Dari dulu dan kini.. setiap kali membuat apa-apa tugasan , yang paling tak seronok adalah menentukan adanya rujukan bagi setiap petikan yang dirujuk, Bayangkanlah , kali ini ia melibatkan sebanyak 11 muka surat yang perlu diisi dengan pelbagai nama dan cara untuk meletakkannya mengikut APA. Dari malam tadi sampai ke pukul 12, itulah koje gue. Masa petik dulu tak sedar diri, pergi EPRD, Pusat Sumber UPM, Perpustakaan UM, jumpa dalam buku kat rumah sedara, terbaca kat surat khabar pembungkus nasi belauk dan macam-macam cara. Bila tiba masa untuk masukkan semua nama-nama terpampng dalam laporan, mana nak cekau. Itulah rimasnya menulis.
Malam td pula, kami berempat telah membeli durian dan lebihan durian 2/3 biji lah jadi pengisi ruang kekosongan di perut sementara menunggu satu sama lain menyelesaikan bab 1 - 5 dan termasuk semua yang wajib disertakan kepada penyelia pada Isnin nanti. Pukul 2.30 ptg barulah dapat mencapai keputusan untuk keluar bersama-sama mencari BRUNCH.
Teringat pula kedai kasut di Jalan Ipoh yang sedang menunggu pelanggan, hari ini ketiga-tiga sahabat telah mendapatkan kasut sepasang setiap orang yang sama model.
Kabur-kabur aje pandangan ni, mengatntuk giler..chow dulu, lelap sekejap.
1 comment:
itu la pasal...masa ambik tak terus tulis rujukan...petik dari surat khabar. tengok tempat simpan clear kena jual dek suami...
nasib ada online...
Post a Comment