Wednesday, November 19, 2014

Pengucapan awam

Semalam saya diminta memberikan ceramah di satu kursus yang melibatkan pegawai berkaitan teknologi.

Saya cuba menyemak dan mencari kaedah pengucapan awam samada melalui laman web, YouTube dan buku.

Pelbagai kaedah dan cara diberikan namun kurang memuaskan hati saya. Jika saya mengambil pendekatan pemimpin politik, nampak macam tiada persamaan dengan sasaran saya.

Mengambil contoh pertandingan pidato, peserta saya bukan mahu masuk pertandingan

Maka saya ubah sedikit cara saya mengendalikan slot. Yang pertama, mereka mesti kenali diri supaya mereka tahu siapa mereka dan personaliti mereka. Dari situ mereka akan dapat sesuaikan penyampaian dan kaedah pengucapan mereka.

Yang kedua, siapa mereka dalam konteks pemimpin. Ia akan memberi jalan untuk mereka susunkan ucapan

Yang ketiga, siapa pelanggan mereka. Concern based adoption model memantapkan lagi ucapan kerana mereka kenal siapa yang mendengar ucapan mereka.

Wallahua'lam

No comments: