Singgah sebentar ke pejabat untuk sebelum memulakan perjalanan 7 jam ke timur semenanjung. Terlihat deretan jalur gemilang disepanjang jalan masuk hingga ke menjadi hiasan kiri dan kanan pintu masuk. Rupanya kita sudah hampir tiba menjelang sambutan kemerdekaan ke 51. Lantas hati ini bertanya pada diri sendiri, adakah telah hilang kemeriahan sambutan hanya kerana tertambahnya nombor 1 setelah jubli emas diraikan setahun yang lalu.
Atau apakah kemeriahan ini tenggelam dek seronoknya fitnah dan sumpah yang bersahutan di permatang pauh... mana sumpahmu hendakku dambakan, mana hasratmu hendakku sampaikan. begitulah lirik oleh Allahyarham loloq jika dia masih ada bersama kita pada hari ini.
Apa yg aku perhatikan sepanjang 7 jam hanyalah seperti bulan-bulan yang lain. Tidak ada deretan kereta yg mengibarkan jalur gemilang mini. Yg ada hanyalah di sekolah-sekolah yg tentunya dek arahan dari pihak atasan yg belum tentu ikhlas dan patriotik.
Siapa tahu kenapa suasana dan cuacanya sebegini tahun ini?
Rakyat sebenarnya sedang memerhati dan menunggu , bulan kah yang akan jatuh ke riba dengan membawa Malaysia Baru atau gula-gula yang disediakan semalam sudah dihadzam dan menyebabkab rakyat telah merasa kenyang tanpa perlu menyerabutkan kepala ?
No comments:
Post a Comment