Bukit Kemansah - Pilu terasa bila berada dalam suasana di mana orang yang kita kenali samada keluarga atau kawan2 yang ditimpa musibah namun kita mesti redha dengan ketentuan Ilahi. Apa yang perlu menjadi teladan bagi kita yang masih dikurniakan kesihatan yang baik adalah sentiasa berdoa agar kita dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan memohon agar kita tidak diuji dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi. Mungkin nasib sesetengah orang masih baik walaupun ditimpa ujian sebegini kerana masih ada kemampuan untuk menyendiakan ubatan dan peralatan untuk mengurangkan penderitaan, namun bagaimana dengan orang miskin yang tentunya lebih berat ujian pada pandangan zahirnya. Oleh itu ingin saya menasihatkan diri sendiri dan para pembaca agar sentiasa mencari ruang untuk membantu mereka yang memerlukan kerana dengan pertolongan kita akan membantu meringankan beban mereka dan juga membantu kita untuk meningkatkan keimanan dengan pertolongan yang ikhlas.
Takziah di atas pemergian Pek Tam @ Pak Ud - rakan mesjid dan kedai tok wan yang telah pergi menghadap Ilahi semalam dan semoga ruh beliau dicucuri rahmat. Al Fatihah
Wassalam.
2 comments:
nampaknya en ajehe perlu memaparkan peringatan tambahan mengenai runtuhan tanah yg berlaku di bukit antarabangsa,sebuah kawasan elit yg turut didiami oleh dato kay & ketua s/usaha Pak Lah.
Maka en ajehe perlulah mengawal nafsu makan apabila tiba di kedai mamak (beriani) serta tidak berkompromi untuk bermain gym dan mandi kolam bagi memastikan otak dan badan yang sihat
Post a Comment