Monday, August 29, 2011

SAPS - SIAP AKHIR PUASA SIOT!!!!!!!

Sistem Analisa Peperiksaan yang diarahkan kepada guru untuk dimasukkan akan berakhir pada 2 september iaitu di bulan Syawal. Ramai yang mengeluh dengan sistem yang tidak mesra pengguna ( bukan mcm Nokia)....  Bila dicuba untuk key-in maka ada saja masalah yang menghalang untuk guru bekerja dengan hati gembira terutama kepada kementeriannya sendiri.  Akhirnya ketika rakan-rakan guru sedang dalam perjalanan balik kampung, maka dapatlah membereskan kerja ini...'

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA , MAAF ZAHIR BATIN




Monday, August 22, 2011

work hard atau work smart?

Salam Ramadhan,
Sebaik berbuka puasa nanti, maka umat islam di Malaysia telah menghabiskan 22 hari berpuasa dalam keadaan yang aman dan selesa. Apabila ingin menikmati sedikit juadah untuk berbuka maka kita akan mendapati bazaar ramadhan yang disediakan. Apabila ingin berterawih pada malamnya maka kita juga mendapati masjid, surau, bangunan dan dimana sahaja akan ada orang yaqng rukuk dan sujud walaupun ahlinya berkuirangan berkadar langsung dengan kurangnya hari yang tinggal. Saya tertarik dengan perbincangan beberapa rakan tentang kepentingan amalan dalam beragama. Jika sebeluim ramadhan masjid dipenuhi dengan aktiviti kuliah dan ceramah ilmu maka kita juga mendapati bahawa semua itu telah bertukar dengan perkara sunat sedangkan seribu kali sunat belum tentu menyamai satu perkara yang wajib. Perkara ini boleh diperbetulkan dan sudah dilaksanakan oleh sesetengah masjid dengan mengadakan majlis ilmu sebelum sunat terawih dilakukan. Utamakan apa yang utama adalah sangat penting. Malam ini adalah malam ke 23 atau malam ganjil dan tentunya amal ibadat yang dijalankan akan menjadi lebih baik dari seribu bulan jika berkebetulan. Jika kita melakukan perkara yang wajib tentunya lebih besar pahalanya daripada perkara yang sunat. Apa yang perlu kita lakukan pada malam ini, work hard atau work smart? 

Sunday, August 7, 2011

Apabila Menteri Pelajaran tidak ada jawapan...

Saya mengamati beberapa kali tulisan di dalam berita akhbar (mingguan malaysia dan NST) tentang ucapan MP di sebuah sekoah di Moakil Labis di dalam daerah Segamat. Beliau mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai jawapan kepada kelemahan pelajar berbahasa Inggeris dan menyerahkan kepada KPPM untuk membuat kajian dan mengambil langkah yang pro aktif. Akhirnya diserahakan pula kepada unit Bahasa Inggeris di Bahagian Kurikulum yang memang kerjanya memikirkan kurikulum BI untuk meneruskan kerisauan menteri. saya ada beberapa perkara untuk dibincangkan dalam hal ini :-
  1. Senario di Sekolah Berasrama Penuh akhir 80-an, menunjukkan ramai calon SPM yang mendapar 6-10 agriget namun gagal untuk lulus subjek Bahasa Inggeris
  2. pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak dapat menyambung pelajaran mereka kerana tidak mendapat 550 markah dalam peperiksaan TOEFL 
  3. Pelajar yang berada di sekolah sekarang tidak menguasai sebahagian besar kemahiran berbahasa apatah lagi untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris
  4. guru yang baik dan bagus serta opsyen BI mengajar subjek moral kerana lebihan guru di sekolah tersebut sedangkan ada sekolah yang tidak mempunyai cukup guru BI
Itu adalah beberapa contoh yang dilihat, dikaji dan didengar sebelum cadangan dapat diberikan walaupun tanpa kajian yang menyeluruh untuk dibuat generalisasi

  1. Bahasa adalah ilmu yang perlu digunakan untuk mencapai tahap kemahiran yang optima.... Jika tujuannya untuk berkomunikasi maka langkah KPM sekarang adalah jauh panggang dari api untuk mencapai tujuannya, Ini adalah kerana masa 200 minit seminggu hanyalah melibatkan peratus yang rendah komunikasi sebaliknya kemahiran mendengar (guru yang syok sendiri) dan soalan peperiksaan yang tidak membantu komunikasi secara vokal.
  2. Pentaksiran Lisan dan Ujian Lisan berasaskan sekolah langsung tidak menjadi medium untuk meningkatkan penguasaan berbahasa bagi pelajar, terutama sebahagian besar pelajar di pedalaman dan pantai timur semenanjung. Tiada markah untuk keputusan peperiksaan PMR dan SPM pun. 
  3. Murid yang bijak dalam pelajaran belum tentu mahir dalam BI yang diajar dengan sistem yang ada sekarang namun cepat mahir apabila merantau dan bekerja di negara asing seperti US, Britain dan Australia.
Apa yang boleh dicadangkan ialah
  1. Merombak balik sukatan subjek Bahasa Inggeris di sekolah....... memperkenalkan komponen sastera bukan langkah bijak. Lagi nganga dan lagi bisu mereka di dalam kelas
  2. apa salahnya perkenalkan bahasa inggeris mudah (simple english) dan Bahasa Inggeris tinggi (advanced) serta bahasa Inggeris komunikasi ... 3 subjek inggeris menjadi opsyen supaya di sekolah pelajar akan memilih subjek BI yang sesuai tanpa mengikut umur kronologi. Kita bukan ingin melahirkan novelis, sasterawan. Kita hanya mahu mereka mampu berbahasa untuk meningkatkan nilai diri.  Jika pelajar itu lulus setakat simple english maknanya mereka boleh berbahasa secara minima namun cukup untuk daily conversation. Sukatannya amat mudah namun berguna. Pentaksiran adalah melalui group communication dan soalan adalah bagaimana menyoal dan menjawab dalam situasi harian yang mudah. Tidak perlu belajar comprehension yang tidak perlu dugunakan dalam komunikasi seharian. Mereka boleh baca dalam bahasa melayu bahasa ibunda mereka
  3. Insyallah kita akan lihat perubahan mereka nanti..........

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT 1 RAMADHAN 1432 HIJRAH

Salam Ramadhan,
Malam ini umat islam mula melangkah ke ambang Ramadhan iaitu bulan beribadat kepada Allah yang menjanjikan balasan yang indah kepada hambanya yang sanggup berlapar dan dahaga sepanjang siang hari semata-mata patuh kepada perintahnya. Allah berfirman di dalam Alquran tentang kewajipan berpuasa dan umat islam menerima kehendak Allah tanpa memikirkan bahawa di sekeliling mereka ada orang bukan islam yang ingin makan di restoran mereka, atau mengambil hati orang bukan islam yang mengajak minum pagi, malah mereka sebaliknya menghormati orang islam yang berpuasa dengan turut meninggalkan makan minum di tempat kerja. Itulah hikmatnya apabila patuh kepada perintah Allah. Pada masa yang sama, Allah juga memerintahkan umat islam untuk menjalankan qisas namun pelbagai alasan digunakan oleh orang islam yang sama. Kenapa ?

Tuesday, July 26, 2011

PAk - Pembelajaran Akses Kendiri

Masuk ke kelas dengan membawa sekeping kertas untuk setiap kumpulan. Mereka masuk ke dlama kumpulan masing-masing dengan satu netbook 1 Malaysia di atas meja. Satu buku koleksi komponen sastera untuk rujukan. Mereka membaca soalan yang diberikan di dalam kertas. Memulakan microsoft power point sambil beberapa ahli membencangkan kemungkinan jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan. Di padang, yang boleh dilihat daripada kelas, ada ramai pelajar sedang mengambil bahagian dalam acara roket air minggu sains matematik namun mereka tidak teruja kerana di hadapan mereka adalah satu suasana yang begitu memberikan impak sejak bergelar pelajar sekolah menengah. Netbook yang diterima dapat digunakan di dalam kelas waktu P&P. Tentunya amat menggembirakan mereka kerana teknologi sudah diaplikasikan di dalam kelas mereka sendiri. Setelah siap , mereka mula menyemak dan membuat penambahan dan penambahbaikan terhadap powerpoint tersebut. Cukup masanya, mereka membuka email dan menghantarnya kepada guru yang sedang tersenyum puas kerana dapat memberikan satu suasana pembelajaran yang dingininya dan juga pelajar2 nya.

Sunday, July 17, 2011

Takziah Allahyarhamah Dr Lo' Lo'

Jika anda pernah makan di Kg Baru tentunya akan terlihat pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa, yang baru meninggal dunia. Beliau adalah diantara watak penting kebangkitan Muslimah dalam persada politik Islam dan seterusnya menjadi wakil rakyat PAS utnuk Parlimen Titiwangsa. Ramai yang tertanya-tanya mengapa kelibat beliau tidak kelihatan sejak kebelakangan ini. Maka malam ini terjawab lah segala persoalan itu. Semoga ruhnya akan ditempat bersama-sama dengan ruh mereka yang syahid di jalanNya. Amin! Kita yang masih ada harus meneruskan perjuangan yang dilakarkan bersama dengan Allahyarhamah.

Saturday, July 16, 2011

PEMIMPIN BERTEMU RAKYAT

2 malam di hujung minggu menyaksikan beberapa pemimpin PR telah turun padang dan bertemu dengan rakyat dalam ceramah yang diadakan di sekitar sempadan kelantan-terengganu. Baik DSAI, Saifuddin Nasution, Khalid Samad, YB Azan Indera Mahkota dan juga beberapa wakil rakyat tempatan telah menggunakan pentas demokrasi untuk memenangi hati bakal pengundi. Masing-masing dengan cara dan gaya tersendiri dalam memberikan hujah. Tentunya pendengar adalah secara purata adalah 90 % penyokong mereka dan 10 % lagi adalah samada pihak polis, penyokong parti lawan dan sebagainya. Budaya demokrasi yang subur akan membantu membangunkan negara. Cara yang sama juga wajar digunakan oleh BN kerana mereka adalah parti politik yang bukan mutlah pemerintahan mereka di bumi Malaysia ini. Biar lah rakyat kemudiannya membuat pilihan masing-masing.

English In Camp

Saturday is a working day ? I have to be in school as early as 8 o'clock. We have planned to organise the camp for the form 5 students. The students were invited to join the camp. After 9 o'clock, finally we were able to start. They came late to school. We, the teachers were gathered at school by 8.00. I don't know who need this? The students or the teachers. This is the problem in this education system. We are not able to attract them. During the camp, we asked them to act out the play from the literature component. They ran away because our system is exam-oriented. They never used to learn that way except during the camp.

Sunday, July 10, 2011

Salam Ahad

Hari ini ramai yang bercerita tentang perhimpunan BERSIH 2.0 yang berlangsung di Kota raya Kuala Lumpur. Dari Shah Alam kami cuba untuk masuk supaya dapat menyaksikan pertembungan 2 pihak yang kontra , dan tentunya bukan antara KL gangster dan Kongsi tetapi antara 62 NgOs dan Patriot. Sayangnya Perkasa sudah tidak perkasa lagi. Perjalanan sukar menyebabkan impian untuk bersama menjadi penonton tidak kesampaian. Namun begitu, laporan tentang pergerakan himpunan sentiasa diperolehi melalui twitter dan blog. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan info terkini.
Tiada siapa yang sukakan suasana kecoh namun apa yang perlu adalah keikhlasan semua pihak dalam merealisasikan kemajuan negara secara tersusun dan adil. Bukan semua orang mahu jadi pemimpin dan setiap pemimpin akan dipersoalkan tentang kepimpinannya.  Tugas pemimpin yang utama ialah membawa pengikutnya ke arah keredhaan Allah dan memimpin mereka bersama-sama ke syurga yang kekal abadi. Jika tidak, pemimpin juga akan diseret ke neraka bersama-sama pengikuit masing-masing.
Tentang kisah semalam, adakah setiap pemimpin samada yang menganjurkan atau yang bertahan menjalankan tugas kepimpinan untuk keredhaan Allah ? Jika benar maka setiap gerak kerja mereka adalah nikmat yang besar suatu hari nanti.
Yang kita inginkan adalah negara akan terus diredhai dan menghasilkan lebih ramai ulama' yang akan memainkan peranan menjadikan kita lebih beriman kerana hanya yang beriman akan beruntung di akhirat nanti.

Wednesday, July 6, 2011

Kelantan - Juara Liga Super 2011

Menjadi peminat bola sepak kelantan sejak tahun 1970-an, sejak zaman hamid ramly, kamaruddin mohd nor, disambung dengan anizan daud dan wan azila yang merancang untuk penyudahan hashim mustapha. Itulah rentetan sokongan untuk skuad kijang sehingga akhirnya aku merajuk untuk ke stadium kerana tidak tahan dengan sikap tidak berdisiplin sesetengah peminat. Hari ini Kelantan melakar sejarah dan hashim juga menjadi sebahagian daripada skuad yang melakar sejarah itu. TAHNIAH untuk Kelantan. 

Friday, July 1, 2011

JKKK vs JKKP

Usop merenung langit malam menjelang hari Sabtu 2 Julai 2011. Entah mengapa perasaan beliau kuran tenteram. Cuaca dingin di tengah malam tidak menjadi irama malah bagaikan gelora yang melanda di musim tengkujuh. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran. "Patutkan aku pergi?" dia bermonolog. " Ayah kena pergi!" Tegas nada anaknya menyuruh beliau untuk hadir ke majlis tersebut. Teringat beliau akan luahan anak manjanya yang tidak mendapat netbook yang diberikan kepada sebahagian pelajar baru-baru ini. "Ayah, inilah peluang saya kerana cikgu dah cadangakan nama saya", kata anaknya. Usop tahu bahawa inilah peluang untuk anaknya merasakan kehebatan teknologi masa kini. Bukannya satu kesalahan untuk anaknya menikmati ehsan yang diberikan. Lagipun, denagn adanya netbook, tentu saja beliau akan cepat mendapat maklumat tentang Bersih 2.0. Tidak payah ke kedai kopi untuk mendengar berita daripada rakan taulan. Cuma satu yang bermain di fikiran Usop. " Siapa akan tandatangan pengesahan  borang permohonan nanti?'.

BERSIH 2.0

Perkara ini menjawab sebahagian daripada persoalan mengapa perlunya BERSIH 2.0

http://milosuam.blogspot.com/2011/07/rumah-kecil-dengan-88-orang-pengundi.html




Sunday, June 12, 2011

Bisik-bisik ubi,berisi

Setiap petang sejak 6 bulan, saya adalah diantara individu yang sentiasa berada di sebuah institusi pendidikan bermula pukul 4 hingga 7 petang. Motorsikal keluar masuk pintu pagar baik lelaki mahupun perempuan. Saya mempunyai tugas tersendiri yang perlu dilakukan dengan pelajar saya. Saya hanya mampu melihat dengan ekor mata sahaja kerana kawasannya agak luas dan terlindung di sana-sini. Setelah 6 bulan, terdengar bisik-bisik mengatakan ada 2 bakal ibu di sini sedang belajar dan akan menghadapi peperiksaan. Bila projek dimulakan tiada siapa yang tahu namun tentunya pada tahun ini. Menyambung cerita penyubur maksiat... jika mereka tidak ke sini maka mereka tidak mengenal lelaki itu yang menghasilkan isi. Jika mereka kekal di rumah, ibu bapa mereka ada untuk melihat kerja buat mereka. Saya cuba merenung kembali, cukupkab 2 pengawal keselamatan untuk meronda keseluruhan kawasan ? Kalau mereka lakukan tentunya peratus kemungkaran akan berkurangan 20-30% namun tidak nampak batang hidung mereka. Patutkan mereka diharamkan ke institusi mereka pada waktu petang ? Disitulah bermulanya episod asrama mereka. Bertemu mesra di institusi dan menanam ubi melalui jarum syaitan yang dicucuk ke cuping telinga.
Di sebuah institusi lain, mereka belajar namun tidak bersama-sama. Dalam kelas berlainan, memakai tudung yang labuh dan tiada aktiviti tanpa pengawasan. Alhamdulillah! Berjaya tanpa ada ubi.

Saturday, June 11, 2011

Sekolah sebagai penyubur maksiat

Saya mendengar satu ceramah di Radio ; manusia dijadikan untuk hari akhirat. Bahagian di dunia hanyalah mencari bekalan untuk ke akhirat. Berdegup jantung apabila mendengarnya. Apakah yang sedang aku lakukan di dunia ini adalah sebagai dikatakan mencari bekal ke akhirat ataupun perkara yang sia-sia. Sebelum itu, ada seorang tok guru dalam ceramahnya menyatakan bahawa kita orang islam akan memastikan anak-anak mencari keuntungan dunia seperti menghantar ke sekolah untuk belajar ilmu keduniaan  tetapi apabila mereka gagal barulah menukarkan anak-anak ke sekolah agama atau pondok. Semua ini membuat aku semakin keliru. Mennjadi guru di sekolah adalah untuk memberikan kehidupan dunia sahaja jika dilhat dari sudut yang umum. Apa buktinya, subjek yang diajar bermotifkan lulus peperiksaan semata-mata, jika dikaitkan dengan agama, bukan satu kewajipan untuk guru. Maka, adakah aku sedang menyuburkan maksiat di sekolah?

Wednesday, May 18, 2011

Berita dari kantin

Saya menunggu hingga ke saat ini sebelum menulis mengenai pengumuman di hari guru 16 Mei 2011. Kenapa? Saya ingin mendengar apa yang akan diperkatakan oleh guru-guru. Tempat yang paling sesuai adalah di kantin.Tiada pentadbir yang duduk di meja. Suara kedengaran adalah mengenai guru pendeta dan guru wibawa. Memang sah mereka sedang mengelaurkan pandangan masing-masing. Ada yang mengaitkan pendeta dengan kisah dongeng india dan kaki bertapa. Apa maknanya? Guru yang banyak bertapa sahaja yang layak . Itu cuma gurauan. Guru wibawa .. masing-masing cuba untuk membuat satu kesimpulan... kemana guru akademik dg52 dan dg48.. memang sahlah mereka inilah guru pendeta dan wibawa.. kata salah seorang drp mereka. Ini semua untuk pentadbir. tiada bahagian untuk kita, kata yang lain pula.
Muncul seorang lagi ... mari pakai buku jingga pakatan rakyat.... seorang dapat rm500 sebulan. Setahun dah rm6000. Laki bini dapat 12000 , didarab lima tahun kalau PR kalah dalam PRU 14.. kita dah dapat 60 ribu.



Saturday, May 7, 2011

Guru di bulan Mei

Apa yang anda telah lakukan untuk profesion anda dalam suku pertama tahun 2011 ? Mari kita muhasabah diri kita semua para pendidik di negara ini. Januari adalah merupakan bulan untuk kita menentukan matlamat diri dalam organisasi. Ia bermula apabila kita menghadiri mesyuarat kali pertama di mana pada masa ini ramai yang menghitung rakan yang pergi atau masuk ke sekolah samada bertukar atau ditukarkan. Ini tidak salah! Kita sebenarnya melihat regu-regu yang baru untuk memulakan tugas ataupun menarik nafas lega kerana mereka telah tiada dalam organisasi kita. Ucapan pengetua pada hati itu adalah saat ditunggu oleh guru-guru. Lontaran idea yang dikumpul dalam masa 1 bulan ketika guru-guru sedang bercuti akan menentukan gerak kerja yang akan dilakukan nanti. Jika pengetua sebagai pemandu tidak mampu membawa satu cetusan dan percikan maka bahanapi yang terkumpul dalam diri guru tidak akan membakar dan menjejaskan prestasi diri dan juga organisasi yang dipikul bersama. Sekarang kita sudah berada di bulan Mei dan kita juga telah maklum bahawa kajian separuh tahun yang akan dijalankan nanti memerlukan kesedaran dalam diri samada kita telah berada di landasan yang betul.
Bagaimana menentukannya ? Lihat lah di mana kita bermula pada Januari lalu. Jika Head count memerlukan TOV (Take off value) maka setiap kerja kita juga ditentukan dengan TOV supaya hala tuju kita adalah jelas. Jika kita menjadi guru kelas, tentunya sasaran kutipan yuran sudah hampir 60% dan begitu juga dengan kehadiran mereka ke sekolah. Semua ini memerlukan satu inisiatif daripada setiap insan bergelar guru di sekolah.

Saturday, April 23, 2011

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT SEKOLAH

Aktiviti peringkat sekolah yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan pelajar sekolah ini. Mereka datang setiap hari seawal  jam 4 ptg utk berlatih untuk keseragaman. Kadang-kadang membawa hingga ke malam. Seronok melihat cara mereka berusaha namun agak pincang dalam urusan membahagikan masa. Jika mereka sanggup berlatih dan berlatih kerana minat yang mendalam maka kita mendapati mereka belum berminat dengan akademik. Kenapa begitu? Guru membebel murid melopong bukan suasana realistik dalam abad ini. Penceramah di masjid pun menggunakan power point dan projector maka terlalu nampak ketinggalan dengan 'chalk and talk'.

Friday, April 22, 2011

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki


Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi. Sorotnew

Monday, April 18, 2011

Jurulatih lompat tinggi

Kali pertama menjadi jurulatih lompat tinggi. Beberapa perkara perlu diambil kira dalam menentukan atlit yang dapat menjadi elit untuk acara ini. Pertamanya adalah tubuh atlit itu yang paling utama. ...berambung

Saturday, April 2, 2011

3 Kejohanan

Tahun ini menjadi tahun yang agak sibuk. Bermula dengan persiapan pasukan bola tampar sekolah pada awal tahun, seterusnya menyediakan atlit olahraga dan akhirnya pasukan bola baling lelaki dan perempuan. Semua telah berlalu, rupanya belum berakhir. Hujung minggu, masuk kem olahraga untuk MSSK, bermula besok , latihan pasukan bola tampar untuk kejohanan negeri pada khamis ini, dan disambung dengan olahraga, sehingga khamis depan. Balik dari MSSK , latihan bola baling untuk peringkat negeri akan bermula hingga 4 mei. Belum selesai lagi.............