Sunday, September 6, 2009

Majlis Iftar Jamei di Mesjid Permatang Sungkai

Rombongan Ketua Jajahan dan ADUN Limbongan telah menyertai penduduk kampung permatang sungkai, Pasir Puteh bagi majlis berbuka puasa yang dianjurkan pada hari khamis 3/9/09. Majlis dimulakan dengan ceramah H1N1 oleh wakil daripada Kementerian Kesihatan untuk menerangkan tentang keperluan menjaga diri, keluarga dan kampung masing-masing supaya wabak dapat dihindari.

Cikgu Din YB Limbongan turut hadir sama untuk memeriahkan lagi majlis. Semoga kerja buat YB akan diredhai oleh Allah kerana menjadi pemimpin bermakna kita menambah beban ke atas diri kita sendiri.
Penduduk kampung dari segenap lapisan turut sama dan menurut khabar, seekor kerbau telah tumbang dan memang layak dipuji tukang masak yang menyediakan pelbagai juadah yang ringkas tetapi lazat.

Lauk berbuka yang menyelerakan terutama singgang campur dan sambal. Tips untuk berbuka secara hidangan. Cari regu yang agak berumur kerana mereka kurang makan lauk hehehe

2 comments:

Jubah hitam said...

Sekarang ini mungkin demo tak berjumpa lagi suasana apabila ke masjid nak berbuka - hidangan bubur lambuk kosong bersama beberapa butir kurma seperti masjid Firdaus di KL

ARIN said...

amber dpt laporan demo makan menambah nasi masa berbuka pose d msjd permatang sungkai.