Monday, June 15, 2009

Apa ertinya air di dalam telaga



Semua orang tahu bahawa di dalam telaga selalunya ada air yang boleh digunakan untuk mandi, mencuci dan sebagainya. Air di dalam telaga adalah ibarat ilmu yang bercampur. Setiap kali air dicebuk, maka ilmu itu akan dapat digunakan oleh kita untuk kehidupan di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Di dalamnya, terdapat pelbagai bakteria yang merbahaya tetapi air wajib diminum untuk kesinambungan hidup. 2/3 daripada tubuh kita mengandungi air. Itulah ibaratnya ilmu yang mempunyai pelbagai samada kejahatan mahupun kebaikan. Pilihan di tangan kita.

Walaupun banyak mana air didalam telaga namun tidak bermakna jika tidak ada medium yang boleh menyalurkan untuk kegunaan kita. Kita hanya boleh menjengok dan yang nampak hanyalah bayang diri kita sendiri. Walaupun berulang kali ke telaga, jika airnya tidak di ambil maka kehadiran kita hanyalah sia-sia. Begitulah juga ilmu, ada orang yang ke mesjid setiap malam tetapi tidak membawa balik apa-apa ilmu lantaran seronok mengangguk-angguk kepala kerana tidur di depan ustaz yang memberi kuliah. Ada yang sering ke universiti tetapi tidak mendapat ilmu kerana mereka hanya menumpang lalu dan bukannya berada di dalam dewan kuliah. Jika pun ada, mungkin niat mereka hanya sekadar membawa pulang sekeping sijil semata-mata. Jiwa mereka tiada untuk manfaat ummah kecuali sedikit untuk diri sendiri dan keluarga mereka sahaja. Nauzubillah!
Sebatang paip yang panjang berupaya menyalurkan air ke seluruh tempat tetapi jika rosak foot bar kata orang kelate (foot valve) maka enjin dan paip adalah medium yang sia-sia. Hanya membazirkan eletrik tetapi kegunaan dan manfaat air tidak dapat dirasai. Cuba baca akhbar, pelbagai kesalahan yang memalukan dilakukan oleh mereka yang tinggi ilmunya, samada guru mencabul murid, pengarah makan rasuah, Menteri menyalah guna kuasa, imam menyembunyikan hukum haram kepada halam dan apa saja yang menunjukkan rosaknya ilmu yanf ada pada diri mereka.
Lihatlah apabila air telaga dapat diambil melalui medium yang betul dan berkesan maka bunga-bunga akan subur dan menjadikan kehidupan menjadi lebih menarik dengan penuh warna-warni. Ilmu yang baik dan bermanfaat yang singgah pada diri yang ikhlas dan takwa akan menyuburkan seluruh alam. Itulah perumpaan kisah air di dalam telaga....

2 comments:

Nana Tanjung said...

Makam tinggi ni, susah ambo nak faham.

Jubah hitam said...

Nampaknya telaga dalam foto itu semacam mahu menjadi telaga buruk sebab didalamnya tidak dibersihkan dengan pokok2