Wednesday, November 27, 2019

Parlimen 2019

Hari ini ada penggulungan di Parlimen. 
Dijangka akan selesai pada waktu malam.
Terlihat beberapa orang Ahli Parlimen 
Semoga mereka akan terus mencemerlangkan negara

Tuesday, November 26, 2019

Tembok Bisu

Di sebalik empat penjuru
Dinding bisu yang tiada indahnya
Wajah insan dalam kebingungan
Bagai tiada esok yang sejahtera

Air yang mengalir deras di pipi
Merindui saat untuk bersama
Wajah anak-anak bermain di mata
Isteri berpenat sebatang kara

Hidup penuh dengan penyesalan
Fatamorgana dunia hanya sementara
Kini berduka melihat segala angkara
Teman ketawa entah di mana

Rupanya hidup penuh hikmahnya
Minda ku kina terbuka hijabnya
Penyesalan bertukar kepada doa
Semoga Dia memberikan rahmat Nya

* Sungai Udang 25/11/19 di Blok Pemulihan

Moga Kembali

Bagaikan cendawan selepas hujan
Kau hadir semula dalam hidup ku
Puas ku cuba menghalangnya
Semakin mekar ia menghampiri

Pertemuan yang tidak disangka
Datang ketika rintik hujan
Menerbitkan pelangi yang indah
Hampir tanganku menggapainya

Sekian lama daun yang telah carik
Seakan tidak akan bercantum semula
Namun takdir tuhan tiada siapa yang tahu
Kerana esok mentari pasti  akan terbit pagi

Hanya pada Mu jua aku mengadu
Kenangan bersama tidak dapat ku lupa
Dalam angan ku sering meminta
Kau hadir semula membawa cinta

* Sungai Udang 25/11/19 di Blok Pemulihan 

Sunday, November 24, 2019

Mimpi Dan Kenangan

Telah tercalar impian hati ini
Angkara bisikan mu yang palsu
Sedang jauh aku melangkah ke hadapan
Tergelungsur di gigi air mata

Mimpi yang indah di dada malam
Berganti suara membadai masa
Terkejut dari lena yang memudahkan
Antara angan dan sedar ku

Mimpi yang datang tetap hanya mimpi
Walau manis tiada akan berseri
Melambai lambai amat mempersona
Hakikatnya jurang yang hina

Bila kini ku sedari apa yang terjadi
Nafas yang kencang menghela benak ku
Usah dibuai mimpi malam mu
Yang kelam dan kabur sifatnya

Maafkan lah aku yang hilang diri sendiri
Bisikan itu bagai intan dan permata 
Walau telah lama ku bina perisai iman ku
Namun setiap yang bernyawa akan sentiasa diduga



adakah aku orang seni

Sehari di Tanjung Malim kami bergambar kenangan dengan Natrah, graduan UPSI. 
Foto di Tasik Proton City, kami memilih laluan pokok yang menampakkan garisan lurus.

Selepas itu, aku shoot di papan Tg Malim. Ternampak pula, satu lokasi sesuai untuk bergambar, iaitu di spot Mamat Khalid. 

Tak pasti la, inikah yang dinamakan seni atau tidak.
Kenangan kami juga sempat difikirkan seninya.

Saturday, November 23, 2019

Prison Reform

Perlukah penjara melalui proses pembentukan semula? 
Jawapannya adalah pada setiap anggota masyarakat yang ada dalam negara ini.
Kita ada hampir 30 juta penduduk dengan 70000 orang penghuni.
Untuk kita reform penjara, kita perlu kepada kerjasama banyak pihak. Apa yang penting adalah kerjasama.
Mari kita timbang dari pandangan peribadi. 
1. Penjara sebenarnya untuk menghalang seseorang daripada bebas melakukan apa yang dia biasa buat kerana akan menyebabkan keresahan dan kesusahan kepada anggota masyarakat. 
2. Penjara sebagai pengajaran kepada individu yang telah melakukan sesuatu yang diluar paradox.

Reform yang ingin dilakukan dalam mana mana organisasi penjara bagi saya perlu dikaitkan dengan 2 perkara di atas.
Bagaimana nak reform orang yang kita hendak pastikan bahawa mereka perlu disekat kebebasan secara sementara.
Bagaimana nak reform jika apa yang mereka suka lakukan adalah bertentangan dengan nilai masyarakat.
Reform yang perlu dilakukan adalah sekatan kepada kebebasan sehingga mereka sedar tentang mereka ada peraturan yang ditetapkan masyarakat.
Sekatan ini tidak semestinya mengurung mereka 24 jam di dalam sel. Ibarat bulan ramadhan, kita berpuasa 14 jam sahaja sehari. Selepas itu, kita dibenarkan makan dan minum seperti biasa. 
Begitu juga dengan penjara, tembok 4 bucu bukan lah satu satunya tempat untuk ubah manusia.
Boleh juga kita jadikan masjid, sekolah khas yang boleh di buat reform dalam mengubah manusia.
Sama sama kita fikirkan. 
 

Thursday, November 21, 2019

A SMALL VICTORY IS A VICTORY


A small victory is a victory. It is something to appreciate. Everyone must enjoy the victory for the place is not for everyone. There can only have one first place. If you won a small victory, it s still a victory. It is also a lesson learnt for oneself. If you think you had worked so little, try to work smarter and harder in the future. 
Yesterday we joined a dart competition. We celebrated it although it was a simple competition. Today my daughter got her UPSR result. She should learn to accept everything. The journey is still far away. She had known the weaknesses and must start to realize that in order to succeed, you have to work harder. Good luck and take it as a challenge to be better in secondary school

Tuesday, November 19, 2019

Harapan kami di SHGTM

Dijemput ke KDN untuk memastikan progress Projek fizikal sedang berjalan. Banyak istilah yang aku baru dengar. Ada istilah VM Lab, BQ dan macam macam lagi. Adakah aku bodoh? Bukan begitu, aku belum didedahkan kepada perkara itu. 
Alhamdulillah diberi kesempatan kerana ada projek yang diterima permohonan oleh Ministry of Finance dan kini disambut oleh KDN. 
Sebanyak RM 30 juta untuk pendidikan remaja di SHGTM sesuatu yang sangat bermakna untuk kita lihat kemenjadian mereka. 48 kelas memerlukan 50 guru. Jadinya, ia amat menarik untuk dilihat dalam masa 5 tahun lagi. 2025 akan menjadi titik kejayaan PPPM 2013 - 2025 maka Jabatan Penjara juga akan terus berdiri sebaris dengan KPM dalam menangani isu pendidikan negara.

Walaupun bilangannya kecil tetapi bukan sebarangan orang yang boleh berada di dalam sistem ini kerana ada akta dan peraturan yang perlu dipatuhi.

Bila siapnya projek fizikal ini nanti , tentunya tansformasi dan reformasi Pendidikan Korektif akan menampakkan diri dengan lebih jelas nanti.

Sunday, November 17, 2019

BUCC Trophy Challenge 2019

Akhirnya berjaya juga untuk menyertai pertandingan ini walaupun pada awalnya ada komitmen lain.

Pertandingan bermula pada jam 2 petang di tee box 4. Driver cobra yang baru digunakan semula melencong ke kanan. Nasib belum OB. Akhirnya dapat double bogey. Seterusnya masih 2 lagi double bogey sebelum permainan semakin baik. 
Straight 5 pars adalah di luar jangkaan. Dengan permainan berakhir tepat jam 6 petang.

Semasa Penyampaian Hadiah, tak sangka berjaya mendapat tempat ketiga net dengan handicap 20 skor 91

Thursday, November 14, 2019

Raikan Perbezaan ; Itu kehendak Nya

From Penjara Tapah@ 11.30 pagi di depan 50 penghuni berbangsa India

Hitam putih merah jingga
Kurniaan Tuhan kepada dunia
Tiada yang dapat meminta
Terimalah segala terdaya untuk kita

Tangisan si kecil nadanya sama
Anak belum bernama disambut mesra
Tidak dikira siapa ibu dan bapanya
Kerana kita adalah sama

Riang ria bermain bersama
Meraikan perbezaan berbilang bangsa
Kerana itu memang ketentuanNya
Agar dapat mengenali sesama

Indahnya hidup dalam negara
Setiap bangsa juga agama
Menghormati pada Rukun Negara
Agar negara terus maju jaya

Ayuh raikan perbezaan kita
Saling mencukupi apa yang ada
demi negara yang tercinta
Kerana kita serumpun sekata

Tuesday, November 12, 2019

Ceramah Minda Dan Jiwa

Ku buka dengan ketajaman fikiran menggunakan pensil. Ada 9 orang dan 9 pensil. Aku suruh setiap kumpulan jadikan sepuluh. Mereka dapat cipta 2 jawaban. 
Lepas itu, aku berikan kertas yang mempunyai beberapa kotak dan ku suruh mereka lukis. Aku ajar mereka kenapa perlu dilukis sebegitu. Contohnya melukis bunga. Lukis bunga adalah untuk bantu hilangkan rasa letih.

Lepas tu aku masukkan elemen quadron diri . Nak tahu ye, boleh bawa bincang untuk adakan satu sesi ceramah. 

Langkah seterusnya, mainkan lagu minda dan jiwa oleh Ukays. Lagu ini sesuai untuk bawa kisah minda.

Berikan 5 soalan minda untuk. mereka. Bincangkan bersama. Kemudian barulah buat kuliah mini sambil minta mereka berikan pandangan masing2.

Itulah kisah ku di slot asuh minda untuk penghuni program HUNT Penjara.
Ini foto di RPD Penjara Kajang selepas sesi bersama Yakob ,urusetia bidang terjun

Monday, November 11, 2019

Golf Silaturrahim MKKI2

Alhamdulillah selesai menjalankan tugas untuk Kejohanan Golf MKKI2 yang diadakan di Tiara Golf Melaka.

Saturday, November 9, 2019

Amalan untuk bertemu Rasulullah SAw

1000x - Selawat
300x - qul
100- zikir

Thursday, November 7, 2019

Mengukur produktiviti

Berkesempatan mengikuti seminar oleh Malaysian Productivity Corporation tentang pengukuran produktiviti. Perkara pertama dipelajari adalah semua orang tidak suka diukur. Nobody wants to be measured. 
Perkara yang kedua ialah adakah semua perkara boleh diukur? 
Perkara yang ketiga , adakah pertambahan kuantiti produk melambangkan peningkatan kecekapan?
Teringat semasa belajar dulu, pertama kali mendengar TQM, total quality management. Subjek elektif dan rasa tak berkait dengan kehidupan di universiti dulu. 
Oleh kerana setiap input diproses menjadi output, maka mengukurnya dari sudut mana yang paling sesuai? Adakah input guru maka output nya lulus semua A?
Jika ditambah pula outcome, bagaimana dan siapa nak mengukur pencapaian , sikap, attitude, knowledge. Aduh, bagaimana nak kaitkan dengan niat pula. 
Return of Investment ROI ini sangat luas untuk dibincangkan kerana alat pengukurnya sangat abstrak. Hanya Allah yang maha mengetahui

Wednesday, November 6, 2019

Integriti Jati Diri

Learning to know- ambil tahu
Learning to do - buat
Learning to live - budaya
Learning to be - belajar hijrah
Learning to dissiminate- menyampai
Learning to teach- ajar