Monday, June 22, 2009

39 tahun yang lalu

Tiada siapa yang ingat.. begitu juga aku. Ketika itu tentunya ibuku sedang berjuang untuk sebuah kelahiran. Beliau tentu mengharapkan akan hadirnya seorang insan yang akan mengharumkan nama keluarga. Kesakitan yang berpanjangan selama beberapa jam akhirnya hilang dek seorang bayi lelaki yang menjadi penyeri hidup. Syukur pada mu ya Allah! Engkau yang memberikan bayi ini kepadaku untuk dijaga. Semua rezekinya, umurnya, jodohnya dan kematiannya telah engkau. tentukan. |Ya Allah! Dengan izinmu, aku akan menjaga amanah ini supaya lahirnya putih bersih akan ku warnakan dengan kebaikan dan menjadi anak yang soleh yang sentiasa taat kepada Mu yang menjadi Pencipta langit dan bumi.

Kini anak itu telah berumur 39 tahun. Sepanjang hidupnya dipenuhi dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari ibu yang telah melahirkannya.

Terima kasih Ma. Aku mengharapkan agar hari ini akan menjadi permulaan kepada kehidupan yang lebih baik dan ketaatan yang lebih ikhlas dalam menjalankan ibadah sebagai hamba Allah di dunia yang sementara ini. Ya Allah! Berikalah kekuatan kepada hamba ini yang lemah dan tak berdaya melainkan dengan kekuatan yang dipinjamkan oleh Mu. Tunjukkan lah daku jalan yang benar supaya aku akan hidup di hormati dan menjadi ibadah yang membawa ku ke Syurga Mu.

Selamat Berjaya Azhan di hari lahir mu.

5 comments:

Jubah hitam said...

Syukran!

nazreenns said...

Selamat Hari Lahir, Semoga akan menjadi lebih cemerlang, ceria dan berjaya.

abgjan.com said...

Selamat ulang tahun kelahiran ke-39. Anda cuma ada satu tahun dari sekarang untuk kembali mengulangi zaman remaja. Ataupun anda telah lebih awal matang dgn mengulanginya lebih awal. Semoga berjaya kawan.

Naser & Yati said...

semoga panjang umur, murah rezeki, sihat sejahtera dan beroleh cahayamata..aminn!

Vivian Woo said...

Alamak Flower Power ingat En Ajehe cuma berusia 29 sahaja, kerana sentiasa nampak ceria, energetic, ... Happy belated Birthday. Semoga sihat walafiat, berjaya dalam hidup, menjadi seorang pemimpin yang mampu membangunkan nusa dan bangsa...