Thursday, December 23, 2010

Haji 1431 - hari 2

15/10
Hari Jumaat. Check-in di Makarram al masi.Jarak kira-kira 100 meter ke pintu 5 Masjid Nabawi. Menjengok melalui tingkap ,berduyun-duyun manusia islam sedang bergerak ke Masjid. Ada yang berkumpulan ,ada yang berdua, bertiga dan macam-macam lagi dengan satu tujuan; ke masjid. Jemaah Turki sentiasa dalam kumpulan besar, tegap, besar dan pendek. Semakin lanjut usia, semakin sama keliatan paras rupa mereka. Gerakan pantas dan kasar, mungkin itulah sebabnya mereka mampu bertahan sehingga hujung zaman khalifah islam.

Solat jumaat pertama dengan memakai jubah putih yang dibeli di deretan kedai di situ. Sejuk dalam masjid nabawi kerana semuanya berhawa dingin. cuaca panas diluar seakan dilupakan dengan keadaan sejuk di masjid. Tiada nas untuk kita berjemaah 40 waktu di sini, tapi rugilah jika kita hanya bersolat di bilik hotel.

Tuesday, December 21, 2010

Haji 1431 - hari 1

14 Oktober 2010
Suasana di LTSI Kota Bharu tenang walaupun ramai yang hadir untuk menghantar dhuyufurrahman ke tanah suci. Bersalam-salam sesama keluarga tanpa disedari air mata bercucuran. Kelana Jaya jugatidak kurang meriah dengan sanak saudara yang hadir untuk lambaian kaabah. Dlm hati, sentiasa bersyukur dengan peluang untuk mengerjakan haji. Pukul 9.00 malam, kami berempat ; ayahanda, bonda dan isteri sudah bersedia untuk ke KLIA.

15 Oktober

Pukul 1 pagi, kapal terbang Saudi Airlines telah membawa kami untuk ke Madinah Al Munawwarah.Penerbangan yang mengambil masa 9 jam adalah bertitik tolak kepada perubahan manusia. Kita telah dipilih untuk membuat pilihan yang sebenarnya tidak sukar. Subuh di Madinah, satu ujian untuk bakal haji. Antara pemeriksaan pasport atau menunaikan solat adalah ujian. Kami telah memilih untuk solat menghormati waktu ketika masih di atas flight. Alhamdulillah! Semuanya kelihatan mudah dan bas akan membawa kamike Makram AlMasi, sebuah hotel yang berada di sebelah kanan masjid Nabawi.

Monday, October 4, 2010

Naik Haji

Semasa di pertengahan Ramadhan, kami telah membuat rayuan untuk menunaikan haji melalui pakej Batuta Travels and Tours. Alhamdulillah, tanpa disangka-sanga, kami telah diterima untuk menjadi tetamu Allah pada hari Selasa yang lalu.Pada hari Rabu keesokan harinya sehingga ke hari ini persiapan untuk ke Mekah dilakukan. Bermula dengan mengisi borang di Tabung Haji, melakukan pemeriksaan doktor, mendapat suntikan dan pada hari Sabtu,kami telah mendapat taklimat terakhir dan tarikh untuk berangkat iaitu pada 14Oktober 2010. Ya Allah! Kami memohon dipermudahkan urusan haji kami dan semoa mendapat haji Mabrur

Monday, September 20, 2010

khabar angin?

Selamat menghadapi peperiksaan UPSR 2010 untuk semua calon di seluruh negara. Kelmarin, ada terdengar desas-desus bahawa jawapan untuk subjek tertentu telah diketahui di bumi Albab, Besut. Tahun lalu, Besut telah mencapai peratus yang sangat tinggi. Harap-harap ia hanya khabar angin.

Monday, August 23, 2010

Apa tugas PKP sebenarnya...

Di sekolah Penolong Kanan Pentadbiran adalah merupakan pemimpin kedua selepas daripada pengetua. Mereka yang dilantik menjadi PKP biasanya telah berpengalaman menjadi guru kanan bidang dan PK KO serta HEM. Oleh yang demikian, adalah menjadi kebiasaan mereka dilatih untuk berperanan seperti pengetua kerana melalui latihan barulah mereka ini akan cepat menyesuaikan diri apabila dilantik menjadi pengetua suatu masa nanti.
Seorang PKP mengikut pekeliling mesti mengajar sebanyak 12 waktu di mana secara purata beliau akan mengajar 2/3 waktu sehari. Selain daripada itu, PKP adalah orang yang penting dalam segala hal kurikulum dan staf. Masalah yang dihadapi oleh PKP ialah kebanyakan PPD kerap memanggil mereka untuk hadir ke mesyuarat atau taklimat. Hal ini perlu diambil kira kerana banyak tugasan PKP akan terganggu akibat kekerapan keluar daripada sekolah pada waktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Tugas PKP dan kekangannya sebagai pemimpin instruksional boleh dibuat kajian untuk melihat ruanglingkup tugas PKP di sekolah.

Sunday, August 22, 2010

Ikut rasa binasa...

Kecoh di seluruh negara apabila puluhan laporan polis dibuat oleh pelajar dan ibu bapa terhadap seorang pengetua yang mana ucapan beliau dikatakan racist. Beliau telah memberikan ucapan di perhimpunan sempena bulan kemerdekaan dengan menyuruh pelajar cina balik ke China dan tali yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing... betulkah begitu ?

Saya terpanggil untuk memberikan sedikit perasaan hati tentang perkara tersebut. Jika benar itulah sebutannya maka saya mengandaikan beliau telah terluka dari sudut emosi dengan sikap dan tingkah laku pelajar yang berada di bawah didikan beliau. Sudah tentu seorang pengetua ingin memastikan sekolah yang ditadbir berada dalam keadaan yang selesa dan kondusif untuk belajar. Apabila ada segelintir pelajar yang mungkin daripada kaum india dan cina agak kurang berdisiplin maka itulah jawapannya.

Sepatutnya seorang dewasa tidak boleh beremosi dalam menjalankan tanggung jawabnya di sekolah kerana lawan mereka adalah kanak-kanak dan remaja. Islam juga memberitahu kita supaya didiklah anak-anak yang berumur 7-13 tahun dan berkawanlah dengan mereka yang telah berumur 13 tahun ke atas. Di sekolah menengah, kita sepatutnya menjadi kawan kepada mereka. Jika kita menunjukka sikap ingin berlawan maka akhirnya kita yang akan menjadi mangsa kerakusan kita sendiri. Memilih perkataan ketika kita berdua dengan mereka adalah berbeza jika kita membuat ucapan di khalayak ramai. Sidikit kesilapan akan membawa padah. Kita seharusnya memahami keadaan semasa di negara kita ini yang mana isu-isu perkauman tidak akan menguntungkan sesiapa. Susah untuk menyatukan kaum , Baginda Rasulullah hanya mampu melakukannya kerana Islam. Lebih baik kita menggunakan pendekatan agama dalam menangani masalah antara kaum. Islam adil untuk semua.

Tuesday, August 17, 2010

Guru saya...

Sepanjang minggu lepas, saya telah menjalankan kajian terhadap p&p guru melalui instrumen penilaian p&p guru kepada pelajar. Beberapa orang guru telah dipilih untuk melihat respon pelajar terhadap guru-guru mereka termasuklah saya sendiri. Item-item adalah seperti berikut ;
  1. menepati masa
  2. berpakaian kemas dan sesuai
  3. mengajar dengan suara yang jelas
  4. menggunakan bahasa yang mudah difahami
  5. sentiasa membimbing murid memahami pelajaran
  6. ada menggunakan bahan bantu mengajar
  7. menyemak dan mengembalikan buku latihan murid
  8. mengawasi disiplin murid dalam kelas dengan baik
  9. mengambil berat tentang kehadiran murid di dalam bilik darjah
  10. sentiasa memberi peluang kepada murid untuk bertanya
  11. mementingkan keceriaan bilik darjah                                                        
dengan menggunakan skala likert 1-4 sangat setuju-setuju-tidak setuju-sangat tidak setuju maka keputusan bagi kebanyakan guru adalah min sekitar  3.++ kecuali beberapa orang yang kurang digemari oleh murid. Pendekatan seterusnya adalah dengan bertanya punca min yang diperolehi maka apa yang dapat disimpulkan adalah ada guru yang sentiasa lewat masuk ke kelas, suara kurang jelas dan tidak menggunakan 2-way komunikasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sunday, August 15, 2010

klinik 1malaysia

Buku mana nak rujuk, ayat siapa nak dipakai, ilmu mana nak diguna ... percubaan PMR sekolah hanya setakat 28 %. Jauh di bawah par 40%. Sasaran bukan lagi birdie atau bogey tetapi 64 % 24 di atas par. Bila disemak, subjek yang paling teruk ialah Bahasa Inggeris dgn keputusan 41% namun dengan keputusan ini, maknanya ada lagi subjek yang menjadi faktor kegagalan. Maka, dengan penuh jiwa exam oriented, aku telah menganjurkan klinik 1malaysia yang beroperasi dari jam 2.30-4.30 ptg dengan harapan menjelang hari raya nanti, semuanya akan pulih untuk makan ketupat dan tapai. Sepatutnya aku melihat keberkesanan p&p namun itu bukan menjadi budaya pendidikan kita. Tuan besar datang untuk memberitahu, saya melihat kerja guru melalui keputusan peperiksaan. Harapnya dengan latih tubi lah kita boleh memecut untuk mengejar sasaran.

Friday, August 13, 2010

tazkirah ramadhan 1431

Tazkirah ramadhan selepas solat jumaat oleh pakar pemakanan dari USM untuk dikongsi bersama
  1. Pastikan kita mengambil 2 serving buah-buahan dan sayuran dalam hidangan berbuka. Contohnya 7 biji kurma dan 3 senduk sayuran.
  2. Jangan minum teh/kopi semasa sahur untuk mengelakkan kehilangan banyak air kerana kerap membuang air kecil
  3. Makan kurma dan minum air kosong semasa berbuka dan makan nasi serta minum teh selepas solat maghrib
  4. Pilih makanan yang bersih di bazar ramadhan kerana terlalu banyak habuk di luar rumah.

Wednesday, August 11, 2010

Hari pertama...

1 Ramadhan telah melabuhkan tirainya. Petang tadi,kelihatan bazar-bazar sedang memperagakan juadah berbuka puasa untuk menarik hamba Allah untuk menhabiskan wang bagi membeli sesuatu yang mungkin tidak sempat dimakan. Itulah suasana hari pertama di Pasir Puteh.Hujan lebat di awal petang tidak menghalang manusia untukkeluar berduyun-duyun. Pesta sudah bermula namun Tuan Imam yang memberikan tazkirah asar menegur sikap umat yang leka sewaktu berkunjung ke bazar yang bersebelahan dengan masjid. Anak gadis memakai baju lengan pendek dan seluar ketat tidak mencerminkan penghayatan agama. Kereta diletakkan di dalam pagar masjid tanpa menghiraukan jemaah yang lebih tua. Itulah dunia hari ini.

Tuesday, August 10, 2010

Setahun yang lalu..

Masih teringat pada masa itu, aku mempunyai sebuah alat penimbang digital. Apa projek tahun ini? Oh ! Baik aku gunakan untuk memberikan motivasi untuk kerabat aku agar berbelanja secara berhemah. Aku mengeluarkan jadual timbangan untuk semua ahli keluarga. Hari ini, timbangan diambil .. ala-ala biggest loser. Setiap 3 hari semua ahli akan menimbang berat badan masing-masing. Aku bermula dengan 85.3 kg. Akhirnya setelah genap sebulan.. berat badan turun sebanyak 2 kg sahaja. Sekarang di akhir Syaaban, dan alat itu telahpun rosak. Mungkin perbelanjaan berhemah akan menjadikan ramadhan lebih diberkati di samping mendapat body yang diingini.

Thursday, August 5, 2010

Saman ekor

Ramai yang sedang menunggu sama ada JPJ dan PDRM akan mencapai satu persetujuan tentang saman ekor. Tan Sri Musa Hassan telah mencadangkan agar saman dikenakan secara berpatutan kepada pesalah trafik. Berapa agaknya jumlah saman yang sesuai. Atau hapuskan saman ekor sebaliknya menahan pesalah had laju sejurus selepas mereka melakukan kesalahan. Bagaimanapun, sesuaikan lah had laju berdasarkan tempoh masa, jenis jalan dsb. Ini kerana, kereta peronda pun kadang-kadang tidak mampu untuk bergerak 60 km/j ketika jalan lengang.

Sunday, August 1, 2010

Rumah...

Sebuah rumah kecil di tepi sawah di depannya sebuah tali air memberikan berita ketenangan.

Thursday, July 29, 2010

dewan peperiksaan

Minggu depan, pelajar tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan percubaan PMR yang diharapkan akan dihapuskan beberapa tahun lagi. Kita sedang membawa mereka ke haluan yang agak beranjau. Pagi ini, saya telah menyuruh seorang pelajar untuk menghitung semua meja yang telah disusun di dewan peperiksaan. Alangkah sedihnya apabila melihat beliau menghitung dengan gandaan 1 berbanding gandaan 5 kerana semuanya telah rapi. Apa sebenarnya tujuan matematik diajar dengan pelbagai topik? Ataukah dia seorang yang teliti yang ingin memastikan bilangannya tepat. Baiklah, bukan itu saja yang hadir dalam perasaan saya pada hari ini. Menyusun meja untuk peperiksaan menjadi beban yang agak berat kerana terlalu banyak hal yang perlu dibereskan. Adakah ini tugas guru atau pembantu di sekolah. Ketika guru sedang berteriak menyuruh pelajar mengangkat meja dan kerusi dan membuka kelas menjadi dewan, aku terfikir sendirian, berapa kali lagi kesusahan ini akan berlaku? Jawapnya 4 kali, selepas ini percubaan spm, pmr dan spm. Jika aku menjadi pengetua, mungkin aku akan memastikan beberapa tempat di situ akan berganti jubin yang akan menjadi penanda. Kita sebenarnya memerlukan dewan untuk setiap sekolah. Kos yang tidak perlu terlalu besar untuk sebuah dewan yang hebat. Cukuplah, sebuah kotak besar yang dipanggil dewan peperiksaan.

Monday, July 26, 2010

" A school for pregnant teens?"

Pagi ini sempat menatap NST sementara menunggu untuk p&p. Di muka 2 tertera " A school for pregnant teens?" Bila membacanya, terasa seolah-olah, perihatinnya pemimpin atau sesiapa yang membuka bicara itu. Caknanya mereka kepada nasib remaja ? Apabila diulang fikir, bodohnya manusia yang membiarkan remaja mengandung dan kemudian memikirkan projek termasuk membina sekolah baru untuk mereka. Umbi pisang mesti dibuang habis jika kita tidak mahu pisang berbuah lagi. Apa yang perlu difikirkan ialah bagaimana kita boleh menanamkan rasa jijik kepada remaja untuk tidak membiarkan diri daripada mengandung. Bukankah itu yang terlebih baik ?

Thursday, July 22, 2010

Dia datang lagi..

Dia datang lagi.. siapa dia? Dialah Pengarah yang datang sekali lagi dan meninjau lokasi yang sama seperti sebelumya. Apa perubahan yang telah berlaku. Itulah yang menjadi harapannya namun agak hampa. Ada yang masih tidak kena dan belum mencapai satu standard yang diingini beliau. Itu semua adalah masalah fizikal di persekitaran kerja. Penyenggaraan adalah satu kemestian yang berKPI yang kurang dipantau.

Monday, July 19, 2010

Lelaki menyapu di bawah kerusi wanita..

Saya mengambil nama untuk seminar pada hari Sabtu, yang datang mendaftar adalah pelajar perempuan. Tiada seorangpun lelaki. Ouch! Mereka mesti diajar. Saya basuh mereka satu persatu.. yang main bola peringkat tertinggi diperli secara terhormat. Yang berlari laju diperli selaju angin ribut pantai, yang main tenis, di'volley' atas jaring. Mereka terkejut kerana tidak menyangka terkena batang hidung masing-masing exact on the dot. Dalam akhbar, 68% perempuan medaftar di IPT. Apa maknanya? Gaya sekarang adalah untuk perempuan. Menghafal, duduk berfokus, kerisauan tinggi adalah milik perempuan. Lelaki bukan begitu, bukan salah mereka, kita berikan mereka penyapu untuk menyapu bawah kerusi boss wanita.

Sunday, July 18, 2010

Hari Keluarga

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung dengan jayanya Hari Keluarga SMKBJ. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pihak AJK Kelab tidak dapat melaksanakan agenda yang tentunya dirancang oleh mana-mana kelab staf. Syukur, akhirnya kami berjaya mengumpul hampir 50% ahli kelab untuk turut serta bersama keluarga masing-masing.

Wednesday, July 14, 2010

HARI KELUARGA


HARI KELUARGA SMK BUKIT JAWA 2010
PANTAI SRI TELONG CHALET

TENTATIF PROGRAM

7.30 am - 8.00 am       - Pendaftaran
8.00 am - 8.30 am       - Sarapan pagi
8.30 am - 11.00 am     - Sukaneka / Aktiviti / Bola Sepak Pantai
11.00 am - 12.30 pm    - Persiapan BBQ
12.30 pm - 1.30 pm     - Makan tengahari
1.30 pm - 2.00 pm       - Penyampaian hadiah dan penutup
2.00 pm                       - Bersurai

  1. Semua peserta diminta mendaftarkan diri kepada urusetia sebaik tiba di Pantai Sri Telong Chalet
  2. Setiap keluarga diminta membawa kelengkapan pinggan dan gelas untuk kemudahan keluarga masing-masing
  3. Kanak-kanak yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna diminta menyediakan pensil / peralatan mewarna masing-masing
  4. Sila bawa tikar / alas duduk kerana pihak pengurusan tidak menyediakan kemudahan yang mencukupi
  5. Dua bilik disediakan sepanjang program untuk kemudahan semua peserta
  6. Pihak urusetia mengalu-alukan perkongsian daripada peserta seperti buah-buahan dan kuih muih untuk memeriahkan lagi program
  7. Jika ada peserta yang berminat untuk menyewa chalet, sila hubungi mana-mana AJK Kelab untuk tindakan selanjutnya. Hanya 7 buah chalet yang disediakan untuk penginapan.
  8. Pihak Urusetia Program Hari Keluarga mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama dan sambutan yang diberikan.

Sunday, July 11, 2010

Orang yang sibuk..

Siapakah orang yang sibuk ? Menurut seorang sahabat, orang yang sibuk ialah orang yang mampu melakukan satu perkara ke satu perkara setiap hari. Pendek kata, mereka ini tidak berhenti bekerja sejak awal pagi sehinggalah waktu untuk tidur. Ramai yang salah anggapan bahawa orang yang mengatakan saya tidak dapat lakukan sesuatu kerana saya sibuk adalah orangnya. Bukan wahai pembaca, orang yang sibuk tidak sempatpun untuk melayan pertanyaan atau memberikan respon sedemikian.
Hari ini aku mengucapkan tahniah kepada seorang rakan yang mendapat pengiktirafan sebagai GC 48. Bukannya Guru Cha ttp Guru Cemerlang.

Saturday, July 10, 2010

Friday, July 9, 2010

Ucapan terima kasih

Kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Kayuhan Riadah cakna belia 2010 Persatuan Masjid Ibrahimi Pasir Puteh. Insyallah program yang murni ini akan diadakan setiap tahun disamping acara kayuhan yang lain. 

Thursday, July 8, 2010

kerja-kerja akhir

Kerja-kerja terakhir disiapkan sebelum kayuhan riadah yang akan diadakan pada pagi esok. Perkara yang utama ialah peserta untuk kayuhan. Jumlah 40 orang telah mencukupi dan tidak dapat ditambah lagi kerana masalah baju t. Banner telah siap untuk digantungkan di tepi kawasan pantai yang akan menjadi tempat perasmian program. Nombor untuk cabutan bertuah sudah sedia bersama dengan aturcara sepanjang 2 jam di Tok Bali. Semoga semuanya akan berjaya dijalankan dengan baik. Insyallah!

Wednesday, July 7, 2010

Ke hospital

Semalam aku ke HTA setelah hati ini belum berpuas hati dengan tahap kesihatan diri. Memilih untuk pergi selepas bekerja, aku tiba di hospital dan hanya menunggu 15 minit untuk masuk berjumpa dengan pembantu hospital. Di dalam hati, aku tertanya-tanya apakah dia boleh memberikan satu analisa yang berrguna tentang kesihatanku. Setelah memberikan penjelasan tentang keadaanku, beliau telah memeriksa badan dan memberikan pendapat bahawa aku mungkin mendapat gastrik. Aku juga meminta beliau memberikan aku statin untuk menurunkan paras kolestrol kerana aku tidak dapat menemui alternatif lain setakat ini yang boleh membantu mengurangkannya.
Aku sedar bahawa pengambilan stati mungkin memerikan kesan kepada hati tapi untuk sementara waktu ini aku cuba untuk mengikut nasihat MA terlebih dahulu. Semalam  kayuhan bersama rakan-rakan menjadikan aku lebih rendah diri dengan kegagalan untuk mengikut rapat dek kesakitan di bahagaian dada. Aku kena bersabar , berusaha dan berdoa

Tuesday, July 6, 2010

Hari Lahir


Sambutan Hari Lahir dengan menjemput anak-anak saudara ke rumah
Icing setebal 2 inci tapi sayang tiada yang makan. Silap pilih kek rupanya

Monday, July 5, 2010

Lensa kenangan buat Brazil

Malam itu tidak terniat untuk merakamkan peristiwa ini kerana tidak menyangka bahawa aku tidak berpeluang lagi untuk mendapatkan suasana permulaan perlawanan bagi Brazil. Mereka telah kalah dan rupanya tidak sia-sia lensa kamera merakamkan peristiwa ini.

Sunday, July 4, 2010

Kelibat.....

Masuk ke kelas untuk 2 waktu terakhir, menghabiskan perbincangan contoh karangan yang baik supaya para pelajar dapat membuka mata bahawa apa yang ada pada mereka sekarang adalah pada tahap yang masih rendah. Mengajar di waktu tengahari apatah lagi subjek bahasa memerlukan kreativiti guru. Jika kita malas untuk menyediakan BBM yang sesuai maka kitalah alat bantu mengajar yang paling efektif sekali. Mimik muka, gerak badan, suara yang jelas dan berirama amat diperlukan. Gelak tawa bercampur diam menandakan kelas adalah berjalan dengan lancar. Sedang asyik mengajar, tetiba terlihat susuk tubuh yang dikenali tetapi tidak disangka sedang berjalan sambil memandang ke dalam kelas. Sedetik itu terlintas di fikiran, eh Tuan Pengarah. Belum sempat aku menegur beliau , kelibatnya sudah entah kemana..

Saturday, July 3, 2010

Apabila Brazil kalah..

Piala Dunia dan Brazil adalah sinonim. Satu-satunya pasukan yang tidak pernah gagal untuk beraksi di Piala Dunia. Malam tadi mereka telah menunjukkan aksi yang bermutu dan menghiburkan tetapi kalah. Dunga telah meminggirkan rentak samba untuk sebuah kemenangan naumn gagal. Maka, apabila kelainan yang dibuat untuk berjaya tetapi hampa menunjukkan bahawa bola sepak bukan sekadar kemenangan tetapi ia mesti bersifat menghiburkan. Peminat akan dua kali hampa dengan apa yang berlaku kepada Brazil.Lebih baik dikekalkan rentak samba dan tewas kerana sekurang-kurangnya anda telah berjaya menghiburkn.Malam tadi, peminat rasa terhibur namun apakan daya ..
Antara pemain yang menonjol pada kali ini ialah Maicon. Kaka sedang menghampiri kelincahahan biasanya namun disekat oleh pasukan oranje. Piala Dunia 2010 telah tamat pada malam tadi

Wednesday, June 30, 2010

Anugerah Berlian

Siapa yang mengenali beliau ? Beliau bukan seorang ahli politik yang fotonya terpampang di dada akhbar, bukan juga pelakon atau penyanyi dengan gelaran Datuk atau Dato' atau Datok. Jauh sekali seorang usahawan yang bergelar jutawan. Beliau seorang guru yang mengatasi guru. Beliau menjadi guru kepada sesiapa dan di mana-mana. Mengapa ? Kerana beliau adalah guru yang menulis dan kita membacanya. 50 dan lebih buku yang ditulis bukan lagi seorang yang inovatif untuk menerima anugerah. Beliau layak untuk mendapat anugerah Berlian pada hari ini kerana setiap buku yang tertulis adalah permata yang menyinari orang lain. Seorang sarjama atau dr falsafah tidak lengkap kajian tanpa rujukan. Jika anda tidak mahu memberikan anugerah kepada beliau, biar saya yang lakukan "ANUGERAH BERLIAN " . Beliau adalah Ab Alim.

Tuesday, June 29, 2010

kerana sentiasa ditinggalkan..

"Eh! Saya nampak awak semakin kurus, berapa kilo dah hilang?" Saya bertanya seorang pelajar yang sedang berdiri di tepi sebatang tiang. Dia menjawab bahawa dia telah kekurangan 5 kg daripada berat badanya. Apa yang menjadi inspirasi beliau untuk mengurangkan berat badan bukanlah rancangan biggest loser di Astro 702 ataupun iklan jusmate5 Dr Rozmey. Setiap orang ada sebab tersendiri untuk berubah. Beliau berubah kerana beliau selalu ditinggalkan kerana berbadan besar. Apapun , selamat berjaya untuk Mursalin pelajar tingkatan 4 yang pernah menjadi pelajarku pada tahun lepas.

Monday, June 28, 2010

Panggilan telefon

Saya mendapat panggilan daripada sebuah hospital swasta yang menjemput untuk menghadiri satu slot kesedaran tentang penyakit kronik serangan jantung, stroke dan diabetes. Penyakit 3 serangkai yang perlu dicegah seawal mungkin. Beliau mencadangkan saya untuk hadir pada malam ini. Saya terpaksa menolaknya dengan baik kerana saya masih terbelenggu dengan keadaan seorang kawan yang sedang menerima rawatan akibat stroke sejak minggu lalu. Saya mula memikirkan peranan kehidupan yang sihat dengan serangan penyakit. Ramai dalam kalangan kawan-kawan yang sedang bertarung dengan penyakit ini adalah mereka yang sering melakukan senaman. Mungkin mereka tidak menjaga pemakanan tetapi adakah orang lain yang masih sihat terlalu menjaganya. Apabila melihat orang yang lebih tua di masjid, mereka yang aktif bersukan semasa muda sering kelihatan sakit pada bahagian lutut mereka. Penyakit keturunan juga sering dijadikan alasan termasuk saya sendiri yang mempunyai lebihan kolestrol sehingga melebihi bacaan 8. Menjaga pemakanan, bersenam dsb adalah nasihat yang sering dilontarkan kepada masyarakat. Oleh itu, marilah kita berusaha sebaik mungkin.

Sunday, June 27, 2010

menulis lagi

Aku perlu menulis lagi untuk meningkatkan kemahiran diri. Ada impian yang belum dicapai sejak memulakan penulisan di blog. Sudah sampai masanya memikirkan dengan lebih serius hala tuju dalam bidang penulisan kerana ada sedikit minat dalam bidang ini. Aku memerlukan masa namun bukan membuang masa dengan khayalan semata-mata. Mengapa tidak aku mulakan daripada sekarang ? Ramai orang yang telah memulakannya dan berjaya. Jika tidak, jangan harap untuk menemui puncak kejayaan. Aku suka menulis tentang motivasi tetapi aku sendiri belum ada motivasi kendiri. Sudah tentu penulisan itu tidak akan sampai ke hati pembaca. Insyallah, aku ingin sekali melihat hasil penulisan ku sendiri. Mengingat kembali kata-kata di sebuah pintu di IAB....' when i want to read, i write'

Tuesday, June 22, 2010

39-40

Angka depan dan berubah ... umur. Semangat semakin berkobar-kobar untuk menjadi manusia yang berjasa di dunia dan berbahgia di akhirat. Suasana meriah di harijadi dengan kehadiran facebook. Ucapan mencurah-curah daripada rakan taulan. Usia ini, ada kawan yang sedang bertarung dengan stroke yang menyerang beberapa hari lalu. Ada rakan yang sedang meningkat keatas untuk menjadi boss. Itulah ragam dunia, ia berputar sentiasa

Saturday, June 19, 2010

Pekan Kopitiam Bukit Damansara

2 hari aku menjamu selera di Bukit Damansara, Pekan Kopitiam yang terletak di Plaza Damansara. Makanan yang disediakan agak menyelerakan. Untuk bersarapan, aku memilih nasilemak pada hari pertama dan nasi goreng kampung untuk 2 hari berikutnya. Jika anda ada kelapangan dan berada di kawasan sekitarnya, silalah menjengok kopitiam tersebut walaupun anda mungkin tidak suka dengan DS Najib yang berasal dari Pekan.

Friday, June 18, 2010

Baru sehari....

Bangun pagi-pagi, masak air dan sediakan minum pagi bersama beberapa keping roti dan biskut

Ambil ubat dan sediakan sebelum mengelap badan dengan air suam

Ambil pakaian dan masukkan ke dalam mesin basuh

Pergi pasar beli lauk utk dimasak

Baru sehari ......

Wednesday, June 16, 2010

Untuk Dia

Hari ini Dia sedang melalui satu lagi proses yang bukan untuk semua orang... dulupun Dia juga melalui proses yang bukan kehendaknya juga. Itulah takdir untuknya. Aku mengkagumi kegigihannya dan kejujurannya dalam perhubungan yang suci ini. Bukan mudah untuk menempuh saat-saat yang sukar namun tiada siapa yang boleh menghalang takdir Ilahi. Ya Allah! Berikan kekuatan kepada hamba Mu dan limpahkan segala keampunan. Setiap dugaan dan cabaran yang engkau hadapkan kepada Dia mohon ditimbalkan dengan kesenangan dan kebahgiaan yang berkekalan. AMIN!

Sunday, June 13, 2010

Wajah - wajah kemenakan

Bercuti di Alor Setar selama beberapa hari memberikan kesempatan untuk bertemu dengan kemenakan yang juga pulang bercuti.
Apa beza sebuah percutian di kampung halaman tentunya halaman yang luas untuk bermain tanpa kerisauan yang tinggi. Tidak ada deruan kenderaan yang banyak di kawasan rumah..
Cuba yang sama ialah teknologi dari kota masih dibawa pulang , itulah zaman mereka. Tiada pokok jambu batu untuk dipanjat atau upih kelapa untuk ditarik.
Si kecil berbaju baseball adalah perkara biasa, yang penting hati bahgiaaa
Apa permainan mereka? Impian naik level game... dulu kita main kosong game, ketingting.. tau tak mereka dgn game ini semua

Tuesday, June 8, 2010

Maxis broadband

Semalam sambil menunggu di sebuah bank, aku telah menjengok sebuah kedai
Maxis. Langsung terlanggan broadband. Pagi ini,sambil menunggu bersarapan boleh la layan

Sunday, June 6, 2010

Hari akhir persekolahan

Promosi baju batik untuk kegunaan hari Khamis. Jika berminat sila hubungi saya ..hehehe acah jer.
Gaya seorang guru yang sedang melepak di makmal komputer di hari ahkir sesi persekolahan.
Guru dan rakan ; di sekolah saya guru dia murid, pada hari minggu kami rakan berbasikal.

Saturday, June 5, 2010

BBQ

Malam tadi di Pantai Tok Bali bersama 11 orang pelajar tingkatan 4. Mereka meminta saya menemani mereka untuk meraikan selesainya peperiksaan penggal pertama. 4 ekor ayam telah ditempah utk BBQ. Seronok sungguh mereka dengan gaya masing-masing. Alhamdulillah, mereka dapat bersolat isyak berjemaah sesama mereka. Teringat 20 tahun yang lalu, ... biarlah aku sendiri yang mengenangnya.

Thursday, June 3, 2010

JPS Terengganu

Petang ini, mendapat pelawaan untuk perlawanan persahabatan bola tampar dengan skuad JPS Terengganu yang akan menyertai pertandingan di Sarawak. Pasukan mereka agak mantap setelah melalui latihan sejak beberapa hari. Namun, pasukan campuran guru Pasir Puteh juga boleh dianggap sebagai mampu untuk memberikan mereka tentangan yang agak baik.
Spiker utama JPS Terengganu sedang merejam bola. Dari atas ke bawah dia mengkayakan Mizuno....
Dia lagi........ tengok tu, kamipun boleh juga menampan.... itulah sebahagian aktiviti petang di Pasir Puteh selepas hujan

Wednesday, June 2, 2010

Dari lensa Satio SE


Cuba lihat pemandangan ini. Di manakah lokasinya? Sebenarnya ia tidak begitu penting kerana tujuan foto ini adalah untuk menunjukkan kualiti gambar yang dirakam oleh kamera 12.1 megapixel. Ianya dirakam daripada kamera Satio Sony Erricsson. Cuba lihat foto seterusnya...
Jika anda tidak pernah datang ke Kelantan sejak setahun yang lalu maka anda akan keliru kerana ia tiada sebelum ini. Semoga Satio SE akan merakam foto-foto dengan lebih hebat nanti.

Tuesday, June 1, 2010

Bulan Kelahiran

Jika kemerdekaan negara disambut pada 31 ogos maka tanggal 1 hb ogos dianggap sebagai bulan kemerdekaan. Apa salahnya, aku mengisytiharkan hari ini sebagai bermulanya bulan kelahiranku. Menyambut bulan ini melalui satu perancangan diri yang baik. Yang pertama, memasang niat untuk memperbanyakkan berjemaah di masjid, kedua, memasang niat untuk menurunkan sedikit berat badan. Ketiga, menambahkan jarak kayuhan basikal untuk kesihatan dan keempat, menyelesaikan masalah kesihatan secara tradisional dulu.


Semoga aku berjaya

Saturday, May 29, 2010

Apa yang dibeli hari ini?

Pagi-pagi lagi dah terbeli sebungkus nasi belauk utk sarapan selepas 15 km berkayuh. Destinasinya ialah jeram lenang. Lepas tu, sebungkus tea o untuk menhilangkan hanyir ikan.
Dlm perjalanan balik, segelas tea o beng laici jadi penghilang dahaga. Ke Kota Bharu, perkara pertama yang dibeli adalah asam pauh di Billion. Terus ke KB Mall, 2 buku literature component form 3 dan sebuah buku 'how to win friends and influence people dibayar di Popular Book Store. Sambil ke tempat parking, sempat singgah di fitness concept dan membeli glove utk berbasikal. Yang paling besar ialah sebuah meja bulat marble ... murah jer. Hehehe Harap sidia berpuas hati

Sunday, May 23, 2010

Komited atau Pak Sanggup?

Mereka membayangkan betapa kecilnya nilai beza antara cerdik dan gila. Begitu juga mereka mengumpamakan antara komited dan pak sanggup. Di dalam organisasi, ketua sentiasa mencari ahli yang komited atau ahli yang pak sanggup? Semakin komited maka semakin banyak kerja yang perlu dilakukan atas permintaan orang atasan. Jika tidak sanggup, maka lebih besarlah nilai gaji anda berbanding kerja yang kena anda lakukan....

Wednesday, May 19, 2010

Konpius

Semenjak sambutan hari guru diadakan... aku cuba memikirkan dari pelbagai sudut apa yang berlaku .. jawapannya adalah konfius.

1.Ada kawan yang tidak bersetuju dengan guru perempuan yang membuat persembahan seni suara.
2.Tarian oleh pelajar perempuan
3.Lakonan oleh pelajar disambut dengan tawa hilai penonton.

... aku perlu merujuk kitab hiburan mengikut islam untuk disesuaikan dengan guru pembina negara bangsa

Tuesday, May 18, 2010

Hari Guru

Pagi tadi merupakan sambutan hari guru peringkat SMKBJ. Pengalaman pertama menyambutnya sebagai Pengerusi Kelab Staf memberikan pengalaman yang berbeza. Setiap tindakan AJK menjadi perhatian mantan AJK dari segenap sudut bermula drp buku program hinggalah kpd aktiviti yang dirancang. Begitulah sekolahku. Niat untuk menjadikan program secara sederhana dan terkawal bertukar menjadi meriah kerana AJK (perempuan) begitu menjaga maruah diri untuk berlawan dgn mantan. Mereka sanggup untuk menyanyi dan bersajak serta menghias pentas (di luar drp perancangan) untuk memastikan kehebatannya. Akhirnya, hasil yang kami perolehi ialah.... inilah sambutan terbaik sejak saya menjadi pengetua ... itulah kata pengetua kami

Friday, May 14, 2010

Layak atau tidak

Buat calon PMR 2010, cabaran masa kini amat tinggi. Usah leka dengan kesronokan remaja kerana akhirnya nilai diri tetap kepunyaan mereka yang mampu mendapat keputusan peperiksaan yang baik.

Wednesday, May 12, 2010

Apa daaa

Apa la Kelab Staf ? Duit ada beribu, bagi bag RM4 jer kat Staf, berkata seseorang dengan niat memperkecilkan orang yang sedang mengutip yuran kelab. Dia tidak membayar dan tanpa segan silu mengutuk kerja orang lain..

Tuesday, May 4, 2010

Apo nak dikato

2 hari tidak ke sekolah untuk sesi P&P kerana menghadiri kejohanan Bola Baling MSSK Pasir Puteh. Penyertaan kurang memuaskan daripada sekolah menengah yang ada. Murid yang seramai 1000++ tidak bermakna untuk sukan permainan dewasa ini. Yang nyata, jika ada guru yang komited barulah ada pasukan sekolah. Apo nak dikato...

Monday, May 3, 2010

sekadar menjengah

Lama dah menulis.....
Hujung minggu di Kedah Darul Aman tanpa laptop dan basikal. Kadang-kadang kita memerlukan suatu kelainan untuk kekal dinamik. Apa yang menarik di Alor Setar sepanjang hujung minggu termasuklah 'Tresure Hunt' berbasikal anjuran Kerajaan Negeri dan Menara Alor Setar. Cerita panas politik di utara tidak sempat diterjemahkan ke blog kerana tidak berkesempatan untuk berbual dengan Ahli Majlis.

Monday, April 26, 2010

Ketika hujan mencurah bumi

Sudah dua hari hujan turun tidak berhenti-henti....
Kepanasan di Hulu Selangor juga telah berkurangan....
Ramai yang telah silap jangkaan...
Program diatur sedemikian rupa...
dek keyakinan bahawa panas akan sampai ke petang
rupanya hujan di tengahari........
akhirnya semua tidak menjadi

Latihan kawad menjadi kawaq
Latihan berlari senyap sunyi
tiada kedengaran langkah kaki
yang dilihat saban hari.....

Itulah peristiwa di siang hari
ketika hujan mencurah bumi

Sunday, April 25, 2010

Hujan

Aku tak kecewa walaupun mereka tidak dapat berlatih.. hujan turun sejak malam tadi membawa ke petang. Gelap cuaca sekitar dalam lingkungan 25 km persegi. Sudah lama hujan tidak turun sejak beberapa minggu. Ramai yang memerlukan hujan ini untuk tanaman mereka.. oleh itu, biarlah

Friday, April 23, 2010

Hoki

Kejohanan Hoki MSSM Kelantan sedang berlangsung di Kota Bharu. 2 hari berturut-turut membawa pemain bawah 18 tahun lelaki ke kejohanan sejak dari tahun 2002. Tiada kejutan besar berlaku dan membayangkan masa depan yang masih malap bagi pasukan daerah. Apa puncanya tidak begitu menghairankan. Daerah lain dengan bakat U12 yang membantu membina pasukan U18 yang mantap. Kami belum mampu.....

Wednesday, April 21, 2010

KOT kali ke 34

Berlangsung sejak semalam, Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke34 merupakan program utama kokurikulum sekolah. Dengan latihan rumah sukan, persiapan unit beruniform dan kursus pembantu pegawai menjadikan program ini kelihatan lengkap dan melengkapi kehendak kurikulum kebangsaan. Ada yang berperanan sebagai JK setiap unit, ada yang menjadi atlit, ada yang belajar menjadi usahawan dan semua ini boleh didapati melalui KOT. Foto di bawah menceritakan semuanya

Pasukan Unit Beruniform membawa bendera kejohanan yang memerlukan kemahiran dan kerjasama. Jika dibiarkan kejohanan sukan tanpa upacara begini maka sukarlah untuk kita perkembangkan bakat-bakat yang ada pada mereka
Latihan ini bukannya sejam atau sehari malah berbulan untuk mencapai keseragaman. 
Kreativiti tidak mengira peringkat umur, jangan dihalang mereka daripada meluahkannya. Ianya tiada di dalam bilik darjah yang berorientasikan peperiksaan.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, ruang untuk mereka belajar bertoleransi boleh dipupuk di atas padang. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
kiri kanan kiri kanan, nanti malam sakit belakang, semangat tidak boleh dijual beli
Ini bukan peringkat MSSK, cuma sebuah sekolah biasa, pelajar biasa cuma bersemangat luar biasa
PIBG berperanan dalam menentukan hala tuju sekolah, jangan menyibuk tetapi cakna......
BPG jangan lupa tips mencari bakal guru, kalau takder rupa camni, jangan layan...

Monday, April 19, 2010

Aku masih di sini.....

Selepas berminggu-minggu melatih skuad bola tampar, hari ini masuk hari kedua skuad bola baling ditubuhkan untuk menghadapi kejohanan peringkat daerah. Kali ini giliran pelajar perempuan. Kepuasan tak terhingga apabila pengalaman pembelajaran dapat dikongsi kepada pelajar yang masih mentah walaupun berpengalaman dalam hal-hal lain. Meninggalkan sekolah bermakna meninggalkan kerja-kerja membangunkan manusia remaja. Meninggalkan sekolah juga bermakna tiada lagi laungan, gurauan, hilai tawa, nasihat, marah dan semua elemen emosi di waktu petang bermula jam 5. Meninggalkan sekolah bermaksud meninggalkan bunyi-bunyi salam dari mereka yang bersedia nun sejauh 30 meter di depan dek takutnya tersilap sebutan.


Lantaran itu, adakah aku bersedia untuk melupakan semua ini ..... setelah berbelas tahun bersamanya? Jika tidak, aku harus memilih untuk tinggal di situ kerana jiwa ku sudah melekat buat sementara waktu ini.

Friday, April 16, 2010

Kem Kepimpinan Pengawas

Kem Kepimpinan Pengawas di Aura Training Centre, Kg Kandis Bachok. Seramai 160 orang pengawas sekolah menghadiri kem tersebut yang bermula 15-17 April 2010. Aku ditugaskan sebagai JK Publisiti dan bertugas malam ini bermula pukul 11 mlm hingga 8 pagi besok. Pagi tadi dah usha lokasi, nampak ok tempatnya kerana kenderaan tidak boleh masuk disebabkan oleh ada sebuah sungai. Semoga pengisian kem ini mampu memberikan pengalaman berharga kepada anak didik.

Thursday, April 15, 2010

Kehendak kurikulum kebangsaan

Minggu ini penuh dengan aktiviti yang melambangkan hasrat sekolah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dimulakan dengan lawatan ketua unit pencegahan dadah JPN dengan idea pengukuhan jati diri. Kemudian disusuli dengan perjumpaan ibubapa pelajar tingkatan 3 untuk membincangkan prestasi anak-anak mereka. Dua hari di padang untuk kejohanan bola tampar dan hari ini diadakan pula kem bestari solat. Di hujung minggu bermula ptg tadi pula dianjurkan kem kepimpinan pengawas di sebuah pusat latihan. Jika kita nilai dari sudut exam oriented maka sekolah dianggap menggunakan hanya 20% masa akademik pelajar. Jika mengambil kira kurikulum kebangsaan maka 100% harus diberikan kepada sekolah di atas tindakan mereka.

Monday, April 12, 2010

Lawatan dan Urine Test

Hari ini kami dikejutkan dengan lawatan pihak jabatan - Unit Pencegahan Dadah. Bersemangat Ketuanya memberikan ceramah berkaitan dengan penggunaan dadah dan yang berkaitan. Asasnya adalah pada kekuatan pegangan agama dan siapa di samping kita. Kita bersama penjual etok, maka masinnya akan terasa di mulut, kita bersama tok seh permata, jari-jari dipenuhi cincin. Banyak kes-kes melibatkan pelajar sekolah telah dihuraikan satu persatu dan yang terkini ialah trend pemakaian cinci di ibu jari yang menurut beliau turut dipakai oleh Wanita dan Puteri UMNO; apa maksudnya itu? " Saya suka seks luar tabie".
50 orang pelajar turut dibuat urine test, dan biarlah rahsia.

Saturday, April 10, 2010

PAsukan Bola Tampar

Kejohanan bola tampar MSSD akan berlangsung pada hari Rabu, aku memulakan latihan sejak Januari dengan sebuah pasukan yang baru. Sejak berada di situ, guru-guru telah memberitahu bahawa team terakhir yang dilahirkan melalui program SK Berangan telah habis produk.

Bagaimana aku harus mulakan; pelajar tingkatan 5 yang aku ajar, aku telah mengenal pasti beberapa org yang lebih tinggi drp aku 5 ka 7 in. Setelah itu, ada bbrp pelajar lain yg mempunyai ketinggian dijemput untuk turun ke gelanggang. Akhirnya aku mempunyai 5 orang pemain tinggi lampai yang tidak mempunyai kemahiran asas bola tampar kecuali mereka pernah menyertai latihan pasukan sekolah ttp tidak pernah terpilih untuk mewakili sekolah. Itupun seorang dua daripada mereka. Insyallah, selepas 2 bulan berlatih 3/4 kali seminggu, mereka akan masuk gelanggang. Semoga berjaya

Thursday, April 8, 2010

Janji Menteri

Apa ganjaran yang bakal diperolwhi sekolah kami  dengan menjadi sekolah cemerlang (89%) berdasarkan penarafan kendiri. Adakah 10 bulan gaji atau sekeping surat tahniah pada hujung tahun ini berdasarkan apa yang diberitahu oleh TPM.

Monday, April 5, 2010

Sejarah adalah peristiwa benar bla bla bla, salin nota

Mesyuarat kurikulum kali kedua telah diadakan pada hari ini. Motif utama adalah membincangkan analisa peperiksaan pertengahan penggal pertama. Utk menengah rendah, kebanyakan pelajar > 70% gagal subjek BI dan Sejarah.

Mengapa mereka gagal Sejarah sedangkan masalah BI adalah biasa bagi sebuah sekolah harian di negeri ini. Saya cuba melihat kembali ke zaman persekolahan dulu, rupanya subjek sejarah hanyalah elektif yang berkongsi dengan geografi. Kami dipaksa memilih geografi maka sukar untuk menjadikan pengalaman sebagai bahan perbincangan.

Sejarah dianggap subjek membosankan. Guru sejarah dikatakan membaca nota di dalam kelas, menyalin dan menyuruh pelajar menulis di dalam buku nota. Perkara yang paling membosankan..... dictation????

Semasa di Sarawak dulu, ada seorang member mengajar sejarah dengan mencipta lirik berkaitan, saya pernah menjadi penulis lirik salah sebuah tajuk di tingkatan 4. Beliau akan memainkan gitar kapok sambil mendendangkan melodi lagu spring, spoon , scoin dan apa sahaja kegemaran pelajar di era tersebut. Pengetua menyelia dan nampak kurang bersetuju.

Sejarah dan  nota harus dipisahkan jika kita mahu anak muda sekarang menilai sejarah sebagai subjek penting kepada masa depan mereka sendiri. Sejarah harus menjadi subjek yang penuh pengajaran bukannya sekadar mengingati peristiwa. Jauhkan peperiksaan daripada subjek ini kecuali melalui kerja-kerja hands on yang membantu mereka mengenali sejarah orang tua mereka yang boleh dicontohi.
AAAAAAAAh!

Sunday, April 4, 2010

Al kisah laporan berita

Kanak-Kanak Lapan Tahun Mati Lemas Di Pantai Irama
BACHOK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun mati lemas ketika mandi bersama tiga lagi adik-beradik lelakinya di Pantai Irama di sini kira-kira pukul 6 petang tadi.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Left Mohd Nasir Dollah berkata mangsa, Mohd Shahrul Ilham Mohd Zamri, dari Kampung Jambu Merah, Melor dekat Kota Baharu, dikatakan mandi di pantai tersebut bersama adik-beradiknya ketika kedua ibu bapanya sibuk menyediakan persiapan untuk berniaga di pasar malam berhampiran.

tak  sangka member sekolah menjadi peniaga pasar malam, betul ke berita? 

Saturday, April 3, 2010

Tiba-tiba terfikir

Semasa waktu zohor, aku telah ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah. Aku tertinggal satu rakaat (masbuk). Apabila imam memberi salam, aku  bersama beberapa jemaah lain bangun untuk menghabiskan rakaat masing-masing. Imam berwirid secara perlahan namun masuk ke dalam telinga dan menjadi halwa telinga.
Setelah solat, aku terfikir, tidakkah wirid itu tadi adalah gangguan kepada jemaah lain yang sedang bersolat ?

Thursday, April 1, 2010

Sakit Belakang Lutut

Kelmarin aku mengayuh Fuji Newest 2.0 untuk latihan bola tampar. Dalam perjalanan balik aku dapat merasakan kesakitan di bahagian belakang lutut. Apsal pulak ni? Pagi tadi, aku tidak dapat mengayuh melebihi 10 km/j dek kesakitan pada belakang lutut. Aku cuba mencari punca dan mengagak bahawa saddle terlalu tinggi kerana kaki terlalu lurus semasa mengayuh. Akhirnya aku terjumpa jawapan di internet


  • Mountain bikers may want the saddle slightly lower, especially if they ride a lot of difficult terrain.
  • Knee pain in the front of your knee can often mean your saddle is too low. Knee pain in the back of your knee can often mean your saddle is too high.
  • As you get in better shape, you may find yourself raising your saddle a bit.
  • Always wear a helmet when riding a bike.

Wednesday, March 31, 2010

FUJI newest 2.0

Sempena cuti keputeraan, kami memilih untuk bersiar-siar dengan tujuan ke Kota Bharu. Destinasi baru tentunya kedai-kedai basikal berkebetulan dengan kegemaran baru. Kedai Basikal di Tanjung Chat rupanya mempunyai koleksi basikal yang agak banyak dan harganya berpatutan. Jika sebelum ini, sebuah Raleigh dimiliki sebagai basikal pertama iaitu sebuah MTB namun tidak sampai setahun, hari ini aku menambah sebuah lagi basikal RB. Memilki MTB tanpa meredah bukit bukau gunung ganang samalah memilki sebuah kapal selam yang tidak boleh menyelam atau memiliki sebuah jet tanpa enjin. Jadi, memikirkan aku sudah 5 bulan menggunakan jalan raya sebagai medan kayuhan maka apa salahnya menambahkan koleksi dengan sebuah road bike kerana sesuai dengan penggunaannya.
Bajet ciput melayakkan model buatan taiwan sahaja buatku. Namun mungkin ianya sesuai dengan tahap muka baru yang dimiliki.


Semasa memilih basikal, ada pelbagai jenis yang mengiurkan. Sudah takdirnya Fuji newest 2.0 dengan 9 gears menjadi koleksi terkini sebelum menjadikan full carbon sebagai idaman seterusnya.

Beratnya lebih ringan daripada MTB aku sebelum ini, dengan fork depan carbon kiranya sudah mencukupi untuk meneruskan program kesihatan yang sedang aku jalani ini.
Inilah FUJI newest 2.0 berwarna putih yang menambah rencam kehidupan. Semoga aku menjadi lebih  sihat, lebih bertenaga untuk menjadi insan yang lebih baik di dunia dan akhirat.

Monday, March 29, 2010

Pengundi Hantu di Sekolah

Alhamdulillah, kebanyakan sekolah telah mengadakan mesyuarat PIBG yang mesti dilaksanakan sebelum 31 Mac. Ada YDP yang kekal dan ada yang dikalahkan. Adat dalam pertandingan tetapi keadilan mesti sentiasa tertegak tidak mengira ruang, jisim dan masa. Mcm mana daftar pemilih dilakukan untuk memastikan pengundi adalah sah dan layak. Jika ada pihak yang ingin menang maka bagaimana jika ibubapa adalah palsu kerana yang dikira adalah bilangan tangan yang diangkat tanpa daftar pemilih. Ada YDP yang tewas kerana pengundi hantu....

Sunday, March 28, 2010

Kayuhan Kesihatan Bachok

Jabatan Kesihatan Bachok telah menganjurkan Kayuhan Kesihatan yang berlangsung di Pantai Irama dan dibahagikan kepada kategori pro (30 km) dan Amatur (18km). Kalau melihat kepada gaya mereka, maka sudah tentu si baju biru tergolong dalam kumpulan lain. Di tempat permulaan peserta pro dengan road bike masing-masing. Kebanyakan Mountain bike bikers mengikuti laluan amatur sesuai dengan kelajuan 28-30 km/h.

Semangat mereka usah disangsikan lagi dan hanya jauhari yang mengenal manikam. Tidak disangka, minat ini datang kemudian namun tiada yang terlewat.

Saturday, March 27, 2010

Thailand Tour - Hari keempat

Bersambung lagi... Awal pagi di Pattaya pada hari keempat. Sunyi pada pagi Isnin dan mungkin hari-hari lain juga kerana hidupnya malam di Bandar maksiat Pattaya. Perjalanan perlu diteruskan lagi. Kami terpaksa berpatah balik untuk ke Kanchanaburi yang terkenal dengan 'The River Kwai' jambatan maut yang menjadi sejarah dalam kehidupan manusia di negara-negara Asia Tenggara semasa penaklukan pendek, pendek, tegap, tegap (Japang).


Selepas makan tengahari, kami terus ke River Kwai untuk lawatan seterusnya.
Inilah aktiviti pertama di Kanchanaburi, memilih permata ataupun cincin sebagai kenangan untuk dibawa pulang. Sukar untuk mendapatkan zamrud dan delima. Permata hitam Kanchanaburi adalah pilihan pengunjung disamping permata 'tiger eyes' yang boleh dibeli dengan harga serendah 350 Baht.
 Inilah keretapi yang digunakan oleh tentera jepun dalam penaklukan mereka. Muzium ini memerlukan masa 3atau 4 jam untuk dilawati.
 Inilah jambatan maut Kanchanaburi yang merentas sungai kwai yang telah dibom semasa perang dan yang paling penting adalah sejarah bagaimana datuk moyang kita dibawa kesini sebagai buruh.
Gerabak inilah merupakan penjara kepada buruh dan banduan yang melakukan kesalahan semasa menjalankan kerja pembinaan jambatan maut river kwai.


Beginilah cara mereka bergerak daripada kawasan penempatan untuk ke tapak pembinaan jambatan maut.
Terlalu bersejarah apa yang dapat diperhatikan semasa lawatan ke Kanchanaburi ini.

Beginilah nasib manusia dek nafsu jepun dengan slohan Asia untuk Asia. Tiada terdaya untuk difikirkan kesusahan semua pihak demi nafsu serakah. Tentera jepun berbasikal keseluruh benua untuk menjajah juga tidak kurang memerlukan pengorbanan. Mungkin semangat inilah yang menyebabkan mereka maju pada hari ini.


Di atas River Kwai Bridge, kami berjanji untuk terus melakukan penjelajahan untuk melihat sejarah untuk dijadikan teladan dan sempadan.

Thursday, March 25, 2010

Takziah utk Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin

Ahli Parlimen Hulu Selangor diberitakan meninggal dunia . Alfatihah

Monday, March 22, 2010

Thailand Tour - Hari ketiga (part 2)

Petang hari dan keputusan akhirnya membawa kami ke Pattaya, pantai peranginan yang popular selain daripada Phuket. Masing-masing belum pernah sampai dan menunggu saat itu. Apa ada di sana dan kenapa dikatakan popular.

Adakah makanan muslim di Pattaya adalah pertanyaan pertama kami semua. Apabila Sayuti meletakkan van di perkarangan masjid maka ia bermaksud kalau tiada kedai, rumah imam lah tempat menjamu selera. 
Ini bukan masjid tempat kami parking van, rupanya di Pattaya sahaja terdapat 10 buah masjid. Kalau macam ni, samalah dgn negara islam Malaysia. So, kita tidak boleh menjadikan kerja membuat masjid menunjukkan semangat islam yang tinggi, kerana negara bukan islam juga menunjukkan hasil kerja yang sama. Kita mesti jauh ke hadapan seperti pemakaian rakyat yang muslim dan hukumnya. 
Menginap di hotel Nappakao dengan bayaran 600 Baht bukan bandingan dengan sesetengah hotel di Malaysia. Selesa dan jika anda ingin mendapatkan khidmat urutan tradisional, sila hubungi pihak hotel. Kelebihan Thailand juga adalah penginapan yang murah dan berkualiti setaraf 3 bintang dengan nilai RM60. Apa kata anda?
Untuk ke kawasan pelancong di waktu malam memerlukan kami menaiki tut tut dengan bayaran 20 Baht seorang. Setakat 12 orang kita hanya memerlukan sebuah tut tut sahaja.
Inilah dia Walking Street Pattaya yang menjadi tempat hiburan penggemar maksiat walaupun dikelilingi dengan 10 masjid. Jauh untuk dibandingkan Masjid Sayidina Abu Bakar dan kawasan maksiat di Bangsar. Di sini realiti dan mendebarkan setiap manusia. 
Iklan begini adalah keseluruhan Walking Street dan tepuk dada tanyalah Iman. Ada juga persembahan muay Thai dan aksi -alsi akrobatik manusia mencari wang namun kita masih bernasib baik kerana Bukit Bintang belum mencapai KPI ini dari segi kemakisatan secara terbuka berbanding Walking Streeet. Kalau ingin datang juga, jadikan alasan membuat suit kerana sepasang suit hanyalah rm 350 siap 24 jam. Jom! Kita tempah suit sambil melihat gelagat manusia. Jangan terjumpa orang kampung sendiri dah ler. Yang bangga, kedatangan kami disambut dengan bendera Malaysia disepanjang jalan. VIP kita, kata seorang member. Rupanya ini puncanya

Patutpun............... malam rehat ya pak!