Kami
bertiga bergerak daripada pejabat pada pukul 1 petang. Saya menaiki kereta
bersama Dr Ghani manakala Norman lebih awal memulakan perjalanan daripada
rumahnya di kawasan Hospital Likas. Kami singgah di Berungis, Tuaran untuk
menikmati makan tengah hari di sebuah restoran cina muslim di belakang Tang
Dynasty Hotel, Tuaran.
Pukul 3
petang baru kami bergerak ke Telupid kerana terpaksa menunggu seorang lagi
rakan yang akan ke Kota Marudu. Alhamdulillan perjalanan lancar dan kami
menggunakan masa di dalam kereta untuk mengenali antara satu sama lain dengan
lebih dekat.
Kira-kira
pukul 4.30 petang kami terpaksa singgah di Ranau untuk melepaskan hajat. Jalan
yang berbengkang bengkok dan dikongsi dengan lori dan bas agak melambatkan
pergerakan. Apabila tiba di satu kampong, secara tiba-tiba sebuah lori kecil di
depan melanggar anjing yang melintas jalan. Lalu anjing tersebut menggelepar
dan dilanggar pula oleh sebuah motorsikal. Yang paling tidak disangkakan, ada seekor lagi
anjing sekonyong-konyongnya melintas jalan kea rah kawannya. Kami tidak sempat
mengelak dan anjing tersebut terperosok ke bawah kereta. Nasibnya baik kerana
masih terselamat.
Hari hampir
gelap dan waktu maghrib adalah lebih kurang pukul 6.25 petang. Kami sampai di pekan
Telupid setelah suasana gelap. Apabila turun dari kereta, ia bagaikan pekan
Belaga, Sarawak. Kami terus check in di Queen
Alice Inn.
Setelah
itu, kami bertiga menikmati makan malam di salah sebuah restoran di Telupid.
Nasi goreng sepinggan sangatlah banyak sehingga tidak dapat dihabiskan.
2 comments:
Dah start menu is balik...
Assalamualaikum
Post a Comment