Hari ini ramai yang bercerita tentang perhimpunan BERSIH 2.0 yang berlangsung di Kota raya Kuala Lumpur. Dari Shah Alam kami cuba untuk masuk supaya dapat menyaksikan pertembungan 2 pihak yang kontra , dan tentunya bukan antara KL gangster dan Kongsi tetapi antara 62 NgOs dan Patriot. Sayangnya Perkasa sudah tidak perkasa lagi. Perjalanan sukar menyebabkan impian untuk bersama menjadi penonton tidak kesampaian. Namun begitu, laporan tentang pergerakan himpunan sentiasa diperolehi melalui twitter dan blog. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan info terkini.
Tiada siapa yang sukakan suasana kecoh namun apa yang perlu adalah keikhlasan semua pihak dalam merealisasikan kemajuan negara secara tersusun dan adil. Bukan semua orang mahu jadi pemimpin dan setiap pemimpin akan dipersoalkan tentang kepimpinannya. Tugas pemimpin yang utama ialah membawa pengikutnya ke arah keredhaan Allah dan memimpin mereka bersama-sama ke syurga yang kekal abadi. Jika tidak, pemimpin juga akan diseret ke neraka bersama-sama pengikuit masing-masing.
Tentang kisah semalam, adakah setiap pemimpin samada yang menganjurkan atau yang bertahan menjalankan tugas kepimpinan untuk keredhaan Allah ? Jika benar maka setiap gerak kerja mereka adalah nikmat yang besar suatu hari nanti.
Yang kita inginkan adalah negara akan terus diredhai dan menghasilkan lebih ramai ulama' yang akan memainkan peranan menjadikan kita lebih beriman kerana hanya yang beriman akan beruntung di akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment