Tajuk ini agak kabur kerana dalam psikologi menjadi pertengahan adalah sesuatu yang terlalu biasa dan tiada cabaran yang perlu disahut kerana untuk berada dipertengahan adalah mudah bagi kebanyakan orang.
Pada hari ni walaupun suka ataupun tidak sebenarnya aku sedang berada dipertengahan. Aku sedang berada dipertengahan percutian semester 1 ku di UM setelah 6 minggu berada disana. Aku juga sedang berada dipertengahan jalan untuk menyiapkan semua tugasan /assignment yang perlu dihantar pada hari isnin. Aku juga ditakdirkan untuk menggunakan otak kanan dan kiri secara pertengahan berdasarkan dua ujian yang telah aku lakukan sepannjang dua bulan yang lepas. Aku juga berada di pertengahan jalan untuk menamatkan pengajian ku, walau apa pun kita sebenarnya sentiasa berada di pertengahan.
Sebagai orang yang selalu dipertengahan , kita sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk menentukan dimana letaknya penghujung itu walaupun kita percaya bahawa setiap yang mula pasti akan berakhir , no doubt!
Kita juga dipertengahan jalan untuk menentukan sama ada kuasa rakyat akan tiba pada 26 ogos nanti walaupun kita sudah ada harapan dan impian yang ingin dilihat dipenghujung harinya. Inilah indahnya berada dipertengahan kerana jalan yang hendak dilalui adalah masih jauh dan kita masih mampu untuk menghala arah kita supaya senyuman kita diakhir nanti adalah satu senyuman yang panjang. Pepatah Inggeris mengatakan 'Those who laugh last, laugh best!'
Mengingati zaman kanak-kanak dan remaja yang telah berpenghujung, kita dapat mengingati saat-saat kita berada dipertengahannya yang mana apa yang kita lakukan pada masa itu menentukan penghujung yang kita temui . Mengapa tidak kita ambil pengajaran daripada dua zaman yang telah kita lalui. Malangnya nasib kita yang masih sesat dipertengahan hutan kerana apa yang kita nampak hanyalah pepohon yang sama walaupun sebenarnya tidak.
Pesananku untuk diriku, janganlah lalai dengan sedikit kejayaan yang telah kita kecapi kerana orang lain juga telah berjaya seperti kita tetapi lihatlah bagaimana orang lain mencapai kejayaan yang kita sendiri tidak mampu walaupun untuk memikirkannya.
No comments:
Post a Comment