Friday, July 27, 2018

The touch of change

Life is a journey for a far away destination
We may mistakenly do wrong during our journey
We must have someone to help
To find again the best route to our destination

Touch my heart so that I am feeling good
Torch my path so that I know where am I going
Transform my spirit as a champion of my own self
Together  we belong....

Ooo please show me the way
Don't let me  be in dismay
I'm like you still finding the way
To the route of glory ....

Comes what may

Tuesday, July 24, 2018

Intermittent diet

Semalam adalah hari pertama dengan bermodalkan 83 kg.  Bahana makan sedap sejak Syawal,  hilang kehenseman 3 kg.  Last makan pada 9 malam dan sedapnya menikmati lunch pada pukul 1 tengah hari. 

Malam tadi,  last makan pukul 8 dan siang hari tadi,  makan nasi lemak pada pukul 1 pm. 

Projek 16 jam : 8 jam akan cuba diamalkan. 

Kurangkan gula dan kita tengok hasil pertama isnin nanti pada 30 julai

Monday, June 18, 2018

Apa fikirku 11

Mulakan sesuatu15 minit awal untuk kehidupan yang selasa,  tenang dan berkualiti

Thursday, June 14, 2018

Desa Nan Indah

Jauh kutinggalkan Kota Raya
Hiruk pikuk tiada terkira
Menuju desa indah permai
Di setiap raya yang menjelma
Dengan lambaian daun kelapa
Suasana hening dan damai

Friday, April 27, 2018

Apa Fikirku 10

Kita perlu dapat bezakan diantara sikit tapi cukup dan banyak tapi sedikit

Sunday, April 1, 2018

Apa Fikir Ku 8

Bila menulis kita berfikir, bila berfikir kita gerakkan sel otak, bila sel otak bekerja maka kita bersyukur dengan nikmat Nya

Semangat Hari Penjara 228- Satu Kupasan Peribadi

Tanggal 31 Mac 2018 saya mendengar ucapan YB TPM dalam upacara perasmian. Bercakap tentang penjara sebagai tempat pemulihan bukan semata mata dirotan dan dihukum.
Orang ramai ada yang kurang faham tentang bagaimana ukuran kepada program pemulihan yang dijalankan. Ucapan TPM menyatakan ia diukur berdasarkak kadar  residivis yang bermaksud ulangan kesalahan dan kembali ke penjara.

Pegawai yang bertugas di penjara kena faham tugas dan peranan masing masing bagi memastikan kejayaan ini. Berapakah banduan yang ada sekarang sedang menjalani hukuman kali kedua atau lebih. Kadarnya di negara ini sangat kecil peratusnya.

Kita perlu mengorak langkah yang lebih proaktif dalam hal menobatkan jabatan penjara. Program pemulihan telah berjaya adalah benar atau sebaliknya. Satu data siapa residivis dan berapa tempoh hukuman sebelumnya serta kategori kesalahan dapat memberikan data yang mudah untuk diambil tindakan bagi menjamin zero residivis.

Adakah hukuman singkat menyebabkan mereka datang lagi ke penjara atau kategori jenayah mereka yang sukar untuk dihentikan menyebabkan mereka datang bertamu. Mereka selalu menyanyikan lagu rindu bertandang lagi .

Mereka sebenarnya berada di penjara luar dan dalam. Berada di luar pun mereka rasa terkurung dek stigma dan kewangan serta masalah iman. Tiada kebebasan di luar beerti sama saja berada dibalik empat penjuru bisu.

Program pemulihan adalah memerlukan pemikiran ke arah  3 perkara ini.

Pertamanya, stigma masyarakat yang perlu ditangani segera. Berapa ramai daripada kita tahu yang Allah menerima taubat hambanya selagi nyawa tidak sampai ke kerongkong. Iklan kepenjaraan yang biasa kita lihat di kaca television adalah hukuman penjara atas pelbagai kesalahan. Banduan adalah sebahagian daripada masyarakat. Siren daripada motorsikal jabatan mengiringi banduan reman  ke mahkamah menunjukkan bahawa setiap aktiviti penjara adalah turut menjadi milik masyarakat.

Iklan kepenjaraan dalam konteks pemulihan perlu sekerap mungkin supaya masyarakat sentiasa memberikan perhatian kepada isu pemulihan untuk banduan. Pegawai penjara bergraduat dalam bidang yang pelbagai tetapi dipaksa berfikir untuk memulihkan banduan. Tidak ada salahnya ilmu yang dipelajari tetapi ada anggota masyarakat yang perlu libatkan diri dalam perkara ini.

Perkara kedua ialah kewangan. Mereka yang dipenjara kewangan  akan melakukan apa sahaja untuk bebas. Bebas mungkin sekadar dapat menjamah nasi 3 kali sehari. Bukan semua orang akan dapat bekerja dan bukan semua orang dapat berniaga tetapi setiap orang perlu memenuhi keperluan fisiologi.

Apa erti berada di luar tembok jika masalah kewangan tidak selesai. Jika masih tergolong dalam kategori fakir dan miskin maka mereka memerlukan bantuan. Pemulihan adalah pemuliham tetapi sesuap nasi perlu gerenti. Mana orang kampung , mana warga daerah , mana PBT dan mana kerajaan negeri. Ini ada anak mukim yang akan bebas, jangan caci mereka dan cela mereka. Elok bagi makan dengan kutipan jumaat supaya dia akan beramal dengan amalan ahli syurga.

Yang ketiga, pemulihan keimanan. Seorang tidak mencuri jika mereka beriman sebagaimana sabda Rasul. Kenapa peratus orang islam tinggi? Kita telah lupakan 1 & ingat 1. Kita ingat ajak orang buat perkara makruf tetapi lupa untuk ajak orang elak munkar.

Senario ini semakin menjadi di luar tembok. Media sosial sangat luas pengaruhnya. Keimanan akan terhakis sedikit demi sedikit. Akhirnya manusia mudah terjebak dengan perkara sia sia yang boleh menyebabkan mereka dipenjarakan.

Apa peranan pegawai di penjara ialah kembalikan kekuatan iman mereka. Tidak merompak orang yang ketika itu mempunyai iman di hati.

Pengajaran di tempat orang bukan muslim lebih baik kerana barang tertinggal tidak dicuri. Bukan kita salahkan agama tetapi mungkin keperluan asas untuk hidup mereka telah dipenuhi.

Pemulihan untuk kurangkan residivis akan tercapai dengan tansformasi yang dilaksanakan bersama tetapi ucapan TPM adalah melampaui residivis.

Ia ibarat rumah yang usang dicuci.dan dicat serta dimasukkan perabot untuk dijadikan homestay.

Banduan hukuman singkat perlu ada jaminan kelangsungan hidup daripada ahli masyarakat, jaminan kelangsungan mengatasi kefakiran dan jaminan amalan ahli syurga.

Banduan hukuman lama perlu ada peluang berbakti kepada masyarakat dalam konteks lebih luas seperti pekerjaan berkemahiran, perlu ada bekalan kewangan yang mencukupi hasil apa yang dikerjakan di dalam penjara dan telah sedia beramal sebagai.amalan ahli syurga di hari pembebasan.

"penulisan ini adalah pandangan penulis semata mata dan tanpa ada niat yang boleh menjejaskan imej jabatan."

Saturday, March 31, 2018

Apa Fikir Ku 7

Penilaian holistik akan mampu menerjah potensi individu kerana setiap insan ada hari masing masing

Thursday, March 29, 2018

Keseimbangan dan Keadilan

Seimbang sama tak dengan adil? Macam mana nak bezakannya. Adakah seimbang bermakna sudah adil. Adakah adil bermakna seimbang.

Dalam islam, adil bermaksud kena pada tempatnya. Seimbang pula boleh jadi sama rata.

Kalau kita laksanakan pertandingan, adakah adil dan seimbang boleh berfungsi ?

Bila kita buat pertandingan, ia mesti adil sebagai asas utama. Maksud adil disini kita berikan peluang kepada semua yang terlibat untuk menyertainya. Memberikan hadiah kepada yang tidak sepatutya maka ia sudah jadi tidak adil. Ia bergantung kepada apa yang dimatlamatkan.

Kalau ekspektasi tinggi, maka berikan pada yang rendah adalah tidak adil.

Kalau ada nombor satu, dua dan tiga, maka berikan sama rata juga tidak adil.

Seimbang pula , kita nak semua pihak merasa. Ia mungkin tidak adil tetapi sesuai jika ia bukan pertandingan.

Hari ini katakan kita anjurkan pertandingan memancing, adillah kita jika semua orang berpeluang untuk menyertai pertandingan. Adil lah jika ikan besar dapat hadiah lebih lumayan. Ia juga seimbang sekiranya ada pelbagai peluang untuk menang.

Akhirnya adil dan seimbang adalah milik yang berjaya manakala yang gagal atau kurang berjaya akan rasa tidak adil dan tidak seimbang.

Wednesday, March 28, 2018

Apa Fikir Ku 6

Bezakan minat dan kebolehan. Ramai orang gagal kembangkan minat tetapi kebolehan boleh bawa kejayaan.

Tuesday, March 27, 2018

Apa Fikir Ku 5

Kehebatan datang dengan sinergi setiap ruas sendi dan diliputi kekenyalan otot yang dikawal oleh minda yang kuat

Monday, March 26, 2018

Apa Fikir Ku 4

Kesederhanaan tidak akan menjadikan seseorang itu penting untuk sesiapapun melainkan sekadar pencukup kepada nafsu orang lain semata-mata.

Sunday, March 25, 2018

Apa ada pada tembikai

Suka buah tembikai? Pernahkan berfikir dan membina skema sendiri tentang buah tembikai.

Warna di luar adalah hijau yang melambangkan kesegaran pada mata. Mata yang dilatih melihat hijau akan sentiasa sihat kerana tiada tekanan padanya semasa memandang setiap kehijauan.

Bentuk asalnya bujur dan bulat membawa kepada maksud permuafakatan dalam setiap kerja dan perkongsian. Semua akan dapat merasakan sesuatu yang sama.

Isinya lembut dan berair kerana kita datang begitu atas kehendak pencipta. Walau macam mana kuat dan mantap diri kita, kita masih ada kelembutan. Jangan sia siakan airnya yang menambah nikmat kehidupan.

Namun begitu, biji yang keras adalah abstinence yang patut ada pada diri kita. Kebolehan menolak adalah penting supaya kita tidak jadi munafik. Berjanji dengan banyak orang pada masa yang sama bermakna akan ada yang akan dimungkiri. Kita dah jadi munafik.

Akhirnya segelas air tembikai adalah nikmat di waktu panas dan kering.

Apa fikirku 3

Pada setengah perkara, kita perlu berundur sedikit untuk mendapat kesan yang ketara

Saturday, March 24, 2018

Set pink naik LRT

Nak ke Shah Alam tapi dengan pengangkutan awam. Yang paling dekat ialah dengan MRT kerana stesennya hanya 1/2 km daripada rumah.

Bayaran RM 4 untuk seorang sehingga ke stesen muzium negara. Cadangannya nak naik ktm sambung ke shah alam. Bila dah turun kat muzium langsung mencari jalan keluar. Pening juga bila tiada teksi macam tempat berhenti yang biasa. Alahai lintas ke st regis, bunyi macam kat London pula ye.

Try la guna uber, perghh kesilapan semalam masa booked untuk my wife masih terhutang. Allah Maha Kaya, ada seorang jejaka hensem bantu kami dengan gunakan grab.

Saya bangga kerana masih ada insan yang membantu ketika aku dalam kesusahan. Syukurnya Ya Allah dan Terima Kasih ku ucapakan pada Mu.

Sekarang, kami dalam perjalanan dengan Grab yang dipandu oleh Shanti, pemandu wanita yang tenang dan mungkin atau pastinya tidak mengetahui apa yang sedang bermain di dalam dadaku.

Pengalaman ini aku pelajari dan fahami, ia bukan sesuatu yang sia-sia asal saja kita lapangkan dada untuk mengambil pengajaran.

Apa fikirku 2

Pengalaman akan menempatkan kita di tempat yang tinggi jika kita belajar setiap kalinya

Friday, March 23, 2018

Apa fikir ku 1

Sarana yang betul akan melonjakkan potensi diri

Go beyond with correct tools

Thursday, March 22, 2018

Dentuman Malam

Malam itu kami ke Wakaf Che Yeh pada tanggal Ahad 19 Mac. Susah betul nak dapat parking memandangkan musim cuti sekolah.
Tak beli apa pun kerana rasa pening dengan ramainya orang dan kami baru sampai dari KL.

Dalam perjalanan balik, kereta dipandu perlahan sambil menikmati lagu daripada klasik fm.

Ada seekor anak lembu bermain tepi jalan dan tidak mengerti tentang peraturan di atas jalan raya.

Ia melompat dan menerpa ke arah ku dan kereta tidak dapat dielak lagi. Dum! Dentuman malam.

Saturday, March 17, 2018

Malam

Malam yang panjang adalah untuk kita
Bukan untuk sesiapa tetapi untuk kita
Detik yang sama namun rasanya berbeza
Kerana setiap insan ada caranya

Malam yang indah tidak bersuara
Walau di kala itu terpejam setiap mata
Mengejutkan setiap diri yang terlena
Untuk bangun dan sujud kepada yang Esa

Gelap gelita menjadikan tidak terperi
Hanya insan terpilih dapat mengerti
Malam yang indah untuk diisi
Rintihan dan taubat kepada Ilahi

Inilah kisah kehidupan malam
Yang indah akan berakhir dengan salam
Agar diterima Sang Pencipta Alam
Munajat ku di sepertiga malam

Friday, March 16, 2018

Golden Opportunity

Semalam kami menganalisa keputusan SPM 2017 bagi sekolah dalam kawalan Jabatan Penjara Malaysia. Seramai 144 /156 akan bebas nanti dengan memiliki sijil SPM. In sha Allah akan ada ruang untuk mereka memohon pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka.

Walaupun begitu, ada juga yang gagal tetapi mereka telah kami bantu dengan program pemulihan yang menyediakan mereka sebagai bakal ahli jannah.

Ada juga yang mengikuti program kemahiran yang bersijil dan lebih penting bagaimana mereka akan survive nanti di luar tembok besi.

Paling tidak, mereka telah bebas dadah, jenayah dan kesalahan dalam konteks negara kerana berada dalam kawasan yang terkawal rapi.

Bagi saya, mereka bukan saja mendapat peluang kedua tetapi sebenarnya peluang keemasan yang menagih komitmen kewangan yang agak besar sekiranya mereka berada di luar sebagai remaja.