Saturday, June 11, 2011

Sekolah sebagai penyubur maksiat

Saya mendengar satu ceramah di Radio ; manusia dijadikan untuk hari akhirat. Bahagian di dunia hanyalah mencari bekalan untuk ke akhirat. Berdegup jantung apabila mendengarnya. Apakah yang sedang aku lakukan di dunia ini adalah sebagai dikatakan mencari bekal ke akhirat ataupun perkara yang sia-sia. Sebelum itu, ada seorang tok guru dalam ceramahnya menyatakan bahawa kita orang islam akan memastikan anak-anak mencari keuntungan dunia seperti menghantar ke sekolah untuk belajar ilmu keduniaan  tetapi apabila mereka gagal barulah menukarkan anak-anak ke sekolah agama atau pondok. Semua ini membuat aku semakin keliru. Mennjadi guru di sekolah adalah untuk memberikan kehidupan dunia sahaja jika dilhat dari sudut yang umum. Apa buktinya, subjek yang diajar bermotifkan lulus peperiksaan semata-mata, jika dikaitkan dengan agama, bukan satu kewajipan untuk guru. Maka, adakah aku sedang menyuburkan maksiat di sekolah?

3 comments:

Yati Wahab said...

Dengar la ceramah ustaz azhar idrus...ilmu dunia tu juga harus diajar di samping ilmu akhirat yang wajib dipelajari. Menuntut ilmu itu wajib bagi yang jahil (tidak tahu) dan menyebarkan ilmu juga wajib bagi yang tahu....

Apa pun kerja ...jika dilakukan sebagai ibadah...bererti kita sudah ke arah tujuan hidup...untuk beribadah dan mencari pahala bagi membeli syurga di akhirat...

Insya Allah...

Nak kena tangani murid mengandung ni...ada idea?

Nana Tanjung said...

Apa yang PALING penting ialah, "IKHLAS"

Nana Tanjung said...
This comment has been removed by the author.