Sunday, June 27, 2010

menulis lagi

Aku perlu menulis lagi untuk meningkatkan kemahiran diri. Ada impian yang belum dicapai sejak memulakan penulisan di blog. Sudah sampai masanya memikirkan dengan lebih serius hala tuju dalam bidang penulisan kerana ada sedikit minat dalam bidang ini. Aku memerlukan masa namun bukan membuang masa dengan khayalan semata-mata. Mengapa tidak aku mulakan daripada sekarang ? Ramai orang yang telah memulakannya dan berjaya. Jika tidak, jangan harap untuk menemui puncak kejayaan. Aku suka menulis tentang motivasi tetapi aku sendiri belum ada motivasi kendiri. Sudah tentu penulisan itu tidak akan sampai ke hati pembaca. Insyallah, aku ingin sekali melihat hasil penulisan ku sendiri. Mengingat kembali kata-kata di sebuah pintu di IAB....' when i want to read, i write'

2 comments:

Jubah hitam said...

cuba mengikuti kursus2 yang berkaitan dengan penulisan

abgjan.com said...

sedia membaca tulisan anda. Ayo mulakan sekarang kawan. semoga berjaya