Kajian ini bertujuan untuk melihat peranan pengetua dalam pelaksanaan inovasi kurikulum di sekolah berdasarkan kepada dimensi gaya kepemimpinan pengajaran, gaya kepemimpinan transformasi dan pemudah cara perubahan sebagai ‘responder’, pengurus dan perintis daripada persepsi guru. Kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik telah dipilih untuk kajian ini. Bagi tujuan penyelidikan ini, instrumen kajian telah dibina oleh pengkaji dengan merujuk kepada soal selidik yang digunakan oleh Rubaiya Abu Nawas (2006), dimensi pemudah cara perubahan adalah merujuk kepada Hussein Mahmood (2008) manakala tahap pelaksanaan inovasi kurikulum pula dirujuk kepada 9 model pengajaran KBSM oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 75 orang guru di sebuah sekolah menengah di daerah Pasir Puteh yang melibatkan semua guru termasuk Penolong-Penolong Kanan dan Ketua-ketua Bidang. Dapatan kajian dihuraikan secara deskriptif dengan menggunakan min, peratus dan kekerapan. Korelasi Spearman rho digunakan untuk melihat perhubungan di antara dimensi-dimensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan inovasi kurikulum dalam kalangan guru adalah tinggi berdasarkan persepsi guru. Dapatan kajian juga mendapati bahawa pengetua memainkan peranan yang aktif sebagai pemimpin pengajaran, pemimpin transformasi dan juga pemudah cara perubahan. Korelasi Spearman rho menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan di antara kepemimpinan transformasi pengetua dengan tahap pelaksanaan inovasi kurikulum. Hubungan positif yang signifikan juga diperolehi di antara peranan pengetua sebagai pemudah cara perubahan dengan tahap pelaksanaan inovasi kurikulum. Bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan diantara gaya kepemimpinan pengajaran dengan tahap pelaksanaan inovasi kurikulum. Secara am, dapatan kajian menyokong kepentingan peranan pengetua terhadap pelaksanaan inovasi kurikulum.
When we decide to climb a mountain, make sure we have a mountain bike because we don't have much time to depend on our feet. Your time duration will be shorter and you will reach the top not just on time but it can be in time.
Tuesday, June 16, 2009
Abstrak Kajian Saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Tahniah, anda telah berjaya menyempurnakan kajian anda. Sememangnya usaha yang dilakukan dan pengorbanan anda telah terbayar.Semoga anda menjadi seorang insan dan pemimpin yang berguna, amanah dan mendapat keredaan Allah. Tahniah sekali lagi
A +++++++++++++++
Dapatan kajian menunjukkan tidak ada hubungan yang signifikan di antara kepemimpinan pengajaran dan inovasi membuka beberapa persoalan.
1. Adakah pengetua tidak melihat keperluan inovasi yang perlu sentiasa dilakukan agar dapat menarik minat pembelajaran murid?
2. Adakah guru-guru tidak menyedari mereka perlu sentiasa memulakan inovasi agar pembelajaran lebih berkesan?
3. Apakah perspektif penegetua terhadap inovasi didalam pengajaran?
sesuatu yang menarik boleh sambung Phd untuk menjawab persoalan tersebut dengan menggunakan pendekatan mix mathod.
Hari ini kita tidak hanya melihat pengetua sebagai pemimpin pengajaran sahaja malahan lebih baik lagi adalah sebagai pemimpin pembelajaran.
Tahniah.
kemah boh
salam.. saya mohon perkongsian pihak puan tentang soalan soal selidik inovasi tersebut... mohon email kepada saya
cikguremy@yahoo.com
Post a Comment