Sunday, August 31, 2008

Menara Condong Teluk Intan


1. siapa yang pernah sampai ke sini ? Jika anda sebagai rakyat Malaysia yang merdeka 51 tahun, sewajarnya anda telah sampai kesini kerana sejarah adalah penting untuk kita mengenal siapa kita pada hari ini.
2. Siapa tahu ada berapa hotel di tgh bandar Teluk Intan ?
3. Siapa yg boleh nyatakan berapa kenapa menara ini condong ?
4. Siapa boleh nyatakan bagaimana hendak kesini dari Kuala Lumpur?

Aku & Platform Penyeliaanku ditahun 2008

Siapakah anda sebagai penyelia ? Dimanakah anda berada sekarang? (khas untuk rakan-rakan ku)

Saya percaya bahawa penyeliaan pengajaran adalah merupakan satu proses yang melibatkan pemerhatian, perbincangan, penilaian dan perkongsian yang berkaitan dengan pengajaran guru sama ada secara langsung ataupun tidak langsung di sekolah. Penyeliaan pengajaran dijalankan dengan tujuan untuk memastikan apa yang berlaku di dalam kelas adalah menepati dengan matlamat dan tujuan yang telah menjadi perkongsian semua pihak bermula daripada pihak yang membuat dasar kurikulum kebangsaan hingga kepada apa yang diingini oleh komuniti itu sendiri. Pihak sekolah akan menetapkan visi dan misi yang dikongsi bersama warga sekolah yang akan menentukan keberkesanan sekolah dan penyeliaan pengajaran akan tertumpu kepada bagaimana ia akan dapat dicapai.

Penyelia yang berperanan secara formal akan menggabungkan di antara penyeliaan untuk penambahbaikan pengajaran dan penyeliaan dalam bentuk memberikan gred supaya ada piawaian tertentu menjadi panduan supaya prestasi guru dapat diukur kerana saya percaya sedikit kawalan akan meningkatkan lagi kecemerlangan guru. Guru yang berfungsi sebagai penyelia pula akan menjalankan tugas bergantung kepada siapa yang diselia. Jika ia merupakan satu perkongsian maka penyelia akan memberikan ruang yang luas untuk perbincangan dan penyelesaian kepada permasalahan akan ditentukan oleh guru yang diselia itu sendiri. Dalam setengah keadaan pula, penyelia akan bertindak sebagai pencetus kepada idea yang akan ditentukan kemudian oleh guru sendiri untuk menyelesaikannya. Ia boleh berlaku secara formal ataupun tidak formal dan di mana- mana sahaja tanpa ada batasan masa dan ruang.

Saya percaya untuk menjadikan penyeliaan pengajaran ini berkesan maka setiap individu di sekolah mesti mempunyai pengetahuan tentang bagaimana sebenarnya orang dewasa mempelajari sesuatu yang baru kerana itulah faktor yang akan membantu mereka mengubah persepsi dan tindakan mereka kerana mereka adalah berpengalaman dan mempunyai platform sendiri tentang pendidikan. Penyelia juga mesti mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi dengan baik kerana hubungan yang baik di antara penyelia dan guru akan menghasilkan rasa hormat antara satu sama lain. Di samping itu kemahiran teknikal perlu dikuasai oleh penyelia kerana pengajaran yang berkesan memerlukan kepelbagaian kaedah dan teknik yang digunakan mestilah menepati perbezaan individu pelajar yang berada di dalam kelas. Penyelia juga mesti mempunyai sikap yang positif terhadap setiap perkembangan yang berlaku dan mampu mengelakkan konflik yang akan menyebabkan matlamat untuk keberkesanan pengajaran sukar dicapai.

Guru yang berada di sekolah adalah juga individu yang berbeza yang mempunyai latar belakang kehidupan dengan corak yang berbeza. Pemikiran dan pandangan mereka mesti dihormati oleh penyelia maka pengajaran mereka di dalam kelas sepatutnya menjadi hak milik mereka. Ini kerana mereka telah bersama dalam menentukan matlamat yang hendak dicapai oleh sekolah. Keupayaan guru dalam pengajaran banyak bergantung kepada pengalaman maka menjadi tugas penyelia untuk memberikan bantuan dalam konteks menyediakan perkembangan staf dan galakan untuk mereka mempertingkatkan keupayaan pengajaran mereka.

Perbincangan yang positif di antara penyelia dan guru di mana berlakunya apa yang dipanggil ‘give and take’ akan menjadikan penyeliaan pengajaran adalah merupakan satu keperluan bagi diri guru- guru kerana masing- masing telah mempunyai satu kepercayaan bahawa setiap kelompangan dalam diri akan dapat diperbetulkan melalui pandangan dan pemerhatian orang lain. Oleh itu membina hubungan ‘rapport’ adalah asas kepada penyeliaan pengajaran yang berkesan.

Aktiviti penyeliaan boleh berlaku dalam pelbagai cara dan keadaan. Saya percaya dengan adanya perkongsian nilai yang sama di antara penyelia dan guru membawa kepada kebebasan dalam aktiviti penyeliaan. Ia boleh berlaku ketika berada di dalam bilik guru semasa guru sedang menyediakan perancangan untuk pengajaran. Setelah perbincangan dibuat dan mendapat persetujuan maka penyeliaan seterusnya akan berlaku di dalam kelas supaya kesan perbicangan dapat dinilai keberkesanannya. Ini akan menjurus kepada perubahan selepas kelas untuk penambahbaikan pengajaran untuk kelas seterusnya.

Apa yang banyak berlaku pada penyeliaan pengajaran pada hari ini adalah kelemahan penyelia untuk meningkatkan pengetahuan , kemahiran inter personal dan kemahiran teknikal sedangkan inilah pra syarat kepada aktiviti penyeliaan. Penyelia formal mestilah membuat anjakan paradigma dengan meninggalkan konsep penyeliaan secara tradisional kerana perubahan pemikiran manusia pada hari ini menuntut satu perubahan drastik dalam menentukan keberkesanan sekolah.

Saturday, August 30, 2008

authentic learning as I understood

Frasa diatas adalah pernyataan yang menjelaskan fahaman saya kepada dua jenis pembelajaran iaitu pembelajaran secara tradisional yang berpusatkan guru atau “talk and chalk’ dan pembelajaran yang ‘sebenar’ atau ‘tulin’ sebagaimana yang dinyatakan oleh penulis. Membuat perbandingan antara kedua secara umum akan memberikan kefahaman yang lebih jelas tentang pembelajaran ‘authentic’. Kita dapat memahami bahawa pembelajaran tardisional adalah di mana pelajar akan menerima dan memahami maklumat melalui apa yang dikeluarkan dan dinyatakan oleh guru mereka di dlaam kelas. Guru akan menguasai kelas pengajaran dan apa yang diberikan oleh guru itulah yang menjadi kefahaman pelajar.
Penulis telah menjelaskan bahawa pembelajaran ‘authentic’ pula melangkaui apa yang berlaku seperti di atas. Ia merupakan satu sesi pembelajaran yang melibatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam menghasilkan pengetahuan ataupun mengeluarkan pengetahuan dan kefahaman yang telah ada dalam diri mereka. Untuk menjadikan proses pembelajaran begini maka guru sangat berperanan untuk menguasai beberapa kaedah pengajaran supaya sesi yang dijalankan di dalam kelas adalah merupakan pembelajaran ‘authentic’.
Dalam konteks negara kita, Pusat Perkembangan Kurikulum telah melakukan semakan terhadap kurikulum bermula pada tahun 2002 - 2004 dengan memberikan penekanan kepada kaedah pengajaran guru di dalam kelas yang bertujuan untuk mengubah cara guru mengajar di dalam kelas. Terdapat 9 jenis kaedah pengajaran yang diberikan kepada guru termasuklah di antaranya konsep Belajar Cara Belajar (BCB), Kemahiran Berfikir (KB), Kontekstual, Konstruktivisme, Pembelajaran Akses Kendiri (PAK), Kajian Masa Depan (KMD), Pembelajaran Masteri, Kecerdasan Pelbagai dan Kemahiran Teknologi Maklumat (ICT). Kesemua konsep pengajaran yang dinyatakan adalah bertujuan untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar semasa kelas pengajaran. Konsep-konsep pengajaran ini juga amat relevan untuk dikaitkan dengan pembelajaran ‘authentic’.
Penulis juga menyatakan bahawa pembelajaran ‘authentic’ akan berlaku jika pelajar dapat menyusun maklumat yang diperolehi secara bermakna dan melihatnya dari pelbagai perspektif. Perkara ini akan berlaku jika terdapatnya pengajaran yang memerlukan pelajar menggunakan fikiran mereka dan memberikan respon terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Guru hendaklah selalu menggalakkan pelajar untuk membuat pertanyaan dalam diri mereka di atas setiap perkara yang dibincangkan, diperhatikan atau apa sahaja yang memerlukan mereka berfikir sendiri tanpa mendapatkan maklumat tersebut melalui guru. Setiap masalah yang dikemukakan oleh guru haruslah diselesaikan oleh pelajar itu sendiri melalui penganalisisan, inkuiri pertemuan, membuat inferens dan sebagainya. Pembuktian yang diperolehi melalui aktiviti hands-on ini akan menjadikan pengetahuan yang mereka perolehi adalah benar- benar dapat membantu mereka pada masa yang lain.
Apa yang telah diperolehi di dalam kelas pembelajaran adalah tidak mencukupi jika ia tidak dilengkapkan dengan aplikasi pengetahuan tersebut di luar daripada persekitaran sekolah. Pembelajaran ‘authentic’ yang lengkap menjadikan pelajar akan dapat ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan orang- orang dewasa yang berada di dalam komuniti. Mereka dapat sama- sama berkongsi idea dengan mengaitkan dengan apa yang dipelajari di sekolah. Jika seorang pelajar yang mengikuti kelas kemahiran hidup di sekolah akan dianggap telah mengikuti pembelajaran ‘authentic’ jika dia mampu menasihatkan ahli keluarganya daripada membuat kesalahan penyambungan eletrik. Begitu juga seorang pelajar di dalam kelas prinsip akaun akan dapat membantu ibu mereka dalam mengira keuntungan perniagaan yang dijalankan. Apatah lagi jika kita mengambil contoh seorang pelajar yang dapat memberikan kuliah agama di surau walaupun baru berada di tingkatan tiga di sebuah sekolah Menengah Kebangsaan Agama.
Apabila mengaitkan pula dalam konteks penyeliaan pengajaran yang menjadi asas kepada perbincangan ini maka kita akan dapat melihat bagaimana seorang penyelia harus menguasai kaedah – kaedah pengajaran yang menjurus kepada pembelajaran ‘authentic’ supaya mereka dapat memberikan bantuan langsung kepada guru lain supaya matlamat pengajaran akan dapat dicapai. Penyeliaan yang berlaku akan mencapai ‘mutual understanding’ jika semua guru memahami maksud sebenar pembelajaran ‘authentic’ kerana apa yang akan dipersetujui adalah merupakan satu bentuk penyeliaan secara kolaboratif antara penyelia dan guru yang diselia.
Kesimpulannya, jika ‘authentic learning’ yang dikemukakan oleh Sergiovanni & Starratt (1998) ini berlaku di setiap kelas dan sekolah yang ada di negara kita, maka kita akan dapat menghampiri dan memahami maksud ‘ideal school’ yang menjadi idaman setiap individu yang ingin melihat satu anjakan paradigma berlaku dalam pendidikan terutamanya di negara ini. Sudah tentu kes ‘Metro City’ tidak akan menjadi tajuk perbincangan lagi kerana semua guru telah berkongsi nilai yang sama yang menjadi matlamat semua warga sekolah.

aku seorang ahli akademik bukan artis

Semalam 29 ogos 2008 , seluruh warga um telah meratapi pemergian seorang pensyarah yang telah pulang menghadap Maha Pencipta. Bertahun-tahun sebagai seorang ahli akademik yang benyak berjasa kepada pendidikan negara dengan buku-buku dan penyelidikan yang berguna akhirnya pergi jua tanpa sempat untuk melangkah masuk ke kamar kuliah kami.

Terkejut tetapi pasrah dengan kehendak mu Ya Allah. Kehilangan insan yang sangat berjasa ini mungkin tidak memerlukan laporan dan berita di dada akhbar kerana siapa seorang yang berada dalam pendidikan berbanding seorang artis.

Bukan bermaksud menyebelahi sesiapa tetapi apakah sebuah buku yang ditulis untuk bacaan dan pengetahuan rakyat malaysia tidak setaraf dengan sebuah album nyanyian seorang artis.

Marilah kita menyedekahkan Alfatihah kepada Allahyarham Dr Hussin Mahmood semoga roh anda dicucuri rahmat dan setiap usaha anda selama hidup di dunia adalah pahala yang berpanjangan yang akan menjadi cahaya yang bergerlapan di alam barzakh.


ALFATIHAH.

Mencari Jalur Gemilang

Singgah sebentar ke pejabat untuk sebelum memulakan perjalanan 7 jam ke timur semenanjung. Terlihat deretan jalur gemilang disepanjang jalan masuk hingga ke menjadi hiasan kiri dan kanan pintu masuk. Rupanya kita sudah hampir tiba menjelang sambutan kemerdekaan ke 51. Lantas hati ini bertanya pada diri sendiri, adakah telah hilang kemeriahan sambutan hanya kerana tertambahnya nombor 1 setelah jubli emas diraikan setahun yang lalu.

Atau apakah kemeriahan ini tenggelam dek seronoknya fitnah dan sumpah yang bersahutan di permatang pauh... mana sumpahmu hendakku dambakan, mana hasratmu hendakku sampaikan. begitulah lirik oleh Allahyarham loloq jika dia masih ada bersama kita pada hari ini.

Apa yg aku perhatikan sepanjang 7 jam hanyalah seperti bulan-bulan yang lain. Tidak ada deretan kereta yg mengibarkan jalur gemilang mini. Yg ada hanyalah di sekolah-sekolah yg tentunya dek arahan dari pihak atasan yg belum tentu ikhlas dan patriotik.

Siapa tahu kenapa suasana dan cuacanya sebegini tahun ini?

Rakyat sebenarnya sedang memerhati dan menunggu , bulan kah yang akan jatuh ke riba dengan membawa Malaysia Baru atau gula-gula yang disediakan semalam sudah dihadzam dan menyebabkab rakyat telah merasa kenyang tanpa perlu menyerabutkan kepala ?

Thursday, August 28, 2008

Fluid or Crystal in the age of 38

Sebagai orang dewasa yang sedang bergelumang dengan buku, tugasan dan peperiksaan untuk sekali lagi dalam perjalanan hidup membawa kita kepada satu perkara baru berbanding 4 tahun menghadapi cabaran mendapatkan sekeping ijazah (mengimbau kembali 15 tahun yang lalu) bersama rakan - rakan sebaya.
Pembelajaran sebagai orang dewasa sesungguhnya berbeza dan amat ketara perbezaannya kerana kita telah lama meninggalkan fluid intelligence (kederdasan cair) yang cepat menangkap apa sahaja yang datang seperti seekor ikan haruan yang menyambar seekor katak plastik umpanan seorang pemancing tegar. Nasib baik terlepas dek usangnya dan out of date sang plastik. Besoknya datang lagi si pemancing dengan penuh nafsu besar untuk mendapatkan sang haruan yang terlepas. 'Boom' dicampaknya katak plastik baru dan dipulasnya mesin berjenama ABU yang menjanjikan harapan. Sang haruan sekali lagi menyambar katak palstik tanpa memikirkan bahawa itu lah umpan yg hampir memerangkapnya semalam. Itulah kecerdasan cair seekor haruan remaja yang pantas tapi cepat melupai bahawa dia sebenarnya baru terlepas daripada bahaya yang sama (Horn & Cattell, 1967). Setelah dewasa , haruan yg sama yang sentiasa bernasib baik kerena dapat meneruskan kehidupan kembali ke lubuk yang sama, mencari rezeki untuk kaum kerabat, dalam ketenangan itu dia sudah merasakan perbezaan. Setiap katak yg melompat itu sudah dilihat tetapi dia macam tak ada 'storm and stress' untuk mengejar dan menyambarnya walaupun dia sangat teringin untuk makan katak itu. Dia teringat apa yg dipelajari dulu, mungkin kecerdasan aku dah sampai ketahap kristal. Sangat kental dan selama ini aku telah menghabiskan masa aku untuk bersuluk dan bertapa yang menjadikan diriku lebih matang dan berpengalaman. Aku telah dapat menilai keplastikan katak yg sipemancing umpankan. OOOOOi ! dia ni masih lagi jadi pemancing tegar, kenapa sudah tidak ada lagi puntung rokok dunhill yg selalu menjadi pelampung umpan? ah baru aku sedar rupanya malaysia telah berubah, harga barang semuanya naik. Lalu aku melihat terapung-terapung muka depan sebuah akhbar 'Malaysia Baru'. Bila pula ada akhbar ni, yg aku tahu yg selalu mengampu tu utusan meloya dan berita hairan jer. Jangan kau tipu aku hei sipemancing , kau tahu tak akau ni dah ada pengalaman dan pengetahuan yg cukup utk aku mempertimbangkan apa yg kau umpan ni. Aku sudah dewasa tau! aku punya intelligence dah kristal dah.
Terkenang aku suatu waktu dulu sebelum masuk ke pusat pengajian tinggi ikan-ikan, cikgu selalu kata kat keli tak reti , bodoh, bangang. Kami semua gelak kat si keli lembut. rupanya dah jadi pakar tarian india dia ni. Nasib baik aku baca "malaysia Baru' . Dinsman dan hishamudin rais yg jaga, takder lah lagi perempuan berkemban dalam akhbar dan majalah, yg ada sikeli lembut yg sedang buat show.
Pasal apa howard gardner lambat sangat hadir dan kuarkan teori MI (multiple intelligence), kalau tak dah lama sikeli dah dapat pencen 3 ribu sebulan dan menjadi ikan pertama bergelar datuk pasal dapat pingat perak dalam sukan olimpik pelbagai acara. Sikeli ni memang bagus dalam pergerakan kreatif dan muzik, tengoklah gaya dia lenggok ekor.
Itulah sebabnya nak jadi pemimpin kita kena tahu siapa pengikut kita barulah kita boleh bawa mereka semua kepada satu matlamat tetapi berlainan gaya dan cara.

Saturday, August 23, 2008

Aku Di Pertengahan


Tajuk ini agak kabur kerana dalam psikologi menjadi pertengahan adalah sesuatu yang terlalu biasa dan tiada cabaran yang perlu disahut kerana untuk berada dipertengahan adalah mudah bagi kebanyakan orang.


Pada hari ni walaupun suka ataupun tidak sebenarnya aku sedang berada dipertengahan. Aku sedang berada dipertengahan percutian semester 1 ku di UM setelah 6 minggu berada disana. Aku juga sedang berada dipertengahan jalan untuk menyiapkan semua tugasan /assignment yang perlu dihantar pada hari isnin. Aku juga ditakdirkan untuk menggunakan otak kanan dan kiri secara pertengahan berdasarkan dua ujian yang telah aku lakukan sepannjang dua bulan yang lepas. Aku juga berada di pertengahan jalan untuk menamatkan pengajian ku, walau apa pun kita sebenarnya sentiasa berada di pertengahan.


Sebagai orang yang selalu dipertengahan , kita sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk menentukan dimana letaknya penghujung itu walaupun kita percaya bahawa setiap yang mula pasti akan berakhir , no doubt!


Kita juga dipertengahan jalan untuk menentukan sama ada kuasa rakyat akan tiba pada 26 ogos nanti walaupun kita sudah ada harapan dan impian yang ingin dilihat dipenghujung harinya. Inilah indahnya berada dipertengahan kerana jalan yang hendak dilalui adalah masih jauh dan kita masih mampu untuk menghala arah kita supaya senyuman kita diakhir nanti adalah satu senyuman yang panjang. Pepatah Inggeris mengatakan 'Those who laugh last, laugh best!'


Mengingati zaman kanak-kanak dan remaja yang telah berpenghujung, kita dapat mengingati saat-saat kita berada dipertengahannya yang mana apa yang kita lakukan pada masa itu menentukan penghujung yang kita temui . Mengapa tidak kita ambil pengajaran daripada dua zaman yang telah kita lalui. Malangnya nasib kita yang masih sesat dipertengahan hutan kerana apa yang kita nampak hanyalah pepohon yang sama walaupun sebenarnya tidak.


Pesananku untuk diriku, janganlah lalai dengan sedikit kejayaan yang telah kita kecapi kerana orang lain juga telah berjaya seperti kita tetapi lihatlah bagaimana orang lain mencapai kejayaan yang kita sendiri tidak mampu walaupun untuk memikirkannya.