Bermula angkat besi bila belajar di kpp/itm. Setiap petang akan berada di gim kecil di seksyen 17. Pada akhir tahun 1980an. Selepas itu join fitness centre di penang. Bila bertugas di Terengganu tiada gim yang dapat memenuhi kegiatan ini. Aktiviti kecergasan diterus juga dengan jogging di kawasan sekitar.
Apabila berada di upm , gim di pusat sukan upm jadi bilik permainan.
Semasa itulah aku mencari masa utk bekerja part time di dua buah fitness centre iaitu di taipan subang jaya dan di regency kl. Banyak pengalaman ditimba di situ.
Di sarawak, gim di sekolah menjadi tempat mengangkat besi bersama 2 rakan. Ketika ini kebetulan musim salman khan naik nama. Baju kecik kecik jd pilihan untuk sesuaikan dengan otot yang tidak seberapa.
Hari ini sekali lagi masuk gim. Cuma bezanya saiz perut sahaja. Dari sekecil 28 inci sehingga sekarang (rahsia)
No comments:
Post a Comment