Pakaian sekolah anak anak dah mencecah ratusan ringgit. Semua kena uniform. Dari pagi sampai ke petang.
Pihak sekolah juga mengenakan pelbagai bayaran.
Mungkin memakai tshirt dan mencukupi untuk ke sekolah
When we decide to climb a mountain, make sure we have a mountain bike because we don't have much time to depend on our feet. Your time duration will be shorter and you will reach the top not just on time but it can be in time.
Pakaian sekolah anak anak dah mencecah ratusan ringgit. Semua kena uniform. Dari pagi sampai ke petang.
Pihak sekolah juga mengenakan pelbagai bayaran.
Mungkin memakai tshirt dan mencukupi untuk ke sekolah
Musim hujan menjadikan kedai dobi sebagai premis yang penting terutama bagi orang yang balik kampung. Tidak sempat untuk menjemur kerana hujan yang turun berterusan.
Adakah perniagaan wdng ini sesuatu yang menguntungkan?
Now everyone can fly. ... airasia membawa kami pulang. Cuaca yang baik dan tidak berawan menyebabkan kami tiba lebih awal kota bharu.
Semua nampak seronok cuma kami terpaksa meninggalkan mami seketika di kk. Esok kami berkumpul semula.
Nissan Teana putih di waktu senja ketika hujan rintik begitu menyerlah sebagai sebuah sedan 2000 cc.
Speedometer sehingga 260 kmh amat sesuai untuk golongan menengah yang inginkan kemewahan dan kelancaran pemanduan.
Apa yang guru pj buat dengan tajuk ini. Adakah ada perancangan untuk membawa murid ke kolam renang? Apa salahnya membina hubungan luar dengan hotel berdekatan untuk menggunakan kemudahan kolam atau apakah ada cara lain untuk menikmati keseronokan belajar.
Mengambil kesempatan cuti rehat untuk meneruskan jelajah sabah. Daripada inanam kami mengambil jalan kokol poring untuk mendaki ke puncak. Apa yang hebat di sini ialah anda akan nampak gunung kinabalu dan lautan pada masa yang sama.
Kerja mengecat sedang berjalan lancar. Masjid yang asalnya berwarna pinang telah bertukar warna kepada putih dan sedikit warna emas pada kubahnya.
Sekali sekala satu famili aktif dilaksanakan dengan matlamat untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh.
Ke gymnasium rakyat di hari minggu dengan keluarga memberikan kekuatan kekeluargaan.
Gunakan masa dengan sebaik mungkin.
Alhamdulillah. Dapat juga mencarikan guru al quran untuk anak-anak. Selain daripada belajar di sekolah mereka perlu berguru dengan guru yang lain. Kesian juga melihat rakan rakan sekerja yang merangkak untuk bacaan yasin. Tajwid dan mad yang tidak betul. Sediakan lah mereka dengan asas quran supaya ia memberi manfaat di kemudian hari.
Hari berlalu pantas. Anak anak saudara yang sejak kecil menjadi pelatih ayah ngoh mereka telah menjadi remaja.
Bacalah apa yang kamu mahu. Fikirlah apa yang kamu baca dan tulislah apa yang kamu fikir selepas kamu baca.
Semasa memiliki bangunan ini ekspektasi saya agak tinggi untuk melihat ia menjadi begitu penting dalam menyumbang kepada kekuatan parti. Ini kerana bangunan ini terletak ditengah tengah kesibukan kotaraya. Saya membayangkan ia akan sentiasa dipenuhi pelbagai lapisan rakyat. Begitu juga banner banner yang bersilih ganti diletakkan dengan tujuan untuk keterlihatan peranan PAS dalam negara ini.
Itulah harapan saya namun bangunan itu tidak lebih seperti bangunan lain yang tidak jelas hadirnya. Wallahuaklam.
Sahabat sejak 1980an dah berpisah pada 1987. Berjumpa semula 2014. Sama sama mengaji quran di Masjid Ibrahimi dan kemudian ke SMACH. Selepas SPM kami tidak bertemu sehingga malam tadi. Halimi bin Abd Aziz.
Sufia; Ya tak nak grading hari ni. Ya sakit kaki. Esok la Ya pergi. Bagaimana menangani kekurangan keyakinan dalam diri kanak kanak. Keyakinan adalah salah satu komponen perkembangan kanak kanak yang positif.
Pembinaan keyakinan memerlukan keupayaan pada jurulatih dalam membentuk keyakinan dalam kalangan pelajar mereka.
Stail kepimpinan perlu selari dengan pembinaan keyakinan. Jika terlalu autokratik mungkin menyebabkan pelatih hilang keyakinan diri.
Saya akan jalankan kajian nanti.
Tajuk: agenda terancang musuh islam
Semakin hebat mencabar islam. Bermula dengan kumpulan komango ke pbb utk diberikan kebebasan bertukar agama. Kemudian kempen sentuh anjing, kebebasan untuk lelaki berpakaian perempuan.
Amaran allah dalam surah al anfal ayat 29. Jangan melakukan dosa yang membawa bencana kepada semua.
Musuh islam tidak berhenti untuk merosakkan umat islam. Surah albaqarah allah berfirman bahawa org yahudi dan nasrani tidak akan suka sehingga umat islam menuruti jejak langkah mereka.
Isu lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya telah jelas hukumnya berdasarkam hadis rasul saw.
Pakaian, perhiasaan, cara berjalan antara maksud menyerupai.
Siapa yang mati dalam menentang islam akan mati kafir dan kekal selamanya dalam neraka.
Transit di Miri dalam perjalanan balik ke kk. Flight pukul 9.35 malam. Teksi ke bandar rm60 pergi dan balik. Saya memilih untuk tunggu sahaja di airport dan menggunakan wang untuk membeli buku. Itu lah yang terbaik
Lagu yang dinyanyikan saban minggu di belaga 1998-2001 kembali didengar hari ini. Sudah 12 tahun berlalu.
Semua calon mungkin sudah mendapat keputusan masing-masing. WP Putrajaya meletakkan diri sebagai ranking pertama dengan diikuti oleh Terengganu dan Kelantan. Sabah menjadi akar yang paling dalam.
1. Pemimpin muda ada idealisme, wibawa untuk bawa wadah
2. Pencarian bakat (talent scouting)
3. Bina modul perkaderan
4. Semarak semangat kesukarelawan
5. Wujudkan institusi naziran untuk pantau kepimpinan bekerja
6. Gerakan revolusi mental yang baharu 2.0
7. Gerakan kesedaran nilai undi.
Laluan mesti diberikan kepada orang muda jika mahu meremajakan umno.
Merekayasa perubahan.
If charge does not happen we have to engineer the change to be happened..
Seruan terakhir untuk umno: do or be dead.
Jika kita jadi batu penghalang kepada parti maka mesti undur secara terhormat.
Ucapan yang baik dari Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Solat sudah ditunaikan. Petang tadi dah makan nasi briyani sambil membeli skirt. Sekarang tak tahu nak ke mana dah. Berjalan sepanjang jalan sekitar regal court ternampak kedai makan.
Segelas nescafe dan roti bakar melengkap supper
Berlangsung selama 3 hari di pustaka negeri sarawak. Kolokium mengumpulkan ahli ahli untuk perkongsian amalan kepimpinan di sekolah.
Perkongsian hari ini adalah peranan pemimpin sekolah dan pendidikan dalam memenuhi hasrat pppm melalui aspirasi murid, aspirasi sistem, anjakan pppm dan juga gelombang.
Perkongsian daripada gb sr islam bintulu dan sk drp bau sarawak tentang amalan kepimpinan mereka sehingga mendapat baiah dan sekolah kluster kecemerlangan.
Singgah di pasar basah kk. Hari ni rezeki nak lihat udang kara 3 kg. Harga yang dijual RM 390. Rasanya belum tahu.
Semalam saya diminta memberikan ceramah di satu kursus yang melibatkan pegawai berkaitan teknologi.
Saya cuba menyemak dan mencari kaedah pengucapan awam samada melalui laman web, YouTube dan buku.
Pelbagai kaedah dan cara diberikan namun kurang memuaskan hati saya. Jika saya mengambil pendekatan pemimpin politik, nampak macam tiada persamaan dengan sasaran saya.
Mengambil contoh pertandingan pidato, peserta saya bukan mahu masuk pertandingan
Maka saya ubah sedikit cara saya mengendalikan slot. Yang pertama, mereka mesti kenali diri supaya mereka tahu siapa mereka dan personaliti mereka. Dari situ mereka akan dapat sesuaikan penyampaian dan kaedah pengucapan mereka.
Yang kedua, siapa mereka dalam konteks pemimpin. Ia akan memberi jalan untuk mereka susunkan ucapan
Yang ketiga, siapa pelanggan mereka. Concern based adoption model memantapkan lagi ucapan kerana mereka kenal siapa yang mendengar ucapan mereka.
Wallahua'lam
Mendengar perrbincangan di radio ikim tentang wanh syubhat. Bagaimana dengan wang gaji. Adakah unsur syubhah dalam gaji kita. Adakah kita yakin dengan kesucian hasil yang diperolehi. Jawapan yang diberikan oleh ustaz berkenaan ialah ambil lah satu peratus drp gaji utk dikira sebagai wang syubhah dan gunakan lah samada utk baiki jalan atau tandas di masjid dan sebagainya. Wallahua'lam
Berdiri gagah para pemimpin
Disusun indah dalam barisan
Membawa aspirasi kejayaan
Membangun generasi gemilang
Usia bukan lagi ukuran
Prestasi asas kemenangan
Tunjukkan lah kehebatan
Kompetensi berwawasan
Majulah dengan semangat membara
Keikhlasan diganding bersama
Memimpin dengan jiwa dan raga
Sepakat sehati sejiwa
Usia bukan lagi ukuran
Prestasi asas kemenangan
Tunjukkan lah kehebatan
Kompetensi berwawasan
Mencari masa untuk menulis blog? Sekarang saya sedang memgayuh stationary bike utk warm up sebelum ke weight training. Best juga kerana saya dah beberapa hari tak menulis. Hari ini dah 3 minggu memulakan semula training. Harap dapat result yang menggembirakan menjelang 2015. A good posture with smaller waist line, bigger biceps and cut in pects. Wow! It would be great.
Apabila membincangkan kaedah pelaksanaan untuk mengatasi kesesakan maka satu daripadanya ialah pembinaan jalan bypass.
Kaedah ini pada awalnya memang membantu mengurangkan kesesakan. Ia seakan konsep baa ekspress dan bas henti henti.
Apa yang dikesalkan ialah jalan bypass yang berkaki lima ini akhirnya menjadi tempat deretan kedai kedai dibina di kiri kanan jalan.
Jalan bypass kembali sesak akibat banyak nya kedai tersebut.
Jangan gunakan bypass kalau gitu dong
Bermula angkat besi bila belajar di kpp/itm. Setiap petang akan berada di gim kecil di seksyen 17. Pada akhir tahun 1980an. Selepas itu join fitness centre di penang. Bila bertugas di Terengganu tiada gim yang dapat memenuhi kegiatan ini. Aktiviti kecergasan diterus juga dengan jogging di kawasan sekitar.
Apabila berada di upm , gim di pusat sukan upm jadi bilik permainan.
Semasa itulah aku mencari masa utk bekerja part time di dua buah fitness centre iaitu di taipan subang jaya dan di regency kl. Banyak pengalaman ditimba di situ.
Di sarawak, gim di sekolah menjadi tempat mengangkat besi bersama 2 rakan. Ketika ini kebetulan musim salman khan naik nama. Baju kecik kecik jd pilihan untuk sesuaikan dengan otot yang tidak seberapa.
Hari ini sekali lagi masuk gim. Cuma bezanya saiz perut sahaja. Dari sekecil 28 inci sehingga sekarang (rahsia)
Bertahun-tahun buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun-racun dan bahan-bahan lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dan lain-lain.Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu dikeluarkan.Di sinilah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh diamalkan untuk mengeluarkan bahan-bahan garam serta racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM1 atau kurang.Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli/daun ketumbar.Caranya: 1. Beli daun parsli/ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang. 2. Basuhkan (dicadangkan dengan air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil-kecil. 3. Masukkan daun-daun kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih. 4. Rebuskan daun-daun ini selama 10 ke 20 minit. 5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk. 6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun-daun dari airnya. 7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya. 8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini. 9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun-racun lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.Daun-daun parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!Cubalah…murahkan rawatan ini, cuma RM1 atau kurang.
1. TPM dalam ucapan pelancaran pppm ttg penstrukturan semula kpm jpn dan ppd. Bagaimana penstrukturan akan dijalankan?
2. Persatuan bawa 3 perkara
Ketua bidang sekolah gred b tidak dibayar
Warden sek adalah tugas tbahan. Cadangan ketua waden sebagai jawatan luar norma dan elaun rumah dikekalkan
Guru perlu laksana tugas pengkeranian selain pdp. Sarankan AKP dilantik drp w17 n17 utk data dan f17.
Jawapan KPPA/KSU:
1. KPPA menjelaskan kedah dan melaka sedang dalam pilot project.
2. Elaun - Kerajaan akan lihat semua elaun selepas pelaksanaan GST.
Hal Sabah. - projek perumahan penjawat awam sedang dirancangkan.
Tugas tambahan- kajian nbos telah melihat kerana akhirnya ROI juga akan dilihat.
Jawapan KSU
Kajian struktur telah dibuat. Perlu ada juga penstrukturan semula kpm bersekali. Kajian bersama hay group akan selesai dalam tempoh 2 bulan melibatkan skala yang besar.
Elaun guru. Cadangan telah dibentangkan oleh pihak kpm.
Dlm pilot project nbos, kpm dapati bahawa aks di sekolah rintis menunjukkan beban guru kurang 7 jam dalam tugas pentadbiran. 4 lagi jpn akan terlibat. AKP di KPM akan dihantar ke sekolah kerana keperluan mereka di sana sudah berkurangan.
Soalan 3
3. a. Pkpa bil 11/2001 epw tidak selaras antara guru di semenanjung dan di sabah. Mohon disemak semula
b. Cadangan guru sabah di daerah lain dpt epw juga
c. Cadangan kadar perbatuan ditambah.
d. Kelonggaran syarat anak tempatan jadi guru spt tahun 2005.
e. CRK tujuh hari yang tidak boleh ambil berlanjutan dua hari.
4. Memertabatkan gb. Sabah ramai guru besar siswazah. Rayuan supaya gb dg44 selama 3 tahun di kup ke dg48
PCG - sabah perlu ada peruntukan berbeza
Sekolah daif di pedalaman. Mohon 20000 waran oleh naib su kem kewangan.
5. a. Cadangan kaji semula jawatan hakiki.kpd pk skm
b. Naikkan elaun gb di pedalaman.
6. Guru sambung belajar, di oum ttp tiada jawapan drp bpg. Bpg keluarkan surat tidak lulus kerana calon layak hanya guru besar.
7. Guru sabah mohon pengangkutan utk bawa pelajar utk aktiviti.
Jawapan
KPPA- semua elaun dikaji selepas gst.
Kelonggaran anak sabah jadi guru boleh dikaji dan dilaksanakan.
CRK - luluskan cuti sebulan tanpa gaji jaga anak
Jawatan hakiki pk di skm- kpm minta study balik.
Soalan
8. Hal pegawai sip sabah
a. Mohon kursus professional sebagai coach yg diiktiraf jpa diberikan. Ada ura ura yayasan amir akan berikan kursus
b. Mohon supaya pemberian persamaan kemudahan pegawai sip sama dgn negeri lain spt bilik, laptop dsb.
c. Mohon laluan pegawai cemerlang sip tubuhkan majlis permuafakatan pegawai sip.
9. a. Sekolah ditimpa bencana yg belum ada apa apa bantuan. Pelajar dalam khemah dan menumpang dewan kampung. Guru di makmal komputer
10. Guru ada master dan phd
11. Guru pedalaman tanpa peralatan keselamatan
12. Guru berpisah 4/5 tahun suami isteri
9. KSU- kuasa sudah ada pada pengarah jpn
Simpati dgn guru pedalaman tiada pengangkutan. Harta modal utk berikan bas/4wd kpd sekolah telah dimohon setiap tahun
SUB lihat kursus professional dan laptop utk pegawai sip
Guru master dan phd tiada dlm syarat perkhidmatan.
Risiko guru pedalaman- jaket dan bot perlu dikaji dan diambil tindakan.
Dato Seri KPPM
Kursus adalah di bawah BPG.
Penubuhan permuafakatan diberikan jika berbentuk professional tetapi kalau utk kesatuan perlu dirujuk kpd kpm
Penstrukturan kpm ppd dan jpn. Salah satu adalah perwakilan kuasa kpd jpn dan ppd sebanyak rm5 juta.
Guru ada master dan phd adalah pkliling 40/2012. Utk lantikan pertama akan dpt mata gaji tambahan.
Fleksi gred sudah diluluskan.
Soalan.
Tiket tambang percuma mengunjungi wilayah asal. Mohon berikan cash utk beli tiket kapal terbang.
PIPP- ada dicatatkan bahawa 2 kenaikan dan 3 kenaikan
Jawapan.
Kpm akan tengok balik ttg kenaikan dan tambang kapal terbang.
Dialog tamat pada pukul 5.10 ptg
Ucapan terima kasih kepada KPPA atas kehadiran. Berjaya diadakan selepas kali ke 3 diaturkan.
Kehadiran guru guru menggambarkan rasa ingin ambil berat ttg hala tuju pendidikan. Dialog sebagai platform utk warga guru sabah untuk menyampaikan hasrat warga Sabah dalam usaha merealisasikan hasrat pendidikan negara.
Hasil sumbangan guru yang berdedikasi sahaja merealisasikan falsafah pendidikan negaram
Agenda pendidikan negara akan terus dijulang. Beliau tidak jemu untuk menyumbang kepada pendidikan negara. Masih belum berkesempatan untuk bersama pelajar di dalam kelas.
Beliau juga percaya guru adalah insan yang cekal dan tabah dalam menghadapi situasi yang semakin mencabar.
Beliau berasa seronok berada di Sabah dengan Dato Jame yang dynamic yang mendokong hasrat KPM untuk agenda pendidikan di Sabah.
Guru adalah significant contributer untuk kejayaan pendidikan. Peraturan bukan untuk mengekang kreativiti guru. Semua guru adalah ikon kepada murid.
Beliau meminta guru Sabah untuk emelkan cadangan dan pendapat.
Di peringkat sekolah, ada yang tidak memahami PPPM. Pihak KPM akan teruskan usaha penerangan kerana Pelan ini diiktiraf UNESCO.
KPM ingin mendengar apa kah sumbangan yang boleh diberikan kepada karier guru termasuk skim guru, kenaikan pangkat dll.
Sebagai KSU, melihat semula isu isu yang diluluskan penambahbaikan tetapi tidak kelihatan di negeri
56 billion dalam bajet. 75 % untuk.emolumen. ROI perlu dilihat impaknya. UI akan dilaksanakan utk mengukur impaknya
Laporan drp sekolah ttg infra struktur sekolah akan dilihat utk tumpukan kepada Sabah dan Sarawak.
YAB TPM telah adakan taklimat. Yang lantang adalah YB dari sabah yang menyuarakan masalah fizikal di Sabah dan Sarawak.
PM telah luluskan pembaikan sekolah tahun 2015. Sabah akan diutamakan.
Semoga pendidikan Sabah akan lebih gemilang
Penempatan guru di Sabah adalah mencukupi melalui penempatan 1436 di sek men 1494 di sek rendah pada tahun ini. Guru perlu sikap baharu dan pandangan baharu. Prog pengsiswazahan guru di teruskan. Terima kasih pada jpa yg gabungkan skim perkhidmatan ppps dan pppld yg rangkumi semua drp pelaksana.
Kenaikan pangkat dg42 tanpa temuduga selepas mendapat ijazah sarjana muda, sarjana dan phd.
Guru jadi tunjang utk penuhi keperluan stakeholders. Guru mesti sedar ttg suri teladan guru kpd murid
Tunjukkan adab sopan dan budi luhur. Tumpukan ketaatan kepada raja negara dan kerajaan.
Implikasi kepada masa hadapan negara jika institusi guru lumpuh dalam konteks kegemilangan.
Sebagai NBOS utk melihat kembali cara kita bekerja.
Beliau merasakan denyut nadi yang perlukan perubahan tetapi mesti ada timbal balik.
1.52 juta penjawat awam perlu dijaga supaya tiada yang tertinggal. Semua KSU ada program transformasi supaya Perkhidmatan Awam setanding dengan negara lain.
Peranan guru guru utk pembangunan formal anak anak bermula.
Sajak nukilan osman awang dibacakan oleh Tan Sri KPPA untuk menunjukkan mulianya jasa guru.
Itulah harapan negara kepada guru. Adakah status guru ini masih menjadi tanggapan awam pada hari ini.
Hanya guru dan masyarakat dapat menjawabnya.
Pembangunan awal kanak2 telah banyak terbentuk sebelum mereka masuk ke sekolah.
JPA mengajak guru untuk laksanakan transformasi. Kerangka telah dibangunkan 5 teras strategik. PPPM yg dibangunkan oleh KPM jg menekankan perkara yang sama.
Mengupayakan bakat hendaklah dipupuk dr sekolah.
Dalam keadaan JPA ingin membantu KPM tiba tiba soalan UPSR pula bocor.
Merekayasa organisasi dengan transformasikan supaya setiap jabatan ada kuasa bukan lagi sebagai posmen.
Di sekolah ada kerani lebih powerful drp guru. Pertukaran guru menjadi begitu sukar. Maka pemantapan PPD perlu untuk mereka melihat kepentingan di daerah masing masing.
Prosedur organisasi mesti jelas dan di online kan. Gunakan kuasa yang sepatutnya. Tidak perlu tunjukkan kuasa secara semberono.
Kita adalah penyampai perkhidmatan awam. Tugas kita adalah sepunya. Jangan lupa pusingan hidup yang mana kita akan sentiasa berputar dari atas dan ke bawah.
Jadilah pegawai awam yang mesra rakyat. Guru dinilai oleh anak murid. Setiap jasa guru akan dikenang.
Perkhidmatan awam mesti seperti berlian yang timbul sebagai satu.pasukan perkhidmatan awam. Bentuk tugas berbeza tetapi matlamat kita adalah sama.
Banyakkan dialog, perjumpaan dan program BOS. Turun padang dan lihat fungsi setiap penjawat awam.
Penjawat awam perlu jadi juru cakap kepada Kerajaan tentang dasar kerajaan terutama berkaitan GST.
Dijemput menghadiri program Jelajah gst 4u. Slot awal adalah penjelasan tentang kepentingan dan kelebihan gst kepada negara.
Ada dua perkara yang ingin dikongsikan dalam tajuk hari ini.
Yang pertama ialah booth JPA Bahagian Psikologi. Kami diminta memilih corak yang ada untuk mengenal siapa kita.
Aku tertarik dengan satu corak yang nampak kemas dan tersusun dengan bentuk yang pelbagai.
Yang kedua, memilih jenis pintu. Aku memilih pintu bercermin warna hijau lembut. Hasilnya akan dimasukkan dalam muatnaik yang akan datang.
Dalam penerbangan selama 2 1/4 jam ke kota kinabalu bersama MAS. Apa filem yang ingin ditonton? Saya memilih sebuah filem yang berkisah politik. Menjadi perdana menteri dalam usia 28 tahun akan meremajakan sesebuah negara. Isu yang dibawa juga mengingatkan kepada KJ yang menjadi menteri kepada belia. Sememangnya jiwa muda akan melahirkan idea yang sesuai dengan keremajaan.
Dalam penerbangan selama 2 1/4 jam ke kota kinabalu bersama MAS. Apa filem yang ingin ditonton? Saya memilih sebuah filem yang berkisah politik. Menjadi perdana menteri dalam usia 28 tahun akan meremajakan sesebuah negara. Isu yang dibawa juga mengingatkan kepada KJ yang menjadi menteri kepada belia. Sememangnya jiwa muda akan melahirkan idea yang sesuai dengan keremajaan.
Sudah menjadi hobi kami ke sini dengan tarikan ikan kelah jinak dan suasana damai sungai yang mempunyai lubuk ikan kelah.
Terasa tenang dan syukur dengan ciptaan Ilahi. Pengunjung datang untuk memberi ikan makan dan menikmati airnya yang jernih dan tiupan angin yang begitu mendapaikan
Nikmat Allah yang mana lagi kamu dustakan.
Kali pertama menjengok walaupun dah 8 bulan disini. Pasar nelayan yang terletak hanya disimpang masuk taman juga merupakan kuala bagi penduduk kampung disini. Setiap hari ramai pelanggan ikan segar akan datang. Rupanya dikatakan ada kedai makan di sini yang menyediakan kari ikan yang kow kow. Marilah mencuba.
Cuti lagi.. kali ini sempena rakyat Malaysia yang beragama hindu. Rancangan awal mau ke tawau. Bila dah hampir tarikhnya program diubah ke Kudat. Mengapa di Kudat? Yang pertama, simpang Mengayau yang mana terletaknya tip of borneo. Sudah lama teringin ke situ. Alhamdilillah sampai juga akhirnya.
Menarik untuk dibincangkan. Dua program yang dijadualkan pada malam yang sama di bandaraya Melaka. Jonker Walk akan diadakan festival oleh carlsberg dan malam cinta rasul turut memeriahkan suasana.
Sebenarnya hal ini sudah berlaku setiap malam di bandar. Masjid tidak pernah gagal mengadakan kuliah di bangsar dan deretan kedai berdekatan berurusniaga minuman keras tanpa batas.
Tiada yang pelik dengan majlis yang dirancangkan.
Asal mulanya adalah untuk memudahkan rangkaian kerja selepas email. Semua berjalan lancar dengan ada sedikit gurau senda. Lama- lama ia menjadi semakin rasmi setelah arahan dan tugasan telah dimasukkan dalam telegram. Gurauan dan lelucon sudah mula menjadi kesalahan kerana alasan rasmi. Laman social telegram telah dipisahkan daripada tujuan asalnya
Telah sampai masanya untuk memperbaharui road tax dan insuran kuda z800. Setelah menelefon kawan maka saya dimaklumkan bahawa bayaran roadtax di Sabah ialah RM 42. Wow! Jauhnya beza dengan semenanjung yang berjumlah RM 350.