Monday, October 6, 2008

Mengapa ?

Semalam (Ahad) mungkin merupakan hari di mana kelkatu sedang terbang mencari cahaya atau ibarat semut sedang menuju ke arah sebutir gula dan mungkin hari di mana anai-anai sedang bergerak ke arah sekotak buku di bawah katil. Inilah perumpaan hari semalam bila melihat deretan kereta bergerak menuju kotaraya.

Dari barat membawa berkat, dari timur membawa makmur, dari selatan membawa aman dan dari utara membawa sejahtera. Dari pagi hingga ke petang membawa ke malam. Yang menyongsong ketepi, yang meludah ke tanah, yang mengenggam kepala gear, yang menggigit anak jari, itulah senario sepanjang perjalanan yang menjadi rakaman yang paling manis. Mengapa? Apa lagi kalau bukan kerana orang kampung telah berhijrah ke bandar. Bukan saja orang kelantan, bukan sahaja orang kedah, bukan sahaja orang perak,bukan sahaja orang perlis. Semua ada, semuanya menuju arah yang satu, ke Kuala Lumpur.

Semua ini boleh difahami dan boleh diatasi, 'respect the system' dan semua akan selamat tiba, jangan ada memotong 'cue', jangan terlalu geram dengan pemandu lain, ukirlah senyuman walau apa pun berlaku akan menjadi kunci kepada keseronokan memandu.

Yang sukar difahami........

Mengapa hari ini ada sekolah telah mula menutup fail subjek PJ saya ulangi PJ&PK, Moral, Seni Visual, Sivik bagi pelajar tingkatan tiga??????????????

Mengapa hari ini jadual kelas dianjalkan semata-mata untuk membuat latihtubi subjek tertentu untuk pelajar tingkatan tiga??????????????????

Mengapa hari ini??? siapa yang silap atau Falsafah Pendidikan sudah berubah?????

Apa kata anda? Lepas PMR kelas dah tak perlu, kumpul pelajar tengok dvd, betul ke apa yang kita sedang dan akan lakukan ini?????


Saturday, October 4, 2008

Selamat Pule anak kelate

Seawal pagi DBC 7076 telah beredar dari Alor Setar menuju ke Kelantan dalam suasana yang nyaman dan pergerakan yang amat tenang. Dengan melalui PLUS dan keluar di tol Sg Petani. Bayaran RM8.00 terpaksa dibayar untuk perjalanan yang lebih selamat dan mudah. Namun selalu juga hati tertanya, takkan selamanya tol ini akan dikenakan. Teringat 22 tahun yg lalu menaiki bas dari Mekah ke Madinah , lebuhraya empat lorong sehala sejauh 400km++ yang begitu menyenangkan pemanduan tanpa tol.

Perut yang lapar di waktu tengahari menyebabkan kami menjenguk belum rainforest resort milik emkay (empunya bukit merah laketown resort) bagi mencuba resepi si tukang masak, tapi terpaksa dibatalkan kerana nasi gorengnya rm22 sepinggan yang belum dapat membuka selera untuk makan. Akhirnya kami mengadap sepinggan nasi di batu melintang dengan kos rm 15 sahaja dan begitu enak dan menambat selera.

Jangkaan untuk sampai pada jam 2 ptg rupanya meleset. Perjalanan terganggu dengan kesesakan di simpang tanah merah yang menyebabkan kami tergendala selama 2 jam. Kami redha dan memahami masalah lebihan kereta di jalanraya. Apa yang dikesalkan adalah JPJ yang membuat sekatan di Jeli yang kami kira menghalang kelancaran pemanduan. Bukan tak setuju tapi tentu ada cara lain untuk meminta lesen memandu. Deretan sejaun 10 km hanya untuk disemak lesen adalah kurang wajar kerana musim perayaan menyebabkan jumlah kenderaan adalah terlalu banyak di atas jalan. Banyak maslah rakyat tidak selesai kalau cara ini diamalkan oleh pihak yang berkuasa.

Yang penting perjalanan sejauh 369 km dilalui dengan selamat dan syukur kepada tuhan dengan nikmat ketenangan yang dikurniakan walaupun penat memandu dan kesesakan namun tidak menjadikan aku insan yang pemarah atau perungus sebab aku tahu ini semua dugaan dan cabaran untuk meningkatkan kualiti diri kita.

Selamat kembali bertugas bagi warga kelantan esok hari kerana Allah Taala. Wassalam

Friday, October 3, 2008

Belut sudah pulang dari lubuk

Masuk hari ketiga bulan syawal maka suasana meriah hari raya di kampung sudah mula berakhir. Ada yang telah mula pulang semula setelah hampir seminggu berada di lubuk yang menjadi tempat permainan semasa kecil.

Anak- anak yang sedang bergembira bermain dengan saudara masing- masing mula gelisah sambil berharap ada baki hari untuk tidur, makan, main, sembang bersama di rumah datuk dan nenek mereka. Bebas bagaikan burung kanak- kanak bergembira sepanjang cuti raya namun tak kurang jelingan menja ibubapa yang geram melihat telatah mereka yang hingar bingar tak kira siang dan malam.

Sekarang tibalah masa untuk bergerak ke tempat masing-masing. Semoga perjalanan anda semua akan selamat dan tiba ke destinasi anda semua. Sebulan di bandar nanti adalah hari raya. Rumah terbuka di sana sini terutama pada hujung minggu akan menjadikan hari raya ini sukar untuk berakhir. Kedai kek masih menunggu tempahan saban hari. Begitu juga masih ada sisa baju kurung dan kebaya di butik untuk dijual kerana kita beraya sehingga sebulan. Aduhai! Lama sungguh orang islam beraya dan 2 bulan lagi raya akan disambut lagi.

Bagi para pelajar di sekolah, kolej dan universiti, teruskan tugas menimba ilmu anda semua kerana menuntut ilmu tiada batasan had dan masa. Sentiasa membuka ruang otak dan fikiran untuk mendapatkan pengetahuan kerana ilmu nanti akan menentukan tahap dan darjat kita dalam masyarakat.

Thursday, October 2, 2008

Akhirnya .... melepaskan geram

Selepas berjemaah maghrib di Mesjid PAS Pokok Sena di Langgar , meneruskan perancangan dengan bergerak ke Stadium Darul Aman. Tepat jam 8 aku telah mula uploadkan foto dengan kekuatan broadband pada hsdpa . Terlepas sudah geram dengan gprs yang tak bermaya.
Gambar ini dirakam pada pagi hari raya, yang ada di rumah hanyalah kami berdua bersama dengan dua lagi saudara perempuan. Yang lain berada di rumah mertua masing-masing.

Berada di rumah sahabat yang menjadi schoolmate sejak sekolah rendah hingga ke tingkatan lima. Sama- sama bertemu jodoh dengan Kedahan dan sekarang beliau sibuk dengan butik kasih dengan menyediakan segala keperluan perkahwinan dari pelamin hinggalah kepada solekan pengantin.

Ziarah Syawal

Kemana anda pada hari raya kedua ? Jika semalam seharian berada di rumah untuk menyambut tetamu yang hadir daripada kaum kerabat dan sahabat handai maka hari ini adalah waktu yang terbaik untuk menziarahi sanak saudara terutama mereka yang telah uzur dan lemah. Mereka tentu berharap agar kunjungan kita ini dapat memberikan sedikit kelegaan dan kegembiraan. Dulu mereka juga seperti kita sihat walafiat dan saling kunjung mengunjung namun itulah suratan takdir yang mesti diredhai oleh hambanya yang bertakwa.

Yang kedua, jagalah pemakanan sepanjang bulan syawal ini supaya tidak keterlaluan kerana timbangan berat diambang syawal lalu amat menyeronokkan. Janganlah pula kita tambahkan balik apa yang telah tiada dengan berpada-pada dalam mengambil makanan yang terhidang.

Wednesday, October 1, 2008

Pilu Blogger di Hari Raya

Berapa keluasan negara Malaysia ? Berapa keluasan Semenanjung Malaysia? Berapa pendapatan perkapita rakyat Malaysia?

Mengapa persoalan ini timbul di hari raya yang mana umat islam bermaaf maafan sesama dan melupakan sengketa yang telah berlaku sepanjang setahun yang lalu.

Geram bercampur sedih kerana usaha untuk berkongsi dengan pengguna internet sering kali terbatas kerana sukarnya untuk menikmati kemudahan Celcom Broadband walaupun di sebuah bandaraya.

Kalaulah Celcom dapat meningkatkan perkhidmatan tentu ia amat menggembirakan rakyat negara ini. Tajaan bola di seluruh dunia diucapkan terima kasih tetapi apa jasa yang besar untuk rakyat negara ini yang turut sama menyumbang kepada ketinggian nilai pihak Celcom.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakbar (hingga akhir) . Berkumandang gema takbir kedengaran di mana- mana menandakan berakhirnya ramadhan dan syawal telahpun menjelma.

Begitu hebat mendengar suara takbir yang melaungkan nama Allah berselang seli dengan deruan angin malam yang turut membawa hujan penuh keberkatan. Berbahagialah hamba yang berdoa memohon keampunan pada malam raya ini.

Setelah berakhirnya ramadhan ini maka ada di kalangan hamba yang akan membawa kemenangan dengan solat tasbih namun tidak kurang yang masih belum mengerti tentang pembelajaran bulan ramadhan.

Kesempatan ini juga diambil untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua dan maaf zahir batin di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan.

Kunjung mengunjunglah supaya amalan yang baik dapat diteruskan serta bersedekahlah kepada kanak- kanak yang sedang bergembira kerana mereka selayaknya untuk menerimanya.

Tuesday, September 30, 2008

Selipar Diadora & TShirt Camel

Petang 30 Ramadhan di Alor Setar agak sesak dgn penduduk MBAS berpusu-pusu menghabiskan jam terakhir menjelang 1 Syawal. Hujan yang turun sejak pagi seakan bersedih dengan membawa angin sejuk dan pilu terasa melihat lambaian ramadhan meninggalkan umat yang semakin ghairah untuk bergembira di hari raya.

Melalui Jalan Sultanah (Day) kami berhenti sekejap untuk berbelanja bagi menyediakan makanan di pagi raya, apa lagi kalau bukan nasi beriani pilihan sepanjang zaman. Semua lengkap di sini, tak payah berfikir panjang, apa nak, kas kas, tairu, gula batu dan sebutlah apa bahan untuk nasi beriani boleh diperolehi disini.

Sepanjang jalan ini terdapat banner ucapan selamat hari raya dari ex MB , Dato Seri Mahathir Khalid. Di jalan ini juga terletaknya rumah MB dan bekas MB. Nasib agak baik kerana terpandang Mercedes MB bergerak masuk ke perkarangan rumah yang sederhana dan keluar susuk tubuh seorang insan yang pertama kali insyaallah berhari raya sebagai MB Kedah Darul Aman. Nokia E65 pantas merakam namun terpaksa dipendamkan dahulu dek gprs yang tidak mengizinkan upload.

Masa berbuka hanya tinggal lebih kurang 2 jam lagi , reban kambing di belakang rumah juga sedang disiapkan. Ayam kampung yang agak banyak belum cukup umur untuk disembelih bagi menjadi lauk beriani. Inilah suasana di Kg Pondok Tasak, Langgar pada petang 30 Ramadhan dan yang pasti laksa akan menjadi santapan berbuka nanti.

Star Parade menjadi tempat menghabiskan wang dengan sepasang selipar diadora dan tshirt Camel sebagai tanda aku akan beraya. Ketika bahan ini ditulis, hujan telah reda dan malam ini sekali lagi mercun akan berdentum sebaik sahaja azan maghrib dilaungkan dan mari kita sama sama bertakbir, bertahmid dan bertasbih sepanjang malam ini supaya pemergian ramadhan dan kedatangan syawal turut menjadi saksi kepatuhan hambanya kepada yang maha Esa. Amiiin.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar kita hampir tiba ke saat kejayaan , bangkitlah bertakbir memuji Tuhan kerana kita dipilih untuk menjadi pejuang dijalannya.

Terima Kasih! Sedap di makan

Berbuka puasa dengan menjamah buah tangan daripada Anissa yang sedang mencuba resepi hari raya mengingatkan zaman- zaman dahulu bila kebanyakan orang menyediakan sendiri kek dan biskut untuk hari raya.

Daripada kek kulit buah limau dan kek buah hinggalah kepada menggoreng anak batu semuanya dilakukan sendiri dan keratan akhbar resipi kek dan biskut sentiasa disimpan supaya boleh digunakan lagi pada tahun mendatang.

Kini zaman dah berubah, semua ingin menyediakan resipi yang sama iaitu kek dan biskut cap tunjuk. Senang dan sangat mudah untuk disediakan. Tidak memerlukan masa yang panjang dan tidak perlu lagi menyimpan keratan akhbar, Biarlah arkib negara buat kerja tu.

Kesannya, tidak ramai orang yg mampu dan boleh membuat kek dan biskut lagi. Kos raya menjadi semakin mahal sebab semuanya kena dibeli. Tahniah la kepada Anissa yang baru berusia awal remaja tetapi ada minat untuk belajar. Semoga anda berjaya bukan kerana setalam biskut atau sepotong kek tetapi kerana anda memilih untuk mencabar diri dalam melakukan apa yang orang lain mungkin tidak melihat kepentingannya lagi.

Monday, September 29, 2008

Selamat Datang Ke Negeri Kedah

Alhamdulillah! Ucapan pertama yang terucap setelah selamat tiba ke bumi Kedah Darul Aman yang menanti dengan tanah jelapang padi yang tersohor sekian lama. Perjalanan di dalam hujan yang tidak menentu begitu terhibur dengan paparan wajah MB yang menyambut anak negeri untuk pulang beraya.

Tahniah kepada Ustaz Azizan yang terus berusaha menjadikan pentadbiran yang telus dan akan juga menjadi contoh good governance kepada negeri2 lain di Malaysia.

Sunday, September 28, 2008

Menjenguk Hujung Ramadhan

Bila Ramadhan mula berada dipenghujungnya maka wajah- wajah kaum kerabat yang jauh akan memunculkan diri menjengok kampung halaman dam bersama- sama menyambut Hari Raya. Inilah lumrah dalam kehidupan melayu Islam di malaysia. Apabila keluarga semakin besar maka masa makan pun terpaksa mengikut giliran.

Kalau rumah yang sunyi tanpa suara sanak saudara telah berubah, kanak- kanak akan mula membina kemabli persahabatan setelah setahun tidak berjumpa. Orang dewasa sibuk bercerita kisah- kisah lama di zaman remaja dan kanak-kanak. Usik mengusik, sambil hilai tawa menambahkan kemesraan. Usah dibiar keindahan ini dicemar oleh cemburu dengan kereta baru saudara mara atau kehebatan mereka dalam karier. Biarkan masing- masing dengan apa yang mereka ada, yang penting dipenghujung ramadhan ini akan memberikan sinar baru pada I syawal nanti.

Esok - pulang ke Kedah untuk menyambut lebaran di sana. Bagi kaum keluarga di sini, Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin

ASUS 1O INCI intel atom 80gb hd


pukul 3 ptg di kb yg penuh dgn kenderaan amat meletihkan. terpaksa dtg juga kerana menemani adik utk mendapatkan laptop asus 10 inci , tapi sbg blogger, modem bergerak tetap dlm poket dam skrg sedang menunggu dlm kereta sempat juga berblog VIA ASUS. tahniah puyen, akhirnya cita2 utk memiliki laptop telah tercapai. rm 1800 berbaloi utk mobile laptop ini, ringan dan hebatttttttt

Saturday, September 27, 2008

Freedom Writers Diary lakonan Hilary Swank

Sekarang saya sedang menonton "The Freedom Writers" di saluran 411 Astro bermula pukul 11.00 pagi. Ia mengisahkan seorang wanita yang menjadi guru bernama Cik Erin Gruwell. Sekolah yang terletak di Long Beach adalah merupakan sekolah yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum yang saling bergaduh antara satu sama lain dan mempunyai pengalaman hidup yg menakutkan walaupun baru berusia sekitar 14-15 tahun.

Apa yang begitu menyentuh perasaan saya ialah seorang guru yang begitu dedikasi yang mampu menukar watak, keangkuhan,kesombongan dan permusuhan mereka melalui sentuhan kepada jiwa mereka. Setiap orang tidak kira siapa boleh menghidupkan cahaya kecil masing- masing dan layak bergelar 'hero'. Setiap orang hanyalah orang biasa yang menghormati orang lain tetapi tidak boleh menganggap diri kita kecil kerana ini semua akan menyebabkab kita akan mengasingkan diri daripada landasan kejayaan. "TOAST OF CHANGE" adalah kunci kepad akejayaan mereka berubah menjadi manusia. Modal insan ini telah berjaya meningkatkan prestasi akademik yang baik kerana ada guru yang memahami mereka, guru yang telah berkembang hingga ke tahap yang tinggi dalam kesemua tahap perkembangan orang dewasa. Guru yang berjaya meyakini mereka bahawa setiap orang adalah berharga dan layak untuk berjaya.

Tontonilah kisah ini dan anda akan lihat bagaimana besarnya jasa guru kepada anak murid mereka.

'TEACHING IS NOT ONLY GOING TO SCHOOL AND GET THE JOB DONE, IT IS ABOUT TOUCHING THE HEARTS OF THE CHILDREN AND GET THEM GOING'( Azhan, 2008)

http://www.myhero.com/myhero/hero.asp?hero=e_gruwell untuk mengetahui the truth behaind the movie

Nokia e65

Aku bangkit dr tidur pd jam 10 pg ini selepas perjalanan panjang semalam. Tiba2 wifi jiran tpapar d e65 ku. Terus aku menaip kerana aku sudah ketagih. Teringat zul4kulim yg selalu menulis blog via blackberry. Hari ini aku menulis via e65.

Thursday, September 25, 2008

Meningkatkan Keyakinan Diri


• Sayangi diri sendiri

o Pernah dengar, “Macam mana orang nak sayang kita kalau kita tak sayang diri sendri?” memang betul pun kan ungkapan ni. Apa lagi yang orang mampu buat kalau kita sendiri tak sayang diri. Macam mana caranya nak saying diri sendri? Kalau susah, bayangkan begini. Kita ada orang yang kita sayangi, apa yang kita takmau dia lakukan maka janganlah kita lakukan perkara yang sama. Sebenarnya tak sama menyayangi diri sendiri dengan menyayangi orang lain. Anda akan lebih menyayangi yang lain jika anda menyayangi diri sendri.

o Pernahkah memeluk diri sendiri? Cubalah setiap kali sebelum tidur dan sesudah bangun tidur. Rasanya kaedah ini akan berkesan. Semasa memeluk, hayatilah kasih sayang yang keluar dan meresap masuk semula ke hati sanubari kita.

• Melihat ke dalam cermin

o Malu tak tengok cermin? Ahaks, I’m a kind of this grup. Saye malu ho nak ngadap cermin. Especially kalau orang ada sekitar saya. Tapi mulai hari ni rasanya saya mahu belajar melihat cermin. Sebab dikatakan, dengan melihat cermin dan memberikan senyuman untuk penampilan diri sendri adalah satu sumbangan besar. Ini menunjukkan kita bangga dengan apa yang telah diberikan kepada kita. He he, esok2 kene la saya beli cermin sebab dalam umah ni ade satu jek. Tu pun kecik dan sangat jarang digunakan. Kalau suami saye nak adjust misai dgn jambang dia jek guna..ha ha…

• Buat sesuatu yang menggembirakan

o Ayat ini sangat subjektif. Apa saja yang menggembirakan. Anything!!! Jika kita gembira menanam, maka tanamlah apa yang boleh ditanam. Kalau anda gembira membaca buku, maka ia adalah kegiatan yang berbaloi untuk dilakukan.

• Dengar kata2 sendri

o Takde sape lagi yang memahami diri kita melainkan diri kita sendiri. Orang lain mungkin boleh mengadili kita tetapi, mungkin mereka tak mengenali diri kita seperti mana kita mengenali diri sendiri. Dengarlah kata hati dan naluri sendiri kerana kebanyakan daripadanya adalah benar dan pedulikan apa juga yang orang lain bakal kata. Mereka belum tentu mahukan yang terbaik buat kita.

• Bercakap dengan diri sendrik

o Pada masa tertekan, bercakaplah dengan diri sendiri. Dengan diri sendiri, kita bebas berbual apa sahaja. Cuba kata pada diri sendiri bahawa bertuah menjadi diri sendiri. Hargai semua kemajuan dan peningkatan yang telah diri kita lakukan.

• Buang yang negative

o Sekiranya rumah bersepah, kemaskan. Sekiranya kerja tidak selesai, maka selesaikan. Sekiranya kawan kita sering berkata yang negative, beritahu dengan baik bahawa kita tak maukan ini. Pendek kata kalau ada sesuatu yang negative, cuba buangkan.

• Ambil yang positif

o Jangan paksa diri buat benda yang diri sendiri tak suka. Jika gembira untuk menjahit, maka carilah sesuatu untuk dijahit. Sekiranya anda suka untuk bergambar, maka bergambarlah.

• Jauhkan bergossip

o Tak kira walau seronok mana sekalipun bergossip, tinggalkanlah kerana bila kita berkata buruk tentang orang, perkara yang sama mungkin akan berlaku kepada kita

• Berlaku jujur

o Jujurlah dengan diri setiap masa. Sekiranya ada sesuatu yang anda tak suka, maka terimalah. Jika ada sesuatu yang kita tak mau melakukannya sekarang, dan perkara itu tidak memudaratkan keselamatan dan kesihatan kita, maka tangguhkanlah perkara itu di lain masa. Sama juga dengan ada perkara yang kita suka lakukan, maka lakukannya selagi ia tidak menyakiti orang lain. Jika anda rasa diri anda bagus, enjoy dengan perasaan tu sekalipun atas sebab yang tak jelas.

• Bertanggungjawab

o Tunjukkan sikap tanggungjawab pada semua tindakan kita sendiri. Jangan buat orang lain menanggung kesalahan yang kita buat. Sekalipun itu kesalahan, anda akan lebih lega berbanding dengan menanggung rasa bersalah seumur hidup kita. Jangan menggalas tanggungjawab orang lain hanya kerana anda merasakan anda perlu melakukannya.

• Hadapi semua kenyataan

o Jika kita berasa tidak selamat, tidak pasti, takut2, pergi ke dalam diri sendiri. Sebagai contoh, sekiranya anda gugup menjadi seorang peguam, yakinkan bahawa anda adalah seorang peguam yang baik. Kalau bukan hari ini, esok anda masih perlu menjadi peguam yang baik.

• Rajin mencuba

o Ada kala percubaan pertama tak menjadi. Kesilapan boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Belajar dari kesilapan yang telah kita lakukan kerana itu adalah guru terbaik buat kita. Suatu masa, kita akan mengetahui bahawa kejayaan yang kita buat adalah kejayaan paling bermakna buat diri sendiri.

• Hargai penghargaan orang

o Jika anda telah melakukan sesuatu yang bagus dan orang lain menghargainya, terimalah penghargaan itu dengan ungkapan terima kasih. Mengertilah, mereka menghargai kita kerwana mereka betul2 menghargai kita atas apa yang kita lakukan.

• Berdiri dengan rasa yakin

o Posting badan kita hendaklah menunjukkan keyakinan diri. Berdiri tegak, jgn membongkok, luruskan bahu dan tegakkan kepala. Senyum akan membuatkan diri anda lebih yakin.

• Beramah mesra

o Beri salam kepada orang terutamanya yang dikenali. Sapa siapa sahaja yang anda kenal. Berikan senyuman supaya orang akan membalasinya dengan senyuman juga. Kita akan berasa gembira sekiranya orang senyum kepada kita.

• Jangan katakan tidak

o Bila kita rasa kita tak boleh buat, sebenarnya kita takut utk berkata ya. Sekali berkata tidak, maka itu menunjukkan kita belum cukup yakin dengan kemampuan diri sendiri. Sekalipun belum pernah mencuba lagi untuk melakukan sesuatu, katakan bahawa anda boleh melakukannya kerana ini lebih memberi inspirasi berbanding mengatakan tidak.

• Aktifkan diri

o Kalau sekalipun anda takde pekerjaan, jangan hanya duduk tanpa membuat sesuatu. Carilah sesuatu untuk diusahakan supaya masa kosong tidak merosakkan diri anda.

• Happy foods!!

o Makanlah makanan yang menggembirakan seperti coklat, strawberi, lemon, aiskrim dimana makanan seperti ini akan meningkatkan kandungan serotonin di dalam otak dan akan menimbulkan perasaan gembira pada diri.

• Hadapi ketakutan

o Orang yang dipandang paling berani juga sebenarnya bermula dengan takut. Ketakutan hanya boleh dilawan jika kita berhadapan dengannya. Sebagai contoh, bercakap di khalayak ramai dilihat menakutkan namun jika anda berjaya melakukannya, anda akan bangga dengan diri anda sendiri.

• Optimistic

o Setkan gol yang perlu anda tuju. Bertatih dari awal untuk mencapai tujuan itu. Seperti bayi, bayi tidak melangkah terus dengan langkah yang betul.

• Bertanya soklan

o Jika kita risaukan sesuatu, jgn cepat menyalah kan diri sendiri dengan soalan-soalan yang menyusahkan diri sendiri. Sebagai contoh anda telah membuatkan seseorang marah, jgn menyalahkan diri dengan soalan, “Kenapalah aku buat dia marah?”, tetapi sepatutnya anda bertanya soalan yang lebih positif seperti, “Apakah yang boleh aku lakukan untuk mengeratkan semula hubungan yang dah rapuh ni?”.

• Belajar

o Terimalah yang tidak semua yang kita rancangkan akan jadi kenyataan. Terima kesalahan dan penolakan orang sebagai sesuatu yang perlu kita lalui untuk mencapai tahap yang lebih baik. Jadi belajarlah sebanyak boleh.

• Senaraikan

o Cuba senaraikan setiap sesuatu kebolehan anda dari ‘Saya boleh melipat kain dengan kemas’ hinggalah ‘Saya boleh bercakap dengan baik depan khalayak ramai’. Setiap kali anda teringatkan sesuatu kebolehan anda ini, senaraikannya dalam senarai yang sama. Tiba masanya anda rasa kecewa dengan diri sendiri, ambil sedikit masa untuk membaca senarai itu. Secara tak langsung anda akan mengelakkan dari merasakan diri sendiri tak ada gunanya.

• Membantu

o Banyak caranya untuk membantu mereka yang memerlukan. Sekiranya kita dapat membantu orang lain, pastinya kita akan dapat meningkatkan juga keyakinan diri kita sendiri. Sebagai contoh, membelikan sepeket beras buat teman kita yang diketahui memang kurang berkemampuan. Ini adalah satu cara untuk menggembirakan diri sendiri dengan menggembirakan orang lain terlebih dahulu. Kadangkala pertolongan kecil lebih bermakna untuk meningkatkan keyakinan diri kita sendiri.

• Tunjukkan jalan

o Fikirkan sesuatu yang anda benar2 mampu untuk buat. Cari sekumpulan kecil yang berminat untuk melakukan perkara yang sama dan jawab soalan-soalan mereka dengan baik. Sekiranya tidak menjumpai kumpulan itu, mungkin anda boleh memulakan satu kumpulan untuk mengusahakan perkara ini.
Sumber : http://sitisifir10. blogspot. com

Taman Melewar dan Penulisan Ilmiah

Melangkah ke Taman Melewar buat kali pertama sejak kehebatan ayam sabung abang mat sekitar penghujung 90-an. Pada 25 Ramadhan ini telah terukir kenangan terindah kerana di saat gerak hati (hunches) begitu membuak untuk ke sana telah menemukan pelbagai jawapan yang tidak pasti. Terima kasih Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man kerana kesudian untuk menyampaikan tazkirah. Kali pertama juga aku melihat susuk kecil kerabat Tuan Guru berdiri megah menyampaikan bait-bait memperingatkan diri sendiri dan sahabat tentang kelebihan Ramadhan.

Mengapa memilih tajuk itu? Hakikat yang diakui pada malam ini bahawa percakapan akan kosong tanpa pembuktian melalui sejarah yang telah berlaku dan hanya sebagai angan-angan tanpa maklumat Quran, Hadis, Ijmak dan Qias. Mana mungkin seorang yang berdiri di bawah perjuangan agama bercakap bagaikan seorang penyajak yang hanya melihat sebagai satu fenomenalogi. Setiap kata-kata disokong hujah bernas, diselit ayat-ayat suci yang menambahkan kukuh erat jiwa manusia yang menadah cuping telinga saban malam di Taman Melewar.

Begitu juga penulisan tanpa tinjauan literaturnya, tanpa kerangka model dan tanpa ilmuan bidang maka tidak ubah ibarat dongeng sang duyung yang hanya diiringi oleh fatamorgana yang melakunkan watak air untuk sang insan yang dahaga.

Semakin dalam aku menyusuri gua, semakin gelap rasanya namun ia tetap menjanjikan habuan guana yang mampu membebaskan diri dari belenggu hidup. Itulah indahnya bergelar cendikiawan.

Wednesday, September 24, 2008

Self Actualization


Mengapa tidak kumiliki jiwa dan kekuatan sebagaimana kalian yang sanggup terkapai-kapai di dalam perigi demi sebuah cita-cita yang luhur. Alangkah indahnya saat kejayaan telah tercapai sehingga hilang segala kepenatan. Baru aku sedar bahawa hidup adalah perjuangan, kegagalan hanya bersifat momentary yang akan hilang apabila fajar terbit di timur ibarat orang yang berbuka puasa yang puas meneguk walaupun segelas air sejuk.

Tahniah kepada kalian kerana seusai ini masih ingin berbakti kepada anak bangsa tanpa menghiraukan kepesatan alam teknologi, biarpun lautan kenderaan terpaksa diredah sedangkan pada masa yang sama insan lain sudah meletakkan noktah kehidupan walaupun akal masih belum berkurang, tenaga masih berupaya namun hati terlalu kecil untuk meneruskan bimbingan kerana aku telah berjaya.

Terima kasih, nasihatilah dan bukalah minda kami supaya mata yang ada bukan kumpuan yang gagal melihat peluang saujana mata memandang kerana perjalanan masih jauh. cambahkanlah bibit- bibit kepahlawanan supaya perjuangan ini dapat kekal di persada hidup dalam menuju kejayaan yang bukan sahaja untuk diri malah demi agama dan negara.

Tuesday, September 23, 2008

Refleksi 9 yang kabur-kabur

Refleksi 9

Perbincangan pada hari ini adalah merupakan kemuncak kepada pra syarat penyeliaan yang kedua iaitu ‘interpersonal skills’. Setelah memahami pendekatan yang digunakan di dalam penyeliaan iaitu ‘directive control’, ‘directive information’, collaborative’ dan ‘non-directive’ maka seorang penyelia sebenarnya telah mengetahui platform penyeliaan masing- masing. Seterusnya pemahaman tentang penyeliaan ini pula akan memudahkan bagi penyelia untuk menggunakan pendekatan yang sesuai dengan guru kerana setiap guru adalah berbeza dan pendekatan yang digunakan semasa menyelia juga bergantung kepada faktor perbezaan individu dari pelbagai sudut seperti pengalaman, keyakinan, pengetahuan dan sebagainya.

Apabila mengikuti perbincangan dan hasil daripada bacaan, saya melihat bahawa platform yang telah terbina di dalam diri penyelia mungkin tidak selari dengan tingkah laku yang ditunjukkan semasa penyeliaan. Dalam konteks ini, penyelia sebenarnya belum mengenali diri secara praktikal ketika berhadapan dengan situasi sebenar semasa menyelia. Bab ini amat penting untuk difahami dalam konteks hubungan interpersonal kerana setiap kata- kata yang keluar daripada penyelia adalah merupakan tingkah laku penyeliaan dan boleh ditentukan pendekatan yang digunakan. Mengapa ia penting untuk diperbincangkan? Kita percaya setiap guru inginkan penyeliaan yang berlaku terhadap mereka adalah dalam bentuk komunikasi sehala daripada penyelia yang sangat minima yang menjurus kepada pendekatan non-direktif. Ini akan dapat dicapai jika penyelia boleh membimbing guru tersebut sehingga tercapainya proses di mana guru boleh bertindak selari dengan misi dan visi sekolah

Apa yang perlu diperhatikan juga dalam bab ini adalah siapakah yang membuat keputusan dalam perbincangan di antara penyelia dan guru. Daripada tingkah laku penyelia dalam menggunakan 10 kategori akan menentukan pendekatan yang mereka gunakan semasa proses penyeliaan walaupun mungkin ianya berlawanan dengan apa yang difkirkan oleh penyelia itu sendiri. Penyelia mesti menyedari bahawa kemungkinan berlakunya ketidakserasian kognitif di antara beliau dengan guru yang menyebabkan konflik dalam penyeliaan. Memahami maksud ‘Johari Window’ dan langkah- langkah untuk mengatasi ketidakserasian akan meningkatkan lagi kemahiran penyelia dalam membantu membangunkan diri guru dan juga penyelia itu sendiri.

Saya teringat seorang pengetua yang telah mampu membangunkan guru dalam melakukan tugasan di sekolah dengan menggunakan pendekatan ‘directive control’ pada mulanya hingga akhirnya guru itu sendiri yang akan menguasai perbincangannya dengan pengetua selepas beberapa bulan yang menunjukkan peranan guru adalah lebih besar daripada pengetua itu sendiri. Keupayaan itu tadi menunjukkan bahawa pengetua sebagai penyelia perlu merancang bagaimana untuk membantu guru sehingga akhirnya peratus guru yang memerlukan pendekatan non-direktif dalam penyeliaan adalah meningkat dari masa ke semasa.

Persoalannya, alangkah susahnya untuk mengubah diri sendiri, apatah lagi untuk mengubah orang lain. Jika peratus pendedahan tentang penyeliaan ini kepada guru terlalu kecil maka apakah masa depan penyeliaan di negara kita sangat bergantung kepada peranan kami sebagai penggerak di sekolah nanti.

Monday, September 22, 2008

Catatan Pertiwi


Kami mengucapkan selamat bertugas kepada YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Pertahanan yang baru. Semoga dengan kedatangan Dato Seri akan membantu meningkatkan kebajikan anggota tentera dan meneruskan kehebatan Mantan Menteri Pertahanan.

Kami berjanji untuk terus mempertahankan kedaulatan negara daripada pencerobohan asing tetapi amat mengharapakan pihak- pihak yang lain untuk membantu menjaga negara kita daripada pencerobohan dalam bentuk lain seperti hiburan yang melampau dan sebagainya kerana kami tidak mampu untuk bersama keluarga terutama anak- anak gadis kerana kami selalu berada di perbatasan

Selamat Hari Raya

Sunday, September 21, 2008

Seminar Mingguan IPK

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Muthusamy daripada Jabatan Nazir dan Jaminan Kualiti KPM kerana telah sudi untuk berkongsi dengan kami semua berkaitan dengan tugas- tugas penaziran di sekolah seluruh Malaysia.

Ada tak sesiapa yang boleh membezakan di antara cara jemaah nazir menyelia guru di sekolah dengan konsep penyeliaan oleh Glickman et.al.

Mereka akan berada di sekolah dan menyelia apa yang telah guru sediakan dan memastikan pengajaran berlaku di dalam kelas serta sesuai dengan kandungan yang terdapat di dalam kurikulum subjek berkenaan.

Apakah penambahbaikan yang boleh kita lakukan dalam usaha meningkatkan mutu penaziran dan penyeliaan pada masa depan supaya mereka tidak disalah ertikan sebagai FRU /UTK dalam bidang kepolisan ataupun MP di dalam ketenteraan.

Jika nazir itu adalah seorang pegawai PTD maka cara mereka berada di sekolah adalah memastikan kurikulum berjalan seperti yang termaktub di dalam akta atau enakmen atau apa sahaja yang menjadi peraturan dan undang2 yang terpakai untuk semua sekolah. Tetapi, mereka adalah bekas guru yang menyambung tugas diluar daripada pengajaran di dalam kelas. Sudah tentu mereka tidak boleh berubah daripada sebahagian daripada guru kerana setinggi mana mereka hendak meningkat dalam jawatan, maka mereka mesti anggap diri mereka adalah guru, mengapa? seorang KPPM mesti terdiri daripada guru.

Mengapa kita tidak rangkaikan kerjasama ini dengan cara yang lebih resmi bermula daripada ketua panitia, ketua bidang, GPK, pengetua dan ke atas dengan konsep yang lebih kolaboratif. Dunia telah berubah sebagaimana teori pengurusan juga telah berubah. Berilah kepercayaan secara formal kepada mereka di sekolah untuk menyelia dan janganlah ada jurang tugas yang di antara bahagian KPM kerana kita semua adalah ibarat rantai yang tidak bernama tanpa ada jalinan antara satu sama lain.