagai kaum menandakan Malaysia sedang bergerak menuju satu perubahan politik dan ini perlu diterima oleh semua samada suka ataupun tidak.
Friday, April 3, 2009
Terima Kasih PR Selangor
Lawatan teknikal tidak melibatkan arkitek sedangkan bertujuan untuk melihat senibina dan sebagainya. Memang hebat nampaknya pemimpin kerajaan hari ini, semuanya bergerak dengan kelas 1 dan terbaik. Rakyat hanya mampu menerima rm xx ketika musim pilihanraya.
Nasib baik rakyat memilih PR dalam PRU12 maka kita dapat melihat perbelanjaan anak syarikat kerajaan Selangor kepada MB dan keluarga. UH UH UH.
Sila tonton TV Selangor
Thursday, April 2, 2009
Siti Norhaliza dan TG Nik Aziz : Ikon rakyat Malaysia
KOTA BHARU, 2 April: Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.
Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.
Sempena dengan kunjungan julungkali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.
Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.
Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.
Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat.
“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.
“Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,”ujarnya lagi.
Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri. - siasahdaily
Hari-hari terakhir Pak Lah
Terima kasih Pak Lah ... baki usia yang ada perlulah digunakan untuk berdakwah sesuai dengan kelulusan bidang agama.
Wednesday, April 1, 2009
Analisa PRU 12 Bukit Gantang
PERHATIAN KEPADA PETUGAS PAS ...!
* M = menang
* MT = menang tipis
* KT = kalah tipis
* K = kalah
* m = majoriti
* pm = peratus majoriti
Kamunting Station - K
Ayer Puteh - M
Simpang Halt - KT
Jebong - K
Kuala Sapetang - M
Kampong Menteri - KT
Matang Gelugor - K
Sungai Limau - K
Jalan Mangala - MT
Kampong Jaha - K
Sungai Mati - KT
Bendang Siam - M
Changkat Ibol - M
Pengkalan Aor - M
Simpang Lama - M
Simpang Baru - M
Jalan Simpang - M
Kawasan JKR - M
Larut Tin - KT
Ayer Kuning - K
Changkat Jering - M
Jelutong - KT
Bukit Gantang - M
Kampong Cheh - M
Kuala Trong -M
Pasir Hitam Trong - KT
Kampong Tebok Trong - M
Trong - M
Trong Barat - M
Bukit Gantang Selatan - K
Ayer Terjun - M
Temelok - K
Sungai Che Rahmat - K
Permatang Raja - K
Sungai Tinggi - K
Padang Gajah - K
Batu Hampar - MT
Sungai Rotan - MT
M = 17 ... MT = 3 ... KT = 6 ... K = 12
http://intanhijau.blogspot.com/2009/04/perhatian-kepada-petugas-pas.html
Persiapan dah beres, jadi ke?
uh uh uh apa jadi kalau Islam Hadhari akan dihapuskan oleh DSN ?