Saturday, December 13, 2008

Pesanan Adik Mat


Dalam khutbah Jumaat semalam , adik Mat Imam Muda telah menyampaikan khutbah Jumaat yang bertemakan keluarga Islam. Bermula daripada memilih calon isteri hinggalah kepada bagaimana watak yang seharusnya dimainkan oleh para suami di rumah masing-masing. Sesuai dengan musim cuti sekolah ini dan musim orang naik pelamin maka tema khutbah ini amat relevan dengan makmum yang hadir walaupun mungkin tidak dianggap utama oleh Pandikar Amin Mulia selaku speaker dewan rakyat.

Ada dua perkara yang sempat diingati dalam khutbah itu iaitu dalam hidup berumah tangga hendaklah ada mawaddah (kecintaan) di mana saling ada rasa cinta dan kasih sayang di antara suami isteri dan anak-anak. Bapa hendaklah menunjukkan kasih sayang kepada isteri dan anak2 kerana Nabi Muhammad SAW adalah orang yang paling baik terhadap isteri2 Baginda. Anak2 hendaklah menjaga maruah ibubapa dgn tidak memalukan mereka dalam masyarakat dengan melakukan perkara yang buruk seperti menghisap dadah dan sebagainya.

3 comments:

ARIN said...

ambo d masjid Parang Puting pun mendengar khutbah yg sama..

ARIN said...

pesanan ko adik mat supaya kontrol skit makan tu, napok koho sedap tubuh leni..pesanan ini juga ditujukan kepada en blogger.Rasanya en jubah hitam bersetuju dgn amber.

Jubah hitam said...

Jubah hitam bersetuju dengan pendapat En. Arin tentang pemakanan, cuma bila kita dapat makan soup ekor di Kuala Lumpur sekali, agar kelancaran darah berada dalam keadaan terbaik.