Thursday, October 20, 2011

spks

18 Oktober 2011 - Kami telah menerima kunjungan sang kelembai (auditor) untuk ISo9001/2008 di mana mereka datng dengan membawa senjata ampuh iaitu instrumen audit yang melibatkan 13 jenis Pengurusan Kualiti. Sebagai SU setia dan usaha , seperti biasa aku telah mengunci semua Ketua Panitia dan Penyelaras PK yang lain untuk memastikan sasaran 4/5 akan dapat dicapai.
Soalan pertama telah mematikan langkahku.. mana organisasi kurikulum? Lantas aku macam terpinga-pinga tanpa kuingati bahawa buku pengurusan telah menceritakan segala hal berkaitan. Opss! Silap, katanya. Instrumen untuk PK 01 adalah pengurusan panitia. Panitia Kemahiran Teknikal ditagih untuk membuktikan kehebatan dan menepati instrumen ISO.. akhirnya 5/5 diberikan untuk KT. Tahniah Mr Helmi for the job done. PK 02 melibatkan Jadual waktui dan Jadual guru ganti... semuanya ada dengan siap tantatangan guru .. sekali lagi 5/5 untuk Pn Zubaidah dan Khe Phon. PK 03 , menyemak buku persediaan mengajar. Alhamdulillah mereka kagum dengan keberanian meletakkan 50 buku untuk disemak. Sekali lagi 5/5 menjadi milik kami. Yang dibanggakan adalah buku kawalan kelas yang siap dengan analisa dan hukuman mendapat pujian.
PK 04 - pencerapan, 100% guru telah dicerap membuktikan komitmen untuk mencapai sasaran. Akhirnya kami diberikan 4.5/5 atas sebab sesetangah guru yang dicerap tidak dicerap kali kedua walaupun ada kelemahan yang difokuskan. PK05 berkaitan peperiksaan dimana semua guru yang menghantar skrip dan mengambil skrip telah menandatangani buku rekod. So. 5/5 juga menjadi miliki kami.
(.. bersambung)

3 comments:

Anonymous said...

Kelass ko azhan... Cepat sambung. Mak tak saabo nak baca ni.

Jubah hitam said...

Bereh boh. Untung PK demo dapat s/u seperti demo

MASJID ABU ZAR AL GHIFARI said...

Maaf,Saya tidak nak komen apa-apa cuma nak maklumkan bahawa saya telah mengambil bahan dari Blog saudara tentang pak su Mat dan saya masukan ke http://masjid-abuzar.blogspot.com.

Emailkan saya :masabuzar@gmail.com.
Terima kasih.