Hari terakhir cuti persekolahan digunakan untuk berkelah di Bukit Keluang, Besut. Tidak perlu mencari lokasi sejauh Desaru ataupun Teluk Kemang untuk menikmati keindahan pantai di negara kita sendiri. Sudah tentu, perkelahan ini akan menjadi perkongsian sesama mereka di sekolah besok hari. Mengapa ? Kerana kita dulupun begitu, masing-masing ingin bercerita tentang keseronokan bercuti. Seronok mandi-manda di sebelah pagi kerana tiada ombak yang kuat menyapa pantai dan keselamatan mereka lebih terjamin. "set" di belakang adalah persiapan KRU filem production untuk Hikayat Merong Maha wangsa. Bukit Keluang bukanlah asing bagi kami sekeluarga kerana disinilah antara lokasi perkelahan semasa kecil lagi.
Pantai nan indah dengan pepasir pantai yang putih bersih menjadikan kita sebagai hamba yang sentiasa bersyukur. Apabila kita melihat butiran pasir, maka itulah gambaran sel-sel yang ada didalam tubuh kita yang sentiasa tumbuh dan digunakan untuk meneruskan kehidupan kita. Kita juga patut bersyukur apabila pantai-pantai ditempat kita tidak dicemari oleh bikini-bikini yang sedang berjemur. Kita juga patut bersyukur jika kita masih boleh meninggalkan pakaian dan barang-barang ditepi pantai semasa kita sedang mandi-manda menandakan masih ada sisa keimanan dalam kalangan masyarakat. Kita juga patut bersyukur jika sampah sarap belum menjadi sebahagian daripada pepasir di pantai. Jika semua itu sudah tiada...
Bukit Keluang adalah pantai bergua yang patut dikunjungi. Keunikan lokasi ini sepatutnya diketengahkan oleh pihak kuasa tempatan kerana jika bukan kita, siapakah yang akan mempromosikannya. Jika anda khuatir tentang penginapan, Bukit Keluang Beach Resort (BKBR) hanya sepelaung daripada kawasan pantai. Jom kesana....
Patutlah blog tak berupdate dan projek tergendala.. di sini rupanya dia. Hidup bukan untuk diri kita semata-mata. Memikirkan untuk kegembiraan orang lain juga merupakan satu keseronokan.
4 comments:
Ambo yg tinggal kat situ pun jarang-jarang sampai, hajat memang ada, tapi ..... nantilah bila lapang sikit kita pi ramai-ramai, ajak nik sekali.
Guane nana tanjung ajak kroni saje! Ajak lah orang lain etek. Zaman ini zaman globalisasi, tak relevan kalau hanya memikirkan kroni terdekat sahaja.
jubah hitam kena buktikan dulu jika ingin diajak kawan-kawan kerana sejarah membuktikan jubah hitam tidak sanggup bersama-sama ke tasik kenyir yang jauh lebih dekat.
teringat je dulu masa sekolah...nak sangat ikut rombongan ke bukit keluang tapi mak tak bagi...frust betul..
dolu2 masa cuti sekolah kawe hanya mandi kat sungai je...
orang bukit...atau orang ulu...kalu balik KB ( mak asal pasir pekan ) dipanggil orang darat...
Post a Comment