Saturday, April 18, 2009

The more you learn, the better you are


In simple words; you must be well prepared to do better in everything. If you are a teacher, you must know your subject well and up-to-date to make sure you will deliver a good lesson. It is your task to be well-prepared. People can measure your preparation by reading, listening and observing you.

If you are a leader to be, please make sure you get all the knowledge from the theories in the book and learn from the experience from others at the field and combine the scientific approach and humanistic approach.

Always remember that we are dealing with humans and they are different from each others. They need different ways of advices and it is hard to change other people becos we know how difficult to change ourselves

Jogja dan Solo : Persediaan awal

Persiapan untuk ke Jogja dan Solo pada bulan Mei telah menemukan kembali pasport yang telah hilang/lenyap semenjak tamatnya tempoh pada 1991. Inilah rupanya aku semasa tingkatan 4 dulu sebelum menunaikan umrah ke tanah suci Mekah.



Friday, April 17, 2009

Handset letak jawatan

(Handset) gelaran yg diberikan oleh rakan UIA semasa Fairus bekas TKM 1 PP menjadi mahasiswa dulu. Malaysia sedang menuju negara maju jika mengambil kira perletakan jawatan ahli politik seperti mana yang dilakukan oleh para politikus di Jepun (sebuah negara maju).

Ada pihak yang menyatakan tindakan ini membazirkan wang rakyat namun seingat-ingat golongan usia saya ini, kes macam ini bermula ketika pertukaran MB Selangir kepada Abu Hassan beberapa tahun yang lalu. Ada kebenarannya jika SPR mengatakan ia akan melibatkan kos yang tinggi. Cuba bandingkan dengan kos yang digunakan oleh PNSB semasa melawat Disneyland sehingga mencecah 900 ribu dengan menggunakan wang rakyat Selangor adalah lebih menyedihkan...

Wednesday, April 15, 2009

Setakat ni jer

Sebelum terlena , aku cuba ingatkan balik apa yang ada dalam kursus 6111 maka inilah yang dapat disertakan setakat 12.15 am , entah ye entahkan tidak

Aku pejam mata dan fail dr sathia entah kemana sebab aku kat hotel , cuba nak berikan gambaran kepada apa yang aku faham untuk 6111
1. Bagaimana Pengetua menjalankan perkembangan staf .... dengan merujuk model Concern-Based Adoption Model.
Penerimaan guru terhadap inovasi IT bergantung kepada tahap keperihatinan mereka sebagimana berikut :-
0-awareness
1-information
2-personal
3-management
4-consequence
5-collaborative
6-refocusing
0-1-2 diletakkan pada kategori self
3- kategori task
4-5-6- kategori impact to others
Kita hendaklah membezakan aktiviti bergantung kepada tahap2 di atas :
mereka yang berada ditahap 1-2-3 tentunya berbeza dengan tahap 4-5-6 . Caranya bergantung kepada tujuan /matlamat.
2. OBrien dan Marakas
dalam membina Information System maka kita perlu melihat perkara berikut :-
investigation-analyse-design-implement-maintain
Investigate - kerelevenannya dgn matlamat
analyse - keperluan kita
design - rujuk kepada rajah yang mengandungi 5 resos iaitu software, hardware, data, people dan network, pastikan input-proses-output
implement- pastikan ia merupakan satu output
maintain- jika berkesan
3. Halangan kepada integrasi teknologi utk P&P
variable bebas - seperti sikap guru, kebolehan guru, sumber, pengurusan dan
bagaimana halangan ini boleh diatasi :-
pastikan pentaksiran menggunakan IT supaya sikap guru berubah
budaya it perlu diterapkan kepada pengurusan dan akan menjadikan sumber lebih efisyen
4. data base
nyatakan bagaimana ia mempunyai kelebihan berbanding sistem file yang lama

* jgn lupa utk gunakan lewin - unfreeze, change,refreeze ( betul ke ni) dan rogers (innovator, early adopters, early majority, late majority dan laggards) untuk mana-mana soalan yang sesuai.


Tuesday, April 14, 2009

Kumpulan Rojak Buah


Take 10! Makan colek dulu. Terima kasih kepada Shimah yang telah berjaya menggerakkan kumpulan perbincangan untuk mencicah mangga dengan rojak yang diadun secara domestik.

Jangan makan masam-masam nanti susah nak hafal

Monday, April 13, 2009

Rakan Sedondon


(dari kiri : HH, NAMN, AA, WLF, NAJ,JAA)




Kesemua model ini telah menggayakan tema hijau pelbagai tona yang begitu menyejukkan mata yang memandang. Hijau menunjukkan isyarat bahawa anda boleh maju ke hadapan dan semua unsur lain mesti diketepikan. Kesabaran menjadikan kunci utama kehebatan warna ini. Cuba lihat aaa yang tertulis di bawah ini :-

Hikmah ilahi dalam pengulangan warna hijau dalam al-Quran

Kata hijau dalam al-Quran berulang-ulang disebutkan. Kata-kata hijau untuk menjelaskan sifat-sifat surga. Allah berfirman: “Mereka bertelekan pada bantal- bantal yang hijau dan permadani- permadani yang indah” (Rahman: 76).

Dalam surat Insan ayat 21 disebutkan: “Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih”.

Salah seorang ahli psikologi menyebutkan bahwa warna punya pengaruh dalam kehidupan manusia. Warna memberikan pengaruh atas sifat-sifat manusia. Warna dapat membuat manusia menjadi riang, sebagaimana dapat membuat manusia sedih.

Menurut penelitian yang telah dilakukan, warna kuning membuat orang menjadi riang. Warna biru membuat manusia menjadi dingin dan tenang. Sementara itu, warna hijau membuat manusia merasa senang dan cinta terhadap kehidupannya. Itulah mengapa di dalam ruang operasi, warna yang dipakai adalah warna hijau.

Ketika seseorang melihat warna hijau ia akan merasa tenang. Karena jarak penglihatan mata terhadap warna hijau lebih pendek dari warna yang lain.






Sistem Zon untuk Johor Bharu

Apakah sistem zon yang dipakai di JB yang anda ketahui? Jika anda berkenderaan maka anda akan menggunakan zon B untuk tempat letak kereta. Di manapun anda meletakkan kenderaan anda adalah tidak penting tetapi memakai kupon zon B menunjukkan anda berada di JB dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Itu penting tetapi adalah lebih penting jika JB sendiri mempunyai Zon untuk bandaraya yang begitu pesat membangun. Bagaimana jika zon warna digunakan untuk seluruh JB. 4 warna bagi empat kawasan akan membantu pelancong macam saya yang sedekad sekali ke JB. Kawasan Skudai dan Tampoi ditandakan dengan warna hijau bagi papan tanda, pembahagi jalan dan sebagainya. Jika ia bertukar warna maka saya tahu saya telah berada di luar zon, kan senang gitu bah. Cuma lampu isyarat jangan dtukarlah.

Sunday, April 12, 2009

Parit Sonto : Satu Nostalgia


Nafis di depan papan tanda Kg Parit Sonto, Ayer Itam


Masjid Jamek yang menjadi tempat anak mukim beribadat , di tahun 1960-an di sinilah juga niat iktikaf diterima


Josiah (Jo) bersama Azhani dan Bonda. Beliau merupakan pengasuh kepada Azlinda ketika berumur sebulan di tahun 1968-69

Rumah asal telah tiada namun di sinilah tempatnya Azlainda dilahirkan pada 21 September 1968. Sekarang rumah ini telah diduduki oleh Cikgu Kamal yang sama mengajar bersama Ayahanda


Siapa lagi ni .. hehehe

Saturday, April 11, 2009

The Magic of Thinking Big

The Magic of Thinking Big

Pernah tak anda membaca buku 'The Magic of Thinking Big' ? Penulis memberikan satu pandangan tentang bagaimana dengan pemikiran yang berbeza kita dapat menghasilkan sesuatu yang berbeza. 'Freedom' yang terkenal dengan penyanyinya Allahyarhamah Seha juga telah mendendangkan lagu 'Kau Boleh' yang meniti dibibir peminat suatu ketika dulu adalah merupakan satu motivasi kepada kita untuk bertindak berdasarkan idea yang besar. Seorang sahabat lama, Puan Latifah telah juga memberikan secebis potongan kertas yang tertulis mengenai bagaimana orang hebat membicarakan sesuatu yang besar. Di mana kita harus bermula ?

Jika ia bermula dengan sperma yang berenang menuju telur bukanlah jawapannya kerana ia tidak berkait dengan penggunaan akal dan pemikiran. Semasa kecil , perasan tak kita bahawa ada orang yang mempunyai keberanian untuk menangis, bercakap, menyanyi tetapi sebahagian yang lain hanya mampu berada diribaan sahaja. Adakah di situ bermulanya pemikiran yang besar ? Tentunya tidak kerana pemikiran kanak-kanak yang belum mumaiyyiz tidak dikira. Di mana bermula pemikiran yang besar ini?

Di sekolah ? Mengapa ada pelajar yang begitu yakin dengan penampilan mereka dan sentiasa mampu untuk menonjolkan kemampuan diri masing-masing sedangkan yang lainnya hanya sekadar mampu untuk berbisik-bisik sahaja.

Menjadi orang yang berfikiran besar (translation) adalah milik semua insan. Bermula daripada Perdana Menteri hingga ke seorang buruh kasar sebenarnya kita memerlukan pemikiran besar mereka. Kita berada di lapang sasar yang berbeza dan kita mempunyai kelebihan sendiri. Kita bukan dibelenggu dengan permainan angka, kita dikelilingi oleh idea dan setiap idea adalah hak seseorang untuk meluahkan.

Mari kita mulakan, dengan langkah yang paling penting iaitu menjadi orang yang berilmu. Jika kita berkehendakkan dunia, hendaklah kita berilmu, jika kita hendakkan akhirat, hendaklah kita berilmu dan jika kita inginkan kedua-duanya maka hendaklah kita berilmu (Hadis). Dengan ilmu, kita akan menjadi orang yang berfikiran besar.

Selamat Menimba Ilmu walau di mana berada

Friday, April 10, 2009

Insan Biasa

Terima kasih kepada pihak ITIS yang sudi menyambut permohonan lawatan ini. Melakukan dan melihat sesuatu di luar rutin menjadikan manusia semakin peka dengan kehendak dan keperluan orang lain. Apa kaitan kesesakan dengan seorang murid tahun satu di SK Jalan Abun Matu , Bakun Sarawak sehingga perlunya guru untuk melihat apa kerja di belakang ITIS. Kita tidak akan menghargai kerja dan sumbangan orang lain jika kita asyik melihat rutin kehidupan kita semata-mata. Seorang penyanyi jalanan yang membuang rasa malu mencari rezeki sesuap nasi akan dipandang sebagai radio buruk namun di sebalik kerja yang dilakukan mereka adalah permintaan insan kepada insan lain yang lebih bernasib baik untuk memberikan sedikit bagi mencukupkan kehidupan seharian mereka.

Melihat seorang kakak dari Indonesia yang saban hari mengutip sampah di kawasan sekitar seharusnya dipandang sebagai seorang yang gagal dalam hidup kerana melakukan kerja yang tidak berkait dengan pemikiran aras tinggi namun kita silap kerana seekor burung yang cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim melalui air di paruh tidak boleh diibaratkan melakukan kerja sia-sia.
Mengapa mereka semua boleh berada dalam posisi ini ? Adakah kerana mereka telah lama bersama ataupun sememangnya mudah untuk melakukannya. Persahabatan boleh bermula sebaik mata bertentangan tetapi berapa banyak manusia yang bersahabat tetapi sekadar di mata bukannya turun sehingga ke hati. Tidur sebantal bukan menjamin kekuatan sebuah persahabatan. Ia memerlukan sistem yang berfungsi secara sistemik. Masyarakat dulu telah lama menggunakannya, "cubit peha kiri, peha kanan terasa" bukan 18 sx tetapi melambangkan nilai persahabatan yang kukuh. Posisi depan atau belakang hanyalah sekadar tempat tetapi persahabatan akan hilang apabila di belakang cakap lain dan di depan menjadi lain. Duduk atau berdiri hanyalah struktur anggota badan tetapi persahabatan akan hilang apabila selamanya kita ingin terus duduk dan membiarkan sahabat terus kepenatan berdiri.
Kohort 11 IAB dan Kohort 9 IPK hanyalah nama yang sama dengan kumpulan manusia yang lain tetapi apabila rantaian ini dilepaskan nanti maka timbullah erti kerinduan kepada senda gurau pahit manis kerana inilah yang membawa kelainan kerana Kohort 119 dipenuhi warna warni berwatak. Pulanglah membawa seribu kenangan dan tinggalkan tapak kaki dan cap jari di IPK supaya kita boleh berbangga bahawa jika ada sesuatu yang patut dibanggakan , mereka itu adalah kita yang sentiasa kembali bertaut selepas biduk berlalu...... terima kasih Yati atas undangan dan maafkan aku kawan; aku sekadar insan biasa.

Thursday, April 9, 2009

Kalau dah rezeki Pn Yati


Ajal maut , jodoh dan rezeki bukan ketentuan kita. Usahalah sebanyak mana namun jika bukan rezeki maka nasi di mulut akan tumpah kembali ke dalam pinggan. Itulah hebatnya perkataan rezeki. Siapa tahu, sudah menjadi rezeki Pn Yati apabila one drop parfum yang dibawanya telah dibeli pada pagi semalam. Bukannya aku tak pernah cium wangian itu di tempat lain, bukannya aku tak pernah membeleknya buat seketika di gerai-gerai namun tidak gatal tangan untuk menarik dompet bagi mengeluarkan RM 45 untuk mendapatkan wangian Beckham dan sebagainya.

Itulah rezeki yang menjadi permohonan setiap doa insan. Jarang yang meminta untuk hidup miskin walaupun kayanya tanpa sedekah kepada jiran tetangga. Tidak ramai yang mendoakan untuk rezeki orang lain dulu sebelum dirinya kerana tingginya sifat keakuan mereka. Ayat-ayat cinta rezeki dibaca dalam doa, dalam solat meminta jangan sedikitpun dikurangkan. Yang ada di lautan minta di naikkan, yang ada di langit minta di turunkan, yang ada jauh minta diperdekatkan dan yang sedia dekat minta disampaikan. Indahnya bait-bait itu kerana kehadirab akan membaw akepada ketengangan.

ehem! Jodoh juga begitu.......

Wednesday, April 8, 2009

cerita bergambar

Penonton bola merusuh di Kota Bharu


SEBAHAGIAN penonton yang merusuh di luar stadium selepas tamat perlawanan antara kelantan dan Negeri Sembilan di Kota Bharu malam tadi.


KOTA BHARU - Berlaku kekecohan di sini malam tadi selepas berakhirnya perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Semuanya gara-gara sikap penonton yang gagal mengawal emosi.

Pada perlawanan di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV Kota Bharu itu, Kelantan tewas 0-1.

Kekecohan berpunca daripada insiden yang berlaku di tengah padang apabila menyaksikan penjaga gol tuan rumah, Halim Napi 'membelasah' pertahanan lawan, Aidil Zafuan Abd Radzak.

Insiden itu berlaku apabila Halim menyerang Aidil selepas wisel penamat ditiupkan, sekali gus mencetuskan suasana tegang di kalangan pemain kedua-dua pasukan.

Situasi panas berlarutan di luar stadium apabila pihak keselamatan 'bertempur' dengan penyokong tuan rumah.

Insiden dikatakan bermula selepas beberapa penyokong tuan rumah ditahan ekoran berkelakuan ganas. Tindakan itu menyebabkan sebahagian penyokong cuba menyerang pihak polis dan bertindak membakar trak polis serta lima buah kereta orang awam.

Pihak polis berjaya mengawal keadaan daripada bertukar menjadi lebih teruk dengan menggunakan penyembur pemedih mata.

Mana janji DS Anwar Ibrahim ?

Saya berada di Dewan Cina Sg Lalang ketika DSAI melafazkan untuk mengumumkan satu perkara penting yang akan menggegarkan negara. Ketika itu, beliau menyatakan bahawa pengumuman ini akan dibuat selepas kemenangan di 2 bukit dan satu batang tetapi sayang batang ai tak menjadi kenyataan.

Kami sedang menunggu dan menunggu

Bola Sepak Kelantan Tercemar

Apa dah jadi di Stadium Sultan Mohd ke IV malam tadi ? Sebagai peminat bola Kelantan yang teruja dengan permainan hebat kebelakangan ini memerlukan analisa yang teliti daripada semua pihak.

Penyokong yang fanatik sanggup melakukan apa sahaja asalkan kemenangan berpihak kepada pasukan red warrior.

Wow! siapa yang dimarahkan oleh penyokong ini, kenapa Tan Sri Anuar Musa yang menjadi mangsa ? Kenapa kereta diterbalikkan ?

Semua memerlukan DS Najib fikirkan kerana dia adalah PM kita

Tuesday, April 7, 2009

Tahniah Pemenang PRK

Tahniah untuk DS Nizar dan S.Manikumar atas kejayaan menjadi wakil rakyat dan Malcom di Batang Ai.

Peringkat seterusnya adalah bekerja untuk kesejahteraan rakyat

Selamat Mengundi 7 April 2009

Selamat Mengundi kepada semua pengundi di Bukit Selambau, Batang Ai dan Bukit Gantang.

Kempen yang bermula sejak 29 Mac dan berakhir pukul 12 malam tadi adalah proses sebuah pilhan raya. Di tangan anda semua letaknya harapan rakyat Malaysia untuk melihat demokrasi (bukan diamahukerusi) terus subur kerana kita telah sepakat untuk menggunakannya.

Jangan keliru bila berada di kotak mengundi kerana kita hanya mempunyai dua pilihan, meneruskan kuasa kepada rakyat atau memilih untuk menjadi tukang angguk yang redha segalanya

Jujurlah dalam membuat keputusan kerana Allah melihat tangan-tangan lemah anda, walau sedetik nadi pun adalah tanda kekuasaan Nya.

Ayuh ! Usah bingung lagi. Tetapkan pilihan ANDA .

ALLAHUAKHBAR ! Terima kasih

ALHAMDULILLAH ! Telah subur demokrasi

SUBHANALLAH ! Pilihan anda adalah tepat

Inilah barisan kita
yang ikhlas berjuang
siap sedia berkorban
tinggalkan anak bini

Sebelum kami berjaya
Tengoklah culaan semasa
Jika ada peluang kali ini
pakat tunggu sampai malam

Dari Perlis sampailah ke Sabah
Semua sedang berdoa
Pahit getir dicaci dihina
diganti kejayaan kami


Monday, April 6, 2009

Mengetahui masa subur isteri

Mengetahui masa subur isteri
Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid. Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:

1. Masa haid
2. Masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.
3. Masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan memberhentikan kedatangan haid.
4. Masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.
Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu subur. Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, untuk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari.
Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur’. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu.
Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur. Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru.
Selamat mencuba

Bukit Gantang P056

Sebaik sahaja beredar daripada Masjid Taman Ria, Satria Neo telah menguji kesabaranku apabila continental 16" telah meletup dan dalam keadaan hujan rintik-rintik putaran roda sudah goyah dan terpaksa dihentikan betul-betul di simpang di tempat lafaz anwar mlm tadi. Semangat 'makhal sakti' disini cukup baik, terus seorang remaja india datang dan menghulurkan bantuan. Teringat bantuan DS Nizar yang diceritakan oleh seorang pembaca yang hanya mengenalinya setelah beliau menjadi MB Perak.

Apa lagi, hari ini 2 tayar baru dgn kos rm 500++ menjadikan aku lebih bersemangat untuk meneruskan perjalanan ke Bukit Gantang.

Kesesakan Bukit Gantang begitu terasa sebaik melepasi tol changkat jering. Aku terpaksa meneruskan perjalanan ke Trong kerana tiada ruang untuk berpatah balik pada saat itu. Singgah di kawasan yang akhir dlm parlimen bukit gantang untuk berjemaah maghrib. Nasib ku baik kerana di situ, Datuk Dr Hassan Ali, Exco Selangor turut sama berjemaah.

Mendapat sms dari rakan yang menyatakan PAS sedang mendahului dengan 3000 undi, apa pun 7 april menjadi penentu.

Trong-Bruas-Kg Koh-Setiawan-Lekir-Sg Perak-Bagan Datoh-Sabak Bernam-Sungai Besar-Tanjung Karang-UNISEL-Bestari Jaya-Ijok-Sungai Buloh-Kepong-Puduraya-chowkit menjadi laluan bermula jam 8 mlm hingga blog ini ditulis di Villa Putra.

Sunday, April 5, 2009

Taman Ria, PRK Bukit Selambau

3.00 petang- Masjid Taman Ria, Sungai Petani menjadi persinggahan bagi meninjau keadaan Bukit Selambau dua hari menjelang PRK. Kelihatan poster calon-calon dan petugas parti sedang menampal poster untuk menarik perhatian pengundi. Beberapa calon Bebas juga begitu ghairah berkempen melalui poster yang akan ditentukan oleh pengundi DUN Bukit Selambau.

Hajat di hati ingin menjelajah ke kawasan yang lebih luas namun sayang berukband kurang memusakan dan menhambil masa yang lama untuk di uploadkan foto-foto, syabas Celcom.

Bukit Selambau : Janji Anwar

Malam tadi di Dewan Cina di Sungai Lalang , DSAI sekali lagi meminta kesabaran penyokong dengan menangguhkan satu pengumuman yang dikatakan akan membawa satu anjakan baru kepada Malaysia. Janji 16 september telah berlalu, janji Hari Raya Haji telahpun menjadi pengorbanan , kini janji 8 april ditunggu. Jangan nanti menjadi kisah budak dan serigala.

Suasana malam tadi di Dewan begitu menakjubkan dengan kehadiran rakyat pelbagai kaum menandakan Malaysia sedang bergerak menuju satu perubahan politik dan ini perlu diterima oleh semua samada suka ataupun tidak.