Monday, June 8, 2009

Tanjung Balai aka Pulau Karimon

"Jauh berjalan, banyak pengalaman" menjadi kunci kepada perjalananku saban masa. Kali ini perjalanan ke Tanjung Balai menjadi pilihan dengan kemudahan Pasport dan perjalanan yang hanya memerlukan 4 jam sahaja daripada ibu kota Kuala Lumpur. Bertolak daripada Kuala Lumpur sekitar pukul 4.30 pm, kami berdua menggunakan PLUS daripada Tol Sg Besi hingga ke Exit di Simpang Renggam yang melibatkan bayaran tol sebanyak RM 35++. Kami sempat menonton Berita jam 8 di Restoran Jumaat sebaik sahaja keluar daripada Tol dan jarak keseluruhan daripada KL ke Pontian adalah sekitar 300 km. Pukul 9.30 malam, kami telahpun berada di Pontian.

Pontian ke Kukup hanya 20 km dan seawal pukul 8.30 am, kami telahpun meletakkan kereta di Parking Udang dan mereka menggunakan van untuk menghantar pelanggan ke Jeti Kukup. Sewa parking hanyalah rm 6 untuk sehari. Pasport diserahkan kpd wakil feri dan semua urusan disiapkan dan barulah bayaran tiket diserahkan. Bagi perjalanan pergi balik, rm100 dikenakan termasuk surjac minyak dan boarding pass.
Sebaik tiba di Tanjung Balai, terdapat ramai pemandu kijang dan van yang menanti untuk membawa pelancong ke mana sahaja. Jika anda ingin mendapatkan sewa pemandu untuk sehari, bayaran sebanyak rp 3 ratus ribu dikenakan. Sebenarnya, Pulau ini tidak besar seperti Langkawi untuk menempah kereta dan cukup dengan menggunakan khidmat teksi sahaja. Hanya terdapat beberapa kedai untuk dikunjungi. Jika anda ingin ke pantai atau air terjun, maka anda bolehlah berbincang dengan pihak hotel untuk mendapatkan kenderaan.
Walaupun terdapat hotel yang dicadangkan oleh kawan-kawan seperti Hotel Bunga Raya dan Paragon Hotel tetapi kami telah dibawa oleh pemandu ke Hotel Palapa yang terletak berdekatan dengan Rumah Makan Asia Jaya dan Restoran Chippes. Bayaran RM 58 untuk sebilik sudah cukup baik dengan bath tub dan tv metro yang kebetulan sedang sibuk dengan pemilihan presiden. Hotel ini agak baru tetapi jika anda inginkan hotel yang lebih baik, Hotel Bunga Raya boleh dipilih manakala Hotel Paragon pula sebaris dengan deretan kedai untuk membeli belah.

Apa yang menarik di sini hanyalah kedai Johny Hawaii yang menjual seluar jean, jaket dan kasut yang mampu milik dengan harga sekitar rp 125 ribu hingga rp 180 ribu bergantung kualiti. Bagi cewek pula, kedai telekong dan bbr butik boleh dikunjungi. Jika anda memerlukan dua tiga hari untuk ke Langkawi atau Jogja, di sini sehari semalam sudah lebih daripada mencukupi.

Kepulauan Riau mempunyai persamaan dari segi bahasa dengan dialek Johor tetapi oleh kerana kebanyakan peniaga datang dari seluruh pelusuk Indonesia maka sukar untuk mendengar mereka bercakap bahasa tempatan kecuali di kampung-kampung.
Inilah gadis pulau karimon yang manis dengan pakaian tari bagi menyambut kedatangan VIP ke situ. Kami berkebetulan mendapat peluang ini. ( ada macam Siti tak? )
Bukan senang hendak bertemu dengan gadis tempatan sedang memperagakan pakaian mereka. Peluang yang ada digunakan sebaik mungkin.
Jika anda ingin ke luar negara dengan kos yang murah, Tanjung Balai lah tempatnya. Jangan lupa untuk menyimpan rp30 ribu untuk seaport tax dan rp15 ribu untuk boarding pass.

5 comments:

Jubah hitam said...

Pastikan seluar jenama mercedes dibawa balik

Anonymous said...

Salam :)

Apa khabar? :)

Saya amat berminat untuk melawat ke Tanjung Balai saya mempunyai beberapa soalan yang hendak ditujukan kepada saudara

1.Jauh x perjalanan dari jeti tanjung balai ke Hotel Palapa?

2.Perlukah membuat booking hotel terlebih dahulu untuk menginap di hotel tersebut?

3.Bagaimana hendak mengenal pasti teksi di sana?

4.Selain passport ada apa-apa dokumen yang perlu dibawa?

Diharap saudara dapat menjawab pertanyaan saya ini...Terima Kasih :)

Anonymous said...

nk g ke tg balai,perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam stengah dr Jeti KUKUP...setiba di sna,bnyak teksi yg bleh anda naik..perjalanan ke hotel palapa dr pelabuhan tg balai mengambil masa 10 hngga 15 mnit..anda hnya memerlukan pasport je utk pergi ke sana..

Anonymous said...

ape lagi yg menarik kt tanjung balai ni..?

total untuk 2 org (2hari 1 malam) agak2 brape..?

senang x nk cari makanan kt sini?

dan soalan last..clear x kt sini??

Anonymous said...

After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your ajehe.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...

Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!

And all it took was 10 minutes to set up and run.

But how does it work??

You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!

Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com