Semalam aku ke HTA setelah hati ini belum berpuas hati dengan tahap kesihatan diri. Memilih untuk pergi selepas bekerja, aku tiba di hospital dan hanya menunggu 15 minit untuk masuk berjumpa dengan pembantu hospital. Di dalam hati, aku tertanya-tanya apakah dia boleh memberikan satu analisa yang berrguna tentang kesihatanku. Setelah memberikan penjelasan tentang keadaanku, beliau telah memeriksa badan dan memberikan pendapat bahawa aku mungkin mendapat gastrik. Aku juga meminta beliau memberikan aku statin untuk menurunkan paras kolestrol kerana aku tidak dapat menemui alternatif lain setakat ini yang boleh membantu mengurangkannya.
Aku sedar bahawa pengambilan stati mungkin memerikan kesan kepada hati tapi untuk sementara waktu ini aku cuba untuk mengikut nasihat MA terlebih dahulu. Semalam kayuhan bersama rakan-rakan menjadikan aku lebih rendah diri dengan kegagalan untuk mengikut rapat dek kesakitan di bahagaian dada. Aku kena bersabar , berusaha dan berdoa
1 comment:
ajehe... Lebih molek buat pemeriksaan jantung sbb sintom pedih didada bukan hanya gastrik tapi amaran awal salur darah ke jntung telah tersumbat.,
Post a Comment